CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Lilrose

"Jangan Bagitahu Orang Tau" - 215 Terbang Ke UK, Berapa Ramai Betul La

[Copy link]
Post time 4-10-2021 10:20 AM | Show all posts
sayawifenikmie replied at 1-10-2021 07:51 PM
asyik asyik T20 ... korang ingat T20 tu ramai yg kaya raya ke sampai mampu hantar anak2 ke luar nega ...

even T20 swasta gaji 20k/sebulan pun x dpt nk hantar anak ke UK nun, tuition fees je dh 130k / yr, belum masuk living expense. So bg la chance T20 yg low2 level mcm kami ni dpt peluang juga anak belajar obersi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2021 10:26 AM | Show all posts
ladybugz replied at 3-10-2021 05:06 PM
sapa x nk free money kan. hmm bagi i jika layak dgn keputusan yg cemerlang, ikut merit kecemerlangan ...

i dulu B40...erkk..maybe B10 kot apak cuma bawak lori mak surirumah...Alhamdulillah dpt biasiswa JPA pi la obersi, syukur mak pak pun x halang walaupun i pompuan dan tak baper pandai speaking masa tu. mmg membuka jalan lepas grad masuk keje multinational co, skrg Alhamdulillah dh masuk categeory T20 cuma fyi T20 pun setakat keje dgn org lain mcm i, gomen or swasta masih x mampu hantar anak belajar ke UK especially kalau anak ramai. Tp husband i bisnes, so 3 anak gi obersi guna duit sendiri, satu anak dpt scholarship (merit based ye sbb anak i score sesgt SPM nya).
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 3-10-2021 06:38 PM
dani-rox replied at 3-10-2021 03:31 AM
kan? org miskin pemalas tu paham la jugak, memang menyakitkan hati.
tp org miskin yg cuba nak ke ...


Sis... Selalu nya yang filthy rich depa tidak hantar anak sekolah gomen dan tidak guna benefit dari gomen.... Depa  grooming anak jadi high flyer di intl school or private boarding school seperti yayasan saad ...seperti di europe anak golongan elite di hantar ke elite boarding school....

Di university semua struggle untuk belajar untuk score... Ter utama top tier universities... Depa perlu maintain cgpa untuk sit in the class... I belajar dahulu perlu maintain 3.5 at least.... Untuk maintain perlu study sendiri credit hour per week... Selalu nya pointer paling sikit di class akan di who are yuss jan saja... So masing struggle belajar.... Tidak kira dari mana mana family background sama saja.... Cuma yang dari low income family struggle lebih sebab limited... Maaf yea i bukan menghina low income family sebab yang sepatut nya ber tanggjawab untuk provide goodlife and needs  for kids ialah parents... Bukan others... My mean golongan t20 yang anak depa layak sebab merit....

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 10:53 AM | Show all posts
juruterra replied at 4-10-2021 10:20 AM
even T20 swasta gaji 20k/sebulan pun x dpt nk hantar anak ke UK nun, tuition fees je dh 130k / yr, ...

....... kannnn

Insyaallah dapat ... kalau result tip top A+ kena banyak and perform masa IV .. anak saya dapat je MARA ke USA ... jalan yg benar la .. tak ada kabel2 bagai (kami marhaens je) ..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 11:24 AM | Show all posts
T20 kalau korang rasa korang tak mampu hntr anak pegi oversea, habeh tu ko rasa B40 dan M40 tu terlebih mampu ke?  lgpun aku rasa dah tak relevan nak hntr anak study kt oversea since byk je twinning program kt universiti tempatan ni ha.  tu blum lg dh study bayar duit pembayar cukai pastu taknak balik nak terus keje kt sana acah2 konon nak harumkan nama negara. aku cadangkan mana2 rakyat malaysia dok oversea nun yg study pakai scholarship nak keje sana, sila bayar sekali cukai kt malaysia ni, hapuskan denda one-off tu kalau nk denda jugak full scholarship byr balik ye. kalau tak buang kerakyatan
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 01:33 PM | Show all posts
Edited by dani-rox at 4-10-2021 01:37 PM
Dwdrum replied at 4-10-2021 10:36 AM
Sis... Selalu nya yang filthy rich depa tidak hantar anak sekolah gomen dan tidak guna benefit d ...

