cc: dik @terpaku
“Saya Sampai Awal, Rakaman Tu Belum Mula” – Siti Nordiana[size=0.688em]Diterbitkan: Selasa, 9 Mei 2017 7:39 AM
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]KUALA LUMPUR: Ketika populariti sedang naik, timbul pula kisah tak sedap didengar tentang Siti Nordiana. [size=0.98em]Ketika menjuarai pentas Gegar Vaganza musim kedua lalu, sudah timbul isu dia mula ‘demand’ dengan meletakkan harga bayaran tinggi. [size=0.98em]Terbaharu, tersebar pula gosip Siti Nordiana atau Nana, 33, buat hal lagi kononnya sengaja datang lambat ke lokasi sebuah penggambaran. [size=0.98em]Kami mendapatkan jawapan daripada Nana!
[size=0.75em]Siti Nordiana
[size=0.98em]"Saya tidak pernah datang lambat pada mana-mana program kerana pengurus saya akan bagi call time dua jam awal daripada masa sebenar. [size=0.98em]"Saya mengaku ada minta agar produksi awalkan giliran saya untuk rakaman program hiburan baru-baru ini. Ketika itu saya sampai awal tetapi program itu tidak mula lagi. [size=0.98em]“Sedangkan saya perlu ke lokasi lain untuk persembahan secara langsung anugerah pada sebelah malam," ujarnya kepada mStar Online. [size=0.98em]Dia ditemui pada majlis pelancaran program Cipta Kawan Cheek-e yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Seri Tasik, di sini, Isnin. [size=0.98em]Siti Nordiana mengulas tentang berita di ruangan pojok sebuah akhbar pada Ahad lalu yang mendakwa dia 'buat hal' iaitu datang lambat dan meminta untuk didahulukan temubual. [size=0.98em]Penyanyi lagu Terus Mencintai ini mengakui terkilan dengan tuduhan yang boleh memberi persepsi buruk terhadap disiplin dirinya. [size=0.98em]"Saya sedikit terkilan kerana sebagai artis saya sedaya upaya ingin memberi sokongan kepada program-program tempatan. Namun tidak sangka pula lain jadinya," katanya. [size=0.98em]Bagaimanapun, Siti Nordiana meminta maaf jika perkara itu menyusahkan seluruh pihak produksi berkenaan. [size=0.98em]"Saya enggan panjangkan cerita ini, kalau ada yang terasa hati, saya minta maaf," ujarnya.
Read more at http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... xSdfdRb9FpUTZvkl.99
|