|
ULASAN BLOGGER/MEDIA? [updated 21/12/07]
|
|
|
|
|
|
|
Reply #337 iscol_klang's post
aper yang ko cakap ni? so faisal boleh hentam orang, tapi orang tak boleh hentam faisal? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #342 mrstan's post
bukan macam tu la...tapi org yg menghentam faisal tu mcm xreti nak menghentam je...
mcm budak2 marah kat org tua...mcm junior marah kat senior
at least buat dgn hormat..
kalau xsuka ckap biar terang, biar ada isi..jgn nak berbalah mcm xpeg sekolah
nanti gelak di org pulak...sbb nmpk beza ilmunya
personally aku agak gerun dgn faisal tehrani ni dan aku tak setuju dgn semua point dia...tapi aku xberani nak lawan dia sbb aku tau aku sendiri ni bodoh nak dibandingkan dgn dia...
dia penulis yg hebat..aku? baru je nak cuba menulis2 tapi rasa mcm dpt penyakit writers block yg kritikal pulak bila dpb comp..
faisal tehrani tu dah kira hebat...kalau dia nak hentam aku mau tersungkur malu...
mungkin ramai yg cuba nak 'menghentam' dia jugak tu tak sedar siapa yg diaorg nak hentam...maka terjadi la ayat2 dan tuduhan dan cabaran 'budus' di thread ini yg buat aku rasa frust dgn mentaliti forumers kat sini.. |
|
|
|
|
|
|
|
...panjangnya
he... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #342 mrstan's post
dia hentam orang ada merit, orang hentam dia camne?
sape faisal tehrani? kalo hebat sangat nape takde novel dia yg diadaptasikan ke filem? kalo hebat sangat nape dia sendiri tak buat filem? eleh, menang hadiah sastera utusan bukannya hebat pun, menang hadiah sastera dbp bukannya hebat pun...kalo dia sasterawan negara skalipun, eleh, sasterawan negara bukannya hebat pun...even kalo perdana menteri pun, eleh PM bukan hebat pun...aku ada baca SATU novel faisal yg menang tu, ntahapahapahapa...itu tak menjawab kritikan dia...itu cuma jawapan defensif nak menyedapkan hati sendiri...kan pathetic namanya tu...
dia mengkritik filem tak attack pun peribadi orang, ni korang attack peribadi dia...dia cuma kata sekian sekian storyline hancur, sekian sekian plot hancur, tu pun berdasarkan ape yg dia tengok, bukan disebabkan pengarah filem tu lulusan mane, dah sebanyak mane menang anugerah...in fact kalo korang perasan dia tak ulas pun mutu lakonan pelakon2 filem ni (yg aku perasan review filem2 dia seblom ni pun sama), sebab mungkin bagi dia yg paling penting ialah soal crux filem tu sendiri, soal jalan cerita...letakla pelakon terhebat skalipun belakon dlm filem kalo filem tu lemah naratifnya, tetap hancur...soal sinematografi, dialog, lighting tu semua lagila dia tak sentuh...
so, why bother? filem pengarah lain pun kena kritik jugak...aku puji filem mamat khalid, orang lain kutuk...aku kutuk filem razak mohaideen, orang lain puji...biasala tu...janganla terbawak2 sangat, nampak sangat tak cerdik |
|
|
|
|
|
|
|
sori lah, tapi pada aku it's fair game.
faisal kata plot filem osman hancur. someone kata, siapa faisal? someone else kata, faisal novelis handal, menang anugerah utusan dan dbp. dan finally aku kata anugerah utusan dan dbp are crap.
di mana terletaknya personal attack atas faisal? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mrstan at 22-12-2007 05:13 PM
sori lah, tapi pada aku it's fair game.
faisal kata plot filem osman hancur. someone kata, siapa faisal? someone else kata, faisal novelis handal, menang anugerah utusan dan dbp. dan finall ...
habis tu anugerah sastera mana lagi yg tak crap bg ko? |
|
|
|
|
|
|
|
thanks.. mcm best jek |
|
|
|
|
|
|
|
wah! once they say "ko" instead of "kau", "awak", atau "kamu, you know reason has gone out the window, and hostility prevails.
anugerah literari mana yang aku hormati?
