CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mr.kulop

MotoGP

 Close [Copy link]
Post time 3-2-2008 02:46 PM | Show all posts
amazed...
hang buat la thread baru...
motogp ni biaq pasai motogp ja...
cub prix...
ikut tajuk la...
tak bercampoq sangat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2008 11:57 AM | Show all posts

Reply #321 hyphrigian's post

ekekekekek

kap cai pun nak masuk sini
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 06:25 PM | Show all posts
Originally posted by hyphrigian at 3-2-2008 02:46 PM
amazed...
hang buat la thread baru...
motogp ni biaq pasai motogp ja...
cub prix...
ikut tajuk la...
tak bercampoq sangat...


haku sokong kau hyp
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 06:58 PM | Show all posts

Reply #323 ShadowChaser's post

semua nak boh lam thread ni teruk aaa...
buakak satu satu...
FIM asia road championship pun bukak..
biaq ada thread sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 01:52 PM | Show all posts
Originally posted by hyphrigian at 4-2-2008 06:58 PM
semua nak boh lam thread ni teruk aaa...
buakak satu satu...
FIM asia road championship pun bukak..
biaq ada thread sendiri...


kalu manyak-manyak thread susah gak campur kat sini, kalu ada bod sendiri lain la
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 08:23 PM | Show all posts

Reply #325 ShadowChaser's post

aku paham kehendak hati hang....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2008 08:23 AM | Show all posts
catat keputusan cemerlang di Litar Sepang

BEKAS juara dunia MotoGP, Valentino Rossi (gambar) kembali keLitar Sepang kelmarin untuk menjalani sesi ujian pramusim sebagaipersediaan bagi menghadapi perlumbaan MotoGP musim ini.

Pelumba dari Itali itu mencatat masa terpantas dua minit 00.300 saat pada sesi ujian yang hanya dihadiri tujuh pelumba.



Sebahagian pelumba MotoGP tidak hadir di Sepang selepas melengkapkan sesi ujian di Litar Phillip Island Australia minggu lalu.

Sesi ujian kelmarin turut menyaksikan Rossi menggunakan tayar jenis Bridgestone dan berjaya melakukan 62 pusingan.

揌ari ini menunjukkan tanda positif dan saya ternyata gembira,
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2008 06:52 AM | Show all posts
Rossi gembira dengan masa di Sepang

KUALA LUMPUR
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2008 05:26 AM | Show all posts
SIC hantar wakil ke MotoGP Qatar

KUALA LUMPUR - Penganjur sukan permotoran Formula Satu (F1) Malaysia, Sepang International Circuit Sdn. Bhd. (SIC) akan menghantar wakilnya ke Grand Prix Motosikal (MotoGP) Qatar, 9 Mac ini untuk mendapatkan idea tentang penganjuran perlumbaan waktu malam di Litar Sepang.

Pengerusi SIC, Datuk Mokhzani Mahathir berkata, MotoGP di Doha, Qatar merupakan perlumbaan MotoGP pertama kali diadakan pada waktu malam di atas litar yang dinaik taraf.

"Kami akan menghantar pemerhati ke Doha dan melihat bagaimana ia dijalankan. Singapura akan mengadakan perlumbaan malam mereka pada September dan kami akan memerhatikannya juga. Tetapi keadaan sana (di Singapura) dan kami sangat berbeza. "Perlumbaan mereka di litar jalanan dan hampir pasti menggunakan lampu jalan tetapi kami, dengan kawasan yang luas, mesti menggunakan lampu besar, yang memerlukan teknologi yang begitu berbeza," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengumumkan acara berbasikal, Perlumbaan Kriterium SIC Kencana Petroleum, yang akan diadakan pada 2 Mac bersempena dengan edisi ke-10 Grand Prix Formula Satu Malaysia di sini semalam.

Hadir sama, Pengurus Besar SIC, Datuk Azmi Murad dan perenang maraton negara, Datuk Abdul Malik Mydin.

Mokhzani turut menambah, sistem lampu di Litar Sepang akan menjadi satu bonus kepada SIC dan peminat sukan permotoran kerana lebih banyak perlumbaan boleh diadakan di litar itu pada bila-bila masa.

"Bagi saya, ia bukan sekadar lampu bagi Formula Satu tetapi mampu menerangi litar pada waktu malam untuk mereka yang mahu mencuba berlumba pada waktu malam... ia akan memberikan pendapatan tahunan kepada SIC.

"Kami akan cuba untuk menyiapkan litar bagi perlumbaan malam tahun depan seperti yang disyaratkan FIA (Persekutuan Automobil Antarabangsa).

"Bagaimanapun, kami masih meneliti kos untuk menerangi litar itu," katanya.

