Erin Malek Dan Suami Diduga Menjelang Perkahwinan [size=0.75em]Erin dan Farriz menerima dugaan beberapa hari sebelum pernikahan kononnya bersikap tidak senonoh di khalayak. Foto LOW LAY PHON
[size=0.98em]PETALING JAYA: Pelakon Erin Malek berkata ada pihak cuba memburukkan dia dengan suami, Farriz Fauzi, kononnya mereka berkelakuan tidak senonoh di depan umum beberapa hari sebelum majlis pernikahan mereka yang berlangsung pada Jumaat lalu.
Bagaimanapun, Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 20, bersyukur kerana isu tersebut langsung tidak menjejaskan persiapan majlis perkahwinannya itu.
"Ketika kami sibuk menguruskan persiapan perkahwinan, ada pula isu timbul kononnya kami berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai.
"Entah mana timbulnya cerita itu saya pun tidak tahu tetapi saya anggap ia adalah dugaan pada saat akhir sebelum berkahwin. Mujurlah keluarga kami tidak melatah dan Alhamdulillah, kami tetap disatukan jua sebagai suami isteri," katanya. [size=0.98em]
Erin dan Farriz, 30, sah bergelar suami isteri pada Jumat lalu dalam dalam satu majlis yang diadakan di kediaman keluarga aktres itu di Duta Suria, Ampang, dekat sini.
[size=0.75em]Erin dan Farriz selamat dinikahkan pada Jumaat lalu.
Pasangan itu dinikahkan oleh Pendaftar Pernikahan, Pejabat Agama Islam Hulu Langat, Zainal Abidin Mohd Yusof dan diwalikan oleh bapa Erin, Abdul Malek Mari.
Pada majlis itu, Farriz, 30, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM10,000 manakala wang hantaran RM30,000.
Sementara itu, Erin berkata, dia dan suaminya merancang berbulan madu di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 24 Oktober ini.
"Mula-mula kami nak ke New York, tetapi bila difikirkan semula, lebih baik ke Los Angeles memandangkan Farriz pun tahu tempat-tempat menarik di situ.
"Kami akan pulang semula ke Malaysia pada 4 November depan. Mungkin saya akan teruskan bercuti untuk beberapa bulan sebelum kembali sibuk dengan kerja-kerja lakonan," ujarnya.
|