- khatulistiwa literary award dari indonesia
- southeast asian writers awards
- pulitzer prize
- booker prize
- nobel
kalau di"filem"kan anugerah utusan dan anugerah dbp, depa ni diibaratkan ffm dan anugerah oskar lah. festival paling picisan yang tidak dipedulikan oleh dunia sastera luar negara.
sori lah... just menyatakan yang benar, dan bukan dan menyakitkan hati sesiapa. |
|
|
|
|
|
|
|
aku dgn smangatnya berhasrat nk nonton filem ni tadi...pegi ngn kawan...smpai sana aku suh dia blikan tiket sambil aku p cucuk duit...masuk panggung aku heran pasai ramai cina ngn india pn nonton sekali...hanya apabila cite dh start baru aku tau,yg aku dh kena kencing....filem yg aku akan tonton ialah national treasure.... |
|
|
|
|
|
|
|
baru menonton cerita ini. Suprisingly ia tidak merugikan duit saya seperti filem2 melayu lain. Malah saya cukup seronok menontonnya dan ia sangat mengujakan. Saya pun pilih nak tgk filem ni sbb review disini banyak yg positif, ternyata tidak sia-sia |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #351 sherrina's post
hehe..cara ko mcm dalam iklan lahh...besh2 |
|
|
|
|
|
|
BIOTECH This user has been deleted
|
................
[ Last edited by laislabonita at 25-12-2007 02:26 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #353 BIOTECH's post
mende nihhh? mst nk ade ek?? hmmm |
|
|
|
|
|
|
|
AKU BARU TENGOK MELODI TADI...AKU PELIK GAK...APASAL FILEM ANAK HALAL TAK ADA DALAM CARTA? DAN MAKIN PELIK BILA AKU NAMPAK NANA TANJONG DAN SUNDALBOLONG ADA DALAM CARTA TU SEDANGKAN DUA FILEM TU DAH BANYAK PANGGUNG KELUARKAN TAYANGAN COZ DAH LAMA DAH ....PELIK GAK LER...AKU TANYA MEMBER AKU....DIA KATA, DUA DUA FILEM TU MEDIA PRIMA PUNYA...ITU PASAL KENA PROMOTE LEBEY....TAK ADIL LER CAM NIH! |
|
|
|
|
|
|
|
ha'ah...anak halal astro show punye kan?
jarang ar tgk promo anak halal kat tv...mcm mana nk laku? |
|
|
|
|
|
|
|
GUA PERNAH BACA REVIEW BUKU MAMAT NI KAT BLOG SOMEONE.. ALA2 SYIAH RUPANYA!
KREDIT BLOGGER fadliakiti.blogspot.com SORI AJAMI DAN MODE KALAU REPLY GUA OFF TOPIC
Tajuk: 1511H [Kombat]
Oleh: Faisal Tehrani
Terbitan: Utusan Publications
Tahun: 2004
Sinopsis:
Muhammad Ameen Muhamad, seorang remaja istimewa. Dia punya makrifat yang sudah ditentukan Tuhan untuk mengepalai rombongan askar menangani Presiden Amerika Syarikat dan sekutunya iaitu Encik Nosirname. Jeneral Syarifah Nusaybah Syed Abdullah adalah sheikhah al-kutb, ketua tariqat(?) sufi serta kumpulan tentera remaja bawah tanah yang menentang kemaraan barat, Yahudi dan konco-konco syaitannya. Merek semua di bawah satu misi, satu misi yang dijanjikan oleh Tuhan untuk mereka, menyucikan kembali bumi Allah pada pengabdian Tuhan yang satu dan memerdekakan kembali tanah-tanah manusia yang sudah sekian lama disaluti syaitan, dan mereka tahu kali ini, kebenaran dan kejayaan akan berada di bahu mereka, walaupun bagaimana perit mereka terpaksa mencapainya.
Rasa:
Ini adalah sebuah novel yang ada ciri-ciri murni, dan juga ciri-ciri hitam penuh kebencian, ia merbahaya. Di dalamnya, Faisal Tehrani cuba memaparkan kembali idealisme oksidentalisme yang dieksperimen olehnya dengan berjaya di dalam 1515 (walaupun saya agak tidak suka dengan gaya sensasi watak-watak zaman moden serta bagaimana hitam dan putihnya watak-watak itu di dalam novel itu). Kali ini, Amerika Syarikat, Yahudi dan orang bukan Islam diserang, dan orang Islam 'yang benar' digemilangkan. Kali ini, fundementalis dan golongan yang dituduh 'teroris' mendapat suara dan golongan atas yang memerangi Islam akan dapat habuannya. Inilah semangat novel ini, membuak sesiapa yang membacanya untuk membuat pilihan, siapakah mata hati mereka berpihak dengan, yang benar atau yang batil?
