Post Last Edit by dauswq at 16-7-2010 02:12
BAB 14: Saat Genting
“Kita suami isteri ? Dah kahwin? Really? ,” kata Sarah ternyata gembira dengan pengakuan Dr. Azmin. Mereka sedang duduk di sebuah kafe yang terletak di bawah HUKM. Sarah menghirup teh tarik manakala Dr. Azmin memandang Sarah dengan penuh mesra.
“Sarah tak sangka....tapi naper Sarah tak dapat ingat kenangan kita yang dulu? ,”tanya Sarah terpinga-pinga. Sarah menggarukan kepalanya.
“Abang rasa Sarah dah hilang ingatan sebab kemalangan hari itu... Sarah perlu masa untuk kembalikan memori itu...kita tunggu esok results Dr. Hamid, tengok macammana dulu ,” kata Dr. Azmin. Dia mengukir senyuman.
“Sarah akur...Biarpun Sarah dah lupa abang..tapi Sarah yakin cinta yang akan menyatukan hati kita balik ,” kata Sarah lagi.
Memori lama kembali menjengah dalam ingatan Dr. Azmin. Dr. Azmin tidak dapat menahan sebak. Perasaan rindunya terhadap Sarah bergolak laksana belati yang merobek sanubarinya. Perit rasanya tanpa kehadiran Sarah di sini. Dirinya terasa terhuyung-hayang. Dr. Azmin memecut keretanya dengan laju.
Sementara itu, Gonzales sedang memantau Sarah manakala dua orang rakannya sedang tidur mati. Adakalanya bot bergoyang akibat penangan ombak laut yang bergelora. Dua rakannya itu mungkin mabuk laut dan terlelap, tambahan lagi mereka pun sudah kenyang menjamah daging panggang tadi.
“Gibbs was so late,” marah Gonzales sambil meneliti jam tangannya. Jam menunjukkan 9.50 pm.
“We supposed to get money tonight ,” kata Gonzales lagi.
Sekali sekala matanya tertumpu ke arah Sarah. Hati kecilnya berbisik, bilalah aku dapat peluang untuk meramasnya. Gonzales lebih mengutamakan habuan yang akan diperolehinya nanti berbanding gelora nafsunya yang kian membuak-buak. Maka,dia tidak menyentuh Sarah lagi malah jauh sekali untuk memperkosa wanita itu.
Tiba-tiba, satu sinaran cahaya datang dari pelusuk kiri bot memintas anak matanya . Gonzales agak terkejut dengan kehadiran cahaya misteri itu kerana bot mereka hanya berbekalkan lampu neon yang malap. Dia memandang ke arah sinaran cahaya itu dengan teliti dan tergerak untuk menjejaki sumbernya.
Gonzales mengejutkan dua orang rakannya itu. Timothi membuka matanya manakala Torres masih tidur lagi.
“Timothi, go and check , now ,”arah Gonzales.
Timothi berjalan menghampiri sumber cahaya itu. Kelibat Timothi hilang dari pandangan Gonzales sebaik sahaja dia melangkah ke sudut ‘blind spot’ bot itu. Mata Timothi melilau mencari sumber cahaya itu. Dia menghela nafas reda tatkala menyedari sumbernya adalah lampu suluh mereka yang terjatuh semasa bergelut dengan Sarah tadi. Belum sempat Timothi mendapatkan lampu suluh itu, tengkuknya dipukul dengan sebatang rod yang keras. Timothi jatuh rebah dan pengsan.
Menyedari akan bunyi paluan rod tersebut,Gonzales mengeluarkan sepucuk pistol Beretta 92 dari koceknya. Dia mengamati tempat Timothi diserang. Dia mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak terus berjalan ke arah lokasi serangan itu. Kerana tidak juga lelaki yang menyerang tadi memunculkan dirinya, Gonzales mengacukan pistolnya ke arah Sarah untuk mengugut lelaki itu keluar dari tempat persembunyiannya.
“Reveal yourself....Otherwise, I will kill this girl ,” pekik Gonzales. Pistol ditodong tepat ke dahi Sarah. Sarah yang baru terjaga meronta-ronta melepaskan dirinya. Dia cuba melonggarkan ikatan dengan menggeselkan kedua-dua pergelangan tangannya berulangkali. Tetapi, usahanya tidak berhasil kerana ikatan yang dikenakan lebih ketat.Gonzales tersenyum melihat gelagat Sarah. Pisang tidak akan berbuah dua kali,fikir Gonzales.
