CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Badminton -

 Close [Copy link]
Post time 29-8-2008 11:18 PM | Show all posts

Reply #320 shareena88's post

a'ah.. ..tang mata je ada skit2 mcm mak dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2008 10:20 AM | Show all posts

penang open 2008

korang tengok tak TV1 skrg ni????? ada tunjuk live ooooo ...
la ni MS final yoyo vs abg dia ......

lemah je semangat aku tengok ..... ingatkan ada le juniors yg berjaya ... takde pun
MD final pun sama ...muka sama gak ....
FZ yg berkobar gile tu kalah quarter final ....
ingatkan boleh le lawan kkk/tbh kat semi ..... harapppppppppp ....

ni jadual tuk ari ni ....
aku tak sabar nak tengok XD ... kkk mmg ada prospect la main mixed ni ...
aku harap dia terus main mixed disamping MD ...cam yong dae oppa

lionnn ....ko tengok tak ni ??? bukan senang nak tengok bakal anak ikan ko si tan wee kiong tu masuk tv


1. Starting at 10:00 AM WS-D2  FLORAH NG SIEW FONG [1]  - NG SIN ER [3]
   
2. Followed by XD-D2  PANG ZHENG LIN/CHONG VEE VIAN - OW YAO HAN [2]/ONG BOON HUI
   
3. Followed by WS-D1 - (REDRAW)  JULIA WONG PEI XIAN [1] - TEE JING YI
   
4. Followed by MS-D2  ISKANDAR ZULKARNAIN [1] - SYED AKBAR SHAH
   
5. Followed by WD-D2  CHONG VEE VIAN [1]/YVONNE ONG JING ER - FLORAH NG SIEW FONG [4] NURHANI ABDUL AZIZ
   

TV

1. Starting at 10:00 AM MS-D1  MOHD ROSLIN HASHIM [3] - MUHD HAFIZ HASHIM [2]
   
2. Followed by XD-D1  KOO KIEN KIAT/NG HUI LIN - TAN WEE KIONG [2]/WOON KHE WEI
   
3. Followed by WD-D1  CHIN EEI HUI [1]/CHONG SOOK CHIN - FONG CHEW YEN [2]/MOOI HING YAU
   
4. Followed by MD-D2  CHEAH LIKE HOU/CHIN CHUAN JUE - OW YAO HAN [2]/PANG ZHENG LIN
   
5. Followed by MD-D1  CHAN CHONG MING/CHEW CHOON ENG - KOO KIEN KIAT [2]/TAN BOON HEONG

[ Last edited by  kayla at 30-8-2008 10:21 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2008 10:32 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by lionsleepin at 27-8-2008 12:33 PM


haah aku pon ssh gak nk masuk cari ni..last
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2008 10:36 AM | Show all posts
Originally posted by hazlyn at 27-8-2008 08:50 AM



server cari mmg ada problem kot
aku pun kdg2 tak dpt masuk

yong dae oppa nyanyi?
sedap ke suara dia


hehehe ..entah la sedap ke tak .... nyanyi ramai2 ....
tapi kalau tak silap sore dia 'besar' cam sore laki korean lain ....
yg pasti bukan cam sore david beckham


lupa lak nak wish ....

SELAMAT BERPUASA  ...tuk semua kat sini .....
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2008 11:40 AM | Show all posts
glory kkk/ng hui ling baru je menang XD ...congrats .... cian tan wee kiong ...

dan berita yg tak berapa memeranjatkan ..... yoyo kalah ngan abg dia ....
so takde chongwei pun dia boleh gak ....boleh kalah
whatever la yoyo ...........................
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2008 12:57 PM | Show all posts
hampehhhhhhhhhhh sungguh la RTM ni :@

ada ke tak tunjuk MD final   :kant:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2008 05:50 PM | Show all posts

Balas #326 kayla\ catat

saper menang md????
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2008 11:34 PM | Show all posts
Originally posted by kayla at 30-8-2008 10:20 AM
korang tengok tak TV1 skrg ni????? ada tunjuk live ooooo ...
la ni MS final yoyo vs abg dia ......

lemah je semangat aku tengok ..... ingatkan ada le juniors yg berjaya ... takde pun
MD  ...



