|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: WE RISE BY LIFTING OTHERS
[Copy link]
|
|
Tinot7 replied at 26-11-2024 01:06 PM
Smlm umah goyang2.. iols pi mkn.. balik makan udah umah baru.. umah lama dah katup.. uwaaa
Alolololoooo
Lengkali makan onzz kan aje porum
Klu dah page 75 onwards
Dah tak lama tu
Kikiki |
|
|
|
|
|
|
|
Tak jdi masak mee for lunch tdi @Tashu
Mak tanak makan mi
Dia nak cottage pies |
|
|
|
|
|
|
|
Maka masak laa aku cottage pie |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ikut resipi Nabila Huda |
|
|
|
|
|
|
|
Dah lamaaa i tengok dia maaak at IG |
|
|
|
|
|
|
|
Masa aku mula2 buat dulu, dia belum pakai spec yang fabcy tu |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pakai minced meat Ramly |
|
|
|
|
|
|
|
Copy Paste Public Health Malaysia
Kadang-kadang, kitalah masalah itu.
Tapi jangan lupa, kita juga penyelesaiannya.
Setiap insan ada kekurangan, ada kesilapan. Menerima kelemahan diri bukan bermakna kita lemah. Ia adalah langkah pertama menuju perubahan yang lebih baik.
Perjalanan untuk menjadi lebih baik bermula dengan diri sendiri. Ambil masa, beri ruang, dan peluklah kekurangan anda seperti seorang rakan, penuh empati, kerana hanya anda sahaja yang dapat memahami diri
#SelfLove #PublicHealthMalaysia
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Copy Paate Public Health Malaysia
Pinggan cantik bercorak yang dibeli dengan harga murah tanpa cop keselamatan & tidak diketahui di mana penghasilannya lebih baik dijadikan hiasan sahaja.
Bukan sekadaran cantik, penggunaan pinggan mangkuk seramik bercorak yang mengandungi plumbum boleh membahayakan kesihatan.
Tahu tak, plumbum dalam corak atau lukisan pada pinggan mangkuk seramik boleh larut ke dalam makanan, terutamanya apabila digunakan dengan makanan berasid, panas, atau berminyak.
Pendedahan kepada plumbum ini boleh menjejaskan kesihatan, termasuk risiko kepada otak, buah pinggang, dan sistem saraf terutama kepada kanak kanak. Kesan tak nampak ketara, tetapi anak mungkin ada gangguan dalam pembelajaran.
Sebagai langkah pencegahan, disarankan untuk menggunakan pinggan mangkuk kosong tanpa corak atau yang mempunyai corak di bahagian luar sahaja.
Ini dapat mengurangkan risiko pendedahan kepada plumbum dan memastikan keselamatan makanan yang dihidangkan.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Copy Paste Public Health Malaysia
Sebentar lagi, anda pulang, sewaktu mandi, anda berdiri di depan cermin, menatap jerawat kecil di hidung. Jari terasa gatal nak picit, tapi hati mula bimbang. Anda pernah dengar tentang sesuatu… Segitiga Bahaya Wajah. Dari jambatan hidung ke sudut mulut, kawasan ini lebih daripada sekadar kulit. Ia adalah pintu kepada risiko besar yang tersembunyi.
Di sini, saluran darah mempunyai hubungan langsung ke otak. Sekali bakteria masuk, komplikasi seperti jangkitan otak, meningitis, atau darah beku boleh berlaku. Jarang, tapi cukup menakutkan untuk buat anda berfikir dua kali.
Jadi, apa pilihan yang lebih bijak?
- Letakkan kain suam, biarkan jerawat sembuh dengan lembut.
- Tampal pelekat jerawat, lindungi kulit anda dari luka.
- Kalau makin teruk, serahkan pada pakar kulit untuk merawatnya.
Jerawat bukan musuh, ia hanya isyarat kecil tubuh anda memerlukan kasih sayang. Jangan bertindak kasar pada diri sendiri. Biarkan kulit anda pulih dengan penuh sabar, seperti bunga yang mekar perlahan di bawah cahaya matahari. Jangan lupa, kecantikan sejati datang dari kelembutan cara anda mencintai diri sendiri
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Copy Paste Public Health Malaysia
Hutang bukan sekadar soal wang. Ia tentang kepercayaan, maruah, dan nilai persahabatan.
Jika anda berhutang, jangan hilangkan kepercayaan itu. Walaupun tak mampu bayar penuh, bayar sedikit pun sudah cukup untuk menunjukkan usaha. Hutang itu amanah, jangan biarkan ia menjadi punca retaknya persahabatan.
Jangan sesekali lari atau guna alasan untuk mengelak. Setiap orang ada tanggungjawab dan komitmen mereka sendiri. Kejujuran anda lebih bermakna daripada nilai wang.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|