CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dauswq

Edisi Lahariah Konsert ke-5 AF9

  [Copy link]
Post time 8-5-2011 12:31 PM | Show all posts
sekarang ada ulangan kat 104... Tak sabar nak tengok Nera nyanyi lagi. Tak puas tengok semalam. Aku juga nak dengar fina nyanyi balik sebab ada kata dia salah lirik betul ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2011 12:32 PM | Show all posts
pling bes erul n azri
pling bes erul n azri
pling bes erul n azri
pling bes erul n azri
pling bes erul n azri
pling bes erul n azri
pling bes erul n azri
pling bes erul n azri
pling bes erul n azri
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 01:06 PM | Show all posts
watching fina now.mmg dia start the song dgn lirik yg slhkn? or mmg derang nk start the song like that? ermmm
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 01:49 PM | Show all posts
Reply 343# noraidil_06

kalau salah lirik juri tak tegur ke
masa AF2 dulu kudsia kahar selalu tegur kalau lirik salah. siap gaduh dgn Farah
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 02:03 PM | Show all posts
watching fina now.mmg dia start the song dgn lirik yg slhkn? or mmg derang nk start the song like th ...
noraidil_06 Post at 8-5-2011 12:06


cuba search lirik sebenar.. terbalik verse 1 and verse 2..

TAPI aku rasa mmg tenaga pengajar suruh tukar, sebab kalo ikut lirik asal lepas verse 2 tu sepatutnya ada satu part yang low note giler2 'tiap harapan.. hatiku.. dingin membeku.. dan kau pun membisu.. tiada lagi menyinta..'

aku suspek fina xleh carry part low note tu so kena rearrange segala2nya
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 02:04 PM | Show all posts
my review

erul: bagus dan ada groove dia, tolongla sampai final

afif: terlalu mencuba nak bagi feel sampai tak dapat, so elok pun keluar

hazama: mula2 macam biasa jer, lama2 dia mula pickup energy bila orang tepuk sambil dia nyanyi.. nice and fun to watch dia punya style nyanyi...
lagi satu, bila orang kata lagu nie tak mencabar untuk dia, dia senyum jer..
kalau lena, siapa2 perasanlah... siap buat2 muka lagi

kay: kureng sikit, tapi oklah.. kalau dia keluar next week pun ok.. hehe
hattan pun satu, macam manala nak ubah cara jalan yang dah bertahun2 dalam masa seminggu?? kesian tengok kay kena kutuk pasal tu jer...

nera: nampak sangat ning banyak coach dia.. bagus, tapi tiap2 minggu lagu dia lebih kurang jer...
so, sangat tak mencabar...

azri: terlalu boring lagu ini, so persembahan agak forgettable..
double chin dia terlalu ketara sekarang.. hehe

fina: dia nie suka jeritla.. ogy ngan hattan nie kalau dah suka satu budak tu, sampai final la akan puji sampai ke langit.. teringat kat candy af5 tu.. dah kemana agaknya dia..
anyway body gesture dia agak bagus, macam nyanyi pro.. tapi the suara masih jerit2

lena: dia perform agak fake.. sangat tak suka dia, sebab nampak perasan bagus
kalau dia tak masuk final, i'll be happy..
but i don't think it will happen..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2011 02:08 PM | Show all posts
my review

erul: bagus dan ada groove dia, tolongla sampai final

afif: terlalu mencuba nak bagi ...
ricapc Post at 8-5-2011 14:04


same here.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 02:12 PM | Show all posts
Reply  dauswq

kalau meroyan sahaja tapi tak mengundi tak berguna juga  
ni tak, asik pung  ...
mijot Post at 8-5-2011 11:08



   kanz?..tau xpe..mlm smlm mek dah undi fina buat dua minggu berturut2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2011 02:12 PM | Show all posts
Reply  mijot

mengikut tajuk thread katenye~
dauswq Post at 8-5-2011 11:07


cuba tajuk die lahar jek...xde la nk over2 kan..ni lahariah!...versi perempuan gitu
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 02:16 PM | Show all posts
my review

erul: bagus dan ada groove dia, tolongla sampai final

afif: terlalu mencuba nak bagi ...
ricapc Post at 8-5-2011 14:04



   setiap org ada bias...its ok kan...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 02:17 PM | Show all posts
nok, ko dok kat UK tak gi ker tgk putera william kawen? kalau azwan ali ada kat sana ... sure la kena halau kan dok UK pastu mimpi la nak dapat jemputan segala...mek g UK next year siap ko...kite berkaraoke di sana!...hahaha... ...

