|
semalam masuk larian gunung telapa buruk kat kuala kelawang,n9... gilo pancit den.. lagi 10meter nak penamat boleh lak krem kaki kiri lepas ambik selekoh.. tapi nak sgt tamatkan tanpa dulik medic teruskan gak baru 4 langkah kaki kanan lak tangkap.. last2 berjaya gak sampai garisan pastu terus tak leh gerak dah.. hahaha padan muko den... |
|
|
|
|
|
|
|
adidas running shoes
rm150.00(termasuk post laju)
usia 3 bulan
saiz 8.5 |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by damienkie at 13-5-2008 08:44 AM
http://img501.imageshack.us/img501/4830/tepiadikd2.jpg
adidas running shoes
rm150.00(termasuk post laju)
usia 3 bulan
saiz 8.5
la...hang mau jual ker.....ngaper? tak sedap kaaaaaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dexa at 11-5-2008 06:10 PM
saya nak lari kuantan ni --
neo -
bad news is -- friday afternoon - management REJECTED cuti saya - --
saya sedih sangat - and my team kat JB tengah sedih gak - kita dah bayar ...
fullamak...sayangnya...bayar dah la mahal ekk...
ermm..nak cari pompuan mmg payah la...
sukar sangat.......
kalau utk event congkak ngan batu seremban atau bola jaring senang la
|
|
|
|
|
|
|
|
PANTAI TENGAH, LANGKAWI
12 JULY 2008 - 7.30AM
CLOSING DATE : 30 June 2008
(Mystery Gift for Early Bird Registration before 15 May 2008)
FOR REGISTRATION PLEASE CALL
+604 969 8900/01/03 or +604 969 8080/83
+604 969 8902 (Fax) or +609 969 8081 (Fax)
ENTRY FORM
http://www.langkawibeachrun.com/entry.htm (Print)
http://www.langkawibeachrun.com/lbr08form.zip (Download)
or
Majlis Tindakan Pelancongan Seluruh Negeri
Majlis Sukan Negeri Kedah
Persatuan Olahraga Negeri Kedah
Persatuan Olahraga Negeri Pulau Pinang
Persatuan Olahraga Negeri Perak
Persatuan Olahraga Negeri Perlis
Persatuan Olahraga Wilayah Persekutuan
CATEGORIES
International Open (21km)
Malaysian Open (21km)
Veteran Open (21km)
Junior Open (10km)
Children Open (3km)
ENTRY FEES (Before/After 15 May 2008)
International Open (RM35.00/RM50.00)
Malaysian Open (RM15.00/RM25.00)
Veteran Open (RM15.00/RM25.00)
Junior Open (RM10.00/RM15.00)
Children Open (F.O.C)
ROUTE MAP (21km)
[ Last edited by Jiman at 13-5-2008 11:03 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Lebih 10,000 Dijanga Serta Larian Antarabangsa MBI 2008
BERNAMA - 14 Mei, 2008 18:06 PM
IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Larian Antarabangsa Majlis Bandaraya Ipoh 2008 yang akan diadakan pada 6 Julai ini dijangka menarik penyertaan 10,000 atlet, termasuk dari luar negara.
Pengerusi Jawatankuasa penganjur Roshidi Hashim berkata acara tahunan sempena sambutan perayaan Ulangtahun ke-12 Hari Bandaraya Ipoh itu mula diadakan sejak 1985, dan setiap tahun ia menarik minat ramai peserta antarabangsa antaranya dari Thailand, Singapura, Indonesia, India, Maghribi, Britain, Amerika, Filipina, Kenya, Hong Kong, Jepun dan Kanada.
Beliau berkata 11 kategori akan dipertandingkan dalam acara tersebut iaitu lelaki dan wanita terbuka 18 tahun, lelaki veteran 40 tahun ke atas, lelaki dan wanita terbuka 13 tahun ke atas, lelaki senior 50 tahun ke atas, wanita veteran 35 tahun ke atas, lelaki wanita terbuka 16 hingga 18 tahun serta lelaki dan wanita junior 13 tahun hingga 15 tahun.
Larian itu akan bermula pada pukul 6 pagi di Stadium Perak membabitkan larian 5 hingga 21 km mengikut kategori masing-masing, dan berakhir di tempat yang sama. Para pelari akan dilepaskan oleh Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah.