SIC, yang baru sahaja memperbaharui kontrak untuk menganjurkan perlumbaan di Malaysia bagi perlumbaan berprestij F1 sehingga 2015, mungkin dapat menganjurkan perlumbaan pada waktu malam tahun depan, dua tahun lebih awal daripada yang disyaratkan.

Walaupun kontrak baru itu menyatakan bahawa litar itu mesti bersedia untuk perlumbaan malam pada 2011, SIC akan mula memasang sistem lampu yang disyaratkan tahun ini.

- Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 05:27 AM | Show all posts
FIA pilih litar Pasir Gudang bagi rantau Asia

NEW DELHI - Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) telah memilih Litar Pasir Gudang di Johor sebagai gelanggang bagi melatih pelumba muda dan berpotensi di Asia sebelum mereka melangkah ke perlumbaan bertaraf antarabangsa.

Naib Presiden FIA Bagi Zon Asia, Nazir Hoosein berkata, badan antarabangsa itu telah memilih litar sejauh 3.86km itu sebagai gelanggang latihan bagi pelumba muda berikutan kesesuaian lokasi.

"Kami meninjau pelbagai litar dan mendapati kedudukan Litar Pasir Gudang paling sesuai kerana mempunyai kemudahan logistik yang baik termasuk penginapan hotel serta berdekatan dengan Singapura sebagai laluan utama bagi rantau ini," katanya.

Litar tersebut yang dibangunkan oleh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Johor, menyediakan gelanggang bertaraf antarabangsa bagi kejohanan tahunan seperti perlumbaan motosikal Superbike Dunia, World Endurance dan perlumbaan kereta dan motosikal Siri Johor.

Selain melatih pelumba muda dan berpotensi, FIA juga mempunyai rancangan besar bagi tahun ini termasuk menggesa persatuan kebangsaan melatih tenaga pengajar dan mekanik dengan menjalin kerjasama dengan Persekutuan Sukan Bermotor Perancis (FFSA) yang mengendalikan program latihan bagi pelumba Formula Campus di Le Mans.

"Asia perlu mempunyai satu program kerjaya yang benar-benar mantap serta sistem pendidikan sukan pemotoran seperti yang dilakukan oleh Perancis. Kita merancang untuk memulakan sistem yang sama tahun ini," kata Nazir, yang juga merupakan Presiden Persatuan Sukan Bermotor India (MAI).

Buat permulaan, kira-kira 20 pelumba dari rantau Asia akan dipilih untuk mengikuti latihan di Litar Pasir Gudang tahun ini.

Sementara itu, taikun perniagaan India Vijay Mallya, pemilik pasukan Force India bagi saingan pada Formula Satu (F1), telah menunjukkan minat untuk melatih pemandu negara itu di Johor bagi melahirkan bakat dari negara itu untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

Mallya yang membeli pasukan Spyker F1 musim lepas berkata, beliau akan bekerjasama dengan Akademi Sukan Bermotor Asia bagi melatih pelumba India di litar Malaysia itu.

"MAI akan mengenalpasti pelumba muda dari India, yang disokong oleh Force India, untuk mengikuti latihan itu.

"Pelumba yang menunjukkan kemampuan luar biasa akan terus disokong oleh Force India untuk menyertai perlumbaan tertentu di Eropah.

"Matlamat utama adalah untuk mengenalpasti, melatih serta mempersiapkan seorang pelumba India dalam pasukan F," kata Mallya seperti dipetik oleh agensi berita Press Trust of India bulan lepas.

India sudah pun melahirkan seorang pemandu F1 iaitu Narin Kathikeyan.

- Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2008 07:56 AM | Show all posts
Expert janji pertarungan sengit


SAINGAN bagi kategori expert  lebih sengit pada musim
2008 kerana ia bakal menampilkan beberapa pelumba hebat.


PERLUMBAAN kategori expert bakal menyaksikan persaingan sengitantara pelumba handalan negara dalam merebut gelaran juara KejuaraanCub Prix Malaysia AAM Petronas Sprinta musim 2008.

Perubahan drastik dalam kelas utama kali ini bakal mewujudkansaingan yang lebih sepadan kerana perbezaan antara jentera tidak ketara.

Di samping itu, modifikasi yang agak terhad pada jentera 4 lejangini menjadikan perlumbaan lebih adil sama ada buat pelumba ataupunpasukan.

Pelumba yang memiliki berat badan yang berlebihan pula mungkin sukar untuk bersaing di kelompok utama.

Namun begitu, pelumba sendiri masih berteka-teki, siapakah yangmampu menjinakkan jentera baru ini sekali gus menawan podium pertamapada perlumbaan pembuka tirai 29 dan 30 Mac ini.