kaya atau miskin, memang makpak yg provide utk anak2. tp sbg masyarakat, kenapa takmo hulurkan bantuan extra jugak utk golongan ini. kena ambik kira jugak, sebaik saja anak2 org berduit sbb lahir saja dah meninggalkan anak2 kurang berkemampuan ini bertiang2 jauhnya. merits = equality, tp equity? dlm pada nak mengangkat sama rata, tp lupa org yg miskin kena lalui byk perkara dlm hidup dia org utk sampai ke tahap akademik cemerlang anak org senang. tengok la biasiswa dan sekolah berasrama penuh, org have2 yg monopoli. dari sekolah sampai alam pekerjaan nampaknya memang kena ada duit, pengaruh dan kabel. kalau gitu, sampai bila org miskin nak bersaing dgn fair n square?bg ai kalau nak adil saksama T20 nih jgn beranak ramai ikut kemampuan jugak, takut tak mampu provide pendidikan anak - nasihat sesama t20 (matiklah ai dikata show off jugak ). Mungkin t20 dah boleh masuk kategori lower middle class jah, atas sket drpd working class... bukan geng kayangan pun bagai digembar gemburkan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2021 01:45 PM | Show all posts
dani-rox replied at 4-10-2021 01:33 PM
kaya atau miskin, memang makpak yg provide utk anak2. tp sbg masyarakat, kenapa takmo hulurkan ban ...

Ni contoh T20 tak sedar diri.

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 01:50 PM | Show all posts
Edited by amansihat at 4-10-2021 07:57 PM
dani-rox replied at 4-10-2021 01:33 PM
kaya atau miskin, memang makpak yg provide utk anak2. tp sbg masyarakat, kenapa takmo hulurkan ban ...

ikut individu juga dan kesedaran.ada orang dia rasa di bayar cukai dia berhak juga mendapat semua hak-hak sebagai pembayar cukai.ada orang rasa dia cukup apa yg ada dan nak bagi peluang bantu pulak orang yg kurang berkemampuan dgn cara tidak ambik tempat orang lain.contoh you boleh book parking kereta sampai 10 parking depan kedai sebab nak bagi kemudahan kpd pelanggan dan juga nak tarik pelanggan. .you boleh bayar kat majlis sebab you ada modal...habis semua parking depan kedai you book sampai jiran kedai you yg modal kecik dan tak mampu book semua parking depan kedai tiada parking

bisnes tokey kedai yg  book parking dapat lebih banyak,cawangan makin banyak,makin kaya.jiran kedai takde parking  pelanggan lari sebab parking  jauh.akhirnya bisnes kedai tak de parking tidak  dapat bersaing terus tutup dan lungkup sebab tiada modal nak book parking depan kedai untuk sepuluh parking.
kalu ikut pasaran terbuka you  berniaga takde modal jangan lawan lah lawan dgn orang bermodal.bersaing cara bebas.makin lama kedai -kedai takde modal tutup dan tak boleh bersaing.lama-lama timbul perasaan tidak puas hati tokey kedai kecik sebab makin ramai kedai kecik tutup dan lungkup sebab tak boleh bersaing dengan kedai kaya modal besar yg boleh bayar  banyak parking.

satu hari nanti golongan takde modal ini  yg terpinggir ini memberontak dan terjadilah kaum miskin benci kaum kaya,kaum berpelajaran benci kaum miskin sebab pemalas  dan terjadilah kebencian dan dendam kaum orang kaya dan orang miskin.yg miskin tiada pelajaran akan menjadi perompak kedai orang kaya,rumah orang kaya dan anak orang kaya.kaum miskin akan jadi pengedar dadah, perompak,perogol dan penjenayah kecil dan penjenayah besar.contoh di  afrika selatan dan algeria dan juga nigeria. ini juga berlaku di  india,indonesia dan juga negara filifina dan negara -negara Afrika lain.

