|
salam... aku main posisi tekong... sepak je... biasa tekong pakai kasut ape ek? aku skrg baru je pak ...
Apok Post at 13-5-2011 05:02 PM
ajak geng2 datang lepak thread ni |
|
|
|
|
|
|
|
merudum betul prestasi sepak takraw main sukan sea ni....
main macam p0nd@n |
|
|
|
|
|
|
|
merudum betul prestasi sepak takraw main sukan sea ni....
main macam p0nd@n
alzan Post at 16-11-2011 10:01 AM
ya sangat.. pon*** kan. baik xyah anto... |
|
|
|
|
|
|
|
ya sangat.. pon*** kan. baik xyah anto...
karambunai Post at 16-11-2011 11:43
pengurusan atasan mcm mat mail tu bleh buanglah gila kuasa sgt ke hapa. dh org x suka sukan pn x maju2 lg tp x mau sedar diri. wat malu jelah. kat piala dunia titwangsa tu dh nmpk jrg yg bsr kita dgn thai. masa semi nsb baik lwn singapore menang pn mcm x best. bengang ar tgk permainan ni skrg. dhla tgk citer rejam pn x best je... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 345# alzan
wah hang mmg peminat sukan sepak takraw ek.. tapi mmg kalu sukan tu dah mcm merundum tu, baik la tuko pengurusan. bukan sekali dua, dah berkali2 sukan sepak takraw ni manjang kalah, ni dgn indonesia lak leh kena titik.... malu ok |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 346# karambunai
dh lama minat sukan takraw ni sbb alternatif pd bola sepak yg memenatkan. sebiji bola kena kejar smpi 22 org
dr sekolah lg main smpi skrg takraw ni + ikt perkembgn semasa sukan takraw.
sdhla pengeluar peralatan & pakaian sukan ni dominasi oleh FBT & marathon dr thai.
sudahnya negara kita pe yg ada? |
|
|
|
|
|
|
|
Prestasi buruk: Ahmad Ismail enggan letak jawatan PSM
26/11/2011 2:05pm
KUALA LUMPUR 26 Nov. – Datuk Ahmad Ismail tidak mahu melepaskan jawatan Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) walaupun didesak berbuat demikian berikutan prestasi buruk skuad negara pada Sukan SEA ke-26 di Indonesia baru-baru ini.
Beliau berkata, desakan pihak tertentu yang mahu dirinya berundur semata-mata kerana kegagalan mendapat pingat emas tidak kena pada tempatnya.
Sebaliknya, beliau meminta mereka melihat isu kegagalan skuad sepak takraw negara daripada sudut yang lebih luas.
“Apakah sukan sepak takraw sahaja yang tidak mendapat pingat emas pada Sukan SEA di Indonesia baru-baru ini. Bagaimana dengan acara sukan lain yang langsung tidak mendapat satu pingat langsung?
“Kepada mereka yang mahukan saya letak jawatan, jawapannya mudah... saya akan letak jawatan apabila skuad sepak takraw kita sudah berjaya nanti,” katanya dalam program Kerusi Panas, Bernama Radio24.
Ahmad juga berkata, Jawatankuasa Kejurulatihan Sepak Takraw akan mengkaji semula modul kejurulatihan sedia ada bagi meningkatkan lagi prestasi sukan itu. – Bernama
-credit Utusan Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Sudah2 laa tu Mail oi.. resign je |
|
|
|
|
|
|
|
salam...
akhirnya jumpe gak thread sal sepak takraw nie. saya x la hebat sgt, tapi pencapaian saya paling membanggakan saya pernah mewakili malaysia untuk skuad pelapis bawah 17 tahun.
