|
Merong Mahawangsa kutip RM500k/Epik Melayu Wajah Inggeris_post 138_ms6
[Copy link]
|
|
elok juga dibuat film hikayat merong ke, mahsuri ke, che siti wan kembang ke, puteri lindungan bulan ke
sekngucing Post at 16-3-2011 00:04
Setuju! Suka baca sejarah dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 340# mbhcsf
setuju sgt....ilmu itu cantik... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 326# erix9
Kenapa pulak org kedah nak rasa malu???Sultan kedah masa menonton filem ni dia suka and puas hati dgn filem ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply sekngucing
thanks sekngucing, tp at buat la ok sikit, nampak sgt budaya melayu mase tu xkan ...
erix9 Post at 15-3-2011 23:35
badan askar melayu kering cekeding pasai tak cukup makan makanan berzat spt gizi yg sepatutnya sbb belum bertamdun mcm China dan Rom! |
|
|
|
|
|
|
|
kesimpulan aku ... citer nih indah khabar dari rupa ...
paling aku tak tahan nak gelak bila tengok rupa cermin Archimedes dan org Melayu yg kurus kering beraksi macam berok sarkas panjat tiang ... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 345# kudajantan77
melayu pruto kot... masa tuh belum turun lagik gelombang melayu deutro ! |
|
|
|
|
|
|
|
kalau PGL vesus HMW...?
camner |
|
|
|
|
|
|
|
org yg pergi tgk filem melayu antara nk tgk sejauh mana kemajuan filem tempatan
atau
Duduk kat kerusi panggung terbeliak mata tak mau berkelip sekali pun utk cari kesilapan & kelemahan dlm filem tu "haaaa tgk kan aku dh kata gamabr melayu ni mengarut tgk ada ribut pokok kat belkg tak goyang " eeehhh apada ni nk tgk jalan cerita ka nk cari kesalahan hahaha prftttt |
|
|
|
|
|
|
|
aku da tgk cite ni, sorry ckp k...
mmg cite ni melekehkan org melayu...
1) Melayu yg jd raja pert ...
erix9 Post at 15-3-2011 22:59
erix kalau ikut sejarah...org melayu mmg berpakaian begitu pada zaman dulu...berbeza ngan negara maju lain...even kalau ko kaji pada awal awal tahun kemajuan di new york contohnya...malaya hanya hutan sahaja...dan kita tak kenal teknologi dan fesyen pakaian...penjajah datang bersilih ganti...sebab kita mmg daif...takde kemajuan dan sebagainya... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 327# sekngucing
hehehe..ada lagi yg masih tak paham apa itu merong mahawangsa..... tu belum KRU tunjuk agama merong dlm tu dia sembah apa..lg la mereben abih suma..kata melayu itu la ini la..... |
|
|
|
|
|
|
|
aku da tgk cite ni, sorry ckp k...
mmg cite ni melekehkan org melayu...
1) Melayu yg jd raja pert ...
erix9 Post at 15-3-2011 22:59
Negeri Patani jatuhlah pula bawah kerajaan kedua-dua itu. Manakala sudah berhenti perang, musuh kerajaan Seriwijaya (Srivijaya) itu, iaitu Sulandra (Sailendra) membuat pusat pemerintahan dan membina kota di Patani supaya menjaga kesejahteraan di dalam Negeri-Negeri Melayu sebelah timur. Negeri Ligor itu pun sudah kuranglah dipedulikan oleh kerajaan Sulandra (Salendra). Maka tatkala itu, kembali masyhurlah negeri Patani ke serata alam.
Maka waktu itu, berbantahanlah orang Melayu Islam dengan orang Melayu Buddho kerana hidup yang menyalin agama tidak serupa lagi dua-duanya. Tapi tiada pula terjadi peperangan besar dua-duanya. Maka waktu itu, negeri Patani masyhurlah pada Arab, China, Hindi, dan jawa. Adapun nama raja ketika itu semuanya bahasa Sansekerit (Sanskrit) dan Bali. Tapi bercakap perkataan dalam negeri Patani itu telah mempergunakan bahasa Melayu. Maka bahasa Melayu itu pada asalnya mula dari kerajaan Seriwijaya (Srivijaya). Lepas masuk kerajaan Sulandra (Sailendra), maka bahasa Melayu ada pula kebanyakannya dari bahasa Jawa. Mulanya, ada bahasa Melayu campur bahasa Hindi dan bahasa Langkawi. Ada pun pakaian orang Melayu masa itu tiada pakai baju, manakala orang Utan (Orang Asli) pula telanjang seperti binatang.