"Yuran penyertaan RM5, RM7, RM10 dan RM15 mengikut kategori, manakala bagi pelajar sekolah hanya RM5 sahaja dikenakan," katanya pada persidangan akhbarnya di sini hari Rabu. Roshidi berkata hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 dan pingat ditawarkan untuk direbut oleh pemenang dari tempat pertama hingga ke 20 setiap kategori.
Katanya tarikh tutup penyertaan ialah pada pukul 12 tengah hari 29 Jun ini dan mereka yang berminat menyertai larian itu boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenainya dengan menghubungi Majlis Bandaraya Ipoh, dengan menelefon 05-2442264/05-2442212/05-2442335.
"Tahun lepas 10,574 peserta mengambil bahagian dengan peserta daripada Kenya membolot hadiah johan dalam beberapa kategori," katanya.
---
:pompom: mod dexa~!
:pompom: mod neo~!
:pompom: runners @SMAG~! |
|
|
|
|
|
|
|
Atlet maraton lega
KOSMO
"SATU langkah bijak."
Demikian ulasan yang diberikan jurulatih maraton kebangsaan, P. Sidamparam apabila pihak Imigresen membuat pemantauan semula kemasukan atlet jarak sederhana dan jauh dari negara luar, lapor YASMIN RAMAN.
Sidamparam berkata, langkah tersebut merupakan satu berita baik dan berharap atlet-atlet negara dapat menggunakan peluang itu sebaik yang mungkin.
"Saya gembira dengan keputusan tersebut. Ia serba sedikit membuka peluang atlet negara menunjukkan kehebatan masing-masing sekali gus menempa nama dalam sukan tersebut.
"Saya yakin ini adalah peluang terbaik untuk kita mengetahui setakat mana kemampuan atlet negara dalam usaha memantapkan lagi pembangunan sukan negara khususnya dalam acara maraton," ujar Sidamparam ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Sidamparam mengakui dia amat gembira kerana langkah mengehadkan penyertaan atlet luar negara pada kejohanan berbentuk komersiol akhirnya mendapat maklum balas positif.
" Pihak imigresen telah mengesahkan bahawa ada beberapa atlet jarak sederhana dan jauh dari negara luar ini masuk secara haram dan ia mungkin berlaku kerana ada pihak cuba mendapatkan keuntungan.
"Bagaimanapun isu itu akan mendapat pemantauan. Apa yang boleh saya banggakan ialah kini banyak pihak yang sudah membuka mata dan mengambil langkah berjaga-jaga," ujar Sidamparam.
Sidamparam menambah, dia difahamkan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) juga turut memberi kerjasama dalam membuat penapisan tentang penganjuran sukan tersebut.
"KOAM dan MSN akan membuat pemantauan berleluasa tentang isu ini kerana saya difahamkan ada beberapa penganjur tidak mengikut syarat sebenar. Ini juga satu langkah yang wajar dilakukan.
"Saya pasti langkah ini juga mampu menolak sangkaan bahawa atlet negara hanya menjadi alat kepada penaja untuk menarik minat orang ramai menyertai sesuatu kejohanan yang dianjurkan," katanya.
---
boleh la mod dexa, mod neo & runners @SMAG berlari dgn bersemangat~! :pompom: :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Jiman at 14-5-2008 06:54 PM
Lebih 10,000 Dijanga Serta Larian Antarabangsa MBI 2008
BERNAMA - 14 Mei, 2008 18:06 PM
IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Larian Antarabangsa Majlis Bandaraya Ipoh 2008 yang akan diadakan pada 6 Jula ...
alamak jiman....
hang pi ka ipoh ni....
clash ngan siemens run lak ni...
ohhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Jiman at 22-5-2008 04:04 AM
Atlet maraton lega
KOSMO
"SATU langkah bijak."