saya mmg minat giler dgn sukan sepak takraw sehingga hari ini, saya start main sepak takraw nie sejak di bangku sekolah lagi, iaitu di darjah 2. pada awalnya tidak la terlalu serius oleh kerana ibu bapa saya tidak menggalakkan saya bermain sukan ini oleh kerana takut pelajaran saya akan terjejas jika terlalu aktif bersukan,saya bukan sahaja aktif bermain sepak takraw, tetapi aktif juga sukan yang lain seperti olahraga, bola sepak dan kriket. tetapi saya lebih aktif didalam sukan sepak takraw. saya start bermain mewakili sekolah sewaktu darjah 3.posisi saya sewaktu itu ialah feeder.walaupun didalam pertandingan itu sekolah saya kalah, namun saya telah menunjukkan prestasi yang agak baik, oleh itu saya telah dipanggil untuk selection mewakili daerah, saya berjaya namun sekadar memenuhi bangku simpanan.start dari itu saya mula dikenali dikalangan jurulatih atau dengan kata lain "ade namela". so start dari itu, saya mula bergiat aktif didalam sukan sepak takraw ini. sewaktu sekolah rendah pencapaian saya paling tinggi ialah setakat mewakili negeri sahaja. selepas tamat sekolah rendah saya mendapat tawaran untuk bersekolah sukan di sekolah raja chulan ipoh under projek sukan sepak takraw.{:4_182:} |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
masuk sahaja ke sekolah menengah situasi sudah berbeza, latihan agak lebih berat, coach pun garang gak, kene disiplin sikit la. sewaktu latihan kami kene belajar jadi 3 posisi iaitu feeder, killer n tekong. saya pun sebenarnye bleh je jadi killer, tekong lagi la boleh sbb saye jenis tinggi n berisi sedikit, oleh tu, sewaktu saya training jadi killer, saya punye libasan agak tajam serta pandai alih, saya jenis suke baring so coach tgk saya gak sesuai jadi killer, sbb feeder da ramai sgt. killer yang x memilh, pandai alih bola or cari lubang susah sikit. so saya start jadi killer. dari ci2 saya start belajar gulung ngan senior n member2,lompat agar tinggi, serta timing yang betol. yang paling susah sekali ialah bile gulung n kter nak tipu, macam saya kaki kanan, so biler gulung saya akan pukul kaki kanan, tapi saya pukul kaki kiri, kira kene lajula. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PSM mengadakan usahasama dengan UFA Sport untuk mejayakan Liga Sepaktakraw Malaysia yang seakan-akan Liga Bolasepak Malaysia. Kita nantikan keputusan penuh mensyuarat & kerjasama tersebut.
Sekiranya berjaya maka wujudlah sebuah liga yang peminat & penggiat nanti-nantikan pada tahun hadapan.
|
|
|
|
|
|
|
|
FLEET Suntik Semangat Baru KERIS
Teo Tong Wah (tiga dari kiri) menyampaikan replika penajaan Fleet kepada Kelab Sepak Takraw Media Malaysia (Keris) di Kepong, baru-baru ini.
Kejayaan Datuk Lee Chong Wei menyumbangkan pingat perak Sukan Olimpik buat negara, baru-baru ini, mencetuskan idea luar biasa Kelab Sepak Takraw Media Malaysia (Keris) untuk memilih sebuah jenama peralatan badminton, Fleet sebagai penaja terbaru mereka.
Sekalipun daripada jenis sukan yang berbeza, tiada salahnya buat Keris mencuba pendekatan berani tetapi kreatif ini demi mengikut jejak cemerlang jagoan badminton Malaysia itu selaku satu-satunya pemenang pingat Olimpik berturut-turut, Beijing 2008 dan London 2012.
Bermatlamat memburu kejayaan lebih besar pada kejohanan terbuka khususnya sekitar Lembah Klang, Keris juga berasa cukup bertuah malah bakal lebih bersemangat dengan suntikan penajaan Fleet yang berupa kelengkapan pasukan itu.
Sumbangan barangan Fleet, jenama terkenal Malaysia itu disampaikan oleh Pengarah Urusan Fleet International Holdings Sdn. Bhd., Teo Tong Wah di sebuah pusat sukan, baru-baru ini kepada Pengurus Keris, Abdul Hafiz Ahmad yang turut disertai beberapa pemain Media.
