CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mix_chinese

[Merged] All abt Bulu: Bulu roma, bulu kaki, bulu ketiak, bulu muka..

[Copy link]
Post time 17-2-2006 01:14 PM | Show all posts
mix

tak tau la tahan brapa lama kaki ni.. tapi lepas wax tu memang dia thread kasi hilang bulu halus sekali
mula2 wat underarm tu malu jugak, tapi diorg tak komen apa2..kita pun rilek je la
sakit jugak ,lepas tu dia threading lagi..iskk..tak geli pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2006 02:32 PM | Show all posts
underarm tu, brp lama tumbuh balik biasanya? ada sebulan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2006 03:06 PM | Show all posts
Originally posted by aUtuMn^AnGeL at 17-2-2006 01:14 PM
mix

tak tau la tahan brapa lama kaki ni.. tapi lepas wax tu memang dia thread kasi hilang bulu halus sekali
mula2 wat underarm tu malu jugak, tapi diorg tak komen apa2..kita pun rilek je la
sa ...


tak sakit ke kat underarm tue? hmm.. bangsar kat ne? dkt tak dgn maybank tu?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2006 03:41 PM | Show all posts
telawi 3 dekat dgn bangsar village
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2006 03:55 PM | Show all posts
Originally posted by aUtuMn^AnGeL at 17-2-2006 03:41 PM
telawi 3 dekat dgn bangsar village

Oh situ.. Apa nama kedai? nak pergi gak jika ada masa. Nak buat theading kaki ni...
Hubby dah bising.  :kant:
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2006 04:14 PM | Show all posts
hai,
kalau bg direction nak g telawi 3 tu dr damansara uptown bleh? interested gak nak mencuba la........TQ
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2006 07:24 PM | Show all posts
Originally posted by mix_chinese at 17-2-2006 12:55 PM


tahan berapa lama tue yang leg tu? yang under arms tue tak segan ke? or tak geli ke?  



tak malu kak liz :cak: ... hahahah sebab derang pon wat brazilian wax services.... sure derang tak heran aa underarm nih...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2006 08:12 PM | Show all posts
kalu wat waxing kat leg rm60 mahal x?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2006 08:33 PM | Show all posts
Originally posted by Mz_tera at 17-2-2006 07:24 PM



tak malu kak liz :cak: ... hahahah sebab derang pon wat brazilian wax services.... sure derang tak heran aa underarm nih...



tiada kata kata yg dpt ku ucapkan lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2006 08:38 PM | Show all posts
Originally posted by penguin at 17-2-2006 04:14 PM
hai,
kalau bg direction nak g telawi 3 tu dr damansara uptown bleh? interested gak nak mencuba la........TQ


err..kalau ikut jalan dlm yg lalu depan hotel eastin..susah nak describe lah..

jln yg simple..
dr damansara uptown..masuk NKVE.. masuk federal highway.. masa lepas pintu gerbang selangor.. sisir ke kiri..then.. melepasi UM.. melepasi pantai medical.. then.. pusing ke kiri apb nampak highway NPE (ini kira jambatan atas)..then.. kat trafic light (dataran maybank) pusing ke kiri..

dah masuk area bangsar tu..nmpk kedai byk2 tu..tu lah..kena cari sendiri telawi 3 tu.. susah nak describe lah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2006 10:44 PM | Show all posts
minggu lepas beli "Mayaltha hair removal" dari the natural source store. ni wax, tak perlu panaskan cuma letak kat tempat yg nak buang & ripppppppppppp!!

ok lar.. sebab tak pandai, buat 2/3 so rasa sakit sikit. overall good. tak pedih pun. dah cuba kat kaki (tak sakit lansung), misai sikit2( tak berapa habis sebab buat masa pagi so tak nampak).

oh, saya buat kat ketiak. quite ok. sebab tak biasa ada tinggal yg sikit2. tak boleh nak habiskan sekarang sebab dah bendera merah

btw, masa kat kedai tu SA buat demo kat tangan & tak rasa apa pun. sebab bulu roma nipis ajer kut.

tns - malaysia website



product description:
Shown here in The Mayaltha Range, the Better Hair Removal - it successfully removes unwanted hair, without irritation, and works effectively with your own body heat, making the heating of the naturopathic cold gel unnecessary!
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2006 02:03 PM | Show all posts
kalo threading tu die wat camne cabut or what??? minat gak ni tp terangkan la ckit, x baper clear la....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2006 01:04 PM | Show all posts
IPL buang bulu berlebihan
Oleh Shafinaz Sheikh Maznan

BULU roma yang terlalu lebat, berlebihan dan tidak diingini bukanlah satu masalah luar biasa. Bagi kebanyakan lelaki dan wanita, ia bagaikan satu mimpi ngeri dan memalukan.

Wanita biasanya mengalami keadaan ini pada bahagian muka terutamanya di atas bibir yang menampakkan seperti misai, kening, garisan bikini, ketiak dan kaki. Lelaki pula lazimnya menghadapi masalah yang sama pada bahagian belakang, dada, leher dan di antara kening.