Demikian ulasan yang diberikan jurulatih maraton kebangsaan, P. Sidamparam apabila pihak Imigresen membuat pemantauan semula kemasukan atlet ...
fullamak....
kita tengok apa yang mereka cakap sama tak dengan apa yang diorg lakukan...
sok lusa...time apa2 race...
aku nak nengok...
yg tukang bawak runner2 kenya tu ada tak kemunculannya
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by neo-painkillerz at 22-5-2008 08:34 AM
alamak jiman....
hang pi ka ipoh ni....
clash ngan siemens run lak ni...
ohhhh
neo lari seimens ka -
saya lari siemens last year rasanya or 2 years ago -
okay gak dia punya orgnaizers - |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dexa at 23-5-2008 07:02 AM
neo lari seimens ka -
saya lari siemens last year rasanya or 2 years ago -
okay gak dia punya orgnaizers -
yup! tinggi peratus akan lari kat siemens...
ipoh tak kot....
meh la skali
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by neo-painkillerz at 23-5-2008 07:59 AM
yup! tinggi peratus akan lari kat siemens...
ipoh tak kot....
meh la skali
ahhh...siemens jadi la..
dia punya goodies best...!! --
btw august ni adidas king of the road
tapi dengarnya buat kat sunway pyramid sana...
hairan saya kenapa jauh macam kambing...
saya harap depa buat kat dataran merdeka tasik perdana
padang merbok tu.. macam depa buat dulu...
best larian ni... 10km aje -
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dexa at 23-5-2008 08:21 AM
ahhh...siemens jadi la..
dia punya goodies best...!! --
btw august ni adidas king of the road
tapi dengarnya buat kat sunway pyramid sana...
hairan saya kenapa jauh macam kambing...
...
hahha....siemens bagus wooo...entry fee RM10 jer....dpt t-shirt dan vest jgk...
adidas king pf the road...
tahun lepas mmg buat kat sunway piramid...
tahun ni pun depa bikin kat sana gak...
jadi dexa kena la pi sunway gak...huhu
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by neo-painkillerz at 23-5-2008 09:51 AM
hahha....siemens bagus wooo...entry fee RM10 jer....dpt t-shirt dan vest jgk...
adidas king pf the road...
tahun lepas mmg buat kat sunway piramid...
tahun ni pun depa bikin kat sana gak ...
eh.. kebanyakkan fee pun ten bucks aje kan
exception KLIM and penang bridge la..
saya nak gi siemens ni....
best larian dia.. santai aje..
btw yup adidas king of the road tukar venue
few years dah..
dulu kat KL... tak apa la..
lepas race neo boleh belanja makan kat sunway
pyramid tu.. kan
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dexa at 23-5-2008 10:14 AM
eh.. kebanyakkan fee pun ten bucks aje kan
exception KLIM and penang bridge la..
saya nak gi siemens ni....
best larian dia.. santai aje..
btw yup adidas king of the road tukar venu ...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pelari Kenya kuasai acara maraton
UTUSAN MALAYSIA
PORT DICKSON - Pelari Kenya, Benjamin Meto muncul juara kategori Terbuka Lelaki Larian Separuh Maraton Antarabangsa Port Dickson (PDIHM) di Kelab Admiral Marina & Leisure di sini, semalam.
Kejayaan pelari berusia 33 tahun itu menamatkan larian dalam masa 1 jam 6 minit 16 saat untuk menggondol hadiah wang tunai RM 2,000 berserta trofi, piala iringan, pingat serta sijil penyertaan.
Dia mengetepikan cabaran pelari negara, R. Muniandy yang ketinggalan 1 minit 27 saat.
Muniandy membawa pulang hadiah wang tunai RM700.
Ketika ditemui Meto melahirkan rasa gembira kerana dapat menyertai pertandingan tersebut iaitu cubaan pertamanya di PDIHM.
Menurutnya, dia berhasrat untuk kembali ke perlumbaan yang sama pada tahun hadapan.
"Ini merupakan pengalaman yang manis buat saya. Walaupun ini merupakan kali pertama saya menyertai perlumbaan ini, saya berasa puas dan berhasrat untuk kembali menyertai pada masa akan datang," katanya.
Beliau pernah menduduki tempat ketujuh pada Maraton Antarabangsa Kuala Lumpur AmBank Ke-17, 30 Mac lalu.
Douglas Mwiti yang menduduki tempat ketiga mencatatkan 1:08.7s melayakkan beliau menggondol wang tunai RM500.
Kategori wanita turut diungguli pelari Kenya Purity, 21, dengan masa 1: 19: 10s membawa pulang wang tunai RM2,000, trofi.