“ Badminton dan sepak takraw sebenarnya pernah berkongsi gelanggang, sistem kiraan mata malah jaring dan tiang permainan malah kerusi pengadil yang sama, satu ketika dulu. Justeru ia bukan satu pendekatan asing untuk Fleet menjadi penaja kelengkapan Keris.
“ Yang pasti, sokongan Fleet bakal terus menyuntik semangat dan keyakinan Keris dalam memburu kejayan lebih besar malah sejajar slogan kami, ‘ Demi Warisan Merintis Pembaharuan ’, ” kata Abdul Hafiz selepas penyerahan penajaan Fleet yang turut dihadiri Pengurus Besarnya, Lim Hui Hui, baru-baru ini.
Kata Tong Wah, “ penajaan ini merupakan salah satu cara Fleet (yang berpangkalan di Muar, Johor) menghargai dan mengiktiraf peranan media dalam mempopularkan apa sahaja jenis sukan di Malaysia sama ada menerusi tugas tetap mereka mahupun apabila menjadi pemainnya.
“ Kami percaya penggiat sepak takraw mampu turut mencapai kejayaan besar yang setanding dengan badminton di peringkat antarabangsa, tidak lama lagi asalkan ia terus diberikan sokongan padu, ” katanya yang juga Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Cina Muar (CCCM).
Sources : http://www.duniasukan.com
Last edited by HangPC2 on 21-9-2012 01:46 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Takraw Berpasukan dipertanding di Myanmar
KUALA LUMPUR - Acara berpasukan (tiga regu) akan dipertandingkan pada Sukan SEA Myanmar 2013 selepas mendapat tekanan kuat daripada Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf).
Malah, buat kali pertamanya, sepak takraw bakal menawarkan 10 pingat emas, yang terbanyak dalam sejarah temasya dwi tahunan itu apabila ia dipertandingkan dari 11 hingga 22 Disember tahun depan.
Sepuluh emas meliputi kedua-dua kategori lelaki dan wanita yang mewakili lima acara - berpasukan (tiga regu), antara regu, beregu dan gelung serta yang terbaru diperkenalkan, berpasukan beregu.
Pertemuan pegawai kanan Astaf yang diketuai Presidennya, Abdul Halim Kader dengan Majlis Olimpik Kebangsaan Myanmar (MNOC) di Bangkok, Thailand selama dua jam, baru-baru ini, meluluskan kemasukan kelima-lima acara itu.
Turut hadir ialah Presiden Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf), Charouck Arirachakaran; Setiausaha Agung Astaf, Boonchai Lorhpipat; Setiausaha Agung MNOC, Naw Tawng dan Timbalannya yang juga Setiausaha Agung Persekutuan Sepak Takraw Myanmar (MSTAF), Lt. Kol. Kyaw Zin Moe.
Ia sekali gus menolak ura-ura awal Myanmar, tuan rumah temasya dwitahunan ke-27 itu untuk memansuhkan acara berpasukan (tiga regu) atas alasan cuba mengurangkan kos pengelolaan dan mengehadkan cuma sembilan pemain setiap negara peserta.
" Mengekalkan acara berpasukan dalam sepak takraw Sukan SEA, bererti kita telah menyelamatkan pusaka bangsa Melayu yang memperkenalkannya dalam Sukan SEAP Kuala Lumpur 1965 atas daya usaha Allahyarham Tan Sri Khir Johari, '' kata Abdul Halim.
Beliau yang juga Setiausaha Agung Istaf, berkata, jadual perlawanan sepak takraw juga bakal diawalkan beberapa hari sebelum hari pembukaan rasmi Sukan SEA 2013 seperti mana bola sepak seperti tradisinya.
