CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sutera_abadi

Singapore Highlights

[Copy link]
Post time 17-4-2008 06:53 AM | Show all posts

Singapura : 17 April 2008

DPPMS ANJUR BENGKEL REKA FESYEN

Oleh
Rosebi Mohd Sah


PUSAT Pembangunan Usahawan Dewan Perniagaan dan Perusahan Melayu Singapura (EDC@SMCCI)dengan kerjasama Rangkaian Usahawan Wanita Dewan atau DPPMS-Wen akan menganjurkan tiga siri bengkel Seni Reka Fesyen bagi usahawan muda yang berminat menceburi industri seni reka fesyen mulai bulan depan.

Siri bengkel yang bermula 5 Mei ini akan dipimpin oleh Encik Millmodh, seorang pereka fesyen yang dilatih di New York dan pernah menjadi pensyarah di Politeknik Temasek. Beliau kini mempunyai label fesyen tersendiri yang dinamakan 'Ali Milmodh'.

'Siri bengkel itu bertujuan membekalkan bakalbakal usahawan setempat dengan kemahiran reka fesyen. Ia diharap dapat memberi asas dan wadah untuk usahawan kita memperkenalkan jenama fesyen mereka sendiri,' kata kenyataan DPPMS.

Bengkel pertama dan kedua - dinamakan Asas Seni Reka Fesyen - selama lapan sesi bermula 5 Mei.

Bengkel pertama diadakan setiap Isnin dari 9 pagi hingga 12 tengah hari sementara bengkel kedua pula diadakan pada hari yang sama mulai 2 hingga 5 petang.

Bengkel ketiga yang dinamakan 'Seni Lukisan Fesyen', juga lapan sesi, diadakan pada hari yang sama mulai 6.30 petang hingga 10 malam.

Bengkel itu diadakan di Pusat Pembangunan Eksekutif SSA di Kembangan Court, Jalan Masjid.

Bayaran penyertaan bagi bengkel pertama dan bengkel kedua ialah $480 setiap bengkel sementara bengkel Seni Lukisan Fesyen pula adalah $560.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Cik Shura atau Cik Masdiah di talian 6293-3822 atau e-mel [email protected].
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2008 11:58 PM | Show all posts
       
Peranakan Museum opens its doors to public from April 26

By Hiroshi Limmell, Channel NewsAsia | Posted: 17 April 2008 2002 hrs

SINGAPORE: The new Peranakan Museum is said to have the world's finest Peranakan collection, as it houses not just historical items from the past, but also contemporary works.

After two years of renovation, the new museum
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2008 05:20 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2008 06:13 PM | Show all posts

Reply #323 chicsee's post

hehehhe.. ada pujaan hati ku....!!! :flower:
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2008 09:02 PM | Show all posts

Reply #324 miezarra_27's post

Mie.. taufik ke?..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 07:03 AM | Show all posts
Originally posted by fatz2 at 13-4-2008 10:18 PM
James Blunt All The Lost Souls Tour
13 May 2008

http://www.sis.gov.sg/upload_files/events/james.jpg

Britain抯 latest easy-listening export, James Blunt, will finally bring his chart-toppin ...

wahhh....ni best ni....
me like...hes good
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2008 08:39 AM | Show all posts

Reply #325 SweetCandy's post

bukan ar.....























Datok Jalal.........   
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 10:03 AM | Show all posts

Reply #327 miezarra_27's post

Ramai jugak eh yg suka Dato' Jalal ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2008 09:37 PM | Show all posts

Reply #327 miezarra_27's post

Lorr.. gue ingat taufik..keke.
Datok Jalal.. kalo berlakon selalu dgn wanita2 yg cun2..

dia ni very hot
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 07:12 AM | Show all posts
Singapura : 25 April 2008         
         
GENTARASA KE ESPLANADE


Julung-julung kali diadakan di pentas lebih gah sempena ulang tahun ke-20 Mesra


Oleh
Azahar Mohd


GENTARASA 2008 menjanjikan satu persembahan yang lebih gah dan gemilang yang julung-julung kalinya diadakan di Esplanade.

Berjudul Metamorphosis, ia memaparkan tarian tradisional Melayu yang digabung dengan unsur berbilang media bagi menyusuri perkembangan sejarah kesenian Melayu setempat yang dicapai sejak 20 tahun yang lalu.

Bercakap di sidang media di Persatuan Rakyat (PA) semalam, Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Dr Yaacob Ibrahim, berkata:

'Menerusi persembahan ini juga, penonton dapat melihat sumbangan masyarakat Melayu kepada pembangunan Singapura.

