CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nape?Tak caye?

[merged] Jemaah Tabligh

[Copy link]
Post time 25-2-2007 07:35 PM | Show all posts
Originally posted by Kerengge at 25-2-2007 01:09 PM


bagi haku tak perlu ader penapisan..........ini cuma pendapat sebahagian dr mereka yg menolak konsep kerohanian yg dialami oleh mereka yg begitu hampir dgn Allah swt............mungkin kita k ...


Maksudnya saudara memang percaya Rasullullah telah turun membawa roti? Saudara percaya Rasulullah yg sudah wafat tiba2 boleh muncul dari celah2 awan? Saudara percaya Rasulullah telah turun semula untuk memulihkan perut wanita yg bengkak, turun untuk memulihkan muka wanita yg hitam? Mahukah saudara percaya semua dakwaan ini yg ditulis dlm kitab fadhilat amal jemaah Tabligh? Kerohanian apakah ini?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2007 09:32 PM | Show all posts
Originally posted by seladanganas at 25-2-2007 11:26 AM
aku rasa sapa2 yg tak pernah belajar agama betul2 , e.g madrasah, university, pondok lebih baik jgn bercakap perkara yg dia tak tahu. aku takut nanti turun darjat dari jahil basit kepada jahil mu ...


Mungkin ini pemikiran yg telah ditanam oleh golongan konservatif agama dulu2. iaitu orang ramai dilarang byk soal, lebih baik jadi pak turut sahaja spt pengikut Al-Arqam bila berhadapan dgn sheikh mrk. Mungkin tok guru mrk dah capai makam makrifat & ilmu laduni peringkat tertinggi maka no question ask. jadilah kita golongan pak turut walaupun tok guru itu menyeleweng. Come on.....zaman sudah berubah, ini zaman maklumat, zaman informasi. bukan zaman konservatif yg muridnya hanya menadah tanpa soal. padahal di zaman imam malik dulu pun beliau menggalakkan bertanya & berhujah. Tapi malangnya pak lebai2 di Malaysia tak suka orang ramai bertanya & menyoal.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2007 09:36 PM | Show all posts
Originally posted by tobby at 25-2-2007 09:32 PM


Mungkin ini pemikiran yg telah ditanam oleh golongan konservatif agama dulu2. iaitu orang ramai dilarang byk soal, lebih baik jadi pak turut sahaja spt pengikut Al-Arqam bila berhadapan dgn s ...



aku rasa ler posting siseladangganas tu ditujukan kat kau...huhuhuhuhu..................
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2007 11:02 PM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 25-2-2007 09:36 PM



aku rasa ler posting siseladangganas tu ditujukan kat kau...huhuhuhuhu..................


maka jadilah kita pak turut.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 12:31 AM | Show all posts
Originally posted by tobby at 25-2-2007 11:02 PM


maka jadilah kita pak turut.


Kalau dah sedar eloklah awak tobat dan insaf. Pintu taubat sentiasa terbuka dan marilah bersama jemaah yang benar yang telahpun diuji kebenarannya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 03:28 AM | Show all posts
Originally posted by BatuApi at 26-2-2007 12:31 AM


Kalau dah sedar eloklah awak tobat dan insaf. Pintu taubat sentiasa terbuka dan marilah bersama jemaah yang benar yang telahpun diuji kebenarannya.


bagaimana dgn anda?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2007 08:11 AM | Show all posts
Originally posted by tobby at 25-2-2007 07:35 PM


Maksudnya saudara memang percaya Rasullullah telah turun membawa roti? Saudara percaya Rasulullah yg sudah wafat tiba2 boleh muncul dari celah2 awan? Saudara percaya Rasulullah telah turun se ...



Assalamualaikum, lama tak masuk forum mm nie, apa khabar semua..kawan2..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 08:54 AM | Show all posts
Originally posted by kuman at 26-2-2007 08:11 AM



Assalamualaikum, lama tak masuk forum mm nie, apa khabar semua..kawan2..


Alhamduliilah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2007 09:00 AM | Show all posts
Originally posted by kuman at 26-2-2007 08:11 AM



Assalamualaikum, lama tak masuk forum mm nie, apa khabar semua..kawan2..


Waalaikumsalam, lama tak masuk cni..........baru balik dr keluar ker....
Rajin2ler jenguk cni yerk............
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 09:09 AM | Show all posts
Originally posted by tobby at 25-2-2007 09:32 PM


Mungkin ini pemikiran yg telah ditanam oleh golongan konservatif agama dulu2. iaitu orang ramai dilarang byk soal, lebih baik jadi pak turut sahaja spt pengikut Al-Arqam bila berhadapan dgn s ...


Kepada saudara tobby, diharap bertenang, sebelum anda mengatakan kisah-kisah yang dikemukakan oleh maulana Zakariaya karut semata-mata, lebih baik kita berbalik kepangkal jalan untuk ulangkaji semula. Memanglah, perkara seperti kisah-kisah tersebut adalah beberapa kisah-kisah yang sukar diterima akal sebenarnya. Kalau dibawa ke mahkamah tinggi malaysia, memang tidak boleh dibuktikan kesahihannya. Apabila kita berhadapan dengan kisah-kisah seperti ini lebih baik kita mendiamkan diri, membenar pun tidak, menolak pun tidak, jika ia bukan dari sumber dari Al-Quran dan Hadist . Wallahuaklam.

