CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: I-chi-ban

ANGGUR

[Copy link]
Post time 12-8-2008 10:10 AM | Show all posts
Originally posted by nazurah at 8-8-2008 03:31 PM
aa...sape nk batang anggur td?

lepas habis buah yg ini... sy ingat nk togelkan.... tp sy tak sure camne nk kerat supaya dia hidup bila ditanam...

anyone can help??


Untuk buat keratan benih anggur, keratan u eloklah mempunyai sekurang-kurangnya pada 3 mata tunas atau kalau jarak antara mata tunas pendek sangat buatlah keratan pada panjang satu kaki hingga 1.5 kaki. Untuk dapatkan hasil yg terbaik, pilihlah cabang yg bersaiz melebihi saiz batg pensel dan dah berwarna coklat (btg dah tua). Keratan pada paras bawah (pangkal) hendaklah dibuat pada betul-betul di bawah paras mata tunas (kerana akar akan keluar dari kawasan mata tunas tersebut) dan keratan pada hujung buatlah kira-kira 2-3 inci dari mata tunas dihujung tu. Tunas anggur akan keluar pada tunas yg paling hujung tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2008 10:58 AM | Show all posts
Originally posted by lepatpotato at 9-8-2008 11:27 PM
askm....

lepat br dpt anak pkk anggur ni...dari kwn..wife dia keje mardi...ktnyer anak pkk dari perlis...

lepat dah alihkn anak pkk ni ke dlm pasu..guna tanah baja dlm plastik tu....
soala ...


Tak tanya dia, jenis apo pokok anggur tu?

Untuk tanaman dalam pasu, eloklah gunakan campuran tanah yg peroi skit. Saya selalu guna campuran tanah merah: pasir: sabut kelapa dengan nisbah 2:1:1.  Semasa buat campuran tanah saya campurkan sekali baja organik 8:8:8. Kalau ada kapur pertanian pun elok letak untuk membaiki PH tanah. Pembajaan seterusnya, dua minggu sekali ke atau sebulan sekali.

Anggur perlu cahaya matahari yg cukup dan keadaan kering, lagi panas lagi bagus. Jadi eloklah letak ditempat yg nak naung dan lembab. Keadaan lembab mengundang penyakit.

Pasal baja, kalau guna baja kimia (NPK) untuk pokok dalam pasu, saya selalu bancuh baja tersebut dalam air terlebih dahulu dan kemudian baru siramkan kepokok.  Hati-hati dengan baja kimia, lebih lagi kalau pokok u kecil, pokok boleh hangus...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2008 11:03 AM | Show all posts
Originally posted by nazurah at 8-8-2008 08:21 PM
yang ini anggur merah... bila ujan dia mati... skang ni musim panas.... haaa tgk tu daunnya sampai ke lantai...
lom fikir nak lilit ke mana...

http://i300.photobucket.com/albums/nn4/nazurahha ...


Nazurah, cantik anggur tu tapi pada pandangan saya cabangnya banyak sangat. Untuk bagi pokok tu lagi subur, saya cadangkan u simpan satu cabang yg sihat sahaja, cabang yg lain u buang, nanti pokok u akan naik dengan cepat dan bila dah besar kena hujan pun tak apa dah..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2008 11:09 AM | Show all posts
Originally posted by alifinara at 8-8-2008 04:42 PM
Ok, Miza yg no 5. Jadi penerimanya spt berikut....

1-Alifinara
2-Paradox
3-Ayasofiya
4-Mekma
5-Mizahanan

he..he...tahniah kpd semua penerima, terima kasih kepada pemberi.....


Tip untuk pengurusan keratan anggur melalui pos:

Pengepos;
- Saya cadangkan keratan diredam sekejap dan kemudian dibungkus dengan plastik  serta diikat kemas untuk kekalkan kelembabpan

Penerima;
- Kalau keratan dah kering, rendam dalam air semalaman sebelum disemai dalam media semai.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2008 11:29 AM | Show all posts

Reply #324 dolms's post

dolms... terima kasih atas tips berguna!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2008 11:48 AM | Show all posts

Reply #323 dolms's post

hehehe.... dolms nk tahu... pokok ni dah banyak kali sy nak buang. masa sy alih dia ke pasu dr poli bag... dia ok jek. pastu musim ujan plak... bila tumbuh selai-dua daun... dia padam kejap

bila panas balik... merecup semula daunnya...

skang ni sy nk biarkan dia rimbun skit sementara sy jumpa tempat sesuai utk lilitkan dia.. skang ni batangnya halus banget
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2008 01:17 AM | Show all posts
Originally posted by alifinara at 8-8-2008 03:56 PM
Penerima cutting anggur Naz,(memandai jer aku buat list, lebih sudu dr kuah... )

1-Alifinara
2-Paradox
3-Ayasofiya (w/pun dia belum reply, tapi saya buh jugak namanya sbb dia dr aritu kata ...


terimakasih yg amat le fina... tolong listkan nama akak.memang akak dah lama wat muka takmalu kat HG ni ... nak pokok anggur,mulberi kalo ada sape2 yg nak trim.
ketinggalan keta api akak ni ....sbb kadang selang selang hari masuk forum ni.terpaksa kongsi pc ngan anak2 .pc yg  cik abe  punya sape2 tak leh kacau
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2008 01:38 AM | Show all posts

Balas #322 dolms\ catat

dolms.. terimakasih banyak2 kasi tips yg berguna kepada kami sekalian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2008 08:32 AM | Show all posts

Reply #327 ayasofiya's post

Sama-sama
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2008 09:04 AM | Show all posts

Reply #299 nazurah's post

Alamak terlmbt la kita. Tak de rezeki nmpknya. Kalau nak kerat2 btg tu nnti, jgn lupa kan nama saya yer.