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 02:17 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 02:18 PM | Show all posts
Reply  pookey


    dh tu sapa ahli neraka tu..bukan smua pon ada gaya ahli neraka ke
lepapilon Post at 8-5-2011 09:43



   tu la...meh sucikan diri solat zuhur uolss....g amik telekung tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 03:15 PM | Show all posts
ha..ni baru la ranking yg siuman! ..x sia2 ko masuk kelas vokal noks...
jangan ja ...
pookey Post at 8-5-2011 03:46



    mestilah.. diorang semua kan takde telinga... fina memang patut di atas cz dia tersendiri dalam showmanship dia. walaupun guna props kerusi saja dah dapat memukau. .. walaupun salma mentor hebat tp vokal dia ada mirip deja moss & persembahan pentas tiada kelainan compare fina yang tersendiri.....


fina calon juara af9.. :-)
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 03:54 PM | Show all posts
harap2 lena dapat g final
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 11:06 AM | Show all posts
walaupun suara nera tak sedap mane tapi sekurang-kurangnya mulut dia tak seteruk mulut korang: ...
psychoz Post at 8-5-2011 00:58


ko xpyh layan la org2 yg bashing2 neh...


wat donno jah ok


dlm kita tgk org bash sana sini, kita pun kena ingtkan diri kita jgn smpi terlajak...lg2 bab hina fizikal..klu x, kita pun sama jah ngn org2 yg kuat bashing ke hulu ke hilir neh...


berceramah pagi lak ai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2011 03:51 PM | Show all posts
BH: Konsert 5 AF9 - Maaf Ya, Mereka Dah Ada Juara!



9 Mei 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Memasuki Studio 1, terasa sedikit berbeza. Seolah-olah tidak ada vibe! Tidak seperti konsert-konsert sebelum ini. Pada awalnya terfikir juga, mungkin pelajar sudah kurang, penyokong setia mereka juga tidak ada. Tetapi secara logiknya, tentulah ruang kosong tersebut sepatutnya diberikan kepada penyokong pelajar-pelajar yang masih ada, secara adil dan sama rata jumlahnya!
Bermula minggu ini juga saya tidak akan lagi meletakkan bintang pada setiap persembahan pelajar! Sudah ada pelajar yang di angkat menjadi 'juara', jadi tak perlulah nak bersungguh-sungguh sangat!

Erul (Dance Little Sister)
Antara persembahan terbaik Erul! Walaupun sudah dua minggu berturut-turut Erul membuka persembahan, dia dapat memberikan keyakinan yang sama. Persembahan Erul penuh tenaga dan sangat menghiburkan. Lontaran vokal Erul sangat bagus. Insya Allah jika Erul terus berusaha, dia akan berjaya di luar nanti. Tapi maaf ya Erul, mereka sudah ada juara!

Afif (Malam)
Antara persembahan terbaik Afif! 'Feel' Afif ketika menyampaikan lagu ini sampai kepada penonton (atau sekurang-kurangnya pada saya!) Persembahan ini melebihi kehebatan persembahan Afif ketika di konsert pertama. Dengan pergerakan yang minimum, Afif meninggalkan impak yang besar tanpa perlu bergerak ke sana sini! Kawalan suara Afif juga bagus. Insya Allah jika Afif terus berusaha, dia akan berjaya di luar nanti. Tapi maaf ya Afif, mereka sudah ada juara!