" Namun Astaf akan meneruskan dasar kekangan monopoli seperti Sukan SEA dan Asia lalu iaitu kecuali tuan rumah, setiap negara peserta hanya dibenarkan menyertai tiga daripada lima acara yang dipertandingkan dalam setiap kategori, " ujarnya.
- Utusan Malaysia -
|
|
|
|
|
|
|
|
Dua wakil Selangor ke separuh akhir
SEREMBAN - Dua wakil Selangor dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 11, Shah Alam menempah tiket ke separuh akhir, esok untuk kategori Bawah 16 tahun Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2012 peringkat zon tengah di Kompleks Sukan Dr. Mohd. Said di sini, semalam.
SMK Seksyen 11 B tidak berdepan masalah untuk mengetepikan lawan daripada pasukan KTSR 15-10, 15-6 manakala SMK Seksyen 11 D menewaskan Sekolah Sukan Negeri Sembilan B 15-8, 15-6 di suku akhir.
Lawan yang bakal menanti SMK Seksyen 11 B di separuh akhir ialah Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) D yang sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Sukan Bandar Penawar setelah mengalahkan Kulim Bandar Baru 15-8, 15-11.
Satu lagi pertarungan separuh akhir, menyaksikan SMK Seksyen 11 D bertemu SSTMI E yang menumbangkan pasukan ASTAB dalam perlawanan yang diheret sehingga ke set penentuan 15-5, 12-15, 15-10.
Jurulatih SMK Seksyen 11, Mohd. Jefry Abd. Manap ketika ditemui berkata, dua regu yang bakal menanti anak-anak buahnya di separuh akhir merupakan pasukan pilihan kejohanan.
Hadir sebagai pasukan underdog, Mohd. Jefry turut mengakui, dua regu SSTMI adalah lawan yang cukup mantap untuk ditewaskan anak-anak buahnya.
" Kalau hendak cakap mengenai peluang kami, mungkin agar sukar tapi tiada yang mustahil jika kami dapat mengurangkan kesilapan, mana tahu kami mampu mengatasi pasukan SSTMI, " katanya.
Mengulas mengenai perlawanan suku akhir, semalam, Mohd. Jefry memberitahu, anak-anak buahnya berjaya mempamerkan persembahan konsisten dan kedua-dua regunya tidak berdepan masalah untuk mengatasi lawan masing-masing.
Sementara itu, dalam aksi kategori bawah 12 tahun, pasukan Bestari melayakkan diri ke separuh akhir setelah menumpaskan Sekolah Kebangsaan Sempang 10-15, 16-14, 15-13.
Pasukan tersebut bakal merakam pertemuan dengan Sri Kota Emas yang mudah mengatasi Pestan D dalam perlawanan straight set 15-7, 15-6.
Dalam satu lagi pertemuan suku akhir, Pestan E berjaya menebus kehampaan Pestan D setelah menewaskan Sekolah Kebangsaan Seri Pagi B 15-8, 15-5.
Pada aksi separuh akhir esok, Pestan E akan turun menentang Sekolah Kebangsaan Segamat Kecil yang menundukkan pasukan Tambak Teberau 15-12, 4-15, 15-11.
- Utusan Malaysia -
|
|
|
|
|
|
|
|
sape2 dok area ampang dan pandan meh turun petang2 kat kod pandan perdana (sebelah surau). saya ada situ (posisi tekong). bagus untuk kita menajam kan skill dan bakat takraw kita.. |
|
|
|
|
|
|
|
dulu zaman sekolah aku main tekong. tak tau pun reti tekong tapi ade sekali tu aku try sekali tajam la plak. memang best la dulu killer plak bagi bola sedap je. tapi sekarang dah tak jumpa la tune camne nak libas kasi tajam time servis. mungkin dah tua agaknye |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
No more funds for sepak takraw : Khairy
PUTRAJAYA : Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin says the Sepak Takraw Association of Malaysia (STAM) will not receive any more funds until they are able to put together a recovery plan to bring the sport back to prominence.