Lately byk keje le plak... tak de masa nak masuk forum!
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 10:00 AM | Show all posts
aritu tgk kat majalah 3....kan main lebat buah anggur....sukanya tgk...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2008 06:58 PM | Show all posts
pokok anggur akak masih takmo berbuah...   usia dah dekat 2 tahun dah tapi benihnya dari biji yg di semai bukan keratan batang.kiranya spesis anggur baru le nih(sape yg cakap eak dulu kat forum ni.. dah lupa akak.dolms kalo tak silap)

ranting pokok ni cam tak berapa subur jerk.kurang taruk baja kot... dan tanam macam2 kat sekitar batang/akar pokok anggur ni (kes tak cukup tanah)tanam kat tanah terus.. bukan dalam pasu.

sape2 boleh bantu???
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2008 06:29 PM | Show all posts

Reply #332 ayasofiya's post

Ayasofia,

Kalau ikut buku teks menanam anggur, pokok anggur yg terhasil dari biji benih adalah merupakan jenis yg baru. Biasanya pembiak-pembiak pokok anggur (grape breeder) menggunakan teknik ini untuk menghasilkan jenis-jenis anggur baru yang lebih bermutu. Kalau gitu, tahniah kerana u dah dapat hasilkan benih anggur yg baru dan u boleh letak nama sendiri bagi pokok anggur u.  Cuma yang kita belum tau kualiti pokok dan buah anggur yg dihasilkan.

Pokok anggur memerlukan perkara berikut untuk hidup subur:-

1. Cahaya matahari yg mencukupi - kalau berebut dengan pokok lain atau diletakkan dibawah naungan pertumbuhan menjadi tidak sihat dan senang dijangkiti penyakit
2. Baja yang mencukupi terutama pada peringkat awal pertumbuhan
3. Tanah yang subur dan tidak berasid. Kalau keadaan tanah berasid, akar-akar pokok tidak dapat mengambil nutrient tertentu yang diperlukan pada kadar yg cekap, jadi bila tak cukup vitamin, pokok pun kurus. Kalau tanah masam kena letak kapur pertanian 6 bulan sekali untuk membaiki PH tanah.
4. Tanah yang tidak terlalu lembab dan menakung air - kalau terlalu lembab, akar pokok boleh rosak dan pokok boleh mati.
5. Pemangkasan - biasanya pemangkasan selalu dilupakan oleh penanam anggur. Kalau diambil kira habitat asal pokok anggur, setiap tahun pokok akan menjadi dorman semasa musim sejuk dan kembali hidup apabila musim bunga tiba. Semasa dorman daun-daun pokok akan luruh dan membuang semua penyakit-penyakit yg menjangkitinya. Jadi pemangkasan pada anggur tropika adalah penting untuk merangsang pertumbuhan pokok dan membuang daun-daun yg dah tak cantik bersama penyakit yg menjangkitinya dan juga meransang pembuahan.
6. Tempat untuk memanjat - pokok anggur jenis pokok yg menjalar jd perlukan sokongan seperti para, pergola atau pun sangkut kat pagar pun boleh.
7. Air yang cukup

Jadi nak jawab soklan u (sori panjang sangat intro - sebab nak bagi faham konsep) saya cadangkan :

1. Letak baja lebih skit kat pokok anggur u,
2. Pastikan pokok u dapat matahari yg cukup, dan
2. Cadangan seterusnya akan saya berikan selepas u jawab soklan ni - berapa panjang (tinggi) dah pokok u tumbuh?

dol ms

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2008 11:22 PM | Show all posts

Balas #333 dolms\ catat

terima kasih banyak2 dolms atas info yg di beri.

1.matahari memang cukup. dari pagi sampai waktu zohor direct matahari
2. baja.... mungkin kurang sket.selalunya bagi baja kompos (daun2 reput) dan siram air dari basuhan beras,pinggang mangkuk dll.sekali sekala je siram baja kimia.
3.tanah... tak tau tahap keasidannya.bila di gali dalam sket... tanah agak keras tapi tak menakung air.
4.tinggi 5-6 kaki.dah pangkas 2 peringkat (baca kat web anggur yg tanam kat melaka tu....google)

*batang kecik sket dr batang pensil.nanti saya amik gambo tepek sini inshaAllah.

sekarang musim hujan..di belakang daunnya ada bintik2 kuning.kenapa yea?? pokoknya memang terdedah ngan ujan.takde 'cover' apa apa atasnya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2008 01:44 PM | Show all posts
teruja sungguh.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 09:57 AM | Show all posts
pokok anggur masa kecik.
yg ni 1st pangkas.. dia naik 2 cabang



[ Last edited by  ayasofiya at 7-1-2009 10:03 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2009 10:10 AM | Show all posts
gambar dibawah ni ... yg 2 cabang tadi akak potong tinggal 1 batang je (batang tunggal).. panjang sampai melilit dawai





Kak, saya edit kecikkan gambo sikit ye, lambat bebenor dia nak muncul.

[ Last edited by  alifinara at 12-1-2009 05:17 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 10:43 AM | Show all posts
2nd cantas/potong...ranting/cabang baru yg daunnya tak subur sekarang.



[ Last edited by  alifinara at 12-1-2009 05:18 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 10:46 AM | Show all posts
zoom sikit...



[ Last edited by  ayasofiya at 7-1-2009 10:52 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 10:50 AM | Show all posts
daun yg banyak bintik2 kuning... cam spora debunga.. bila di ketuk2 or di sapu2 kuningnye berterbangan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.106965 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list