lerr ada live rupa2nya...hampeh!!! ingtkan takde sbb aza check utk SF semlm takde pulak..
teringin nak tgk anak ikan lion ni main,lwn kkk lak  tu...aarrggghh!!!frustnyaaa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2008 11:58 PM | Show all posts
now ada tournament ape???
sweet tak tau la plak...
tiba2 je kat cnie cite bout abg ikan kkk vs anak ikan baru kak lion...
btw,sape yg menang???
hopefully abg ikan kkk sweet...
owh ya,abg ikan tbh tak join tournament nie ke???
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2008 12:15 AM | Show all posts
btw congrates to lcw...
even silver medal but its still a medal...

abg2 ikan n uncle2 ikan tu sweet dah tak tau nak ckp ape dah...
nak displitkan sayang,nak dibiarkan tak produce apa2 lately..
sweet redha je la ngan decision yg coach ikan sweet bakal laksanakan...
but apa2pun dorang tetap abg2 ikan sweet...
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2008 12:51 AM | Show all posts
Originally posted by sweetlover at 30-8-2008 11:58 PM
now ada tournament ape???
sweet tak tau la plak...
tiba2 je kat cnie cite bout abg ikan kkk vs anak ikan baru kak lion...
btw,sape yg menang???
hopefully abg ikan kkk sweet...
owh ya,a ...


sweetttt....ni haa citer psl Penang Open..kkk/hui lin lwn wee kiong/khe wei utk XD..keputusannya,of course la abg
kesayangan sweet tu yg menang.. 21-15,24-22


abg ikan tbh pun main jgk utk MD,dorang menang lwn chong ming/choon eng..21-18,18-21,21-8..
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2008 03:23 AM | Show all posts
Hafiz kecundang di tangan abang
UTUSAN MALAYSIA



KUALA LUMPUR - Hajat Muhammad Hafiz Hashim (gambar) untuk merangkul kejuaraan tempatan pertama selepas enam tahun dimusnahkan oleh abangnya sendiri, Mohd. Roslin Hashim selepas tewas pada kejohanan badminton Terbuka Pulau Pinang, semalam. Roslin, 33, merangkul kejuaraan sirkit kebangsaan pertamanya dalam tempoh sembilan tahun selepas menang 21-9, 18-21, 21-12.

Walaupun terpaksa mengecewakan adiknya sendiri, namun kemenangan ini memberi satu kepuasan buat Roslin kerana akhirnya kembali memenangi gelaran domestik selepas kali terakhir melakukannya di Terbuka Pahang 1999.

"Sudah terlalu lama saya tidak menang dalam kejohanan sirkit kebangsaan dan kemenangan hari ini cukup menggembirakan, walaupun saya terpaksa mengalahkan Hafiz.

"Harap ia akan menjadi pendorong kepada saya untuk mencari keputusan yang lebih baik apabila beraksi di Taiwan (9-14 September) dan Terbuka Jepun (16-21 September),'' kata Roslin, yang juga juara Terbuka Jepun 2001.

Sementara itu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong membuktikan mereka masih pasangan terbaik di peringkat domestik apabila muncul juara beregu lelaki manakala Julia Wong mudah memenangi perseorangan wanita selepas menewaskan Tee Jing Yi 21-10, 21-10.

Gelaran beregu wanita pula dimenangi pasangan Fong Chew Yen-Mooi Hing Yau.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2008 12:04 AM | Show all posts

Balas #331 azalea_girl\ catat

apsal kkk/tbh menang....
suke lg kalau chong ming/chong en menang...
dlm hati ni ingin sngat tgh pasangan ni jd world no.1 again
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2008 12:31 PM | Show all posts
Jurang pemain remaja-senior bimbangkan Rashid
UTUSAN MALAYSIA



KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih skuad remaja kebangsaan, Rashid Sidek berharap lebih ramai pemain skuad Projek 2010-2012 dapat diserap ke dalam pasukan elit kerana bimbang masih wujud jurang ketara antara mereka dan pemain senior.

Katanya, keputusan kejohanan badminton Terbuka Pulau Pinang yang berakhir kelmarin menunjukkan betapa pemain remaja kita belum mampu memberi cabaran serius, walaupun ada antaranya cukup berbakat dan berjaya memberi tentangan sengit kepada pemain utama.

Kejohanan tersebut didominasi dua pemain senior, Mohd. Roslin Hashim dan Muhammad Hafiz Hashim, di mana Roslin pada akhirnya mengalahkan adiknya, Hafiz 21-9, 18-21, 21-12 untuk menjuarai sirkit domestik pertamanya sejak Terbuka Pahang 1999.

