|
"Saya Susah Nak Benci, Lawan Orang Tapi Semua Nak Cari Gaduh Dengan Saya&qu
[Copy link]
|
|
srjebat replied at 22-7-2021 09:16 AM
Aku dh penah tanya dlm forum ni satu soalan pasal uel tp tkde response rasanya.. So, nk tanya lgla k ...
iye iols pn nk tau. sbb heols pegi negara berisiko mcm aprika. lps tu merata pegi bagaikan takde sop. |
|
|
|
|
|
|
|
lola0311 replied at 22-7-2021 10:37 AM
tu lah wonder gak knowing ustaz2 ni masa dia belajr mentelaah hadis kitab je
dia maybe ustaz r ...
Ebit ni graduan soc sci je. |
|
|
|
|
|
|
|
namieamuro replied at 22-7-2021 02:22 PM
iye iols pn nk tau. sbb heols pegi negara berisiko mcm aprika. lps tu merata pegi bagaikan takde s ...
Kalau buat program utk tv.. huntong la.. org kat malaysia kena duduk rumah tak boleh buat apa2 program tv . |
|
|
|
|
|
|
|
olaklempit replied at 22-7-2021 10:44 AM
Sepanjang tempoh follow UEL ni tak pernah lagi tengok dia baca Quran...banyak bercakap Allah sayang, ...
Malam ni dia hafal a few, esok presscon dia petik dan juga baca doa in Arabic ok |
|
|
|
|
|
|
|
cucuq replied at 21-7-2021 08:49 PM
Haha tggu esok kite mkn pop,corn lagi..die ckp nk jelaskan esok sgala persoalan tu die ckp jgn ris ...
jap uols. yg ni psl gamba bantuan lori kaler merah putih tu ke. dlm tu bantuan bkn hanye dr sang sayu? |
|
|
|
|
|
|
|
ya minah oii... bantuan2 dari luar yg diurusnkan bulan sabit mesir.... termasuk dalam tu juga ada bantuan dari ebit.. faham?
|
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 21-7-2021 12:31 AM
Betul.. Tuan tanah kena byr sepasal.. Siap ada bukan muhrim dok sekali.. Beg sekolah sumbangan buk ...
ape update psl pakcik aq tu sarah. iols dh lost dh sbb last i malas nk bace bile netizen asek kecam je org situ. tak bole tegur lgsg. sampah btl iols rse |
|
|
|
|
|
|
|
namieamuro replied at 22-7-2021 02:43 PM
ape update psl pakcik aq tu sarah. iols dh lost dh sbb last i malas nk bace bile netizen asek keca ...
Tak salah.. Pak aq dah arwah.. X tau apa jadi kat keluarga dia. |
|
|
|
|
|
|
|
lavendernovella replied at 22-7-2021 01:23 PM
Tak rasa 100% pun dari dia. Duit tabung tu.. bukan ke dr ramai2 .
Weh kat banner terang2 ada letak logo pertubuhan kasih umat malaysia.. tu bukan ngo ke? |
|
|
|
|
|
|
|
mamarilia replied at 22-7-2021 02:50 PM
Weh kat banner terang2 ada letak logo pertubuhan kasih umat malaysia.. tu bukan ngo ke?
Kan... terang2 .. konpius betul |
|
|
|
|
|
|
|
mamarilia replied at 22-7-2021 02:50 PM
Weh kat banner terang2 ada letak logo pertubuhan kasih umat malaysia.. tu bukan ngo ke?
Tue menjadi persoalan.. |
|
|
|
|
|
|
|
cecari replied at 22-7-2021 02:38 PM
ya minah oii... bantuan2 dari luar yg diurusnkan bulan sabit mesir.... termasuk dalam tu juga ada ...
So kalau dah claim pakai duit sendiri nape nak kene letak gak logo ngo dia?
