|
Pendedahan kisah2 misteri seorang penyelam laut dalam
[Copy link]
|
|
Nham22 replied at 14-11-2020 03:56 PM
Awattt utube remove pulekssss.... X sempat nak tgkk
Aku dah betulkan link youtube tu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by brego at 16-11-2020 08:35 AM
Kisah Makhluk Laut ...
Didalam lautan dalam yg tidak pernah diterokai manusia atas sebab penjanjian lama yg dimeterai sekian lama....terdapat 3 makhluk yg menghuni didalamnya yg berasal dari makhluk Nasmas iaitu
Aadamiyyah Al-Bahr (Bunian Laut), Huuriyah Al-Bahr (Asma Pari) dan Banaat Ar-Ruum (Duyung)...
Kaum Ar Ruum adalah kaum atau Spesis yg sering kali kita dengar iaitu Duyung...
Banaat Ar-Ruum memiliki fizikal hybrid ikan separa menyerupai wanita, memiliki rambut yang terurai panjang. Warnanya condong ke coklat-coklatan, memiliki farj (kemaluan) dan payudara. Dapat berbicara namun tidak dapat dipahami, mereka tertawa dan terbahak-bahak.
Tapi itu hanya camouflage untuk memburu mangsa dari kalangan manusia, sedangkan wajah sebenar mereka yg pucat keputihan dengan gigi2 runcing, mereka hidup Seperti haiwan ganas dilautan yg memburu secara berkumpulan......Sekumpulan Ar-Ruum mampu menenggelamkan sebuah kapal Jong dalam tempoh beberapa minit dan anak2 kapal akan hilang sekelip mata menjadi santapan "Duyung2" jelita ini.....
Huuriyah Al Bahr pula berbeza fizikalnya...walau bersirip dan memiliki jari jemari seakan haiwan akuatik dan bermata besar seperti Ikan.....Al Bahr lebih mirip kepada humanoid kerana berkaki dan tangan dua...hidup jauh dari manusia dan tidak menonjolkan diri dipermukaan laut....lebih bertamadun dan menjalani kehidupan seakan manusia dan memusuhi saudaranya Adamiyyah Al Bahr..
Adamiyyah pula dikenali sebagai Bunian laut yg memiliki fizikal seperti manusia sama seperti Bunian didarat...Lebih bertamadun dan berbudaya membina bandar2 dan kota moden Jurang2 laut dalam...pernah membuat perjanjian dengan Raja manusia agar menjauhi antara dunia laut dan dunia daratan bagi mengelak berlaku konfrontasi....kaum Adamiyyah dan Huuriyah dikatakan sama2 menyembah Keluarga Al-Hinn yg dikenali Basa'idun sebagai 'Bapa' dan pengasas Tamadun mereka....
Kewujudan Makhluk2 ini pernah dibahaskan para ulama dalam kitab2 lama Tuhfah al Habib ‘Alaa Syarh al Khatiib, Maniyyatul Mughni Anil Fatawa Sirajiyyah, Ajwibah Az-Zurqani, Hayatul Al-Hayawaan dan byk lagi....
# credits to FB Hasbujalil
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Catpaw at 16-11-2020 06:54 AM
brego replied at 15-11-2020 11:57 PM
Kisah Makhluk Laut ...
Adoi brego, fenin nak baca tulisan kena highlght hitam tu... huhu
Anyway memarik perkongsian ni.TK pernah tahu lahi, yang selalu dengar al-Hin tu.
Gambar tu gambar yg omputih rakam kat dasar laut kan, yang tiba2 jadi fake padahal dah terang video tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by brego at 16-11-2020 08:39 AM
eh lupa nak off dark mode, haha
jap edit balik
video tu betul, siap masuk TV news lagi.
i ada sambungan kisah Al-Hin,
tapi tak related nak letak kat sini.
nanti i cari thread Al-Hin yg lama2, kalau dah ada.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nocturna replied at 20-10-2020 07:45 AM
Gambar ni aku amik masa aktiviti scuba di sebuah pulau pantai timur. Masa tu kami berdua bersama seo ...
Haku rasa tmpat abu mayat kot... Mungkin si mati nie Ade wish time hidup Ade memori pasal laut n nak mati suruh letak Abu mayat die dlm laut..husnozon |
|
|
|
|
|
|
|
brego replied at 16-11-2020 08:33 AM
eh lupa nak off dark mode, haha
jap edit balik
Tag i boleh tak nanti. Kisah al-hin i tau sikit2 je. cam tak berapa banyak info i dapat. |
|
|
|
|
|
|
|
topik yg menarik dan jarang dengar kisah gini..
tak sababr nak tunggu next story.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nocturna replied at 14-11-2020 02:16 PM
Sorry geng, banyak pulak kerja kat office ni nak kena settlekan utk meet dateline.