Tetekkala Gonzales asyik memerhati Sarah, dia tidak sedar akan kelibat manusia yang mendekatinya dari kanan. Lelaki itu dengan sekilas sahaja mengencang tubuh Gonzales lantas Gonzales rebah tertiarap . Pistolnya pula terlepas dari pergelangan tangannya. Gonzales terbaring pitam.
Wajah lelaki yang memukul Gonzales itu remang-remang kerana kegelapan malam, tambah lagi mereka berada di tengah lautan yang kusam gelita melainkan lampu neon bot tersebut.
Tanpa mensia-siakan masa, lelaki itu berlari ke arah Sarah. Sarah terdiam. Tampaknya dia tahu akan identiti lelaki yang menghampirinya itu kendatipun matanya tertutup rapat. Isi hatinya kuat mengatakan lelaki itu ialah Hakimi. Sarah kembali tenang.
“Kimi?...Kimi ker ni? ,” tanya Sarah sambil mengalirkan air matanya. Ternyata redap hatinya jerih bersangga. Tidak tahan lagi Sarah untuk melepaskan rindunya pada sang kasih. Lebih-lebih lagi lelaki yang menyelamatkannya itu ialah Hakimi.
“Sarah.....” Hakimi memeluk Sarahlalu membuka kain yang menutup matanya. Gonzales bangun semula, cuba untuk mendapatkan pistolnya daripada cengkaman Hakimi. Dakapannya itu membuatkan Hakimi leka, tidak menyedari akan Gonzales yang sudah mengacukan pistolnya di belakang kepala Hakimi. Hakimi mengangkat kedua-dua belah tangannya tanda dia menyerah.
“Hey idiot...do you think you can beat me easily like that? ,” marah Gonzales. Jarinya pun sudah memetik picu pistol. Sarah menjerit dan meminta belas kasihan Gonzales untuk tidak melepaskan tembakan.
“Don’t do it...Please don’t doit..I beg you ,” pinta Sarah. Hakimi pula bergeming. Matanya mengerling ke arah pistol. Peluhnya pula jatuh menjurai, terasa bagaikan dididih.
“Gonzales, you got a sms from Gibbs.... but ,” jerit Torres yang baru bangun. Gonzales memandang ke belakang.
“What did he say? ,” tanya Gonzales.
“Gibbs can’t catch up us today since the marine corps do a patrol... ,” terang Torres.
“What the hell? ,” marah Gonzales, geram kerana mereka tidak dapat menjual Sarah seperti yang dirancang.
“Eh, who is he? ,” tanya Torres kehairanan.
“Just a trash...who came to save his beloved girl ,” ketawa Gonzales terbahak-bahak.
Melihat keadaan yang agak terkawal dan Gonzales yang leka berbual, Hakimi menaikkan tangan kirinya untuk mencengkam pistol Gonzales.
“Watch out, Gonzales ,” pekik Torres mengingatkan Gonzales tentang tindakbalas Hakimi.
Gonzales menoleh kepalanya semula ke depan. Namun, tindakan Hakimi yang pantas itu berjaya menepis pistol yang berada di tangan kanan Gonzales. Gonzales geram lantas mendepak dada Hakimi. Hakimi jatuh tersadung. Gonzales mengutip kembali pistol yang terlepas dari tangannya itu.
“Now you get it “ Gonzales melepaskan tembakan ke arah Hakimi.
Sarah terkejut. Dia mengenggam kepalanya. Kepalanya sakit seperti mengingati sesuatu.
“Bodoh...berlagak hero ,” kata dua penjahat dengan salah seorangnya memegang pistol. Pistol diacu tepat ke dada lelaki yang terbaring di atas lantai itu. Wajah lelaki itu masih samar dalam ingatan Sarah. Lelaki tersebut memandang Sarah. Mulutnya terkumat-kamit melafazkan sesuatu. Sarah mengerti. Air azimat keluar dari pucuk matanya. Dia menangis mendengar lafaz yang diucapkan oleh lelaki itu.
“Dah terlambat!! ,” ketawa penjahat tersebut lalu melepaskan das tembakan. Lelaki itu memuntahkan darah kerana momentum tembakan yang tepat didadanya. Sarah memejam matanya. Dia pitam.
Tembakan ke atas Hakimi menyebabkan Sarah mengimbau kembali kenangan yang hanyut dari kamus memorinya. Sama seperti keadaan yang berlaku dalam kotak ingatannya. Matanya tertumpu ke arah Hakimi yang berlumuran darah. |