Tak ke mengelirukan?
|
|
|
|
|
|
|
|
xtra.com.my
Ebit Lew Akhirnya 'Buka Mulut' Isu Fitnah Melampu Caprice & Nadir Al Nuri
6-7 minutes
Selepas sedih dengan fitnah melampau yang dilemparkan, pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew (UEL) akhirnya tampil menjelaskan keadaan sebenar kepada tercetusnya kontroversi yang melanda diri beliau dan keluarga.
Menurut UEL menerusi LIVE di laman sosial miliknya, beliau ke Gaza bertujuan untuk membantu dengan niat kerana Allah SWT, namun tidak mahu ‘terkenal’ dengan perkara-perkara viral yang ‘buruk’ sehinggalah terjadinya kata-kata sinis yang dilemparkan kepadanya termasuklah turut dipanggil Dajjal oleh sesetengah pihak.
UEL turut menjelaskan mengenai kenyataan yang dibuat oleh Nadir Al Nuri bahawa, beliau pergi ke Gaza dengan duit sendiri dan tidak melibatkan mana-mana tabung sepertimana yang diutarakan Nadir.
” Saya pakai duit saya sendiri ke Gaza. Termasuklah penginapan dan sebagainya. Untuk kos penerbangan, Turkish Airline yang menaja penerbangan kami. Alhamdulillah.”
“Sepatutnya soalan berkaitan duit RM20 juta itu ditanyakan sendiri oleh saudara Nadir Al Nuri kerana keseluruhan duit yang digunakan oleh saya dan pasukan ke Gaza memang menggunakan duit saya sendiri”
“Isu ‘hilang’ selama sebulan, buat rakyat Malaysia risau”
Isu melibatkan tidak memberi apa-apa ‘update’ selama sebulan kepada rakyat Malaysia sehingga membuatkan ramai yang risau, UEL menjawab bahawa ketika sampai di Gaza, banyak perkara yang perlu dilakukan. Dan, pasukannya juga terpaksa memberikan nama kepada pihak berwajib sehinggalah urusan lain diberikan kebenaran.
Justeru itu, beliau tidak berkesempatan untuk memuat naik atau memaklumkan rakyat Malaysia mengenai keadaan sebenar beliau di sana.
Manakala, isu membeli barangan di Cairo pula, UEL mendakwa isu ini sepatutnya tidak perlu dibangkitkan. Kerana, di Gaza dan Cairo UEL turut membeli barangan untuk diberikan kepada penduduk Gaza.
“Isu biadap terhadap wakil Malaysia…”
UEL juga menjawab, perasaan menghadap perjalanan selama 21 jam memang sangat memenatkan. Namun, UEL langsung tidak menolak atau tidak bersalaman dengan sesiapa seperti mana yang didakwa Nadir.
“Perjalanan mengambil masa selama 21 jam, 21 check point dan diiringi dengan 12 kereta kebal. Saya sampai sahaja, saya memang tidak solat maghrib masa tu pula, saya diminta untuk duduk dan berucap sebaik sahaja selesai, saya terus bergegas solat. Saya minta maaf kepada Nadir mana-mana yang terkurang”
“Mengenai syarikat Hala, itu fitnah terbesar kepada saya…”
Memang untuk memasuki Gaza, perlu melalui syarikat Mile of Smile. Malah, NGO lain pun terpaksa melalui syarikat ini.
Bagaimanapun, semasa perjalanan pasukan kami dalam misi kemanusiaan ini, segalanya dipermudahkan dengan bantuan Kedutaan Malaysia di Gaza.
“Sebelum saya datang, saya dan pasukan memang dah call Mile of Smile. Dan ketika di sana saya diminta untuk membayar satu kepala RM50,000. Dan nak masuk ke Gaza, ada dua kelulusan penting. Satu kelulusan dari kerajaan negeri Mesir dan kedua, kelulusan tentera.”
