CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
 Author| Post time 11-1-2015 10:29 PM | Show all posts
Esmiria replied at 11-1-2015 10:24 PM
byk sgt ulangnya.

Tak okay.

Tula.. baca balik pun mcm x ok.. gigih mengedit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2015 10:49 PM | Show all posts
Esmiria replied at 11-1-2015 10:26 PM
Tt, klo bolh..blh tk addkn misterinya lagi..hihi

Byk misteri belum terurai.. sape hanim.. kenapa ku iz frame zack n jie.. and many more 2 go
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2015 11:19 PM | Show all posts
elia201 replied at 11-1-2015 02:49 PM
Byk misteri belum terurai.. sape hanim.. kenapa ku iz frame zack n jie.. and many more 2 go

Okay. Sy sebenarnya dah bosan dgn tema cinta.

Novel tt ada misteri+cinta. I like.
Baguslah ada plot twist nanti..
Selalu menanti entri dari sis.

i lap you.hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2015 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 12-1-2015 10:34 AM

Tan Sri Isa merenung gadis yang kelihatan tunduk serba salah berhadapan dengannya. Wajah cantik itu ditenung.Seiras Maznah ! Tak dapat dinafikan Jie mewarisi kecantikan Maznah. Kali pertama melihat Jie, Tan Sri Isa rasa seperti melihat bayangan Maznah semasa muda dahulu. Bila Rayyan dan Khalid berebutkan Jie , serentak terkenang saat dia dan Hanafi cuba merebut hati Maznah. Namun jodoh menentukan Hanafi menjadi pilihan Maznah dan dia pula bahagia bersama Tengku Safiah. Mungkin jodoh tidak memihak pada Tan Sri Isa dan Maznah tetapi Tan Sri Isa bersyukur melihat zuriatnya Khalid dan anak perempuan Maznah, Viana bahagia hidup berdua. Cuma hubungan Rayyan dan Jie yang masih berada dipersimpangan.

" Najiha ke mana? Najiha tahu tak Ray macam nak gila cari Najiha." Kali ini Tan Sri Isa ingin mendengar penjelasan dari mulut Jie sendiri setelah Zack berlalu masuk ke dalam rumah anak yatim. Ada hal yang perlu dilakukan pemuda itu.

" Jie cuma perlukan masa untuk bertenang. Uncle jangan risau Jie sendiri akan jumpa Ray untuk selesaikan masalah kami." Mengerti segala yang terbuku dalam hati lelaki dihadapannya Jie memberi jaminan.

" Maksud Najiha? Najiha tekad nak putus tunang dengan Ray?" Tan Sri dapat membayangkan kekecewaan hati Rayyan jika Jie tekad untuk putus.

" Mungkin itu yang terbaik Uncle. Auntie pun mesti happy. Tercapailah hajat dia nak bermenantukan Zeeta tu." Ada nada rajuk dalam suara gadis itu.

" Najiha dah tak sayang Ray ke? Takkan semudah itu Najiha lupakan dia? Ray sayang sangat dekat Najiha. Kali pertama Uncle nampak Ray betul betul jatuh cinta dalam hidupnya. Uncle tak tahulah dia boleh terima atau tak. Sanggup Najiha lukakan hati Ray?"Tan Sri Isa cuba untuk menduga hati gadis itu. Riak gadis itu mula berubah mendung

" Tipulah kalau Jie kata tak sayang dia lagi. Tapi entahlah... Jie perlukan masa.." Jie malas mahu memikir lagi tentang hubungan mereka yang retak menanti belah.

" Uncle faham. Najiha fikirlah betul betul. Jangan buat keputusan melulu. Buat masa ini , Najiha masih lagi tunang Ray, Ray tetap ada hak atas Najiha walau atas kapasiti tunang. Uncle harap Najiha pandai bawa diri." Tan Sri Isa berharap Jie menjaga batas sebagai tunangan orang.

"Jie tahu Uncle. Daddy ada cakap dengan Jie pasal syarat yang Daddy bagi dekat  Ray. Kita tengok dalam masa sebulan. Kalau Ray gagal , Jie anggap jodoh kami tiada."

" Tapi ...  " Tan Sri Isa merasakan tidak adil untuk Rayyan diberi syarat begitu.

Jie terus menyanggah. " Jie rasa Daddy betul. Anak Uncle lelaki dan Jie rasa dia perlu bertindak tegas sebagai lelaki. Jie minta maaf kalau Uncle rasa Jie biadap. Tapi itulah kebenarannya.  Rayyan terlalu mudah ikut telunjuk dan dihasut. Jie cuma nakkan dia jadi tegas dan ada pendirian. "Jie tetap dengan pendirian Daddy.

