CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: reeny

Pantun Apa Saja - 4 Rangkap

[Copy link]
Post time 12-6-2016 01:30 AM | Show all posts
Ipo replied at 10-6-2016 08:40 AM
Naik sampan mudik ke hulu
Sampai di hulu membeli kuih ketayap
Kuih nekbat seperti bahulu

susu kambing baunya hamis
belimbing muda tentulah kelat
kaler oren melekit manis
inilah dia kuih nekbat!!

NB: sedap nihhh tapi kena sira dulu!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2016 01:34 AM | Show all posts
Ipo replied at 10-6-2016 08:47 AM
Seronok makan buah mangga
lepas itu berkubang dalam selut
Doc tak pernah tengok ka?

berkubang kubang dalam selut
balik nnati dimarah bapa
sini ada jeruk belut
tapi saya takde selera
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2016 01:38 AM | Show all posts
reeny replied at 10-6-2016 09:39 AM
petang hari mandi di kali
mandi bersama si yahya
Yang pergi tak mungkin kembali

Uda dan Dara amat bahagia
Kerna cadang naik pelamin
Doa Reeny ada baiknya
Ameen Ya Rabbal alameen
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2016 01:42 AM | Show all posts
anniez08 replied at 10-6-2016 10:54 AM
makan roti dengan kaya
kaya di beli oleh pak yahya
tidak lama lagi nak beraya

pagi pagi tunggu penjaja
mahu membeli sebuku mentega
raya nanti disini sahaja
ramai melayu seronok la juga


anak tani hidupkan budaya
keluar darinya pelbagai seni
sudahkah tempah baju raya
lambat nanti merana diri
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2016 01:47 AM | Show all posts
reeny replied at 10-6-2016 12:44 PM
tangkap kancil terhendap-hendap
anak ikan jangan dituba
paprik belut ramai kata sedap

ingin baharui lesen kereta
salah borang dimarah kerani
saya dengar demikian juga
Reen cubalah saya tak berani

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2016 01:54 AM | Show all posts
reeny replied at 10-6-2016 12:49 PM
ada kawan, ada sahabat
susah senang sentiasa disisi
jauhnya reen nak mencari nekbat

tawar air tambahlah gula
jangan diletak gula melaka
nekbat ini sikit bahannya
untuk sedap susah pula

@Ipo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2016 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 12-6-2016 12:47 AM
ingin baharui lesen kereta
salah borang dimarah kerani
saya dengar demikian juga

Mak Iti keluar siang
Mencari rezeki kulat sisir
Belut ni dah biasa saya menyiang
Dilumur dulu dengan sedikit pasir
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2016 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 12-6-2016 12:54 AM
tawar air tambahlah gula
jangan diletak gula melaka
nekbat ini sikit bahannya

Doc ipes baik orangnya
Menjawab soalan selalu ada
Kena pandai mencarinya
Barulah sedap bila disira
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2016 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 12-6-2016 01:47 AM
ingin baharui lesen kereta
salah borang dimarah kerani
saya dengar demikian juga

Kelam kabut buat kerja
Esok hari ambil cuti
Paprik belut ingin dicuba
Tengok yang ini terus tak jadi
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2016 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
bianglala replied at 12-6-2016 12:43 AM
bangun sahur makanan tersedia
bersahur dengan Shukri Yahya
termangu termenung mencari idea

Jalan sehala sebelah kiri
Peluh merenik haluan salah
Bianglala hanya merendah diri
Pantunnya baik tersusun indah
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2016 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
reeny replied at 10-6-2016 09:57 AM
pasang pelita di atas para
habis minyak padam sendiri
nampak manis dan berselera


Anak desa jadi penghulu
Padahal dia nak jadi jurutera
Apa kata beli bahulu
Kemudian sira dengan air gula

LOL
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2016 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 12-6-2016 08:53 AM
Mak Iti keluar siang
Mencari rezeki kulat sisir
Belut ni dah biasa saya menyiang

Carik carik kain basahan
Kain guni jadi ganti
Resepi paprik Ipo  kongsikan
Boleh kami masak sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2016 10:53 PM | Show all posts
Ipo replied at 10-6-2016 03:01 PM
Pergi kedai runcit bersama abang Adnan
Membeli ikan dan juga santan
Cuba cari di bazar ramadha ...


Panjat pokok bergayut di dahan
Melompat-lompat hingga lelah
Jika ada di bazar ramadhan
Nanti nak pergi carilah
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2016 11:10 PM | Show all posts
bianglala replied at 12-6-2016 12:47 AM
selesai haji dijangkiti batuk
tidur malam bermimpi Mina
bulan puasa asyik mengantuk



jalan-jalan ke rumah atuk
di kejar angsa terus berundur
bulan puasa memang mengantuk
sebab kita tak cukup tidur
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2016 11:33 PM | Show all posts
ipes2 replied at 12-6-2016 01:42 AM
pagi pagi tunggu penjaja
mahu membeli sebuku mentega
raya nanti disini sahaja



sayup kedengaran paluan rebana
penghibur hati yang sedang lara
ipes sekarang berada di mana
bukan ke berada dalam negara?


dari kelang ke pekan tapah
penat memandu berhenti seketika
baju raya tak payah tempah
beli sahaja habis cerita
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2016 11:37 PM | Show all posts
bianglala replied at 12-6-2016 12:43 AM
bangun sahur makanan tersedia
bersahur dengan Shukri Yahya
termangu termenung mencari idea

memancing ikan guna joran
joran tersangkut dalam sawah
walaupun kata bukan kepakaran
tapi bakat berpantunmu terserlah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-6-2016 09:49 AM | Show all posts
bianglala replied at 12-6-2016 12:43 AM
bangun sahur makanan tersedia
bersahur dengan Shukri Yahya
termangu termenung mencari idea

Membeli perabut di gedung Ikea
perabut dibeli sempena raya
awal berpantun memang kurang idea
bila sudah biasa pasti mudah sahaja

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2016 09:53 AM | Show all posts
bianglala replied at 12-6-2016 12:47 AM
selesai haji dijangkiti batuk
tidur malam bermimpi Mina
bulan puasa asyik mengantuk

berbuka puasa di rumah datuk
penat berjaga sehingga iftar
perut lapar mata mengantuk
ambil masa tidurlah sebentar

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2016 09:57 AM | Show all posts
awanjingga replied at 12-6-2016 11:27 AM
Carik carik kain basahan
Kain guni jadi ganti
Resepi paprik Ipo  kongsikan


Bangun pagi mata berpisat
Basuh muka dan gosok gigi
Resepi paprik nanti sat
Masak pun baru sekali


Dari jauh Pak Tam menapak
Pergi ke ladang membawa parang
Bahan-bahan untuk memasak
Sila google sebab ipo hanya tahu bawang


Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2016 09:59 AM | Show all posts
ipes2 replied at 12-6-2016 12:42 AM
pagi pagi tunggu penjaja
mahu membeli sebuku mentega
raya nanti disini sahaja


Dari Kuala Kangsar ke Selama
Singgah di tasik memancing gelama
Wah ramai melayu di sana
Tentu seronok berhari raya bersama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.695849 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list