Itu hanyalah beberapa kisah, tapi sebenarnya ada lagi beribu-ribu kisah yang pelik yang tidak boleh diterima akal, tetapi ia hanya dapat dibenarkan oleh iman berdasarkan kepada asal akidah yang betul.

Di dalam Al-Quran juga terdapat kisah-kisah yang pelik yang Allah swt ceritakan sendiri, bagi golongan yang hanya menggunakan akal sahaja sukar mempercayai, tetapi golongan yang berakal waras serta beriman kepada perkara ghaib mempercayainya bulat-bulat.

Kisah 1: 6 pemuda Ashabulkahfi yang tidur selama 300 tahun
Kisah 2: seorang nabi(Uzair) yang tidur selama 100 tahun, keldai yang ditunggangnya hanya tinggal tulang, tetapi roti yang dibawanya masih segar dan boleh dimakan.
Kisah 3: Kisah Nabi Ibrahim yang dicampak kedalam Api, tetapi tidak terbakar malah merasa dingin dan sejahtera
Kisah 4: Nabi Adam dijadikan dari tanah liat
Kisah 5: Nabi Isa lahir tanpa ayah
Kisah 6: Nabi Isa mendapat hidangan dari langit dan makan bersama2 pengikutnya
Kisah 7: Peristiwa Nabi Muhammad SAW di israq mikraj, naik kelangit, tidak tahu berapa ratus billion km dalam masa satu malam. Dan banyak lagi....

Anda boleh abaikan kisah yang diutarakan oleh maulama zakaria kerana tidak dapat disahihkan, tetapi anda tidak boleh abaikan kisah yang tertera dalam Al-Quran, jika anda menolak kisah ini bermakna anda telah menafikan kekuasaan Allah.

Perlu kita fahami bahawa Allah swt menceritakan kisah-kisah tersebut dalam Al-quran supaya manusia tahu bahawa Allah adalah tuhan yang maha berkuasa, Allah swt boleh jadikan sesuatu dengan sebab contoh Bila makan kenyang. Allah swt boleh jadikan sesuatu tanpa sebab, contoh hidangan makanan dari langit untuk nabi isa as., tidak ada tukang masak. Allah swt boleh jadikan sesuatu berlawanan dengan sebab, contoh manusia jadi dari air mani, tetapi nabi Adam dijadikan dari tanah, api yang tidak membakar nabi Ibrahim as, peristiwa israk mikraj nabi SAW. ini semua berlawanan dengan sebab.  Perkara ini dianggap mustahil bagi orang kafir dizaman nabi dahulu, tetapi para sahabat nabi yang beriman mereka mempercayai 1000%, tiada syak dan ragu walau sebesar zarah, kerana iman mereka sohih..

Jadi, berbalik kepada persoalan diatas, atas landasan yang sama...anda fikirlah sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 10:56 AM | Show all posts
dah lama x 'keluar'.. adeh.. doa utk saya...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 02:03 PM | Show all posts

Reply #362 kuman's post

hehe...:setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 02:09 PM | Show all posts

Reply #362 kuman's post

aku pun :setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 03:22 PM | Show all posts


Apa khabar iman tuan?,   harap semua dalam keadaan baiklah hendaknya, tidak dapat dinafikan bahawa semua manusia percaya bahawa kematian itu mesti datang, meskipun ia semakin hari semakin dekat tetapi kita masih bergelak ketawa.

Jika satu orang dijatuhkan hukuman mati ditali gantung pada tarikh 20 tahun akan datang, siang menjadi muram, malam jadi hitam, hilang keseronokan untuk main guli, main takraw, main badminton... dia akan sibuk untuk buat persediaan menghadapi mati..

Kita juga begitulah juga hakikatnya, cuma tarikh aja yang kita tak tahu....dari itu kita masih leka dan lalai... , apabila sampai masa kita tidak boleh kata pada malaikat maut, tunggu dulu...nak buat amal soleh dulu. Peluang ini tak akan kita rasai lagi..cukup dengan masa yang Allah swt berikan sekarang ini.

Kesimpulannya ialah kita mesti bersedia setiap saat untuk menghadapi mati, caranya ialah kita mesti berada dalam taat..jangan dalam maksiat...

Insyaallah..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 03:53 PM | Show all posts
iman lemah.. bila laa aku dpt 'keluar' lagi ni.. 'sejuk'dah ni..

