CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momimasrie

CLOMID

[Copy link]
Post time 8-12-2009 08:59 PM | Show all posts
penah ambil clomid slama 6 bln...gurl thn ni baru msuk 4thn kawin...ambil clomid pon lastly thn 2006..laps kgguran..patu trus bdan naik mndadak cmni..ades...ada PCOS lak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2009 11:49 AM | Show all posts
hi...nk joint....dini pn nah mkn clomid...3bln ambk still xde good newz....tp mmg dini sokongla, mkn clomid ni slera mkn uncntrol...brt bdn dini nek 15kg tau...ayoooo
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2009 01:34 PM | Show all posts
hmm..daun pun baru jer mkn clomid ni..dh 2 bln..still x der rezeki
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2010 12:44 PM | Show all posts
kzamam pun baru makan clomid hari selasa hari tu..baru nak masuk 3 hari la..tapi selera makan langsung tak de...dah 2 hari tak makan nasi..asyik makan mee..tu pun share ngan opismate...hopefully kali ni berjaya preggy
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2010 05:00 PM | Show all posts
Sape tahu harga clomid sebijik berapa ringgit.. Terasa macam mahal pulak beli kat hospital pakar nie.. 10 biji RM110...

Ada saper2 boleh share?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2010 10:50 AM | Show all posts
Sape tahu harga clomid sebijik berapa ringgit.. Terasa macam mahal pulak beli kat hospital pakar nie.. 10 biji RM110...

Ada saper2 boleh share?
nalesa Post at 21-1-2010 17:00


uik?? hmy3: btol ke semahal itu??....

pertghan taun lpas BB pnah mkn clomid utk 6hari, dpt kat klinik panel...so x tanye la bape dia punye rege...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2010 03:11 PM | Show all posts
Oooo...BB dah penah amik clomid ye
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2010 05:35 PM | Show all posts
adex....pi hkl kan. Kalau deela nak pi hkl mcm ner procedure ye?? Kenajumpa dc biasa dulu @ terus refer pakar. Boleh x citer skit kat deela.Kalau nak pegi private mcm dah malas. Dc pusrawi tau deela d ...
dee_la Post at 15-1-2007 17:25


deeela... steno pn baru stop buat treatment dgn pusrawi. doctr kat sana x bagus langsung. nak duit kita jer... hampeh. lepas steno gugur bulan 4 2009, asyik kena f/up setiap bulan tp xde apa2 pn. suruh kita concieve normal dulu. smpai skrg dh 8 bln xde bg ubat kecuali folic acid. pastu scan. pastu charge ratus2. nak tunggu doctr punya laa lambat, mengalahkan hkl. ada skali steno kena tunggu doctr smpai 2 jam lebih w/pin dh buat appointment. skrg steno dh nekad buat kat lppkn. now 1st step, amik darah, check sperm & slasa dpn buat xray hcg. doctr n nurse kat lppkn baik sgt2. harga pn x mahal cam pusrawi. hopefully thn 2010 ada rezeki utk kita semua. aminnnn......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2010 09:55 PM | Show all posts
328# steno

Steno nak  tanya lppkn tu i mana yer?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2010 08:07 AM | Show all posts
329# jlocute

lppkn tu kat jln raja laut. sebelah hotel quality. lppkn mmg handle kes camni. masa 1st time steno pegi, staf& nurse baik2 semua. diorg  x ckp byk sbb mmg tau kita ada masalah nak baby. diorg interview background kita. pastu trus buat blood test & sperm test. call dulu buat appointment & dtg pada 2nd day period.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2010 09:39 AM | Show all posts
Oooo...BB dah penah amik clomid ye
kzamam Post at 22-1-2010 15:11


