Post Last Edit by hijau88 at 25-6-2010 18:07
credit to: www.murai.com.my
Filem Nur Kasih Shooting Di Jordan!
Teks oleh: Syafiqah Jalal
KUALA LUMPUR, 25 JUN 2010: Sejak pihak syarikatproduksi Filmscape Sdn Bhd menguar-uarkan tentang hasrat mereka untuk menerbitkan Nur Kasih dalam versi filem, kebanyakan pengikut drama bersiri ini telah pun memberikan maklum balas yang cukup positif sekali. Malah mereka juga nampaknya sudah tidak sabar-sabar menunggu kedatangan Nur Kasih versi filem di layar perak.
Namun, tidak dapat dipastikan pula bila penggambaran filemnya akanbermula. Sehinggalah Filemscape Sdn Bhd mengadakan majlis doa selamat sempena pelancaran filem Nur Kasih di Restoran Teak 5 Furniture &Café, Mutiara Damansara baru-baru ini. Penerbit ekskutifnya, Mohd Frank Lewis telah mengumumkan bahawa penggambaran filem tersebut sudah pun bermula sejak 20 Jun lalu. Walaupun sebelum ini, Mohd Frank Lewis tekah pun memberitahu bahawaNur Kasih versi filem ini adalah penyambung cerita kepada drama bersiri berkenaan, namun pasti ada kelainan yang akan ditonjolkan dalam filemini.
Untuk mendapatkan jawapan tersebut, murai.com.my telah mewawancara pengarahnya Kabir Bhatia. Jelas Kabir, dia sebenarnya tidak boleh menjelaskan segala-galanya tentang jalan cerita filem Nur kasih ini.
"Tapi, apa yang saya nak gambarkan pada penonton adalah filem Nur Kasih ini masih lagi berkonsepkan pengorbanan cinta di mana kali ini ianya kali ini diberikan lebih suntikan emosi. Kalau dramanya dulu banyak menonjolkan pengorbanan cinta antara manusia,dalam filem inipula ia yang banyak memaparkan pengorbanan cinta dengan Tuhan.
"Selain itu, perbezaan lain yang terdapat dalam filem ini ialahkonflik yang berlaku di antara Adam dan Nur selepas menjalani kehidupansebagai suami isteri akan cuba ditonjolkan lebih hebat ", katanya.
Apabila ditanya adakah watak yang dilakonkan Umi Nazeera akandigantikan oleh pelakon baru selepas ketiadannya kerana melanjutkanpengajian di Australia, Kabir menjawab: "Kami memang tidak adamenggantikan sesiapa untuk watak Umi Nazera kerana kami tidak rasawataknya diperlukan untuk filem Nur Kasih ini".
Ditanya pula tentang pemilihan Jordan sebagai salah sebuah lokasipenggambaran filem Nur Kasih yang bakal ditayangkan di pawagam padaDisember tahun ini atau Mac depan, Kabir berkata, pihaknya memilihJordan kerana keindahan negaranya yang berbukit seperti di padang pasir.
"Jika tiada halangan kami akan mengadakan pengambaran di Jordanselama 10 hari bermula hari ini( 25 Jun 2010). Sebelum itu,penggambaran akan dimulakan di sekitar Tanjung Karang, Selangor,"katanya.
Manakala isteri kepada Kabir Bhatia, Mira Mustaffa, 30, yangsekaligus merangkap penulis skrip bagi drama dan filem Nur Kasih iniberkata, dia mengambil masa yang agak lama iaitu sehingga 6 bulan untukmencari idea sebelum menghasilkan skrip untuk filem ini.
"Bagi saya, menulis skrip untuk filem Nur Kasih ini satu tanggungjawab yang sangat besar. Sepertimana yang kita tahu, dramanya sahaja sudah mempunyai pengikut yang cukup besar. Jadi mesti banyak pihak luar dan peminat drama ini akan meletakkan harapan yang tinggi untuk filem ini nanti.
"Oleh sebab itu, saya terpaksa mengambil masa yang lama untuk menyiapkan skrip ini supaya hasilnya nanti akan dapat memuaskan hati semua orang termasuk yang baru pertama kali menonton kisah Nur Kasih ini. Walaupun saya agak stresses, namun saya yakin saya sudah pun melakukan yang terbaik untuk filem Nur Kasih ini", katanya yang turuthadir dengan berbaju kurung pada majlis itu.
Mira juga turut menegaskan bahawa filem Nur Kasih ini sesuai ditonton oleh semua golongan terutama sekali bagi orang yang kali pertama menontonya.
"Saya yakin bagi yang pertama kali menonton kisah Nur Kasih jugaakan dapat memahami cerita dari filem ini tapi ada kelebihan buat penonton yang sudah mengikuti dramanya sebelum ini kerana mereka akan lebih dekat dan lebih merasai kisah dan emosi yang terdapat dalam drama Nur Kasih sebelum ini", katanya.
Majlis pelancaran dan Doa Selamat Nur Kasih itu turut dihadiri barisan pelakonnya iaitu Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz, Ayu Raudhah serta seluruh tenaga produksi krewnya. |