CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jac_diehard_fan

FILEM GENG : PENGEMBARAAN BERMULA - UPIN IPIN

[Copy link]
 Author| Post time 13-2-2009 04:30 PM | Show all posts
member aku kate die tgk smlm satu opis... 30 org sumenye... kopak bos die
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2009 05:37 PM | Show all posts
Wah bestnyeeeeeeer, x sabar nak tgk. Mudah2an lama kat panggung. Agak2 lepas x sasaran si pengarah tu...RM10j
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 05:41 PM | Show all posts
wah!!!!!!!!
tadi tgk kat cineleisure kul 1.45...

bangga siot..mmg best cite nie...
mula2 tu biasa aje bila start aje pengembaraan tu terus excited!!

KUDOS to all of them yang menjayakan filem nie... sesuatu yang boleh dibanggakan..
so out of 10juta, sekarang tolak RM 40   (3 dewasa 2 kanak-kanak)

sedih la plak tgk part oopet nak berpisah ngan rajoo tu
masa mula2 start cite, anak buah tak henti2 tanya mana upin and ipin nie
pastu time dorang menyanyi tu anak buah lagi sorang berdiri atas kerusi berjoget2.. ya ampun....
apa2 dorang suke cite ni.. tanya best tak? dorang ckp BEST!!!

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 06:09 PM | Show all posts
GENG: PENGEMBARAAN BERMULA

Oleh Masha www.tupai.com.my

Sejarah perfileman tanah air tercipta apabila kali pertama filem animasi 3D iaitu, 'Geng The Movie: Pengembaraan Bermula' akan menemui penonton pada 12hb Februari nanti.

Dengan kos pembikinan sekitar RM 4 juta juga 40 orang pekerja bertungkus lumus siang dan malam bagi menyiapkan filem animasi ini, sesungguhnya 'Geng' boleh diberi penghargaan dan pujian.

Sudah sedia maklum, pembikinan animasi memerlukan tenaga dan kepakaran tersendiri. Penonton yang menonton 'Geng' pasti bersetuju apabila meletakkan 'Geng' sebagai sebuah karya bertaraf produksi dari luar bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan setanding pembikin Hollywood.

Sebenarnya, bagi 'Les Copaque Production, mereka memikul satu tanggungjawab besar. Ini kerana 'Geng' adalah penanda aras bagi filem animasi di Malaysia juga satu langkah 'pengembaraan' bagi genre berkenaan di sini. Namun, Les Copaque telah membuktikan rakyat Malaysia boleh dan penonton pasti dapat menerima kehadiran 'Geng.'

'Geng' bukan sebuah filem animasi kosong, sekadar membuat penonton ketawa. Tapi ianya membuat mesej yang ingin disampaikan. 'Geng' secara jujurnya dihasilkan bagi mengimbau kembali kenangan ketika masyarakat kampung hidup dalam muafakat. Ianya satu hadiah kepada kanak-kanak bandar yang tidak tahu kehidupan di desa.

Cukup banyak 'ikon' masyarakat majmuk Malaysia di dalam karya ini. Antaranya, rumah kampung, ayam, itik, kelip-kelip bahkan durian. Mungkin Les Copaque mempunyai strategi untuk memperkenalkan Malaysia melalui filem ini yang bakal ditayangkan pada peringkat antarabangsa.

Dari sudut teknik dan pembikinan haruslah dipuji. Memang tidak boleh disangkal, kepakaran untuk filem animasi 3D sudah ada di Malaysia. Tetapi secara jujurnya masih ada satu dua perkara yang boleh diperbaiki.

Pujian patut diberi apabila menerapkan nilai Malaysia di dalam karya ini, pada bahagian pertama penceritaan. Namun apabila masuk bahagian kedua, apabila Upin, Ipin juga Rajoo mula mencari makhluk misteri, Oopet, nilai-nilai Malaysia itu sudah hilang.

Tidak keterlaluan dikatakan, apabila tiba ke bahagian kedua, pihak produksi seperti ingin menunjukkan kemampuan mereka dalam menghasilkan animasi berbentuk aksi, dengan harapan penonton pasti terpegun. Dengan pelbagai makhluk raksaksa seperti lintah dan ular tedung besar (seperti babak Shrek menyelamatkan puteri Fiona) juga hantu durian sebagainya, fokus penonton beralih dari jalan cerita menarik ke sebuah babak aksi tanpa henti.

Selain itu, babak nyanyian beramai-ramai penduduk kampung cukup menarik. Tetapi sewajarnya Les Copaque memberikan suntikan kelainan kepada babak berkenaan kerana ianya sudah sering diputar pada saluran televisyen. Mungkin ianya dilihat sebagai satu promosi, namun apabila menonton babak nyanyian itu lebih dari satu tahun, keseronokan itu semakin pudar.

