eh salah ni laki tak leh halang jumpa mak abah. Tengok dalam web mufti wilayah ada persoalan ni dan panjang lebar diberi jawapan.. iols ambik kesimpulan je...
jap
Berkata Shaikh Mahmoud Al-Shalabi: “Adalah tidak diharuskan syarak seorang suami yang menghalang isterinya untuk menziarahi keluarganya atau menghalang keluarganya untuk menziarahi isterinya kerana perbuatan ini adalah haram dan boleh menyebabkan terjejasnya hubungan kekeluargaan dan terputusnya silaturrahim”. Hal ini kerana perbuatan memutuskan silaturrahim sangat dimurkai oleh Allah sebagaimana firmanNya: فَهَلْ عَسَيْتُمْ إِنْ تَوَلَّيْتُمْ أَنْ تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ وَتُقَطِّعُوا أَرْحَامَكُمْ # أُولَئِكَ الَّذِينَ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فَأَصَمَّهُمْ وَأَعْمَى أَبْصَارَهُمْ Maksudnya: “(Sekiranya kamu tidak mematuhi perintah tuhan) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan –jika kamu dapat memegang kekuasaan- kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan silaturrahim dengan kaum kerabat? (Orang-orang yang melakukan perkara tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah, ditulikan pendengaran mereka dan dibutakan penglihatannya”. (Surah Muhammad: 22-23)
Kesimpulan Setelah meneliti perbahasan di atas dapat kami simpulkan masalah ini kepada beberapa perkara: - Diharuskan bagi isteri untuk keluar menziarahi keluarganya sekalipun tanpa izin suaminya sekiranya ada hajat yang penting seperti menziarahi ibu bapanya yang sakit atau memberi khidmat kepada mereka sekiranya mereka sangat memerlukan dengan tujuan untuk menyelesaikan hajatnya sahaja. Adapun pada keadaan yang lain maka ia tidak diharuskan kerana kewajipan isteri kepada suami adalah lebih besar daripada kedua orang tuanya.
- Diharamkan bagi para suami melarang isteri mereka untuk menziarahi ahli keluarganya tanpa sebab-sebab yang munasabah di sisi syarak kerana hal tersebut boleh membawa kepada terputusnya hubungan kekeluargaan. Adapun sekiranya larangan tersebut adalah kerana khuatir akan mudarat ke atas isteri atau perkahwinan mereka maka hal tersebut diharuskan. Wallahu a’lam.
Kami juga menasihatkan para suami supaya bergaul dengan isterinya dengan cara yang makruf (baik) sebagaimana firman Allah S.W.T: وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْروفِ Maksudnya: “Dan bergaullah dengan mereka (yakni isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang makruf yakni baik”. (Surah Al-Nisa’:19) Larangan kepada isteri untuk menziarahi keluarganya apatah lagi ibu bapa yang telah membesarkannya bukanlah satu bentuk pergaulan dengan cara yang makruf kerana hal itu boleh menyakiti pihak isteri dan kaum keluarganya. Para suami seharusnya membantu para isteri untuk menyambung silaturrahim dengan kaum kerabatnya kerana hal tersebut boleh memasukkan kegembiraan ke dalam hati isteri. Hal ini juga adalah kerana menyambung tali silaturrahim adalah sebesar-besar ketaatan kepada Allah S.W.T. Semoga Allah memberikan kita semua kefahaman yang benar dalam beragama. Ameen.
|