“Namun, dengan jalan yang ditakdirkan Allah SWT, semuanya dipermudahkan dengan pasyukan saya diperkenalkan dengan syarikat Lucky ini kerana daripada membayar RM50,000, kami diberikan tawaran oleh syarikat ini dengan hanya membayar RM10,000 untuk satu orang. Jadi banyaklah diskaun yang kami diberikan”
“Walaupun jumlahnya besar namun, bagi saya tidak mengapalah kerana kami dalam perjalanan menuju ke tempat yang penuh barakah. Dan segalanya, adalah kerana Allah SWT”
“Kenapa block Caprice?”
Isu Caprice ini adalah antara yang paling banyak ditanyakan oleh beberapa pihak namun, UEL menjelaskan bahawa keadaan ayah beliau amat tenat, dan beliau berusaha untuk segera balik ke Malaysia tanpa mahu memikirkan perkara ‘kecil’ lain termasuklah isu Caprice.
Namun, dengan pelbagai provokasi yang dilemparkan keatas nya termasuklah whatsapp yang diberikan, UEL mengambil keputusan untuk ‘block’ penyanyi rap tersebut.
“Sesiapa yang kenal saya, memang tahu hidup saya memang untuk ayah dan emak saya. Saya sanggup lakukan apa sahaja untuk mereka. Dada saya berdegup laju memikirkan ayah dan emak saya”
“Dengan banyak benda-benda negatif ditambah keadaan ayah saya, Caprice mesej saya panjang mengenai apa yang dipostkan nya. Saya sedih, saya baling telefon saya. Sebab keadaan saya tidak baik kerana terlalu rindukan mak dan ayah”
LIVE yang diakhiri bacaan doa oleh UEL ini diharap dapat menjawab segala persoalan dan kontroversi yang melanda.
Untuk rekod, pihak UEL juga akan menghantar saman kepada mereka yang mencetuskan provokasi mengenai misi bantuan kemanusian ke Gaza.
Terdahulu, isu ini tercetus selepas penyanyi rap, Caprice memberitahu kepada umum bahawa beliau telah di block di laman sosial, Instagram UEL selepas memuat naik Story berupa dakwaan kepada UEL.
Namun, perkara ini tidak terhenti begitu sahaja apabila pendedahan saudara Nadi Al Nuri menerusi Telegram nya semalam mencuri perhatian rakyat Malaysia apabila beliau mendedahkan’cerita sebenar’ sepanjang misi kemanusian UEL ke Gaza.
|
|
|
|
|
|
|
|
dia kerap buat swab test.....semua negative...harap maklum....lol
|
|
|
|
|
|
|
|
Didakwa berseronok, beli barang di Mesir... Ini jawapan Ebit Lew
Madiha Abdullah
Julai 22, 2021 15:55 MYT
KUALA LUMPUR: Tidak sepatutnya timbul isu pembelian barangan sumbangan di Mesir ketika misi kemanusiaan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew ke Gaza baru-baru ini.
Ebit memaklumkan, beliau membeli barang-barang keperluan terutama barangan dan kelengkapan perubatan di Mesir kerana ia lebih mudah didapati.
"Saya jumpa pesakit kanser yang beritahu, ubat yang dia ambil hanya ada di Mesir. Begitu juga seorang pesakit jantung yang memerlukan pembedahan, doktor tak boleh jalankan pembedahan kerana kelengkapan yang diperlukan tiada di Gaza.
"Jadi tak ada isu pun kenapa saya beli barang di Mesir dan bukan di Gaza," katanya dalam sesi soal jawab secara maya, hari ini.
Menjawab isu beliau didakwa 'berseronok' semasa di Mesir, kata Ebit, ia adalah tentatif daripada pihak agensi pelancongan di sana dan beliau tidak mempunyai pilihan lain.
"Saya ke sana dengan tiga niat utama. Saya mahu serahkan barangan perubatan dan kemudian balik. Tetapi kalau ada rezeki, saya mahu sampai ke Rafah, pintu masuk ke Gaza dan kalau diizinkan, saya mahu masuk ke Gaza.
"Saya tahu agak mustahil kerana ketika saya sampai, perang belum reda. Tetapi saya tawakal dan berdoa sahaja.