Tetapi, 'Geng' pastinya bakal menarik penonton ke pawagam. Dengan watak Upin dan Ipin yang sentiasa bermain di minda kanak-kanak, bahkan dewasa, 'Geng' bakal menjadi satu fenomena bagi peminat-peminat filem tempatan.

Secara ringkasnya, 'Geng The Movie: Pengembaraan Bermula' bakal menjadi satu titik permulaan bagi industri animasi Malaysia dengan jayanya. Tahniah Les Copaque juga tenaga kreatif lain.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 06:09 PM | Show all posts
haa! sapa nak beking Geng? sila2
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 06:14 PM | Show all posts
Originally posted by jac_diehard_fan at 13-2-2009 04:11 PM
kat cineleisure da fully book.. ahad ni first time aku tgk wayang fully book online..


Saya pun akan gi tgk ahad ni. Mujur dah book awal2, nampak gaya kene gi amik tiket lagi awal dari biasa lah. Buatnya terlambat sampai, naya je tiket yg dibook diberi pada orang lain
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-2-2009 06:31 PM | Show all posts

Balas #343 sherrina\ catat

baru teringat... kene ambil awal brape minit yer? 45 minit kan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 06:46 PM | Show all posts
watched geng kat gsc alamanda. waktu kerja pun ramai p tgk. x sbr nk tau brape kutipan citer geng ni.

binatang2 kpg durian runtuh pun comel2, tp monsters banyak, sian tgk budak2 tu berlari. but overall, best n rasa entertained tgk citer ni.

tapinye jgn kuar awal sgt bila citer habis, ada surprise skit kat hujung2 citer. even after "habis" kuar pun, kena tunggu jap.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2009 08:02 PM | Show all posts
aku booking ahad ni kat midvalley ...ada lagi tu ..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 09:35 PM | Show all posts
nasib baik dpt book pukul 1100am esok kat mines!!  gila laa!!  petang sume fully book~ baik gsc baik tgv! nyaris2 migrain tunang aku layan aku merajuk tadi! hahahaha!!

tak sabar nk tunggu esok!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 09:43 PM | Show all posts
kat selayang cineplex dah ada ke citer nihhh????............. kadang kat selayang cineplex nihhh dia lambat skittt.............. kalau ada esok nak gi tengok la
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 10:49 PM | Show all posts
tak sabo nk tgk cter ni..dah booking td dah....sukenyeee....
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 11:11 PM | Show all posts
da book esok....kt gsc mid ngn besfren aku....xsabonyerrr.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 11:17 PM | Show all posts
dah tengok petang tadi
mmg menyeronokkkan
bukan stakat animasi tapi jalan creta pun mmg cantik
ada lawak, seram & babak sedih
opkos attention utama mesti upin & ipin tapi aku rasa Rajoo tu le mcm watak utama
dah ler dia leh ckp dgn binatang dah tu asyik die je kene kejar dgn monster je

ada part yg buat aku terkejut (malu plak terkejut tgk citer kartun)
ada sorang budak tu takut
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2009 12:00 AM | Show all posts
wahhhh...
nak tgk jugak
tp x de masa nak pegi pawagam....
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2009 12:10 AM | Show all posts
akan tgk esok dan review..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2009 01:18 AM | Show all posts
kalau bukan sbb aku ada test mingu depan.. dah lama aku ngan member2 kelas sumer meroyan tengok filem nih.. nampak gayanya aku tunggu weekend nest week ler..
bawak member kelas reramai memandang review amatlah positif dari korg..

aku siap promote lagik animasi nih kat member indon aku..
tapi x taulah bila muvie nih nak tyg kat indon.. huhuhu!!! lambatnya nak abis paper..
korg teruskan ngan review.. sbb aku x kisah spoiler.. spoiler tuh kekadang wat aku lagik nak tengok.. heheh!
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2009 02:27 AM | Show all posts
Originally posted by sore_itam at 13-2-2009 07:13 AM
alamak.....best tol la citer ni..aku sgt2 puas ati!!!!! mmg bangga la mesia dpt wat muvie 3D mcm ni....

aku tgk mlm td kt alam, mmg full house beb!!! seb bek sume bdk2 kecik x wat hal ms tg ...




kalo budak2 kecik wat hal, ko lempar ngan kasut je sore itam......
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2009 09:45 AM | Show all posts
support malay muviii (sudah tgk pakat2 kutuk)
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2009 10:44 AM | Show all posts
aku dah tgk ari khamis lepas. 5 star eh, 2 thumbs up
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.218977 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list