Hazama (Noktah Cinta)
Lagu ini memenangi tempat ketiga Anugerah Juara Lagu baru-baru ini. Bukan itu sahaja, Hafiz turut memenangi Persembahan Vokal Terbaik mengalahkan penyanyi-penyanyi yang sudah jauh ada nama dengan persembahan lagu ini. Tetapi menurut Edrie, lagu ini tidak mencabar vokal Hazama kerana lagu ini terlalu simple. Menurut Hattan pula, lagu ini tidak ada apa-apa pun! Kemampuan Hazama lebih tinggi dari lagu ini.

Kay (Pulanglah)
Antara persembahan terbaik Kay! Malangnya, sejak konsert minggu kedua, Kay masih lagi diberikan lagu-lagu rancak. Termasuk dengan pilihan lagu sendiri di minggu ketiga, bermakna sudah empat minggu berturut-turut Kay hanya menyanyikan lagu rancak. Kay ada tone suara yang bagus tetapi tidak diberi cabaran untuk menyampaikannya. Cukup-cukuplah Hattan komen tentang cara Kay berjalan. Itu trademark dia. Kay di akademi bukan nak mengubah cara berjalan, tapi untuk mendapatkan ilmu menjadi seorang penyanyi. Insya Allah jika Kay terus berusaha, dia akan berjaya di luar nanti. Tapi maaf ya Kay, mereka sudah ada juara!

Fina (Segalanya Pasti)
Seperti kata Kak Ogy, rasa yang dibawakan oleh Fina untuk lagu ini sangat bagus dan sampai kepada penonton. Cuma saya rasa Fina masih lemah ketika mengawal vokal untuk nota rendah dan yang terlalu tinggi! Mungkin Hattan patut memberikan kritikan pada persembahan, dan bukannya bercakap mengenai undian. Siapalah yang berikan lagu sebegini untuk Fina kerana I am 100% sure bukannya pengetua! Fina sepatutnya diberikan lagu yang membolehkan range tingginya kedengaran sedap dan bukannya nyaring. Please give her a great song!

Azri (Sungai Lui)
Antara persembahan terbaik Azri! Malah, persembahan Azri setakat ini tidak pernah mengecewakan saya! Sekali lagi saya tidak faham mengapa Hattan perlu komen tentang trademark Azri yang dipakai di lengan! Itu trademark dia! Sepertimana juga Hattan memakai kacamata hitam di tengah malam yang menjadi trademark itu! Apa bezanya? Insya Allah jika Azri terus berusaha, dia akan berjaya di luar nanti. Tapi maaf ya Azri, mereka sudah ada juara!

Nera (Gelora Jiwa)
Antara persembahan terbaik Nera! Banyak improvement yang dilakukan oleh Nera, menjadikan persembahannya lebih baik! Sudah nampak dia tidak lagi terlalu takut-takut di pentas. Sebenarnya, persembahan yang hebat tidak memerlukan suara yang menjerit-jerit. Nera membuktikannya dengan penyampaian yang indah. Mungkin kalau pengkritik yang seorang ini tidak terlalu ingin menjuarakan seseorang, mungkin dia dapat berikan kritikan dengan ikhlas. Insya Allah jika Nera terus berusaha, dia akan berjaya di luar nanti. Tapi maaf ya Nera, mereka sudah ada juara!

Lena (Ku Menunggu)
Antara persembahan terbaik Lena! Lagu ini memberikan sisi yang berbeza untuk Lena. Kelembutan suara Lena jelas kedengaran dan dia mengawalnya dengan baik sekali. Sebutannya jelas dan sangat sedap kedengaran di telinga. Mujur Lena kembali focus untuk dirinya sendiri. Itu yang penting. Insya Allah jika Lena terus berusaha, dia akan berjaya di luar nanti. Tapi maaf ya Lena, mereka sudah ada juara!