Sources : Kitab Tarikh Fathani salinan Sheikh Faqir 'Ali transliterasi oleh Wan Saghir Abdullah
|
|
|
|
|
|
|
|
Cerita Rakyat
Hikayat Merong Mahawangsa
Oleh : Siti Hawa Saleh
Sumber : Sastera Sejarah Negeri Kedah
Kulit Buku Hikayat Merong Mahawangsa.
Pendahuluan
Hikayat Merong Mahawangsa (HMM), yang menerangkan asal usul raja-raja Kedah berdasarkan mitos dan lagenda, menjadi ahli genre sastera sejarah tradisional Melayu. Hampir setiap kerajaan Melayu zaman silam mempunyai hasil sastera sejarahnya sendiri yang menerangkan asal usul raja-rajanya, asal usul negeri, perkembangan sejarahnya dari awal hingga ke akhir berdasarkan konsep sejarah yang dipegang oleh masyarakat Melayu tradisional. Hasil sastera sejarah itu dipegang oleh kerajaan berkenaan sebagai suatu dokumen yang sah bagi mengabsahan hak dan kuasa raja ke atas negerinya.
Oleh yang demikian, dalam perbendaharaan kesusasteraan Melayu tradisional, terdapatlah berbagai-bagai hasil sejarah, daripada yang paling terkenal kepada karya yang jarang-jarang diketahui, malah oleh orang Melayu sendiri. Bersama-sama dengan HMM dalam keluarga sastera sejarah ini terdapatlah Hikayat Raja Pasai, Hikayat Acheh, Hikayat Palembang, Sejarah Raja-Raja Riau, Hikayat Bangkahulu, Sulalat al-Salatin (Sejarah Melayu), Hikayat Johor, Hikayat Seri Kelantan, Hikayat Pahang, Hikayat Patani, Misa Melayu, Asal Usul Raja Sambas, Hikayat Banjar, Hikayat Kotawaringin, Salsilah Kutai, Hikayat Siak dan berbagai-bagai lagi.
Dalam sejarah perkembangan negeri-negeri di Nusantara, pengabsahan kuasa raja menjadi isu yang dipersoalkan dan disanhsikan apabila muncul orang Barat. Persolan itu sama ada ditimbulkan oleh kuasa Barat sendiri mahupun oleh negeri-negeri lain yang menjadi jiran. Ini adalah sebahagian daripada taktik Barat memecahkan negeri-negeri Melayu daripada bersekutu menentang kemaraannya.
Jelas dari sudut penciptaannya, salah satu dari sebab mengapa HMM dikarang ialah untuk digunakan sebagai dokumen pengabsahan kuasa raja Kedah ke atas negerinya dan kawasan-kawasan jajahannya. Hikayat ini juga berguna dalam menepis dakwaan Siam bahawa raja Kedah tidak berhak menyerahkan Pulau Pinang kepada Inggeris pada tahun 1786. Oleh itu, seperti hasil-hasil sastera sejarah Melayu tradisional yang lain, HMM adalah penggemblengan unsur-unsur realiti dan mitos yang digunakan untuk menegakkan kedaulatan raja-raja Kedah dan keturunannya.
Ringkasan Cerita HMM
Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh geroda. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.
Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera.
Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepaga Sultan Muzaffar Syah. |
|
|
|
|
|
|
|
Negeri Patani jatuhlah pula bawah kerajaan kedua-dua itu. Manakala sudah berhenti perang, musu ...
HangPC2 Post at 16-3-2011 11:21
bukan kitab tu ajer...kalau baca karya karya pengembara barat ...begitu juga citer nyer mengenai org di malaya ketika tu seperti bercawat dan sebagainya...
|
|
|
|
|
|
|
|
Beberapa unsur Pensejarahan Melayu Tradisional Dalam HMM
Pengarang karya sastera sejarah tradisional menggunakan berbagai-bagai unsur mitos dan lagenda untuk dijadikan sebagai bukti subjektif dalam penulisannya. Bila hikayat itu menceritakan tentang sesuatu yang lebih dekat dengan zaman kini, barulah bukti objektif seperti unsur realiti dan sejarah sebenar dipakai.