Dalam kebanyakan kes, pertumbuhan bulu roma berlebihan diwarisi dalam keluarga. Etnik juga boleh menjadi faktor di mana orang kulit putih cenderung ditumbuhi bulu muka berlebihan berbanding warga Asia dan Afrika Amerika.

Hormon turut memainkan peranan. Sesetengah orang mulai mengalami masalah bulu roma yang tidak diingini sejak akil baligh. Lain-lain mendapati keadaan ini bertambah teruk bersama peningkatan usia.

Sesetengah wanita mengalami pertumbuhan bulu yang bertambah semasa hamil atau menopaus. Wanita yang mengalami pertumbuhan bulu ketara secara tiba-tiba dinasihatkan agar berjumpa doktor kerana ia mungkin menjadi petanda masalah kesihatan tertentu.

Rawatan konvensional seperti mencukur, mencabut, penggunaan lilin (wax) dan krim membuang bulu menawarkan penyelesaian sementara yang biasanya datang bersama ketidakselesaan, agak bersepah dan kerengsaan kulit.

Elektrolisis mungkin memberikan hasil yang baik tetapi ia memakan masa berbulan lamanya dan memerlukan beberapa kali lawatan walaupun hanya untuk satu bahagian kecil seperti bibir atas.

Menerusi prosedur ini, aliran elektrik akan dilalukan menerusi jarum bagi memusnahkan akar rambut, satu demi satu.

Fisiologi rambut/bulu roma

Rambut melalui empat peringkat pertumbuhan iaitu anagen, catagen, telogen atau awal anagen. Fasa pertumbuhan rambut yang aktif adalah semasa peringkat anagen. Dalam fasa ini, rambut mengandungi melanin yang berlebihan.

Catagen pula merupakan satu fasa pengunduran di mana bahagian bawah rambut berhenti tumbuh tetapi tidak gugur dan folikel rambut diserap semula.

Fasa seterusnya telogen di mana rambut-rambut lama gugur dan bersiap sedia untuk pertumbuhan rambut baru.

Intense Pulse Light (IPL)

Bayangkan jika anda tidak perlu lagi bercukur, mencabut, melilin atau melalui prosedur elektrolisis untuk membuang bulu roma atau rambut yang tumbuh pada anggota badan.

Teknologi IPL yang telah digunakan bertahun-tahun lamanya untuk merawat tanda kelahiran seperti port-wine, menawarkan penyelesaian bukan invasif, tidak menyakitkan, cepat dan kekal lebih lama bagi tujuan berkenaan.

Dengan setiap pancaran cahaya yang diberikan pada kulit, IPL yang diluluskan oleh pentadbir makanan dan ubat-ubatan (FDA), menghapuskan lebih banyak rambut dalam satu-satu masa.

IPL merupakan teknologi fotoepilasi pertama yang terbukti dalam merawat rambut yang tidak diingini dengan selamat, pada semua jenis kulit
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2006 01:17 PM | Show all posts
Originally posted by mama_boomboom at 12-9-2005 01:11 PM


Memang  ganaz lagak genster kampung dusun..Padan ketiak mama:cak::cak:


mama .. camner???? ok tak pakai Prolin hair tue .... kalo ok nak beli gak nie .. nak try ...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2006 01:25 PM | Show all posts
kalau ada misai lak mcmana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2006 01:54 PM | Show all posts
Tunggu la ada masa baru buat semua nie.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2006 06:41 PM | Show all posts
saya belum pernah jumpa krim membuang segala jenis bulu sebaguz prolin ni . kadar pertumbuhan semula memang lambat kira orait lah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2006 10:19 AM | Show all posts
he...he..he..kita pun nak cari prolin juga le....tak mau cakap banyak, ptg. ni terus gi beli.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2006 10:33 AM | Show all posts
Originally posted by haz at 17-3-2004 10:08 AM
dedulu mmg haz pakai razor..pastu bila nak tumbuh tu gatal2 la..
so haz cabut..mmg sakit dan mengambil masa yg lama...
tapi at least lambat tumbuh...dan lebih halus...


memang cabut satu2 rasa sakit bagi yg tak biasa...tp halize sejak memula tumbuh bulu ketiak dah cabut...jadi dah biasa...memang tak tunggu lama....2 hari sekali halize akan check ketiak klu ada yg baru nampak nak tumbuh tu memang dah kena cabut dah...sbb dia muda lagi jadi tak rasa sakit pon...:cak::cak:
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2006 10:35 AM | Show all posts
Originally posted by babe at 12-9-2005 02:42 AM
nak tumpang menanya boleh..sesape boleh membantu....
canne nak cabut bulu2 ketiak yg halus tu eh..penat dah babe membelek..x tercabut2...
pastu babe ade masalah ketiak hitam..pastu berkedut n ku ...


masalah kita serupa la...disebabkan masalah ni la kawen dah 2 tahun sekali pon hubby tak dapat tengok ketiak halize betul2...sipi2 tu adala...memang malu sangat....mcm mane ek nak atasi? anyone??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.239918 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list