Persoalan saya tentang kemeriahan yang tidak terasa di konsert kelima ini terjawab apabila saya lihat sebahagian besar penyokong yang berada di bawah datang hanya untuk menyokong seorang pelajar sahaja. Menjadikannya lebih teruk, mereka tidak bertepuk tangan untuk pelajar-pelajar lain ketika mereka membuat persembahan tetapi hanya bersorak ketika pelajar yang disokong sahaja berada di pentas. Pelik! Sudahlah tempatnya kecil, tetapi pembahagian penyokong pula tidak sama rata. Someone has to look into this! Janganlah terlalu obvious untuk, well... anda boleh baca seterusnya di http://badrulaftersix.blogspot.com


Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 04:11 PM | Show all posts
KK: Tuduhan Komplot Juara AF9 Tidak Menyenangkan



9 MEI 2011

Pejam celik pejam celik kita dah sampai ke pertengahan perjalanan dalam mencari juara Akademi Fantasia 9. Setakat ni memang dah ada pembaharuan bagi entiti yang kita dah lama kenali bergelar AF.

Pengguguran pelajar yang dirasakan mensia-siakan peluang keemasan adalah satu, kemasukan mereka yang dikatakan telah menjalani ujibakat sebelum ini adalah juga sesuatu yang lain dari yang lain, dan akhirnya pengkritik diberi peluang untuk memberi maklumbalas di malam raptai sebelum konsert adalah yang terbaru sekali.

Alhamdulillah yang terakhir sekali tu kini dapat diterima pihak Astro. KK ingat lagi masa AF2 dulu - berkali-kali KK dan pengkritik lain minta peluang dari penerbit untuk memberi maklumbalas kepada para pelajar sebelum konsert tapi tak dibenarkan sama sekali kerana pihak produksi mengamal kuat garis panduan "zero communication" dengan para pelajar selagi masih di dalam akademi. Nampaknya pelonggaran ini membawa hasil untuk beberapa pelajar. Syabas Astro dan Kak Ogy.

Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila, Stacy, Hafiz, Shahrir - dan tahun ini - siapa yang akan termasuk dalam senarai sebagai Juara AF? KK tidak senang dengan desas-desus bahawa kononnya ada komplot untuk menjuarakan salah seorang pelajar lelaki di AF9 kerana beliau ada "marketability" dan kononnya merupakan pelajar kegemaran seorang dua yang penting di belakang tabir. Tuduhan komplot sebegitu adalah amat berat sekali dan kalau tiada bukti baik jangan disebarkan. Buat dosa je tuh...

Dulu pun ada jugak tuduhan komplot muncul bagi salah satu musim awal AF. Khabar-khabar angin negatif yang membabitkan salah seorang krew penerbitan AF ada kedengaran, dari mana KK dengar tak payahlah diberitahu, tapi secara jujur KK katakan kalau orang yang memberitahu tu pandai bercerita, senang sekali terpedaya. Kalau bukti tu tak ada, biarlah pembabitan kita sendiri dengan sesuatu gosip tu setakat mendengar sahaja, and bukannya sebagai penyebar plak.

OKlah cukup KK berleter, jom kita "review" persembahan-persembahan minggu ini.

Minggu ni setiap pelajar didahului oleh persembahan intro dari kumpulan peminat tersendiri dan sebelum Erul ke tengah pentas, kumpulan tari penyokongnya kita tonton dahulu. Boleh tahan la.

Erul minggu ini ditugaskan untuk membawakan salah lagu hit 80-an dari Terence Trent D'arby - Dance Little Sister. Terence memang terkenal dengan suara garau yang "full of soul". Dalam dunia ni memang tak ada yang muncul selepasnya dengan suara yang sama, so I won't expect Erul to try and sound like him.

Tapi kalau you all nak check lagu dari penyanyi asal - link YouTube ialah http:// www.youtube.com/watch?v=FcUmIRw0N5w. Erul telah mencuba sedaya upaya dan tahap tenaganya adalah antara yang terbaik yang pernah saya lihat dari para pelajar AF9. Erul membawa interpretasinya sendiri, macam buat konsert pun ada jugak. Fantastic effort, Erul!