Tempat kedua juga dikuasai peserta Kenya, Janet Jglagat yang ketinggalan 10 saat untuk membawa hadiah wang tunai RM700, manakala tempat ketiga milik pelari Malaysia, Vally Micheal yang mencatat 1:27.10s.
Hadiah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Mohamad Razi Kail.
Sementara itu di KUALA LUMPUR, pelari dari Kenya turut menguasai tiga tempat teratas larian RMAF 50 Years Half Maraton bagi kategori lelaki dan wanita terbuka semalam.
Johan acara 21 kilometer (km) ini dimenangi oleh Julius Kagethe Mbogua dengan catatan masa 1 jam 06:07 saat.
Tempat kedua dan ketiga dimenangi rakan senegaranya, Simon Kabui Njnga dengan catatan masa 1:06:34s sementara Daniel Muema menghabiskan larian dalam tempoh 1:07:56s.
Sementara itu, acara wanita terbuka 21km turut menyaksikan Margaret Wangui dari Kenya mengungguli tempat pertama dengan catatan masa 1:20:15s.
Tempat kedua dimenangi Sarahc Hebet dengan masa 1:23:51s, manakala rakan senegara, Lucy Cherotic Kurgat mencatat masa 1:07:56s.
Hadiah disampaikan oleh Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin dan diiringi Pengerusi larian RMAF 50 Years Half Maraton, Brig. Jeneral Datuk Ackbal Abd. Samad.
---
kata nak pantau pelari2 kenya ni.. peciter? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #354 neo-painkillerz's post
Adidas tahun ni buat kat shah alam. 10 ogos. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by seri_air at 4-6-2008 11:15 PM
Adidas tahun ni buat kat shah alam. 10 ogos.
clash ngan malakoff 26k...dan ekiden....
|
|
|
|
|
|
|
|
Larian Antarabangsa Ipoh terima 2,500 peserta tempatan
UTUSAN MALAYSIA
IPOH Seramai 2,500 peserta tempatan telah mendaftarkan diri untuk menyertai acara larian berprestij anjuran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) iaitu Larian Antarabangsa Ipoh 2008 (IIR08) pada 7 Julai ini.Urusetia IIR08, Syarifuddin Helmi Idrus berkata, jumlah itu merupakan peserta menghantar borang penyertaan di sembilan kaunter bergerak yang dibuka MBI di tempat terpilih di seluruh negara.
''MBI kini mengemaskini data peserta yang mendaftar melalui internet dan pihaknya yakin akan memperolehi kira-kira 2,500 peserta lagi.
''Selain itu, semua unit-unit pendaftaran telah dikerahkan untuk membuat promosi ke sekolah-sekolah yang memulakan sesi persekolahan hari ini selain daripada promosi di pasaraya-pasaraya sekitar Ipoh," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.
Syarifuddin berkata, MBI turut menubuhkan sebuah unit yang mengadakan promosi di sekitar Asia Tenggara.
Kata beliau, unit itu akan mengadakan promosi semasa Phuket International Run 2008 pada Khamis ini dan seterusnya akan bergerak ke Hatyai, Satun, Betong dan Golok.
Jelas beliau, pihaknya turut mendapat 'lampu hijau' daripada Gabenor Songkhla yang akan turut mempromosikan IIR08 di negara itu.
Katanya lagi, selain Thailand, MBI juga akan ke beberapa kawasan tumpuan di Indonesia bagi menarik penyertaan penduduk negara itu yang sebelum ini belum pernah gagal menghantar peserta dalam penganjuran sebelum ini.
Dalam pada itu, katanya, sehingga semalam seramai 20 peserta dari Fukuoaka dan Korea Selatan telah mengesahkan penyertaan dalam larian sejauh 21 kilometer tersebut.
Bagaimanapun, jelas beliau, pasukan juara tahun lalu iaitu Kenya masih belum mengesahkan sama ada akan menyertai IIR08.
MBI mensasarkan lebih 10,000 penyertaan pada penganjuran kali ini. IIR07 berjaya mengumpulkan lebih 12,000 peserta yang merupakan penyertaan terbanyak sebelum ini. |
|
|
|
|
|
|
| |
|