"Di Mesir, kami sudah serahkan nama sebab di sana bukan boleh main-main. Mereka mahu tahu kenapa kita berada di sana dan kenapa nak ke Gaza. Nama pun kawasan perang, tentu banyak prosedur yang perlu diambil kira, tidak semudah itu sahaja.
"Kami berada di Mesir dengan sebuah agensi pelancongan, jadi kami kena ikut jadual yang disediakan mereka sementara nak tunggu kelulusan untuk masuk ke Gaza," katanya sambil memaklumkan beliau menggunakan duit sendiri ketika di Mesir.
Dalam pada itu, kata Ebit, tindakannya membina rumah anak yatim di Gaza adalah cara yang dipilihnya untuk memberi bantuan.
"Setiap orang ada cara masing-masing untuk membantu. Saya hormat cara orang lain beri bantuan.
"Saya pilih untuk bina rumah anak yatim dan saya harap orang tidak persoalkan kenapa," ujarnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Ebit Liew bersumpah tak larikan dokumen ke Gaza
Oleh MOHD. FADHLI MOHD. SULAIMAN
22 Julai 2021, 3:59 pm
PETALING JAYA: Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew menafikan dakwaan yang dilemparkan ke atasnya bahawa beliau melarikan dokumen permohonan ke Gaza seorang diri.
Ini selepas beliau didakwa pada awalnya merancang ke luar negara bersama penyanyi rap Caprice, pengacara Neelofa dan suaminya yang juga pendakwah, Haris Ismail.
Bagaimanapun, keadaan dilihat berlainan apabila Ebit Liew pergi ke Gaza bersama pasukannya sahaja tanpa melibatkan tiga orang yang lain.
“Wallahi saya tak pernah jumpa tiga-tiga nama termasuk Caprice. Saya tak pernah berbincang langsung dengan orang ni untuk pergi ke Gaza. Saya tak pernah mesej Caprice sepanjang untuk pergi Gaza tak pernah.
“Saya fikir saya sangka baiklah, mungkin dia penat. Dia stress. Dia tak sedar apa yang berlaku. Tapi dia berkeras kata, saya bawa lari dokumen. Wallahi saya tak pernah jumpa Hariz, Neelofa, jumpa tu pernahlah tapi bukan untuk pergi Gaza,” katanya menerusi siaran langsung di Instagramnya hari ini. – UTUSAN ONLINE
Berita lanjut menyusul… |
|
|
|
|
|
|
|
Tiada tabung dibuka untuk misi ke Gaza - Ebit Lew
Ekhwan Haque Fazlul Haque
Kuala Lumpur: Aktivis kemanusiaan, Ustaz Ebit Lew hari ini tampil menafikan tuduhan terhadapnya berkaitan kunjungannya ke Gaza, Palestin, baru-baru ini.
Dalam sesi sidang media itu, Ebit memberi penjelasan beberapa perkara dibangkitkan Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman dan penyanyi rap, Caprice.
Ebit berkata, semua perbelanjaan yang digunakan termasuk pembelian ubat, barangan keperluan dan kos sepanjang di Mesir dan Gaza hanya menggunakan wang sendiri dan sumbangan beberapa rakan rapat yang enggan identiti mereka didedahkan.
Beliau berkata, dakwaan kos misi itu menggunakan duit sumbangan orang ramai juga ternyata fitnah kerana tiada tabung dibuka untuk misi ke negara bergolak itu.
"Saya pergi dengan wang sendiri serta sumbangan rakan rapat malah tiada tabung dibuka untuk misi bantuan Gaza," katanya, hari ini.
Menurutnya, kertas kerja yang diberikan Nadir kepada seorang ahli pasukannya dikenali sebagai Ustaz Zul hanya serbut harga bantuan makanan bukan prosedur untuk masuk ke Gaza.
Beliau berkata, selepas menunggu lebih 30 hari akhirnya dia dan kumpulannya dibenarkan masuk dengan bantuan Kedutaan Malaysia di Mesir bersama sebuah syarikat pelancongan.