This announcement came after the national sepak takraw team lost 3-0 to South Korea in the first leg of the ISTAF SuperSeries men’s final in New Delhi, India, on Sunday.
“ It’s embarrassing that we lost to South Korea. I’ve been contemplating what is the next step for takraw ... because I feel there’s no excuse for us to not do well, and to lose against teams like South Korea. I want to re-evaluate the Government’s funding towards sepak takraw, ” said Khairy who is prepared to dish out some much-needed tough love by stopping all Government funding towards the sport.
“ With this loss, I won’t want to give any more funds. Previously, they have gone directly to the Prime Minister to source for funds. This time, I will also advise the PM not to give in,” he said.
“ Until they can present a recovery plan, they will not receive a single sen from the Government ... this is too much,” he added.
With STAM allocated roughly around RM1mil a year, Khairy feels it’s high time the association bucks up.
“ The Youth and Sports Ministry is not allowed to interfere with the management and administration of sports associations, but we can block funds.
“ I think we have to stand firm against sports associations. We can’t just give them lip service by saying we’re not satisfied with their performance.
“ It has come to a point where it’s become a crisis, and we have to take matters into our own hands and do what is necessary. ”
While Malaysia will surely be keen to exact revenge in the second and third legs of the SuperSeries in Bangkok, Thailand (Sept 26-29) and Kota Kinabalu, Sabah (Oct 31-Nov 3) respectively, it still does not warrant the rut Malaysia has experienced in recent years.
Once a powerhouse of sepak takraw, Malaysia last won the gold in the SEA Games eight years ago at the Manila Games in 2005.
Malaysia also recently lost out on another piece of silverware when they were defeated by Myanmar (2-1) in the Four Nations Invitational sepak takraw tournament here in July.
By ASHREENA PILLAI THE STAR
|
|
|
|
|
|
|
|
Cara Kita Yang Julang Korea
Kejayaan Korea Selatan membenam Malaysia dan Indonesia selain juara dunia, Thailand 3-0 untuk menjuarai Siri Super Istaf 1 di New Delhi, India, Ahad lalu, datangnya daripada ‘benih’ yang disemai persatuan sepaktakraw negara Asia Timur itu sejak lebih sedekad lalu.
Kekalahan kepada Korea Selatan itu juga bukanlah perkara baharu kerana dalam acara beregu, mereka pernah mengejutkan Malaysia pada Kejohanan Dunia Piala Raja Thai 2009 dan separuh akhir berpasukan 2010 dan 2012 di Chiang Mai dan Bangkok, Thailand.
Dalam dua tempoh pada 1997 dan 2002 hingga 2003, Korea Selatan mengimport seorang jurulatih Malaysia, Rauzan Masri untuk mendapatkan ‘ resipi ’ asas sepaktakraw sebelum menambah ramuannya dengan membawa masuk Haris Abdul Rahman pula menjelang Sukan Asia Doha 2006.
“ Saya tidak terkejut dengan kejayaan mereka sekarang kerana saya pernah berkata kepada seorang pegawai persatuan sepaktakraw Korea, lebih kurang 10 tahun lalu bahawa mereka bakal menewaskan Malaysia dalam tempoh berkenaan.
“ Malah, selepas tiga bulan saya mengajar Korea, mereka sudah memenangi gelaran divisyen tiga Piala Raja Thai di Nakhonsawan dan divisyen dua Piala Isa dan ada di antara anak buah saya itu kini menyandang jawatan sebagai pegawai Persatuan Sepaktakraw Korea Selatan (KSTA).
“ Pada 2001, tiga profesor universiti dari Korea Selatan datang ke Malaysia untuk mendapatkan khidmat saya lagi tanpa saya minta, malah memberitahu bahawa persatuan mereka sanggup menaikkan gaji dan melantik saya sebagai Pengarah Teknikal Sepaktakraw di sana.