Dua anak didik Rashid, Mohd. Arif Abdul Latif dan Liew Darren berjaya melayakkan diri ke separuh akhir sebelum tewas kepada adik-beradik Hashim.

Arif memberi tentangan sengit kepada Roslin sebelum kalah 2-10, 16-21, 16-21, manakala Liew, yang mengejutkan dua pemain kebangsaan, Yeoh Kay Bin dan K. Yogendran dalam pusingan awal, tumpas 16-21, 14-21 kepada Hafiz.

Menurut Rashid, beliau percaya, penamat Terbuka Pulau Pinang mungkin akan berbeza jika pemain remaja berpotensi ini diberi keistimewaan yang diperoleh pemain senior lebih pendedahan antarabangsa.

"Jelas masih ada jurang ketara antara pemain senior dan remaja, dan ia hanya boleh dikurangkan kalau pemain-pemain remaja berpotensi itu diserap ke dalam skuad utama, yang bermakna akan wujud lebih peluang buat mereka untuk bertanding di kejohanan antarabangsa.

"Hari ini, kita sudah mula bercakap mengenai Sukan Olimpik 2012, jadi kalau kita hendak siapkan pemain untuk empat tahun dari sekarang, saya rasa sekarang adalah masa terbaik untuk mengetengahkan pemain remaja ini.

"Saya akan mencadangkan beberapa nama untuk pertimbangan BAM, harap ada tiga atau empat pemain yang dapat diterima oleh mereka,'' kata Rashid, semalam.

Menurut Rashid, jika pemainnya diberi peluang menganggotai skuad senior, sasaran pertamanya adalah membantu mereka memperbaiki ranking dunia, sekali gus mengelak daripada perlu melalui proses kelayakan apabila beraksi pada kejohanan Siri Super.

Selepas menimba lebih banyak pengalaman menentang pemain-pemain utama dunia pada kejohanan besar, sasaran lebih tinggi boleh diletakkan pada 2010.

"Ketika ini, pemain remaja kita tidak mempunyai ranking dunia yang bagus kerana tidak berpeluang bertanding pada kejohanan utama dunia, jadi kalau hendak beraksi di Siri Super, mereka kena mengharungi proses kelayakan yang sukar.

"Bayangkan dalam satu hari saja mereka kena melalui tiga perlawanan kelayakan, jadi kalau ada yang berjaya menempatkan diri ke undian utama, kudrat dan fizikal mereka tidak lagi kuat.

"Sasaran awal saya adalah cuba membantu mereka menaikkan ranking dunia sebaik musim 2009 bermula, harap menjelang pertengahan tahun mereka tidak perlu lalu melalui proses kelayakan apabila bertanding dalam Siri Super,'' katanya.

Kata Rashid lagi, ada beberapa pemain yang dilihat berpotensi untuk melangkah jauh andai diberi lebih banyak pendedahan seperti Chong Wei Feng, Liew, Mohd. Arif dan Tan Chun Seang.

Katanya, kemampuan empat pemain ini hampir serupa, masing-masing memiliki skil dan pukulan yang bagus tetapi perlu dimantapkan lagi dari segi kekuatan fizikal dan permainannya.

BAM akan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan mereka minggu ini, yang antara lain bakal membincangkan mengenai status ketua jurulatih, rumusan Sukan Olimpik 2008 Beijing serta kedudukan pemain kebangsaan.

Rashid sendiri sebelum ini disebut-sebut sebagai calon utama untuk pengganti Yap Kim Hock bagi menyandang tugas ketua jurulatih kebangsaan.

"Saya serah kepada pengurusan BAM untuk menentukan kedudukan saya tetapi secara peribadi, saya lebih suka tugas jurulatih biasa sebab saya hanya mahu melatih pemain dan tidak berminat dengan tugas pentadbiran.

"Kepakaran saya adalah merangka program latihan pemain dan membimbing mereka, jadi adalah lebih baik saya diberi kebebasan untuk menjalankan tugas saya tanpa perlu memikirkan perkara lain,'' katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2008 12:33 PM | Show all posts
BAM terus 'simpan' Yap
BERITA HARIAN



DIA mungkin 'dipinggirkan' - di sebalik statusnya selaku ketua jurulatih - ketika Sukan Olimpik di Beijing lalu. Tetapi Yap Kim Hock tidak pernah 'dibenci' Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Bukti ‘sayang’ itu terjelma apabila BAM masih tetap mengingati namanya ketika kini merencanakan perancangan jangka panjang dalam usaha menjelmakan barisan pemain berwibawa buat mengibarkan cabaran negara.