Antara yang menarik tentang novel ini adalah, pencampuran firasat-firasat serta hadis Rasulullah s.a.w. ke dalam teks fiskyen yang memberitakan tentang perkara-perkara masa depan mengikut imaginasi dan analisa Tehrani sendiri. Ya, ini adalah novel yang membuak semangat setaraf ciri-ciri apokalips trilogi Amregeddon Arena Wati, tetapi lebih 'remaja' gayanya dan futuristik pendekatannya. Mungkin pembaca bukan Islam yang membacanya akan menganggap novel ini sebuah novel pos-apokalips yang menakutkan atau 'near-apocalypse'. Mungkin bagi orang Islam, ia adalah permintaan rohani kebencian yang sudah lama terpendam dan mahu diluahkan terhadap kerakusan Amerika dan sekutunya merendah-rendahkan bumi Arab.
Antara kekuatan Tehrani adalah membikin novel ini 'menjadi'- pendekatan istilah teknikal dan teknologinya, semangat orang Islam waktu itu, kegilaan orang jahat dalam novel ini, semuanya dinaik tarafkan untuk memaparkan satu perkara besar yang akan berlaku di antara entiti-entiti ini. Ia mungkin bukan fiksyen sains kerana ciri pertama fiksyen sains adalah memaparkan bagaimana suatu idea (baik semulajadi atau ciptaan manusia) dapat memberi reaksi 'manusia' terhadap manusia yang menghadapinya. Di dalam novel ini, segala ketinggian teknologi adalah "means" terhadap ideologi watak-watak utamanya. Maka novel ini menidakkan sains tetapi agama dan bagaimana agama dapat digunakan manusia di dalam pelbagai ciri seperti teknologi dan usaha hidup, dan paling penting, pengisian peperangan.
Lihat sahaja penggambaran Kaabah di dalam perenggan berikut:
Kaabah yang agam itu juga dikelilingi oleh tandu elektronik yang digerakkan menggunakan kuasa solar. Dari jauh kelihatan seperti kereta-kereta berwarna putih berterbangan mengitari Kaabah. Tandu-tandu tanpa pemandu itu adalah untuk mereka yang uzur dan tidak berkemampuan melakukan tawaf dengan berjalan. Atau mereka yang dalam keadaan bersegera. Tandu tersebut disediakan interkom dengan perakam suara yang mengulang-ulang doa tawaf, ayat suci al-Quran, selawat atau zikir lazim. Jemaah hanya perlu menekan butang tertentu.
(Tehrani, hlm. 166)
Maka ini sebuah novel idea bukan saintifik, malah ia lebih dekat kepada 'propoganda', iaitu menghantar satu mesej 'kebenaran yang hakiki' yang perlu diterima oleh semua orang. Sesiapa yang tidak, mungkin digelar kafir (seperti mana yang sudah dilakukan oleh Tehrani di dalam blognya, menuduh penulis sekular sebagai perosak sastera dan bahasa Melayu yang sebenar) atau tidak mendapat syafaat.
Apa yang menarik, inilah kali pertama kita dapat membaca sebuah novel yang menggunakan 'firasat keadaan masa depan' yang ada di dalam tradisi Islam kita dan digarap dalam bentuk fiksyen. Sebelum ini, 'prophetic theory' hanya pernah berlaku dalam beberapa novel Inggeris seperti Dune (paling dekat dengan sumber Islam), Cabal, The Satanic Verses, Prayer for Owen Meany, Rosemary's Baby dan beberapa novel lain. Idea ini sangat saya senangi kerana memberi nafas baru terhadap novel-novel biasa yang ada dalam pasaran. Yang saya agak terkejut, adalah caranya.
Satu lagi perkara adalah ketiadaan 'suara ghaib' di dalam novel ini. Memang ini perkara yang menarik dibuat oleh Tehrani. Perkara pertama adalah menaikkan seorang wanita (kita ketahui, segala sheikh, sultanul awliya', al-kutb, khalifah di dalam tradisi Islam adalah lelaki, dan jarang-jarang seorang wanita. Hanya Acheh Darussalam dan Patani yang pernah menerima wanita sebagai pemimpin dalam sejarah Islam silam) sebagai ketua, memaparkan jati diri kekuatan wanita (Islam tidak menahan lelaki atau wanita untuk gemilang), maka si perempuan ini bernama Nusyabahlah yang memaparkan kegemilangan teknologi dan idea yang menyatukan remaja Islam (dengan sufi, walaupun kita tidak diberitahu, mengikut tariqat apa, ini mungkin sufi ala Wahabi yang disarwajagatkan keadaannya seperti yang dilakukan oleh Hamka, tokoh Muhamadiyah/Wahabi terkenal di Sumatera) di bawahnya, memekarkan satu madaniah baru. Ini satu perkembangan dari novel 1515 Tehrani.