Dalam HMM kita bertemu dengan berbagai-bagai unsur mitos yang berasal daripada pengaruh Hindu dan juga setempat. Pengaruh-pengaruh yang berbeza juga dipertentangkan supaya ternampak yang satu lebih mengatasi yang lain. Burung geroda, binatang mitis hindu kenderaan Visynu dipertentangkan dengan kuasa Allah menerusi Nabi Allah Sulaiman. Unsur mitos Hindu dan animisme seperti gajah sakti, anak raja yang ditemui dalam buluh betung dan dalam sungai, mitos asal usul tempat dan lain-lain semuanya dikemukakan dengan cara yang teratur dan bertujuan memberikan asal usul raja Kedah gambaran yang agung dan gemilang.
Cerita-cerita di sekitar Raja Bersiung adalah contoh penggemblengan unsur mitos Hindu dan unsur perlambangan untuk memberikan asal usul raja-raja Kedah suatu pewarnaan keagungan dan kehebatan.
Penggemblengan unsur realiti dan mitos tergambar dalam gaya pengarang menceritakan bagaimana terjalinnya perhubungan antara Kedah dengan Siam. Dengan cara yang menarik, pengarang tidak menafikan bahawa Siam mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dari Kedah dan mengaku Kedah menghantar bunga mas dan perak kepada Siam. Tetapi pujangga istana Kedah menjelaskan peristiwa-peristiwa ini berlaku dengan pendekatannya yang tersendiri tanpa menjejaskan kedaulatan negeri Kedah.
Telah dijelaskan dari awal bahawa perhubungan antara negeri Kedah dengan Siam adalah berasaskan ikatan kekeluargaan antara adinda bongsu dengan kekanda sulung. Dengan mudah dapat diterima mengapa permaisuri Raja Bersiong dan menteri keempat meminta bantuan dari Siam bila menghadapi masalah mencari orang yang sesuai untuk dijadikan raja, menggantikan Raja Bersiong.
Pengarang tidak mengatakan Raja Siam terus membantu tetapi Raja Siam berunding dengan ahli nujum dan meminta pihak ketiga, iaitu gajah sakti, untuk menyelesaikan masalah itu. Dengan menggunakan unsur-unsur yang wujud dalam sistem kepercayaan masyarakat, pengarang menyatakan tugasnya sebagai pujangga istana yang bertanggungjawab.
Keunggulan HMM makin terserlah dalam pengisahan kedatangan Islam ke negeri Kedah dan proses penyesuaian dari amalan menyembah berhala kepada bertakwa kepada Allah Subhanahu wa Taala.Walaupun ia menceritakan peristiwa yang sama yang disebut dalam banyak karya sastera, pujangga istana Kedah menceritakannya dengan gaya yang berbeza.
Kesimpulan
HMM yang dikarang dengan berdasarkan konsep penulisan sejarah Melayu tradisional, menjalankan peranannya sebagai sebuah penulisan sejarah. Ia bukanlah dikarang semata-mata berdasarkan khayalan dan dongengan; malah banyak rahsia budaya dan nilai hidup zaman dulu tersirat dalam himpunan perlambangan, mitos dan lagenda. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan kitab tu ajer...kalau baca karya karya pengembara barat ...begitu juga citer nyer mengen ...
abgboroi Post at 16-3-2011 11:34
itu zaman awal masehi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kedah Yang Dilawati Oleh Abu Dulaf 940 Tahun Masehi
Dalam tahun 940 Masehi, Abu Dulaf al-Muhalhil berasal dari Bukhara singgah sendiri di Kalaha (Kedah) dan meriwayatkan bahawa:
" Apabila saya sampai di Kalah, saya dapati tempatnya amat indah dengan tembok-tembok kota, taman-taman bungan dan aliran mata-mata air dari bumi. Saya lihat lombong bijih timah yang tidak ada tolok bandingnya dalam dunia ini. Di dalam kota ada tukang-tukang membuat pedang " qala'I " iaitu pedang Hindi yang tulen Seperti di Negara China, terdapat orang-orang yang tidak menyembelih ternakan yang mereka makan. Penduduknya mempunyai sistem keadilan dan mempunyai penjara serta hukuman denda ".