jangan terjadi satu hari nanti dalam negara kita akan menjadi satu  dosa besar menjadi kaya ,berpelajaran dan dibenci oleh kaum miskin sehingga menimbulkan kebencian dan huru-hara bila terlalu ramai rakyat dlm negara ini jatuh dalam golongan miskin.tunggu 10-20 tahun akan datang jika kita terus menafikan hak mereka untuk majukan diri mereka dan ekonomi mereka.mungkin masa itu anak cucu orang kaya malaysia akan jadi pelarian di negara asing sebab mereka menjadi bahan kebencian penduduk miskin di negara tercinta ini,

islam itu berkonsep adil.boleh jadi kaya -raya namun jangan lupa kaum yg miskin.sebab itu Allah wajibkan bayar zakat perniagaan dan pendapaatan atau emas.atau pertanian.sebab islam itu yg kaya bantu yg miskin ,yg berilmu bantu yg jahil,yg buta dan dalam kegelapan dituntun oleh yg celik.sebab islam tak ajar kita untuk pentingkan diri,menyayangi ummah islam yg lain dan menyantuni yg lemah.
jika ikut konsep orang bermodal yg bukan Islam akan kata  buat apa nak kongsi dan bayar zakat  sebab dah bayar cukai.sebab Allah janji setiap hasil yg kita sedekah dan zakatkan  Allah janji tidak akan  putus rezeki mereka di dunia dan di akhirat  dan Allah bagi tempat yg tertinggi asalkan kita yakin dan patuh dengan suruhan dan  amalan tersebut.

Sebab itu kita kena wajib baca dalam sembahyang Al-fatihah.salah satu terjemahannya Allah maha pengasih dan penyayang.Tunjukkan daku jalan yg lurus dan benar.
maksudnya Allah mementingkan kita sentiasa menyayangi ummah yg lain dan sentiasa mendoakan ummah yg lain untuk  doa dan permintaan kita cepat makbul.bermaksud untuk menjadi Orang Islam yang disayangi Allah kita kena menyayagi dan menyantuni ummah islam yg lain barulah semua permintaan kita cepat  dikabulkan Allah.








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2021 07:26 PM | Show all posts
annehuda replied at 4-10-2021 01:45 PM
Ni contoh T20 tak sedar diri.

ni la T20 kejiss... kalau org miskin, bantuan adalah 'tongkat' utk org malas, kena kat dia oohh tu hak dia sbb byk byr cukai.
mungkin pasni terbahagi kpd dua =

t20 gold utk yg betol2 senang dan middle class ke atas gituh

t20 silver utk semput2 lower middle class dan separa miskin bandar

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 07:49 PM | Show all posts
amansihat replied at 4-10-2021 01:50 PM
ikut individu juga dan kesedaran.ada orang dia rasa di bayar cukai dia berhak juga mendapat semua  ...

betul tu kak aman. bersaing secara sihat bukannya 'equality' utk cukupkan syarat. kalau diteruskan konsep masalah kau la siapa soh ko miskin, jurang ekonomi makin luas - samalah mcm kat India dan Indonesia. Kalau kaya, terlampaulah kaya raya, tp kalau miskin sampai tahap fakir miskinnya. adakah itu yg kita nak? salahkah kita lebihkan sikit keistimewaan, bantuan/biasiswa/tempat sbp/peluang pekerjaan utk anak2 org miskin yg cerdik pandai nih? ai sampai sekarang terngiang2 kata2 yg lebih kurang mcm ni: kalau kita nafikan peluang pendidikan org miskin, bayangkan berapa byk brilliant minds yg boleh dicungkil tp diabaikan - mungkin dia org bole discover ubat kanser, AIDS, covid 19 ke. berbahagilah rezeki kalau ada yg terlebih. ai ingat org kaya dan T20 ni sepatutnya takda masalah nak sekolahkan anak sampai ke oversea - memang takda financial planning ke. Saudara dan kenalan ai, start anak dia org baby dah start menabung sbb tahu byk perbelanjaan kan. Takda bezalah ko kayangan dgn pipit kalau sama2 kesempitan duit nak hantar anak sekolah. Study la Universiti local mcm org lain. Dgn anak org miskin tau pulak nasihat, semua universiti sama jah. Abis ko anak beranak gedik nak pi oversea apahal? Tak ukur kemampuan sendiri ke? pastu ingat org miskin tak suka org kaya sbb 'jeles' - tp sbb ko tak paham masalah org, dunia ni berlegar2 keliling ko jah. Org kaya pulak tak abis2 fikir org miskin ni 100% pemalas dan takmo usaha. saling benci membenci, ujung2 jd lah revolusi yg menyebabkan kepala semua org dgn ai sekali, tergolek dok dlm bakul hahaha