Malah wujud kemungkinan Kim Hock - sebelumnya dikhabarkan bakal bertugas selaku jurulatih di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) - akan tetap diberi peranan melatih pemain BAM sebaik kontraknya selaku ketua jurulatih berakhir.

“Ketika ini, semua kemungkinan sedang difikirkan, termasuk peranan boleh dimainkan oleh Kim Hock. BAM dan Kim Hock mempunyai hubungan baik selama ini, jadi saya tidak nampak mengapa kini ia perlu berubah.

“Bukan jadi amalan BAM untuk sengaja mengetepikan mana-mana jurulatih, tambahan pula Kim Hock sebelumnya sudah pun membuktikan kemampuannya selaku antara jurulatih berkemampuan,” kata Setiausaha Kehormat BAM, Ganga Rao.

Kim Hock sebelumnya tidak menyembunyikan rasa terkilan apabila ke Beijing hanya selaku ‘pemerhati’ ekoran tindakan BAM tidak memilihnya sebagai antara pegawai diberikan kad akreditasi untuk bersama pemain-pemain negara.

Malah, ia turut mengundang pelbagai tafsiran negatif terhadap cara badan induk itu melayan Kim Hock ketika kontraknya selaku ketua jurulatih adalah bertunjangkan mengejar sasaran di Sukan Olimpik.

Antara peranan kini difikirkan untuk Kim Hock termasuk memberi tanggungjawab membentuk dan melatih beberapa beregu baru yang boleh diketengahkan ke pentas saingan tertinggi.

Rexy Mainaky hampir pasti diberikan tugas terus membimbing kelompok beregu elit negara ketika Datuk Misbun Sidek akan jadi pengendali utama dalam memantapkan lagi cabaran pemain perseorangan negara.

Persoalan mengenai siapa bakal menggantikan Kim Hock selaku ketua jurulatih skuad negara pula akan hanya ditentukan dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Kejurulatihan BAM, tidak lama lagi, dengan nama Rashid Sidek kini jadi calon utamanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2008 02:25 PM | Show all posts
Originally posted by azalea_girl at 31-8-2008 12:51 AM


sweetttt....ni haa citer psl Penang Open..kkk/hui lin lwn wee kiong/khe wei utk XD..keputusannya,of course la abg
kesayangan sweet tu yg menang.. 21-15,24-22


abg ikan tbh ...

ooo antara malaysian je la ye...
sib baik abg ikan mng...
kalau kalah jgk tak tau la nak ckp ape...
owh abg2 ikan sweet still main tuk MD ye...
igt kan dah kene split...
btw,congrates then tuk abg2 ikan...
rubber set 21-8...impressing...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2008 02:27 PM | Show all posts
Originally posted by Jiman at 1-9-2008 12:31 PM
Jurang pemain remaja-senior bimbangkan Rashid
UTUSAN MALAYSIA

http://www.utusan.com.my/pix/2008/0901/Utusan_Malaysia/Sukan/su_01.1.jpg

KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih skuad remaja kebangsaa ...


Memang membimbangkan ... dari top level ini la kena crack head ... nak cari talent, develop talent
kita mau talent yang berdisiplin and ada result ...cth LCW .. byk sgt improvement dia ...
baik dari Li Mao dulu  .. kesinambungan ke zaman Misbun pulak ....

student yang baik ... dia tak byk songeh ....

Dlm The Star Sports Headline .... Splits us,  I Quit .....

Siapa dia to decide nak kena split ke tidak .... dah besar kepala dah la ni ....
If u wanna quit ... you quit ..

Setakat menang Terbuka Pulau Pinang ambik lah .... ur mission failed @ Beijing ...
then nak tunggu 2012 ... we can give hope ... can they deliver ?
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2008 04:04 PM | Show all posts
Monday September 1, 2008Kien Keat says he wants to continue partnership with Tan
By RAJES PAUL
PETALING JAYA: Doubles shuttler Koo Kien Keat is prepared to quit the sport if a decision is made to split his two-year partnership with Tan Boon Heong.
Kien Keat said yesterday that he was determined to maintain the partnership even though they have had disappointing results in recent tournaments, including the Beijing Olympics.