yups....huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2010 04:05 PM | Show all posts
hurmm...nk share jugak....sy br amik clomid ari nie....kira 2nd day period....wat kat an-nur bangi... first time pegi (may 2009) da wat scan hcg, pas2 doc suh wat normal dulu... then smlm (1 feb 2010) gi lagi, doc terus amik darah n hubby kena wat specimen test... doc bg clomid tuk mkn 2nd day period selama 5 ari berturut2 n folic acid tuk dimakan selama sebulan.... 12hb feb 2010 nie kena gi lg coz doc nk tgk perkembangan telur... hurm.... doc bg tempoh 4 bulan tuk preggy...klu still x der rezeki doc akn bitau cara lain laks..... alhamdulillah course x der la mahal sgt...lebih kurg ngan LPPKN jer....
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2010 05:29 PM | Show all posts
salam, selama ni berus silent reader je...
ni nak share pengalaman amik clomid...
berus mmg ada PCOS tp yg mild punye kata doktor, hasil dari ujian darah n scan.. but my period mmg x teratur langsung....sukehati tapak kaki dia je nak cycle berapa hari....so untuk predict ovulation mmg susah.... berus buat treatment OnG kat HUKM. so far ok la doc kat sana...tp kdg2 ada jugak yg hampeh... kdg2 berus malas sbb students join appointment doktor berus....nak tanya soalan lebih2 sikit yg privacy pun susah. sigh...

ok first cycle berus, doc bagi 50mg clomid, so far xde ape yg berlaku...takde rasa apa2 side effect pun..cuma period berus datang lewat..1-2 bulan delay...then datang pun cam sikit2 jer....berus makan time 2nd day period. then Doc tingkatkan lagi dosage kepada 100mg.... sekarang berus on second cycle of clomid...amik 2nd day gak sampai 7th day. sekarang berus dalam hari ke 22 cycle berus... sekarang berus sdg mengalami simptom2 side effect ubat tersebut seperti hot flashes, sakit lower abs, loya, breast n nipple sakit dan sensitif, kuat makan dan cepat letih.... kdg2 rasa mcm pregnant pulak...hehehe feeling2 sgt... tp taknak put on high hopes... just look n see how it goes.... insyaallah kalau ada berus amat bersyukur.... nanti kalau ada apa2 news berus akan update kat sini untuk share dgn kawan2 jgk.... kepada kawan2 semua yg masih berusaha, selamat berusaha berus ucapkan...semoga usaha kita semua akan membuahkan hasil nanti....amin amin aminnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 03:33 PM | Show all posts
skrg dah day 25....berus sakit lower back pulak...
mane semua otai2 ni? berus meraban sensorang nampaknye
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2010 08:12 PM | Show all posts
Reply 200# asleyza

i pun mkn clomid n mcm2 jenis ubt subur.tp stil x e rezeki lg..semua dh tnye je.trs jd badmood bile org tnye mcm 2
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 12:24 PM | Show all posts
salam...
saya pun penah mkn pil clomid ni,,,,,asyik sakit kepala jer....xlarat nak g kejer....
cite ngan husband,,,die suruh stop mkn ubat tu,,,,coz effect die kuat,,,,skrg ni saya dah stop....tp still xde rezki gak,,,,ingat nak try mkn biodex plak,,,,ade sape2 leh bg pendapat n pandangan tntng boodex nih....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2010 02:44 PM | Show all posts
clomid buat berat badan saya naik..terus stop makan..eisk
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 01:40 PM | Show all posts
salam...sy pun tgh dapat rawatan untuk dapat baby..
sy buat kat KMC,kedah...
dah 2 bulan mkn clomid
baru ni p jmp doc.pakar,dia suh ambik darah.
result dia, hormon progesterone murni rendah sgt2
daripada 2 biji clomid,dia tmbh 3biji/hari.mkn hari ke-2 period..
then dia suruh ambik darah lagi 2kali..
masa tgh period and hari ke -21 period...dia ckp nak tgk ade tak penambahan hormon...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2011 01:12 PM | Show all posts
hye..

start makan clomid semalam..pagi2 td dah meloya...muntah tp x kelaur apa2...seksa...kena tahan utk 5 hari.,.

dr aritu bgtau,,klu nak makan clomid amik sebelom tdo sebab clomid tu ade kesan pening2 kepala skit..so klu tdo x rasa sgt
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2011 03:57 PM | Show all posts
Slm..