Pendek kata jgn bongkak sgt dan tamak dgn privilege (pinjaman/biasiswa/peluang pekerjaan), ada antaranya bahagian org susah jugak. Sharing is caring. Sekian khidmat nasihat masyarakat.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 4-10-2021 10:53 AM
....... kannnn

Insyaallah dapat ... kalau result tip top A+ kena banyak and perform masa IV ..  ...

i happy your doter dpt tajaan MARA
walau u T20
menyampah baca komen2 yg jaki sgt
dgn T20
as if semua bantuan harus utk b40,m40
entitlement mentality
when it comes to education sepatut semua
pelajar dpt peluang yg sama
jika anak t20 sama bijak, sama berkelayakan
mcm anak b40/m40
apa salahnya dpt tajaan atau biasiswa juga
kalau setakat gaji rm 30 ribu anak ramai
tetap tak mampu hantar anak ke luar negara
dgn belanja sendiri zaman skrg ni
so jika anak dari gol ini excellent dlm pelajaran
kenapa nak menidakkan hak mereka
dan tentu ada yg kata
tak mampu…belajar aja la dlm negara
abihhh anak2 b40/m40 saja kah yg harus dibantu?
dah dpt pegi luar negara
ada yg tak reti sesuaikan diri
dok berkawan dgn set2 dia jah
sudahnya asyik bertukar uni
mcm bdk perempuan dari kelatan tu dulu
lupa dah namanya
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau T20 claim tak mampu,habis tu uols ingat B40 dan M40 tu terlebih mampu ka?

T20 kalau betul financial planning,jenis yg fikir masa depan anak,dah buat tabungan siap-siap mcm family dani-rox tu patutnye dah mampu dah nk pegi hantar anak ke mana-mana kolej yg uols nak. B40 dan M40 ni mimpilah nak menabung,harapkan kwsp la kot baru nak merasa pegang cash banyak. Tu pun nk kene tunggu umur 55thn

Dok kutuk B40 M40 ni harapkan tongkat,yg T20 nk jugak bantuan ni tu ape pulak sama jijik je dgn golongan yg korg kutuk tu.

Ye tau anak korang layak,tapi cer fikir antara antara anak B40 yg sama result cemerlang mcm T20 ni,which aku rasa berlambak je zaman skrang ni,apa bezanya? Bezanya makbapak B40 tu tak berduit mcm T20 ni

Golongan T20 yg dok tak puas hati dgn B40 dan M40 ni,cuba korang tengok balik sumber pendapatan  korang tu,ada unsur-unsur syubhah ka,tak berkat ka,tercampur sumber haram ka,sebab aku pun pelik kenapa angpa ni rasa tak puas hati dgn golongan yg berpendapatan lg rendah dr angpa ni. Kalau angpa rasa angpa pembayar cukai boleh demand itu ini,mudah ja,angpa berenti kerja gaji lebat tu pastu pi keja kilang kt jitra nun,pastu mohon la bantuan baitulmal,jkm, bla bla bla taram semua biasiswa yang ada. Bayar cukai pun takyah,makan ja duit pembayar cukai lain,which is sbnrnye cukai pendapatan satu malaysia ni sumbang tak sampai 2 digit pun dr keseluruhan pendptan negara ye noks. So jgn dok bangga-bangga taxpayers. Aku pun tax payer jugak,lglah aku bujang takdak potongan itu ini,dgn bayar zakat lg. Tapi aku ok je kalau duit yg aku bayar tu utk kegunaan anak-anak B40 sambung belajar.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 10:27 PM | Show all posts
telur_dadar replied at 2-10-2021 01:12 AM
I anak orang miskin...mak dan ayah i kerja cleaner/pekerja am rendah di uni kerajaan.. I juga salah  ...