Afif yang dalam keadaan selesa di tangga kedudukan AFUNDI menjadi pelajar kedua. Lagu sifu M.Nasir iaitu Malam. Sebuah lagu yang penuh dengan rasa duka, resah, menantikan masa depan yang tidak pasti...dan suara Afif cukup matang untuk mambawa lagu tersebut. Suara Afif (maaf saya kena pakai perkataan ni) suara jantan. Macho.

Walaubagaimanapun Edry dan Hattan kedua-duanya merasakan mesej lagu tak kesampaian. KK tak dapat nak membuat keputusan. Suara Afif sedap, saya dapat dengar full range suaranya melalui lagu ini, mungkin 2/3 pengkritik tak begitu memuji Afif minggu ini tapi bagi KK Afif tidaklah menghampakan.

Hmm...lagi pelajar lelaki yang membuat persembahan dan Hazama merupakan ketiga malam ini untuk membuktikan beliau boleh bertahan di Akademi. Lagi persembahan dari fan club pelajar mendahului lagu yang akan dipersembahkan, now I'm beginning to think maybe it's not such a great idea!

OK, kembali kepada Hazama yang akan membawa lagu bekas juara AF, Hafiz, iaitu Noktah Cinta. Hazama yang membuat antara persembahan yang terbaik minggu lepas adalah antara yang tercorot di tangga AFUNDI Sabtu ini. Konspirasi untuk menentang ura-ura wujudnya konspirasi? Atau peminat Hazama tak mengundi kerana fikirkan tak perlu?

Persembahan Hazama malam ni OK but not WOW. Macam kata Hattan, Hazama boleh memberikan yang lebih baik dari yang di tonjolkan. I think I agree. He's good but he can do better.

Kay Awesome adalah keempat yang muncul dan KK rasa pelik bila Aznil sebut Didi ada di Studio 1, kamera tak tunjuk pun...KK nak tengok wajah Didi menyokong adiknya tapi takpe, mungkin selepas persembahan nanti akan ditunujukkan.

KK bukannya nak join si Badrul tapi suara Kay makin sedap (ye saya tahu BH tu biased sikit pasal Kay!). I must say all the students so far have improved this week. Makin nampak potensi untuk menjadi penghibur profesional dan bukan sekadar pelajar yang masih terkial-kial mencari identiti sendiri. Well, for most of them.

Kita belum lihat lagi tiga pelajar wanita bertanding minggu ni. Anyway, cukuplah Hattan asyik nak suruh pelajar lelaki jalan atau berdiri macho. Nanti nampak macam ada fobia plak! Pada saya tak nampak pun Kay tu lembut, mungkin gerak tarinya atau pergerakan atas pentas tidak aggressive atau macho, tapi Mick Jagger dari Rolling Stones pun memang tak pernah macho dan kadangkala nampak lembut, tak de hal pun!

OK tiba masa untuk Fina mengambil tempatnya di atas pentas dan mengaut undian. Mmm...saya tahu dulu saya asyik kata masukkan Fina but...she was not perfect this week. Guru vokal kena ajar Fina kawal vokalnya. She has the voice, She has the power. But sometimes, a little restraint is better. Saya setuju dengan Edry. Sesebuah lagu tu ada cerita, dalam menjadi penglipurlara sewaktu menyanyi, lirik tu lah yang memberikan jalan cerita bagi pendengar. Bukannya setiap high note kena go all out.

Walaubagaimanapun Fina adalah antara pelajar wanita (termasuklah yang kekal dan yang tersingkir) yang ada kaliber dan harapan paling besar menjadi bintang, cuma didikan dan tunjuk ajar masih perlu.

Alaaa...Nama pun AF kan, memang kita tak boleh expect pelajar di tahap ini membuat konsert dengan artis-artis yang jauh telah lama menimba pengalaman.

Sebelum Azri muncul dengan lagu tugasannya seperti biasa ahli terpilih fan club beliau memberi persembahan sokongan. Lain dari yang lain, depa tak joget, depa nyanyi. Quite good. Tapi saya dah risau asyik tunjuk persembahan fan club nanti konsert over run plak...