Sy pn tgh mkn clomid skrg ni..dh msuk ari ke-3..da lg 2 ari tuk hbskan clomid ni..simptom2 cam yg korg ckp ms amik clomid 2 stkt ni xde lg la..hope xdela simptom2 tu..mggu lps sy da bc psl OHSS..yg terangkan psl OHSS ni ialah Dr Adilah Ahmat..kat bwh ni penerangan dia:


OHSS adalah singkatan kepada sindrom ‘ovarian hyperstimulation’. Ia adalah komplikasi yang berlaku apabila ovari mengalami rangsangan berlebihan sehing�ga menyebabkan kesan negatif terhadap tubuh wanita, malah ia boleh menyebab�kan maut.
OHSS boleh berlaku di kalangan wanita yang mengambil ubat kesuburan. OHSS lebih lazim berlaku di kalangan wanita yang menjalani rawatan perse�nyawaan tabung uji (IVF) memandangkan ubat kesuburan yang digunakan adalah jenis suntikan gonadotrofin, dalam dos yang lebih tinggi dan untuk jangka masa yang lebih lama berbanding rawatan kesuburan bukan IVF.

Namun OHSS juga boleh disebabkan oleh pil kesuburan mengandungi bahan Clomiphene seperti yang anda tanyakan, cuma ia lebih jarang berlaku. Itulah sebabnya penting untuk wanita yang mengambil ubat kesuburan menjalani pemantauan kesannya.

Tiada cara lain untuk me�ngelakkan OHSS melainkan dengan tidak mengambil ubat kesuburan langsung. Pilihan ini mungkin kurang sesuai bagi wanita yang menjalani rawatan kesuburan, lebih-lebih lagi jika mereka mempunyai masalah penghasilan telur (anovulasi atau oligo-ovulasi).

Ubat kesuburan membantu membanyakkan bilangan telur matang dalam sesuatu kitaran. Doktor lazimnya mengambil langkah berhati-hati dalam menentukan dos permulaan ubat kesuburan terbabit serta memantau kesannya secara ujian ultrabunyi pelvis.

OHSS boleh berlaku di kalangan mana-mana wanita yang mengambil ubat kesuburan dan menjadi lebih teruk oleh suntikan pencetus ovulasi (mengandungi hormon hCG) ataupun apabila wanita terbabit hamil (uri mula mengeluarkan hCG).

Tetapi yang lebih penting adalah untuk wanita terbabit melakukan pemantauan sendiri di rumah dan memberitahu doktor mengenai perubahan yang dialami. Ini kerana diagnosis OHSS secara dasarnya dibuat

berpandukan kepada simptom yang dialami, kemudian barulah dibantu dengan ujian tertentu. Lebih lambat anda mengadu masalah ini, lebih sukar untuk mengesannya pada peringkat awal.

Untuk memahami mengapa simptom ini berlaku, anda perlu memahami bagaimana OHSS boleh berlaku. OHSS berlaku apabila ovari yang terlebih dirangsang ini mula mengeluarkan bahan yang menyebabkan perubahan kepada salur darah. Salur darah menjadi lebih poros sehingga cecair di dalamnya bocor keluar.

Ini menyebabkan cecair memasuki ruang lain dan bertakung sehingga boleh memenuhinya. Darah yang tinggal di dalam salur darah pula menjadi lebih pekat dan memudahkan pembentukan ketulan darah (trombosis) yang boleh menyumbatnya dan menyebabkan kesan negatif.

Simptom yang dialami terhasil daripada kesan cecair yang bocor keluar dan kesan kekurangan cecair yang ting�gal di dalam salur darah. Simptom yang dimaksudkan pula adalah:

Perut menjadi semakin kembung sehingga boleh menyebabkan ia sangat tegang, sakit, loya atau muntah dan me�nyukarkan pernafasan.

Kurang membuang air kecil dan air kencing menjadi lebih pekat, tidak bermaya (tanda dehidrasi).

Pertambahan berat badan (terutama apabila melebihi lima kilogram).

- Sakit, kemerahan, panas pada kawasan betis (kemungkinan ketulan darah terbentuk), ia lebih banyak berlaku untuk OHSS peringkat teruk.

Apabila OHSS dikesan, doktor akan melakukan pemantauan lebih kerap dan rapi untuk menghentikannya daripada berlanjutan kepada tahap OHSS yang lebih serius sehingga boleh mengakibatkan kematian.

Wanita ini dinasihatkan meminum air mencukupi (tetapi bukan berlebihan), mengambil ukuran berat badan dan ukur lilit pinggang setiap hari dan mengambil minuman atau makanan berprotein tinggi. Perubahan awal yang dialami perlu dipantau dan dimaklumkan kepada doktor terutama apabila ia menjadi lebih teruk.

*bla bca psl ni risau plak kesannya klu mkn clomid ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.797888 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list