Sedih citer u..tahniah walaupun jlnnya penuh berliku...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 10:25 AM | Show all posts
Much appreciation to you for this confusing post, I am stunning I saw this site on Google. Substance, truly, regardless, the entire site is staggering. https://www.couponxoo.com/discovery-plus-code-2021
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
helicornia replied at 1-10-2021 02:43 PM
Pastu menyusahkan parents lain yg pendapatan rendah nk ikut selera parents kayangan ni.kasut nk ke ...

Kan. Sampai ada sikit hari dulu yg viral pasal parents hntr anak pakai motor gi spb.
Mcm benda rare pulak bawak moto hntr anak.
Masa zaman kakak aku dulu takda hntr2, naik la train sendiri gi masuk sekolah sains kat kluang tu. Ada bas tunggu kat train station.
Zaman sekarang kat rumah aku sekolah menengah agama maiwp berasrama pun elite dah yg hntr smua pakai kereta mewah
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
MenteriWanita replied at 1-10-2021 03:24 PM
Sembang pasal ambil hak orang miskin nih, anak sulong kakak iols dapat straight A PMR 2,3 tahun lepa ...

Kerlas.
Form 4 terus mintak kereta ahaks
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2021 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Punat_button replied at 2-10-2021 11:00 AM
balik serve the country lah, bukan wajib keje gomen.

sampai ke sini uols bitter dgn makcik pakc ...

I don't think dia bitter dgn pakcik makcik dia. I think what she's trying to say is that ayah dia sanggup xbelajar dan nak bagi peluang dkt adik2 dia belajar sampai berjaya. Same goes to his children as well.

Nothing wrongs with her saying.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 03:02 PM | Show all posts
guesswho09 replied at 4-10-2021 08:06 PM
i happy your doter dpt tajaan MARA
walau u T20
menyampah baca komen2 yg jaki sgt

kannnn sangat Guess
and I am also happy
that you (and hubby) mampu hantar anak ke luar negara dengan belanja sendiri
Alhamdulillah
how i wish i boleh buat perkara yang sama
tapi kami mmg tak mampu buat begitu
syukur anak dapat tajaan ..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
juruterra replied at 4-10-2021 10:26 AM
i dulu B40...erkk..maybe B10 kot apak cuma bawak lori mak surirumah...Alhamdulillah dpt biasiswa J ...

good for u. such an inspirational story. alhamdulillah. ideally, mmg kita harapkan semua b40 yang berkelayakan utk dapat menggunakan sepenuhnya peluang n ruang yg ada utk mereka belajar overseas. tp yelah, x semua mampu financially, emotionally, mentally, socially to adapt to the life there. i x sebut t20,m40 ke sbb mereka ni kalu xleh adapt ke sana pun duit keturunan tu masih ada. b40 ni sgt crucial sbb diorg kena guna peluang yg ada sepenuhnya sbb ia melibatkan masa depan keluarga secara keseluruhannya. tu yg kalau tgh jalan tetiba nk stop blaja kat overseas sbb xleh adapt kesian sgt2. they have wasted a lot chances, money, time yg they desperately need. i have told some young people yg golongan b40 yg u cannot afford utk main2 masa blaja mcm org2 golongan m40-t20 ni, x serius dlm pelajaran sbb terikut2 cara hidup golongan kayangan/sederhana ni. kena serius lebih dari org2 lain.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 03:21 PM | Show all posts
legaaa...

dpt htr anak sulung  belajar kat uk guna duit sendiri.mmg anak ada mohon tajaan jpa & mara tapi tak berjaya.mujur sy menabung utk pelajaran anak2 sejak mereka lahir

tambah lega anak bongsu baru masuk kmb, semuga semua berjalan lancar

saya takde guna mana2 kabel pun, org tertinggi pangkat yg saya kenal pun cuma penghulu meru
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.080248 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list