Korang boleh d ...
alamak seram pulak dengar memalam. hahahaha. |
|
|
|
|
|
|
|
Nocturna replied at 14-11-2020 02:16 PM
Sorry geng, banyak pulak kerja kat office ni nak kena settlekan utk meet dateline.
Korang boleh d ...
Huhu seram siot |
|
|
|
|
|
|
|
Kalaulah ada catatan ex-paskal yang menyelam mencari Allahyarham Lt Wahi Anuar, Pilot A4 Skyhwak yang hilang di perairan Natuna menarik juga untuk di baca. Agaknya apa yang penyelam Paskal dan TNIAL ni jumpa di dasar laut semasa mencari bangkai pesawat. Kalau ada yang tahu mungkin boleh tambah lagi info. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-12-2020 11:45 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Lama x masuk benang ni. Al Hin adalah makhluk Allah yg mendiami bumi sebelum kedatangan manusia. Tamadun mereka jauh lebih maju dari manusia dan mereka lah yg dimaksudkan "Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”. Lalu Malaikat berkata, “Mengapa Engkau mahu menjadikan khalifah di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?”
Tetapi Allah berfirman, “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui” al-Baqarah ayat 30. |
|
|
|
|
|
|
|
Imam Ibn Kathir pula menyatakan bahawa jin diciptakan sebelum Nabi Adam AS, dan sebelum jin pula ada makhluk yang mendiami bumi bernama al-Hinn dan al-Binn, kemudian datang bangsa jin dan membunuh dan menghapuskan mereka dari muka bumi. (Rujuk Tafsir Ibn Kathir 1/55) Namun demikian, ‘Allamah Ibn ‘Asyur menyatakan bahawa kisah ini tiada asas padanya dan tidak berasal daripada sumber yang sahih. Ia merupakan sekadar hikayat daripada Parsi dan Greek yang dipopularkan oleh tukang-tukang cerita. (Rujuk Tafsir Al-Tahrir wa al-Tanwir 1/228)
Kesimpulan Secara tuntasnya, kami menyatakan bahawa tidak wujud umat manusia lain sebelum penciptaan Nabi Adam AS. Adapun firman Allah SWT yang seolah-olah menggambarkan bahawa telah wujud satu kaum manusia sebelum Baginda, maka ia ditafsirkan dengan satu bangsa daripada kalangan jin, sebagaimana riwayat yang disebut oleh para ulama tafsir. Mereka merupakan satu bangsa yang banyak berbuat kerosakan dan menumpahkan diri di bumi, dan dari sejarah bangsa jin inilah para malaikat mengqiyaskannya dengan manusia, dan mengetahui manusia akan mengulangi sikap yang sama dengan jin. Namun terdapat juga sebab lain yang dikemukakan oleh para ulamanya, antara malaikat mendapat perkhabaran terus daripada Allah SWT, atau malaikat mendapat maklumat daripada Luh Mahfuz yang memperlihatkan kefasadan yang dilakukan oleh manusia. Wallahu a’lam.
https://muftiwp.gov.my/artikel/a ... belum-nabi-adam-a-s
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-12-2020 12:29 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Nocturna replied at 11-12-2020 12:05 PM
Imam Ibn Kathir pula menyatakan bahawa jin diciptakan sebelum Nabi Adam AS, dan sebelum jin pula a ...
Boleh berlapang dada utk percaya atau tidak. Kerana InsyaAllah akidah dan iman kita tidak akan terjejas. Tetapi apa yg saya belajar dan diberitahu dari guru itulah yg diberi. Cuma nak kata Al Hinn ni golongan mereka hanyalah dalam 2-3 je dlm dunia dan tidak mampu utk membiak beranak lagi. Mereka dah lama melarikan diri dan bersembunyi kerana malu dgn kerosakan yg dilakukan. Dan ini bukan zaman mereka lagi pun kerana manusia dan jin yg dijadikan oleh Allah skrg utk beribadat dan mentadbir bumi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Korang kalau pegi pulau belah2 ganu tu...sambil naik bot ke apa ke kat tgh laut tu try la pasg lagu ulik mayang... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 16-12-2020 11:27 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
lurve82 replied at 15-12-2020 08:04 PM
Korang kalau pegi pulau belah2 ganu tu...sambil naik bot ke apa ke kat tgh laut tu try la pasg lagu ...
Tak payah pergi tgh laut. Cukup la mainkan kat tepi pantai. Siapa yg ada mata ketiga nanti tgkla berapa bnyk makhluk akan timbul dari laut naik ke pantai. |
|
|
|
|
|
|
|
ye betul..tp nak lagi hardcore kat tgh laut lah...nanti blh la nampak puteri2 bersanggul sendeng...
mana story ko lg? best baca..smbg lah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 16-12-2020 02:46 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
lurve82 replied at 16-12-2020 11:34 AM
ye betul..tp nak lagi hardcore kat tgh laut lah...nanti blh la nampak puteri2 bersanggul sendeng.. ...