"Kami diminta untuk bayar AS$2,500 (kira-kira RM10,565) seorang untuk masuk bagi kos pengangkutan yang diuruskan seorang ejen perisikan Mesir.
"Ada syarikat lain sebelum itu yang tawar khidmat sama namun perlu membayar RM40,000 seorang dan ia begitu besar jumlahnya menyebabkan saya cuba mendapatkan alternatif lain.
"Saya juga tidak mengenali syarikat Hala yang dinyatakan Nadir kerana tidak pernah berurusan dengan sesiapa dari syarikat berkenaan untuk masuk ke Gaza," katanya.
Dalam sidang media itu juga, Ebit menafikan dia bersikap biadap dengan Nadir kerana dia mendakwa tidak menyedari kehadiran lelaki itu kerana tergesa-gesa untuk menunaikan solat selepas tiba di Gaza yang mengambil masa 21 jam dari Pintu Rafah, Mesir.
Katanya, perjalanan ke Gaza perlu menempuh 21 pos pemeriksaan tentera selain diiringi 12 kereta kebal sebagai langkah keselamatan.
"Barangan yang dibeli di Kaherah juga ada yang sudah tiba di Gaza pada Aidiladha lalu dibawa oleh Pasukan Palang Merah Mesir dan disiarkan menerusi Facebook (FB) kerajaan Mesir.
"Saya bersyukur kerana ubat dan barang keperluan lain biasanya ambil masa sehingga enam bulan untuk tiba kerana hanya Pasukan Palang Merah Mesir dibenarkan membawa bantuan ke Gaza," katanya.
Dalam pada itu, Ebit turut menafikan tuduhan dia mencium kaki seorang menteri di Gaza sebelum pulang ke Mesir.
Katanya, perbuatan itu ternyata bertentangan dengan akidah umat Islam malah dia menerima layanan yang baik dari menteri dan timbalan menteri di Gaza.
Tambahnya, dia juga tidak melarikan apa-apa dokumen untuk misi Gaza seperti dituduh Caprice baru-baru ini.
"Dia (Caprice) ada kata misi ini membabitkan saya, dia, Neelofa dan suaminya Haris namun tiada perbincangan lanjut dibuat kami mengenai perkara ini.
"Tuduhan saya bawa lari dokumen untuk pergi ke Gaza bersendirian juga tidak benar. Untuk apa saya larikan dokumen itu?," katanya.
Ebit juga meminta Nadir tampil menjelaskan bagaimana wang sumbangan RM20 juta yang diterima untuk pembangunan Gaza didedahkan.
"Bantuan saya di Gaza pula menggunakan wang sendiri dan sumbangan rakan rapat," katanya
Disiarkan pada: Julai 22, 2021 @ 4:29pm
|
|
|
|
|
|
|
|
renko replied at 22-7-2021 07:50 AM
Penjilat2 jabit memang bodoh tahap unta padang pasir. Bukan main susah lagi nk terima kenyataan n ...
Ada yg siap ckp kta ni plak busuk hati lol. |
|
|
|
|
|
|
|
namieamuro replied at 22-7-2021 02:36 PM
jap uols. yg ni psl gamba bantuan lori kaler merah putih tu ke. dlm tu bantuan bkn hanye dr sang s ...
Bukan hnya dri sang sayu..sbb ade 160tan bntuan dri pelbgai pihak..pihak mesir pon xde highlightkan bntuan dri sang sayu je deme cko umum jer..gile 160tan dri sang sayu je haha..ade ckp dh msuk sbb viral gambar kotak mcm knal mcm dri sang sayu tu huhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
meteorspeed replied at 22-7-2021 03:09 PM
Tue menjadi persoalan..
Kat thread bod gosip ada forumer tepek berita dari portal Gempak. Situ belit cakap belit ada guna baki dana sumbangan org ramai... Tapi tiber ni putar lain pulak. Aahhh lantak ah satu masa nanti kalau perangai belum berubah, harap jatuh terduduk lah |
|
|
|
|
|
|
| |
|