'Ia akan diserikan dengan muzik Melayu, tarian yang disulami dengan sastera indah yang diangkat sebagai satu produksi yang disulami dengan penataan muzik angklung, gamelan, dikir barat dan alat muzik Barat dalam satu persembahan kesenian Melayu yang gah.

'Sempena ulang tahun ke-20 Mesra, kami juga ingin memartabatkan lagi persembahan Gentarasa dan membawanya ke Esplanade. Ia sebagai satu langkah baru bagi menonjolkan kesenian Melayu yang terbaik di peringkat lebih tinggi,' ujarnya lagi.

Dr Yaacob mendedahkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong yang menghadiri Gentarasa pertama pada 2002 akan juga menghadiri Gentarasa 2008 pada 24 Mei ini di Esplanade.


Gentarasa akan melibatkan dua persembahan untuk mendekati lebih ramai penonton, termasuk pelajar.

Untuk mendekati lebih ramai orang bukan Melayu, sari kata Inggeris bagi lirik dan dialog akan turut disediakan.

Lebih 70 orang terlibat dalam pementasan anjuran PA, Majlis Eksekutif Kegiatan Melayu Balai Rakyat (Mesra) dan beberapa balai rakyat setempat seperti Kolam Ayer, Eunos, Yew Tee dan Siglap itu.

Ia dipimpin oleh Pengarah Artistik, Encik Fathurrahman Said, dan Pengarah Muzik, Encik Mohammed Ali Abdullah, serta disokong Cik Mazlina Buang, pereka tari; dan Encik Akhmad Radhiansyah, seorang guru silat.

Para penonton yang ingin menyaksikannya boleh mendapatkan tiket berharga $38 dan $48 bagi persembahan pada 8 malam dengan menelefon talian 6340- 5100.


Pelajar pula boleh menyaksikannya pada 12 tengah hari dengan tiket $20 melalui talian yang sama.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 07:29 AM | Show all posts
Singapura : 25 April 2008         

PAMERAN FOOD AND HOTEL ASIA 2008

SATE KURANG MANIS JADI KELEBIHAN


Diperbuat dengan tahap gula rendah khas bagi penuhi permintaan dari negara asing

Oleh
Suryani Omar


SYARIKAT pembekal sate mentah halal terbesar di Singapura, Jumain Sataysfaction, telah memperkenalkan rangkaian produk sate baru dengan tahap gula yang rendah bagi pasaran eksportnya.

Rangkaian produk tersebut adalah untuk memenuhi permintaan dari negara asing seperti Jepun yang mana pelanggan lebih menggemari sate yang kurang manis, kata Pengarah Urusan Jumain Sataysfaction, Cik Samsiah Suliman.

Sempena Pameran Food And Hotel Asia (FHA) 2008, Cik Samsiah turut memperkenalkan produk-produk baru itu.

Di bawah rangkaian produk dengan tahap gula yang rendah itu, terdapat sate tarik (iaitu sate goreng), sos memerapkan daging sate dan kuah sate.

'Produk-produk baru ini adalah 50 peratus kurang gula berbanding sate yang biasa kami hasilkan,' jelas Cik Samsiah.

Syarikatnya telah melaburkan sekitar $4,000 bagi penyelidikan dan pengembangan (R&D) produk tersebut dan menghabiskan beberapa bulan untuk menghasilkannya.

Malah, baru-baru ini Cik Samsiah dan suaminya, Pengarah Eksekutif Jumain Sataysfaction, Encik Jefri Jumain, telah membawa produk tersebut ke pameran makanan di Jepun.

'Respons yang kami terima amat menggalakkan,' tambah Cik Samsiah.

Kali ini, Cik Samsiah mengambil dua gerai pameran di FHA - satu di bawah Pavilion Halal dan satu lagi di bawah Pavilion Singapura.

'Ini adalah kali ketiga kami menyertai pameran ini. Kali pertama adalah dalam 2004.

'Berdasarkan pengalaman lalu, mereka yang kami temui di pameran dagangan ini adalah pembeli yang serius dari seluruh dunia.

'Kalau selalu kami di Pavilion Singapura, kali ini kami juga ingin menyokong Pavilion Halal,' jelas Cik Samsiah lagi yang sibuk mengendalikan dua gerai pameran bersama Encik Jefri dan kakitangan mereka.