Taat perintah Allah S.W.T ... ikut Sunnah Nabi Muhammad S.A.W
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 06:40 AM | Show all posts
Originally posted by kuman at 26-2-2007 09:09 AM


Di dalam Al-Quran juga terdapat kisah-kisah yang pelik yang Allah swt ceritakan sendiri, bagi golongan yang hanya menggunakan akal sahaja sukar mempercayai, tetapi golongan yang berakal waras serta beriman kepada perkara ghaib mempercayainya bulat-bulat.


kerana keyakinan kpd Al-Quranlah maka saya menolak cerita2 karut di dlm kitab tabligh yg berlawanan dgn isi Al-Quran.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2007 09:08 AM | Show all posts
Originally posted by tobby at 27-2-2007 06:40 AM


kerana keyakinan kpd Al-Quranlah maka saya menolak cerita2 karut di dlm kitab tabligh yg berlawanan dgn isi Al-Quran.

Terpulanglah kepada anda...nak percaya atau tidak, tak ada siapa yang suruh. Lagipun tidak ada bukti cerita tersebut, jika dilihat dari segi saintifik... tidak dapat nak dibuat ujikaji, jika dilihat dari segi metematik tak boleh dikira, jika dilihat dari segi tiga, memang tak ada segi pun hehe..jadi terpulanglah kepada asas ilmu anda, saya hanya berani mengatakan harus ia terjadi dan harus ia tidak terjadi.

Bagaimanapun anda harus ingat, Allah swt berkuasa menjadikan nabi adam as. dari tanah, dan Allah swt yang sama juga berkuasa atas segala perkara termasuk cerita yang anda sanggah, perkara tersebut tidak mustahil bagi Allah, tuhan yang maha berkuasa. Adakah kuasa Allah itu ada batasnya?, seperti contoh dia boleh menjadikan bumi dan langit, tapi tidak ada kuasa Allah dalam urusan roh? ataupun kuasanya kepada alam roh terbatas?, sedangkan dia yang menjadikan roh dan alam roh...

Roh adalah urusan Allah, nabi sendiri apabila ditanya tentang roh, dia mengatakan roh adalah urusan tuhan, tidak diberi ilmu kecuali sedikit.  Kalau nak senang faham seperti contoh doktor dengan pesakitlah, doktor kata pesakit ini kena penyakit stroke. kemudian pesakit tersebut bertanya apa itu stroke, doktor kata stroke tu pendarahan dalam otak, pesakit tanya lagi otak yang sebelah mana, doktor jawab kanan, pesakit tanya, otak kanan bahagian tengah ke, urat yang mana satu, apa nama uratnya, dalam otak ada berapa jenis urat?, berapa liter darah yang keluar, apa warna darah yang keluar, apa nama urat2 yang terlibat, apa warna urat2 tersebut sebelum pendarahan, doktor nak bedah pakai pisau atau gerudi?, buatan negara mana?, doktor kata "kau diam2 sudahlah, itu semua bukan urusan engkau, kalau kau tak tahu pun kau tak jadi hal". kalau doktor ceritapun kau takkan faham, sekarang ini awak berehat dan tidur, sampai masa nanti insyaallah awak akan sembuh, dan awak boleh balik. Pesakit tu pun diam dan terus tidur.

Perkara pertama yang mesti dipegang teguh oleh umat islam ialah Al-Quran dan Sunnah, inilah landasan yang lurus, selain dari itu kita boleh ambil ittiba dari kisah orang2 terdahulu yang datang dari Hadist dan perlakuan sahabat2. Inilah dua pokok utama yang mesti kita pegang, jika kita berpegang dengan betul maka kita tidak akan sesat selama-lamanya...Wallahu'alam
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 09:59 AM | Show all posts

Yasin : 77-83

77. Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati).

78. Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan ia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya: "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?"

79. Katakanlah: "Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya);

80. "Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon-pohon itu".

81. Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) - berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu? Ya, Diakui dan dipercayai berkuasa, Dan Dialah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.

82. Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: "Jadilah engkau, Maka ia terus menjadi.

83. Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah,) - Tuhan yang memiliki dan menguasi tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan ...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 11:11 AM | Show all posts
Originally posted by tobby at 27-2-2007 06:40 AM


kerana keyakinan kpd Al-Quranlah maka saya menolak cerita2 karut di dlm kitab tabligh yg berlawanan dgn isi Al-Quran.


Biarkan dia dengan keyakinannya kerana hidayah dan taufik itu dari Allah SWT jua....
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 11:23 AM | Show all posts
Originally posted by tobby at 27-2-2007 06:40 AM


kerana keyakinan kpd Al-Quranlah maka saya menolak cerita2 karut di dlm kitab tabligh yg berlawanan dgn isi Al-Quran.



Miker masih ader maser utk BELAJAR lagi dan lagi dan lagi dan lagi........
ILMU Allah AMAT LUAS............

Yang kita tidak tahu........TIDAK SEMESTI nya KARUT or TIDAK BENAR.

Tidak semuer yg berlaku........bley di BUKTIKAN secara saintifik.

Di mana kah syurga?
Di mana kah neraka?

Apa kah bentuk doser?
Apakah bentuk pahaler?

Adakah alam barzakh?
Wujud kah akhirat?
Wujudkah Padang Masyhar?
Saper yg pernah pergi ke SANA dan kembali??

Mana BUKTI kewujudan ini semuer???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.064393 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list