Merujuk kepada rekod perlumbaan yang sedia ada, para pelumba expertmusim ini dapat dikelaskan kepada 3 kategori iaitu pelumba yangberlumba sepenuhnya dengan jentera 2 lejang, pelumba yang pernahberlumba dengan jentera 4 lejang dan 2 lejang serta pelumba yangberlumba sepenuhnya menggunakan jentera 4 lejang.

Pelumba-pelumba dalam kelas ini dianggap pelumba elit keranarata-ratanya telah berpengalaman bertahun-tahun dalam perlumbaanCubprix.

Namun begitu, mampukah barisan pelumba seperti Ahmad Fuad Baharudindan Ahmad Fazli Sham membuktikan mereka adalah jaguh dalam perlumbaanmenggunakan jentera 4 lejang kali ini.

Berbekalkan jentera baru musim ini, mereka terpaksa menempuhi hampir kesemua litar-litar perlumbaan dengan pengalaman baru.

Perbezaan utama pada enjin 4-lejang berbanding enjin 2-lejang adalah elemen brek.

Di samping itu, perubahan sistem suspensi belakang daripada sistemtunggal kepada sistem berkembar bakal menyulitkan lagi mereka mencaripelarasan terbaik untuk mendapatkan kawalan jentera yang stabilterutama semasa mengambil selekoh.
Sementara itu, pelumba pasukan Shell Advance Maju, Ahmad Fazli Shamberkata, dia akan berusaha untuk mempertahankan gelaran juara meskipunbakal menghadapi laluan sukar.

Menurutnya, apa yang penting ialah untuk mendapat keserasian dengan jentera baru pada perlumbaan musim ini.

"Saya menjangkakan saingan sengit daripada Mohd. Edzuan Abdul Ghani dan Md. Affendi Rosli.

"Apapun saya akan berusaha untuk mempertahankan gelaran juara untuk perlumbaan musim ini," katanya.

Sementara itu, pelumba pasukan Petronas Sprinta Raceline Ahmad FuadBaharuddin pula berkata, dia akan menggunakan segala pengalaman yangada untuk beraksi cemerlang pada kejohanan tersebut.

Menurutnya, persaingan dijangka sengit melibatkan pelumba muda dan berpengalaman terutama mengejar kejuaraan.
"Apa yang penting saya menggunakan segala pengalaman dan pengetahuanuntuk mendapatkan pelarasan jentera yang terbaik agar dapat membericabaran kepada pelumba-pelumba muda bagi musim 2008 ini," katanya.

Manakala, pelumba Petronas Sprinta, Ah Hong, Elly Idzlianizar Iliaspula berkata, dia akan berganding bahu dengan mekanik pasukan untukmenyiapkan jentera perlumbaan.

"Saya mahu memastikan jentera baru saya berada dalam tahap yang terbaik.
"Sekiranya jentera dalam keadaan terbaik ia akan meningkatkankeyakinan saya untuk menjadi juara sulung kelas expert dengan jentera 4lejang," katanya.

Sementara itu, pelumba pasukan Petronas Sprinta Ah Hong Mohd. ZamriBaba berkata, dia bercita-cita untuk mencatatkan nama sebagai pelumbayang pernah memenangi ketiga-tiga kejuaraan katogeri terbuka.

"Tetapi, bukan mudah untuk mendominasi perlumbaan musim ini yang nampak lebih kompetetif.
"Apapun saya akan melakukan yang terbaik untuk memenangi perlumbaan kategori expert tahun ini," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2008 06:59 AM | Show all posts
Yuzy Pachi Team sahut cabaran



SETELAH semusim menghilangkan diri daripada Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM Petronas Sprinta, Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas) kembali dengan 'armada' besar di bawah panji Modenas Yuzy Pachi Team yang diterajui bekas pelumba pertama Malaysia di Kejuaraan Motosikal Dunia, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini.


SHAHROL YUZY

Menurut Yuzy selaku pemilik dan pengurus pasukan, Modenas Yuzy Pachi Team akan menampilkan tujuh pelumba untuk menyahut cabaran kategori expert, novis dan wira epg.
"Pasukan ini akan diketuai bekas juara expert 2006, Mohd. Suhadi Ali Rahmat yang akan bergandingan dengan Mohd. Farid Ahmad dalam saingan expert, selain membariskan Mohd. Afiq Azhar dan Muhammad Hanif Che Ani sebagai regu novis.

"Pelumba muda, Mohd. Adli Azhar dan Muhammad Zulfahmi Khairuddin pula akan turun sebagai pelapis dalam kategori bawah 19 tahun wira epg.