Cik Samsiah juga mendedahkan bahawa beliau turut menerima permintaan untuk menghasilkan produk sate yang organik dan produk sate yang memenuhi piawaian kosher - iaitu piawaian makanan bagi penganut Yahudi.

'Tengoklah bagaimana, bahan organik mahal dan kami harus mengkaji dengan teliti sebelum membuat keputusan,' katanya lagi.

Pameran FHA 2008 dibuka sehingga hari ini di Singapore Expo.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 02:48 PM | Show all posts

Reply #329 SweetCandy's post

cam ner lu tau dia "hot"...??????





















larikkkkkkkkkkkkk......
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 08:25 PM | Show all posts

Reply #332 miezarra_27's post

hehe.. yg ini.. kita susah nak jawab..kwangkwangkwang..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 06:36 AM | Show all posts

Reply #333 SweetCandy's post

hihihi tau takpe
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 07:36 AM | Show all posts

Reply #334 rosslyn's post

ayat tu mcm penah dgr..keke
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 08:46 AM | Show all posts

Reply #335 SweetCandy's post

iye ker??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2008 11:58 AM | Show all posts

Reply #336 rosslyn's post

hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 04:59 PM | Show all posts
Istana to open to public on Labour Day
By Lee Khai Yan, Channel NewsAsia | Posted: 28 April 2008 2257 hrs



SINGAPORE : The Istana will be open to the public on Labour Day on Thursday, from 8:30am to 6pm.

There will be performances by school bands from Teck Whye Primary School, Juying Secondary School, Singapore Chinese Girls' School and Pioneer Junior College.

Admission is free for Singaporeans and Singapore permanent residents. Other visitors need to pay S$1.

For S$2, visitors can tour some function rooms in the Istana, which displays gifts presented to the president and the prime minister by foreign dignitaries.

Proceeds from the sale of souvenirs and all entrance fees will be donated to the Community Chest. - CNA/de
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 07:55 AM | Show all posts
Ekstra! : 2 Mei 2008         
  
AKTIVITI

BERHIBUR DAN MASAK BERSAMA CEF WAN


PADA 11 Mei ini, ramai ibu bersedia untuk 'tutup dapur'. Maklumlah hari itu adalah Hari Ibu.

Jadi ke manakah anda hendak menjamu selera? Kenapa tidak anda ajak suami dan anak-anak yang hendak meraikan anda agar pergi ke Kelab Grassroot Ang Mo Kio?

Ini adalah kerana anda dapat menikmati makanan istimewa di sana. Ingin tahu siapakah yang akan masak makanan itu untuk anda? Tidak lain ialah cef selebriti, Cef Wan Ismail (gambar).

Lebih seronok lagi, Cef Wan akan memberikan resipi masakannya kepada anda supaya anda boleh mencuba pula di rumah.

Masakannya bukan calang-calang seperti pasta, makanan yang tentu digemari oleh keluarga anda.

Tiga jenis hidangan pasta yang akan dimasak oleh Cef Wan ialah San Remo Vegeroni Shape With Prawn and Pesto, San Remo Spaghetti Anika Rasa dan Penne With Tuna and Capers.

Sebagai cef selebriti yang bukan saja terkenal dengan kemahiran memasak tetapi juga menjadi hos pelbagai rancangan TV, tentunya anda tidak akan berasa bosan mengikuti bengkel memasak ini.

Anda yang hadir di bengkel anjuran bersama Persatuan Rakyat dan Kelab Masyarakat Geylang Serai dan disokong oleh Masjid Al-Khair, tidak akan pulang dengan tangan kosong kerana setiap hadirin diberikan beg berisi berbagai-bagai cenderahati.

Untuk maklumat lanjut serta pendaftaran, anda boleh hubungi pihak penganjur di talian 6747-2819 atau hubungi Cik Faridah Mohd Yusof dari Masjid Khair di talian 9692-0846.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2008 11:30 PM | Show all posts
JUNE 2008

Category        :          INFORMATION TECHNOLOGY & COMMUNICATION
Start Date        :        12 June 2008
End Date        :          15 June 2008

Title        :                  THE PC SHOW 2008
Description        :       The PC Show, Singapore's Longest-running and Most Successful IT and Consumer Electronics Exhibiton is back again with its 18th presentation. Following a successful showcase in 2007 with more than 400 exhibitors chalking up on-the-spot sales of over $26 million from the 907,000 visitors, The PC Show 2008 will present another significant and exciting showcase for all exhibitors and visitors.
A ONE-STOP SHOP with the latest trends, variety of products and great offers to satisfy our IT-savvy consumers
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.059673 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list