" Mereka makan gandum, buah kurma, sayur-sayuran yang ditimbang bila dijual dan roti yang dilonggok-longgok sahaja bila dijual. Mereka tidak mempuyai hamam tetapi mandi di sungai-sungai yang mengalir deras. Wang mereka ialah dirham perak Wang dipanggil ' fahri '. Mereka memakai kain ' al firand ' (sutera) yang sangat mahal seperti orang-orang China dan menyebut Maharaja China di dalam Khutbah Jumaat dan qiblat Raja Kalah pun mengadap ke arah Maharaja itu "
(Paul Wheatley, 1961:217)
Abu Dulaf menyebut orang-orang di Kedah telah pandai menggunakan tepung gandum, buah kurma, roti dan sayur seperti orang-orang Arab. Tergambar bahawa kebudayaan Arab telah sedikit sebanyak terserap dikalangan orang-orang Melayu di sini. Mengikut Paul Wheatley dalam nota kecilnya di muka surat yang sama, dirham perak yang dipanggil " Fahri " itu ialah matawang yang digunakan di Khurasan, Utara Iran. Di Kedah dipraktikkan sistem 'barter' atau sistem hebah barang dengan barang dan " fahri " itu digunakan ketika amat perlu sahaja. Pedang " qala'i " yang ditempah di Kedah menjadi barangan eksport yang dikenali oleh orang-orang Arab sebagai " al-sayf al-Hind "
Abu Dulaf menimbulkan kekeliruan apabila menyebut bahawa Raja Kalah " Menyebut nama Maharaja China di dalam Khutbah Jumaat dan qiblat Raja Kalah pun Mengadap ke arah Maharaja itu "
Abu Dulaf keliru melihat penduduk di Kedah yang beragama Islam tidak menyebut nama Khalifah Al-Muttaqi (940 - 944 Masehi) yang baru bersemayam di Damsyik pada masa itu di dalam Khutbah mereka. Berita begitu belum sampai ke sini lagi. Mungkin orang Kedah menyebut nama Maharaja Sribuza (Sri Wijaya) atau lain yang didengarnya sebagai nama Maharaja China.
Maksud qiblat mengarah ke negara China ialah qiblat Raja Kalah atau Kedah dan bukan orang bersembahyang. Abu Dulaf memungkinkan bahawa agama Islam belum lagi dianuti oleh Raja Kedah sungguhpun rakyatnya telah Islam.
Sources : http://www.mykedah2.com/10heritage/102_1_p3.htm
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by tumpanglalu74 at 16-3-2011 12:10
Reply sekngucing
dan paling penting badan kering askar melayu malu seyh...
erix9 Post at 15-3-2011 23:35
Sbnrnye ade 1 part ni geng jahat tu BERCAKAP BESAR. Depe kate depe rmai pahlawan tapi org Merong hanya petani2 je. Aku tngok crite ni 2X. So that's y aku prasan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 356# HangPC2
menarik...means dh kemajuan dh lps langkasuka kingdom mula bertapak....
kalu tak silap masih ni pelabuhan kedah adalah gunung jerai...sekitar gunung jerai (atau org dlu pnggl pulau serai) masa tu masih laut lg... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Fieza-mira at 16-3-2011 12:19
aku da tgk cite ni, sorry ckp k...
mmg cite ni melekehkan org melayu...
1) Melayu yg jd raja pert ...
erix9 Post at 15-3-2011 22:59
Malu ke Raja Melayu hanya pengiring putera rom?? Habis nak buat cerita stail roman ke....raja melayu asal dewa2??
Takde apa yang nak di malukan setiap tamadun asalnya primitif lagipun bukan ke tanah melayu masa tu belum beraja dan berkerajaan, mana nak datang tamadunnya?? |
|
|
|
|
|
|
|
Kedah Yang Dilawati Oleh Abu Dulaf 940 Tahun Masehi
Dalam tahun 940 Masehi, Abu Dulaf al-Mu ...
HangPC2 Post at 16-3-2011 12:03
cuba baca ni pulak...
During the invasion, they burnt all documents, art treasures, the libraries and its literature, and the archives housing its historical records pertaining to Muslims Ayutthaya and claim the Ayutthaya Kingdom to be Theravada Buddhist simply because the Siamese Muslim history started much earlier in Kedah (pls. refers to Hikayat Merong Mahawangsa). They attacked Muslims Toung Oo in 1758 and purchased weapons from the British through an agreement in 1760. With these new weapons they then attacked Muslims Ayutthaya in 1767. Therefore after 1767, the Siamese should be address as Thai because Sukhothai (the invaders of Siam), are Theravada Buddhist. Thaksin or Mukhtar Hussin (governer city of thak, hence thaksin) the Ayutthaya Muslim military tactician and strategist, sided with Alaungpaya and ruled for a few years in Lopburi. He was soon killed in the years to come for ridiculous reasons and replaced by the Chakri Rama I, Yot Fa Chula Lok, the first Buddhist King of Siam, of Sukuthai descendent. In Siamese (not Thai) Chula Lok carries the meaning of, 'son of a minister'. |
|
|
|
|
|
|
| |
|