“ Hasilnya (selain kejayaan Siri Super dan Piala Raja Thai), saya diberitahu sekarang sudah ada 12 kelab profesional dan 12 kejohanan sepaktakraw setiap tahun di Korea Selatan yang jauh berbeza dengan di sini, ” katanya kepada Utusan Malaysia tanpa bermaksud untuk bermegah dengan pencapaian tersebut.
Rauzan, 60, pesara tentera yang pernah melatih Malaysia memenangi pingat gangsa bulatan Sukan Asia Bangkok 1998 dan skuad kebangsaan dari 1999 hingga 2001, berkata, tugasnya di Korea Selatan bukan sekadar sebagai jurulatih malah membentuk hubungan seperti bapa-anak dengan pemain mereka.
“Selepas saya kembali ke Malaysia, hubungan seperti keluarga angkat itu masih terjalin dan ada beberapa pemain mereka yang turut pernah saya bawa tengok pertandingan sepaktakraw di kampung-kampung kita, datang dan menginap di rumah saya, malah berhari raya dengan berbaju Melayu bersama.
“ Saya bersikap profesional walaupun pernah dipanggil ke Kedutaan Malaysia dan dipersoalkan seorang pegawai di situ, mengapa mengajar Korea semua ilmu sepaktakraw kita, nanti kita pula dikalahkannya,” katanya.
Bagi bekas pelibas atau apit kanan negara, Zabidi Shariff, kekalahan anak buah Jamaluddin Hassan di New Delhi akan terus berulang pada banyak kejohanan antarabangsa dan mungkin Sukan SEA, Disember ini selagi dasar atau sistem latihan skuad kebangsaan sekarang yang diamalkan dan tidak ditukar atau diberikan sentuhan idea baharu.
Kata pemenang pingat emas Sukan Asia Hiroshima 1994 ini : “ Saya tengok Korea pun (menerusi siaran langsung TV) bukanlah bagus mana pun. Mereka hanya bermain corak mudah sepaktakraw. Tiada taktik yang istimewa. Sepatutnya kita yang kerap mengagungkan diri pelopor sukan ini, lebih maju daripada mereka.
“ Kalau kita mahu ubah keputusan seperti itu, maka sistem latihan mahupun pertandingan kena turut berubah. Ini mungkin ‘ idea bodoh ’ tetapi saya cadangkan satu pertandingan khas siapa pemain apit yang boleh melibas atau merejam paling tinggi. Begitu juga bagi tekong dan pengumpan, mereka kena ada pengkhususan.
“ Secara automatiknya, pemain yang ke pertandingan ini, bakal mampu menukar sistem latihan mereka untuk memenanginya. Jika tidak, hasil yang kita semai dengan sistem sejak 10 tahun lalu itulah yang akan terus dituai seperti dalam Siri Super itu. Selain Thailand, mana lagi negara yang kita tidak pernah kalah. Myanmar ? Indonesia ? Korea Selatan ? Laos. ”
Namun bekas jurulatih skuad pemenang Piala Raja Thai 1985, Hassan Sulaiman berkata, sudah sampai masanya para jurulatih negara meletakkan jawatan masing-masing sekarang kerana kekalahan itu (Siri Super) amat mengaibkan.
“ Apa lagi dan berapa lama yang mereka hendak tunggu jika pasukan negara asyik kalah. Jika orang ini tiada ilmu kejurulatihan sepaktakraw, mana datangnya nadi permainan pasukan? Siapa ketua jurulatih negara sebenarnya dan boleh berikan arahan kepada pemain (ketika timeout) ? Jamaluddin atau Nordin Sabaruddin (penolong) ?
“ Adakah sebab Nordin itu bekas pemain handalan negara dan pernah menang emas Sukan SEA dan Sukan Asia, maka Jamaluddin yang tiada pencapaian sebegitu pula kena berikan laluan kepadanya? Tidak hairanlah kalau pemain kita yang lemah psikologi ini pula mudah tertekan dan menggelabah bila diasak Korea, ” katanya.
- Utusan Malaysia -
|
|
|
|
|
|
|
| |
|