Akhirnya Azri memulakan persembahan dan saya suka raut wajahnya sewaktu menyampaikan rangkap-rangkap awal lahu. Beliau hilang fokus sikit dari segi vokal pada penghujung lagu tapi secara keseluruhannya Azri memberikan persembahan yang bagus.
Nampaknya finale AF9 ni akan punyai majority pelajar lelaki. Sebab so far tak ada antara pelajar lelaki malam ni membuat persembahan amatur - semuanya meningkat. I am very curious now to see Nera and Lena...

Ah! Nera is next! Lagi persembahan fan club. Harap-harap minggu depan tak ada lagilah persembahan yang tak perlu ni... Lagu Biduanita Negara, Saloma, menjadi pilihan pihak Akademi untuk Nera persembahkan malam ini. Showmanship Nera malam ni bagus! Tak perlu pun ada jemputan untuk menyerlahkan persembahan Nera macam minggu lepas. Hattan punya komen malam ni bagi Nera is SPOT ON. "...kalau dinner show, saya panggil awaklah, tapi kalau dari segi vokal, saya tak panggil. Kalau saya nak bagi laki-laki yang ternganga sikit saya panggil awaklah untuk dinner tu, so awak pikirlah apa maksud saya tu..."

OK Lena pulak muncul dan fan club Lena buat poco-poco atas pentas. KK rasakan tarian poco-poco ni tak ada elemen negatif, gerak tari yang tidak senonoh tak ada langsung, amat sesuai sekali untuk budaya Timur. KK dah beberapa kali menghadiri majlis makan malam dan bersanding di mana tarian poco-poco adalah antara aktiviti yang di tetapkan. Seronok pulak tengok mereka yang lebih berumur dapat melakukan tarian sebegini (orang sekarang tak nak buat joget lambak dah...)

OK kembali pada Lena dan lagu Ku Menunggu, sebuah lagu yang menceritakan kisah seorang wanita yang jatuh cinta dengan seorang jejaka yang sudahpun berpunya. KK konpius sikit dengan raut wajah Lena pada awal lagu sebab liriknya berkenaan seorang wanita yang menantikan buah hatinya yang sudahpun berteman tapi muka Lena macam excited giler plak...apa-apa pun suara Lena malam ni sedap dan KK amat suka dengan tahap kesemua pelajar
minggu ini...semuanya meningkat!

Sebelum kita tonton Menuju Puncak dan ketahui pelajar mana yang tersingkir kita dapat tonton persembahan power dari Ning, Sheila Hamzah dan Jaclyn Victor. It was fantastic!

OK nampaknya dekat nak over run dah konsert malam ni! KK khuatir rakaman KK ni terhenti sebab penerbit-penerbit terlalu leka memberi masa bagi berbagai fan club untuk bertarung di atas pentas!

Dengan pantas sekali nama Afif sebagai yang terkeluar diumumkan. Ish! Everything was so rushed! Keputusan ini mengejutkan tapi sebab dah nak sampai 2 jam maka penonton di rumah tak dapat nak merasakan emosi yang sentiasa mengekori pengumuman nama pelajar yang tersingkir.

What a waste! Geram sekali.

Anyway - pada pendapat anda, patutkah Afif yang pergi? Terluakah peminat Afif mengundi kerana beliau dalam kedudukan yang selamat pada awal konsert?

Bagi peminat pelajar yang kekal, jangan lupa AFUNDI! Nanti goyah plak kedudukan favourite anda...

Jumpa minggu depan ye...


KK
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 04:46 PM | Show all posts
afif out

pasni bolehlah berdetingan dgn salima..n sambung jual gelang.....
sayangyus Post at 7-5-2011 23:04



    up date aku plsss

salima tu makwe afif ke ?

haku mmg tingai sampan ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 05:03 PM | Show all posts
up date aku plsss

salima tu makwe afif ke ?

haku mmg tingai sampan ni
mek_ja Post at 9-5-2011 16:46


a'ah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.606518 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list