"Dan dengan penyertaan Muhammad Azrin Abdullah selaku pelumba pelapis simpanan, ia menepati objektif asal kami untuk melahirkan dan mengetengahkan lebih ramai pelumba-pelumba muda yang berpotensi di kejuaraan permotoran negara," kata Yuzy.

Kehadiran Modenas Yuzy Pachi Team menyerlahkan lagi kehadiran mereka sebagai antara pasukan terbesar di Kejuaraan Cub Prix musim ini.

"Walaupun sudah dua musim pasukan saya tampil di kejuaraan ini, tapi kehadiran kali ini agak berbeza kerana kali ini pasukan saya mendapat sokongan penuh daripada pengeluar Motosikal dan Enjin Nasional iaitu Modenas.

"Sebagai sebuah pasukan yang diberi nafas baru, kami tidak menetapkan sasaran terlalu tinggi. Adalah realistik seandainya pelumba-pelumba saya mampu berada di dalam kelompok lima pelumba terbaik pada musim pertama ini.

"Sebenarnya kami mempunyai rancangan jangka panjang dalam hala tuju perkongsian pintar ini sebelum meletakkan sasaran lebih ideal iaitu gelaran juara keseluruhan berpasukan dan juga juara keseluruhan pelumba untuk ketiga-ketiga kategori, expert, novis dan wira," jelas Yuzy lagi.


BARISAN pelumba pasukan Modenas Yuzy Pachi Team
yang akan bersaing pada perlumbaan Kejuaraan Cub
Prix Malaysia AAM Petronas Sprinta musim ini,

Lebih menarik, selain mendapat sentuhan Yuzy selaku bekas pelumba, kerja-kerja di belakang tabir pula akan diketuai bekas jurutera yang pernah berkhidmat dengan pasukan Petronas Sprinta di Kejuaraan Motosikal Dunia, Rosdi Mohamad selaku Ketua Mekanik.

"Saya yakin dengan gabungan di antara barisan pelumba yang ditampilkan, tenaga jurutera di belakang tabir, kekuatan jentera Modenas dan sokongan penaja-penaja, kami mampu melonjakkan Modenas Yuzy Pachi Team sebagai antara pasukan yang digeruni di litar Cub Prix musim ini," kata Yuzy dengan nada yakin.


Menurut Yuzy selain mendapat sokongan penuh dari Modenas, pasukan ini turut mendapat tajaan di antaranya daripada PACHI yang terkenal sebagai pengeluar produk palam pencucuh motosikal dan kereta serta barangan alat ganti kenderaan.

Malah pasukan yang berpengkalan di Putra Perdana, Puchong, Selangor ini turut mendapat tajaan lain seperti RKM, Racing Boys, dan Mingguan Sukan sebagai penyumbang kekuatan pasukan menyahut kejuaraan Cub Prix Malaysia musim 2008.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2008 10:39 AM | Show all posts
copy paste ni dok tau dah sapa....
perangai hishhhh.....
mampoih camni
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2008 08:38 PM | Show all posts

Reply #333 hyphrigian's post

depa mmg dah keja dok copy paste ja

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2008 01:17 PM | Show all posts
[youtube]TpQqbxK6D3w[/youtube]
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2008 07:11 PM | Show all posts
Saturday March 29, 2008
Schumacher claims motorbike victory

BERLIN: Seven-time Formula One world champion Michael Schumacher followed up the third-place on his motorbike race debut in Hungary last week with first place in Barcelona.

It is a bold departure to see Schumacher photographed in German tabloid Bild wearing a leather biker outfit in the pits rather than the familiar red of his former F1 team Ferarri.

But the 39-year-old German is proving he is just as determined on two wheels as he is on four.

The German came out top in a 14-lap race in Spain last weekend to follow up his third place in a pro-amateur race in Hungary the week before.

Schumacher has become involved with motorbike racing after impressing 2007 MotoGP world champion Australian Casey Stoner last November.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2008 11:00 PM | Show all posts
Dani Pedrosa leading dari mula sampai abis. Mantap.

Jorge Lorenzo pun mantap.

Casey Stoner 2 kali terbabas, over confident.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2008 09:17 AM | Show all posts

Reply #337 Kilokahn's post

maybe terburu2 kot..aku tgk pun asyik tak sabar2 nak leading last2 terbabas..

bagusnya dani pedrosa menang
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2008 10:25 AM | Show all posts

Reply #337 Kilokahn's post

stoner ada masalah dengan ducati dia...
free practice pun eksiden.....
dia mana penah menang kat jerez dari 125 250 dgn motogp....
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 07:58 PM | Show all posts
laju moto ducati kalah yamaha cub aku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.163877 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list