Maka kecilikan dan kebijaksanaan Nusaybah inilah, secara politikal dan duniawi yang membawa golongan 'kafiruun' melancarkan peperangan terhadapnya, maka dengan kepandaian saintifiknya bercampur kemahirannya dalam agama dan tasawuf, dia menentang. Menarik, Tehrani menidakkan 'mukjizat' yang terlalu (walaupun kita tahu, perkara ini agak batil, kerana orang Islam, kalau mereka benar-benar ditimpa penganiayaan yang Allah tidak redhai, seperti waktu bintang tiga mengganas dan tragedi 13 Mei yang kita dengar cerita tentang parang terbang, adalah sememangnya benar dan Allah memberi pertolongan ghaib kerana orang Islam dianiayai) dan memaparkan dengan kuasa sains dan teknologi, serta ilmu (dan secara tersirat, adab dan ukhwah), orang Islam boleh menandingi musuh mereka. Rasional inilah yang dimainkan oleh Tehrani untuk memupuk semangat oksidental, membuka mata remaja Islam untuk berdiri dan bergerak jaya ke arah kegemilangan.
Tetapi 'gerakan' apakah yang sebenar-benarnya yang mahu Tehrani suntik di dalam novel ini?
Saya pernah cuba menghabiskan buku ini tiga kali, dan tiga-tiga kali saya mencampak buku ini kerana merasa marah dan benci terhadap kata-kata benci dan 'ini saja yang benar' yang terterap di dalam novel ini. Kesalahan pertama Tehrani adalah, memperlakukan watak-watak utama dalam novel ini, watak-watak baik yang sepatutnya kita rasa simpati dan sayang, kepada watak-watak yang sangat satu dimensi, tidak punya perasaan, malah sangat robotik. Cara mereka bercakap, rasa dan berjuang, hati mereka seakan-akan sesejuk ais.
Malah saya boleh anggap setaraf Borg di dalam Star Trek TNG. Ini menakutkan kerana Tehrani seakan telah setuju dengan media barat dan mata orang barat apabila melakarkan watak-watak Islamnya sebagai 'cold','inhumane' dan zalim tanpa perasaan, seakan tidak berperikemanusiaan walaupun Tehrani dengan payah, cuba menunjukkan percakapan dan sifat watak-wataknya ini murni.
[ Last edited by komPANGG!!! at 23-12-2007 04:40 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Lihat sahaja:
"Ini satu keadaan yang luar biasa, jeneral."Hajah Nusaybah senyum. "Pemuda-pemuda kita yang berani telah menyerang ibu pejabat armada ke-5 di Bahrain dan Kem Doha di Kuwait dibakar ramai-ramai. Di Qatar, ada pengebom berani mati menyeludup masuk. Amerika pula huru-hara. Demonstran berarak menuju ke pejabat-pejabat kerajaan. FBI dan CIA diserang dengan batu."
(Tehrani, hlm. 163)
Kebanyakan dialog Hajah Nusaybah dan Ameen serta konco-konconya berlegar seperti ini dalam 9/10 isi novel ini, tidak sezarah emosi dan ekspresi yang terkeluar, seakan memaparkan mereka satu mesin membunuh, mengingatkan saya terhadap kumpulan ajaran sesat "Assassins" (pembunuh) Nizari Ismaili pada zaman perang suci di mana mereka banyak membunuh pemimpin-pemimpin Islam waktu itu termasuk Nizam al-Mulk. Rekod-rekod teks tentang mereka menggambarkan perkara yang seakan sama dengan dialog-dialog Nuasybah dan konco-konconya.
Ini sangat berlainan dengan tulisan biografi Muhammad s.a.w. tulisan Martin Lings yang memaparkan, walaupun orang Islam ditahap getir dan kancah peperangan, suara mereka suara manusiawi yang halus sehingga saya menangis apabila membaca beberapa perenggan daripada buku itu. Malah, novel Dune yang ditulis oleh seorang 'Nasrani', James Herbert, yang mencampur adukkan tradisi kedatangan Imam Mahdi a.s. di dalam novel fiksyen sainsnya, telah melakarkan manusia-manusia benarnya yang 'manusia', walaupun golongan baiknya tetap putih dan yang jahat itu hitam.