He wants another shot at working on improving the partnership and make a stronger challenge for a medal in the 2012 Olympics in London.


Koo Kien Keat (left) and Tan Boon Heong posing with the mock cheque after winning the men's doubles title in the Penang Open on Saturday.


At the Beijing Games, Kien Keat-Boon Heong were rated as very strong bets to get among the medallists but they crashed out with a weak performance against eventual champions Markis Kido-Hendra Gunawan of Indonesia in the quarter-finals.

Their disappointing exit led to talks that the duo may go separate ways.

Kien Keat added that they gave their best in the Beijing Games.

“I have to admit that there had been times when our form was not good. We gave our best in Beijing but our opponents were just better than us on the day,” said Kien Keat on their first-ever defeat by Markis-Hendra in six meetings.

“Right now, I do not know what the future holds for us. Nothing much has been said to us yet. But Boon Heong and I have talked about this and we may quit the sport if our partnership is split.”

He added that he would respect whatever decisions made by the coaches and the Badminton Association of Malaysia (BAM) on his future in the national team.
“I will accept their decision if there is a good explanation and a good reason given on why such move (on the split) is made. For now, we are just waiting for our coach (Rexy Mainaky) to tell us on our next assignment,” said Kien Keat.

“We will also meet Datuk Zolkples (Embong, the National Sports Council director general) to explain our defeat in Beijing and share with him our hope for the future.”

Kien Keat, who won the Penang Open with Boon Heong on Saturday, said that the failure in the Beijing Olympics had fuelled the fire in them to make a comeback as a successful pair.

“Boon Heong and I want to be there again as a pair in the London Olympics. That is our goal,” he said. “We have learnt our lesson with the defeat in Beijing. We have gone through a lot as a pair and we are determined to bounce back.”

Kien Keat-Boon Heong brought much hope to the country with their excellent run since winning the 2006 Asian Games gold medal in Doha. Last year, they won the prestigious All-England and the Open titles in Malaysia, Switzerland, Macau, the Philippines and Denmark.

But they have drawn blanks thus far this year.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2008 04:09 PM | Show all posts
Originally posted by azalea_girl at 30-8-2008 11:34 PM



lerr ada live rupa2nya...hampeh!!! ingtkan takde sbb aza check utk SF semlm takde pulak..
teringin nak tgk anak ikan lion ni main,lwn kkk lak  tu...aarrggghh!!!frustnyaaa...



aku pun tak sengaja jumpa ....

check result kat tournament software ...pastu nampak lak ada tulis court tv ....
check astro ...takde pun .... pastu baru check rtm1 ... nampak la muka zainal abidin rawop baru nak start bagi komen ...

nampak sgt kkk bukan lawan bebudak juniors tu ...dia main relax2 je .....
hopefully partnership kkk/hui lin diteruskan ...... wee kiong/khe wei bergu campuran utama m'sia tu pun kalah senang je dgn dorang ...


apasal korang takde komen pasal kekalahan awal FZ????
aku nak sgt tengok dorang lawan kkk-tbh ...tapi belum sempat jumpa kat semi dah kalah .....
kita tunggu camne pestasi dorang kat japan open nanti .....
kali ni  top doubles pun ada sekali tak mcm s'pore n indon open dulu ....
tapi kkk/tbh tak pegi ....
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2008 04:16 PM | Show all posts
Originally posted by mcbadminton at 1-9-2008 02:27 PM


Memang membimbangkan ... dari top level ini la kena crack head ... nak cari talent, develop talent
kita mau talent yang berdisiplin and ada result ...cth LCW .. byk sgt improvement dia ...
...



yup ..setuju ngan ko .....
decision tuk split atau tak bukan terletak kat tangan dia .....
kalau tak silap aku sebelum menang penang open ni dorang kata akan ikut je decision BAM ....
ni dah menang penang open ..kuar nada lain pulak dah ....
besar sgt ke kejohanan penang open tu?????
ada org masuk jarum ke???? KLRC?????
kita bukan nak no.1 dlm malaysia, tapi no.1 dlm dunia ...like they used to be ....

aku rasa tak salah pun try new partner setahun dua ni .....
ranking tuk olimpic boleh kejar 2 tahun kemudian ....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.160694 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list