Itu bukan puteri, itu ponti. Puteri x de keje nak dtg mengadap marhaen mcm kita. Baik dia lepak kat singgahsana dalam laut. |
|
|
|
|
|
|
|
hahahah.....ponti kat darat...dkt air org kata jembalang air ....
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 17-12-2020 06:30 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Puaka atau jembalang laut lain bos.. Hanya jauhari yg mengenal manikam. Tapi yg pasti semuanya makhluk Allah dan level diorg berada di bawah tapak kaki manusia. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 17-12-2020 07:45 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
evilcooler replied at 16-12-2020 02:46 PM
Itu bukan puteri, itu ponti. Puteri x de keje nak dtg mengadap marhaen mcm kita. Baik dia lepak ka ...
Ok la since ada permintaan..Ni nak cerita pasal kembara seorg kawan di alam laut. Yg pasti dia bukan mengembara guna kapal selam.
Kisahnya si A ni, seorg yg peramah dan juga berilmu dunia akhirat. Dia bekerja dgn syarikat pembaikan kapal di Pasir Gudang dan kaki pancing gak. Dan satu hari dia dapat tahu ada sorang nelayan tua, Wak J ni yg mahir dlm cari lubuk ikan di kuala atau di laut. Wak J ni juga femes dikalangan geng penyelamat / polis marin kalau mencari mangsa yg hilang di lautan. Itu kira dah jalan terakhir kalau terpaksa dptkan khidmat Wak ni.
Si A dah setting dgn Wak J nak ajak cari tempat memancing di laut..kira sewa bot dan jadi tekong utk sehari la. Tapi kena cari lagi seorg kwn sebab x balik modal kalau setakat berdua. Diajak la seorang nubis pancing yg juga teman sepejabat si A, namanya M. So sampai hari yg ditetapkan, mereka bersiap2 dgn peralatan dan ready la nak berlepas gi memancing di satu port atas sikit dari PTP.
Sampai di destinasi kira 30 minit camtu, Wak J pun labuhkan sauh dan suruh diorg setting utk memancing. So si A dan M ni pun buat la mcm disuruh. Cuaca ketika itu agak redup dan nyaman lebih kurang 9 pagi mcm tu. Hasil tangkapan sehingga 12 tghari begitu agak lumayan. setiap 10 minit ada je ikan yg naik. Diorg pun happy la...
Si M ni pulak boleh la celupar mulut.." Apa bodoh sgt ikan2 sini. senang betul nk tangkap" sambil gelak2. Terus muka si Wak J berubah. Si A pun sound la si M "Kan dah aku pesan mulut tu diam boleh x". Time tu dah pukul 1 tghari matahari dah naik segalah atas kepala.
Dan2 la time tu hujan gerimis turun. Wak J pun terus suruh diorg berhenti memancing pastu kemas nak gerak balik.
Tiba2 entah dtg dari mana ketika air pun tenang dan angin pun x kuat, ada ombak tinggi dtg dan pukul betul2 dekat tempat si M berdiri di hujung bot. Mamat tu terus jatuh dan terpelanting masuk laut. Apa lagi A pun cemas la bila nampak mcm tu. Tapi Wak J mcm dah boleh agak ada geruh dtg cari si M, lalu dia suruh A baca yg dia tahu utk lindingi diri sebelum Wak J akan terjun masuk laut mencari M.
Wak J berdiri tegak di tempat si M jatuh dari bot lalu dia membaca sesuatu sambil mengisar kedua tapak tangan. Kemudian A nampak Wak J buat satu bulatan besar guna ibu jari kanan, langsung Wak J terjun masuk lautan ikut bulatan imaginary yg dia buat tu. Tunggu la si A dekat atas bot sorang2.
Dalam 15 minit mcm tu, kedengaran bunyi air menghambur dari bawah bot. A nampak si M terapung dipermukaan laut lalu terus dia campak kan life jacket n tarik kawan dia naik atas.
Tgh si A tu naikkan kawannya, kedengaran batuk2 si Wak J kat atas bot. "Eh bila pulak si Wak ni naik," detik hati si A. Yg lagi heran, baju si Wak J ni langsung x nmpak mcm dia baru lepas terjun masuk laut. Hanya titisan hujan yg membasahi baju. Lepas je si M naik, Wak J ambil air laut pastu percikkan kat ubun2 si M. Time tu nampak si M ni mcm jadi bodoh, tak tahu dia kat mana. Tanpa bnyk soal, Wak J pun suruh diorg diam dan terus memandu bot sampai la diorg balik ke jeti.
Mlm tu seribu soalan bermain dlm kepala A. Mula la timbul minat dia nk kenal Wak J dgn lebih mendalam....
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|