Masalah kedua adalah, secara peribadi, saya sudah membaca pelbagai buku tentang kedatangan Imam Mahdi a.s., lebih-lebih lagi tulisan/ucapan Sheikh Nazim al-Haqqani, Sheikh Agung tariqat Naqshabandiah Aliyah. Apabila saya membaca kerja sheikh itu, satu kebenaran hakiki menyerap hati saya, satu rasa cinta yang tidak dapat saya bayangkan menusuk diri saya. Kata-katanya bukan sahaja tentang kengerian masa depan, tetapi harapan dan kemanusiaan. Tidak pernah ia 'membenci'. Perkara ini yang saya tidak temui di dalam novel ini, walaupun Hajah Nusaybah ini sepatutnya sheikhah sufi.
Inilah perbandingan jika seorang penulis yang tiada sentuhan 'sufi' mahu menulis seakan-akan dia faham tentang sufi (ramai pengkaji sastera dan sasterawan kita pun celaru tentang sufi, yang mereka rasa hanya tersimpan di dalam puisi-puisi sufi. Mereka lupa dua perkara penting di dalam sufi iaitu pemelajaran adab untuk penyucian hati yang paling penting untuk insan dan keduanya, kepentingan menyertai sebuah tariqat [jalan] untuk jalan menyuci itu- baru makna sebaga puisi-puisi sufi itu dapat mereka faham intinya, yang sememangnya berlapis-lapis dalamnya), maka kita dapat merasa satu telahan separuh masak tentang pengisian sufi, malah dapat dirasakan seolah mereka ini meneruskan surat-surat penulisan semacam golongan kaum muda yang penuh retorik berkobar-kobar (yang kebanyakannya memang tidak merujuk tradisi tauliah 'salasilah', sistem pemelajaran Islam sebenar yang turun-temurun) dan tidak pernah punya isi yang benar-benar menyentuh jiwa. Inilah masalahnya.
Dan ini ditunjuk dengan penuh bongkak dan tanpa silu oleh Tehrani dalam menegakkan idealoginya.
Malah paling menyeramkan, adalah keinginan Tehrani untuk menghalalkan 'pengebom berani mati', satu-satu sisi yang paling kontreversi dalam pemahaman fatwa Islam mutakhir.
Dalam retorik, Tehrani menyatakan:
"...Beritahu ana, apa pandangan enta tentang penyerang berani mati. Apa mereka syahid?"
Muhammad Ameen memandang tepat ke dalam mata Hajah Nusaybah. Matanya coklat bening.
"Komander, apakah remaja-remaja yang mengorbankan diri mereka itu matinya sia-sia? Benarkah satu-satunya cara untuk kita pertahankan diri ini dikira mati celaka? Apa ijtihad enta?" Hajah Nusaybah mendesak.
"Ana berpegang kepada al-Quran dan sirah Rasulullah s.a.w. Bukankah Habib al-Najjar dalam ayat 20 hingga 27 surah Yasin dibunuh kerana mempertahankan akidahnya? Bukankah remaja dalam surah al-Buruj pada kisah Ashabul Ukhdud sanggup mati untuk mengembangkan akidah sucinya? Ana berpegang kepada kisah Sayidina Umair bin al-Hammam yang menyerbu ke dalam barisan musuh dalam Perang Badar dan mati syahid lalu direstui Rasulullah s.a.w.
[..retorik berjalan..]
Hajah Nusaybah membulatkan mata. "Sungguh-sungguh entalah yang terpilih![...]
(Tehrani, hlm. 19-20)
Saya bukan seorang 'alim maka saya tidak akan memaparkan kebodohan saya. Jadi biar saya paparkan tulisan fatwa seorang sheikh dari Malaysia di UK, Sheikh Muhammad Afifi, yang telah menulis sebuah fatwa yang sangat jitu dan kena tentang pengebom berani mati, 'Defending The Transgressed by Censuring the Reckless Against the Killing of Civillians':
[In the name of God, the Merciful and Compassionate. Praise be to God Who sets the boundaries of war and does not love transgressors! Blessings and peace on the General of the Community, the most patient of men in the face of the harm of enemies, with perfect chivalry and complete manliness, and upon all his Family, Companions, and Army!]
This is a collection of mas |
|
|
|
|
|
|
| |
|