Tan Sri Isa tidak mampu berkata apa lagi untuk membantah hujah Jie. Nampaknya Rayyan perlu berusaha sendiri kali ini.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2015 12:35 AM | Show all posts
elia201 replied at 11-1-2015 03:49 PM
Tan Sri Isa merenung gadis yang kelihatan tunduk serba salah berhadapan dengannya. Wajah cantik itu  ...

Rayyan bacul..booooooooooooo!
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2015 12:41 AM | Show all posts
anak sedara dgn mak sedara perangai mmg teruk..Tengku Safiah dan Tengku Hafiz
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-1-2015 02:07 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 31-1-2015 02:57 AM

Bab 32

Khabar yang diterima dari penyiasat persendirian yang diupah untuk menjejaki Jie cukup membuatkan Rayyan rasa serabut. Taufik terjumpa tunangnya dan seorang lelaki sedang menikmati makan malam berdua di sebuah restoran. Seperti biasa Rayyan akan mengarahkan Taufik mengambil gambar mereka berdua sebagai bukti sekiranya Jie bertindak menafikan. Setelah meneliti gambar yang dihantar melalui aplikasi whatsapp oleh Taufik, Rayyan pasti lelaki dalam gambar itu adalah Zack. Nampaknya sekiranya Rayyan lambat berbuat sesuatu untuk menjernihkan hubungan antara Jie dan dirinya, bila bila masa sahaja Zack boleh mengambil peluang untuk merebut kembali hati tunangnya. Lagi pula , Zack dan Jie pernah berkasih dulu. Tak mustahil kenangan dulu bertandang dan Jie akan menerima Zack semula dalam hidupnya.

Rayyan takut memikirkan sekiranya itu benar benar terjadi. Bermakna dia  bakal kehilangan Jie untuk selama lamanya.

Telefon di atas meja berbunyi menandakan ada panggilan masuk . Gagang segera diangkat untuk menjawab interkom dari Juwita, pembantu peribadinya.

"Encik Rayyan, saya baru dapat berita dari 'subcon' kita yang ada masalah dekat tapak projek Johor Bahru. Encik Yassin minta saya sambungkan panggilan  kepada Encik Rayyan.  Urgent katanya." Kedengaran suara Juwita dihujung talian

"Baiklah awak sambungkan panggilan kepada saya." Rayyan memberikan persetujuannya.

Kepala mula rasa semak dengan pelbagai masalah yang muncul.



Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2015 02:46 PM | Show all posts
jgn cepat putus asa RAYYAN...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-1-2015 06:17 PM | Show all posts
Gara gara tak tahan tekanan di pejabat, Rayyan mengambil keputusan untuk keluar menenangkan fikiran. Sempat pesanan ditinggalkan kepada pembantu peribadinya supaya membatalkan segala temujanji dan hanya menghubungi telefon bimbitnya untuk urusan penting yang memerlukan perhatian segera darinya.

Melilau berjalan seorang diri , Rayyan buntu untuk ke mana. Kereta dipandu tanpa hala tuju. Otaknya betul betul serabut buat masa ini. Fikiran melayang jauh memikirkan nasib perhubungannya dengan Jie. Rayyan berharap sangat dia dapat mengundur masa dan berpatah balik ke masa pertengkaran mereka pasti semua kekusutan ini dapat dielakkkan.

Rayyan mencuba lagi mendail nombor telefon tunangnya. Talian bersambung namun terbiar sepi tidak berjawab. Begitulah keadaannya sejak dari hari pergaduhan tercetus antara mereka. Jie mengabaikan segala panggilan darinya. Malah segala pesanan ringkas yang dihantar tidak pernah mendapat balasan.

Satu panggilan masuk. Nama Taufik tertera di skrin. Pantas panggilan dijawab.
Pasti ada maklumat terbaru ingin lelaki itu laporkan.

Kedengaran suara Taufik memberitahu segala maklumat hasil penyiasatannya. Rayyan meminta Taufik menghantar maklumat tersebut melalui pesanan ringkas. Talian dimatikan.

Telefon bimbit berbunyi menandakan satu sms masuk. Pantas Rayyan menekan butang GPS dengan memasukkan alamat yang tertera di skrin telefon bimbit.

Hati mula rasa bersemangat.  Ada tempat yang ingin dituju buat masa sekarang. Nampaknya Taufik melakukan tugas dengan sempurna.

Rayyan cuma berharap dapat bertemu segala yang dihajatinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2015 07:03 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 12-1-2015 07:57 PM

Faridah merenung wajah anak tirinya yang muram. Sejak dari hari pertama gadis itu menjejakkan kaki ke rumahnya jarang dilihat gadis itu tersenyum. Kalau ada pun senyuman yang terukir dibibirnya tampak palsu. Gadis itu kelihatan memendam rasa. Sepatah ditanya sepatah saja dia menjawab. Makan minum pun kadang tidak dihiraukan.  Terdetik juga dihati untuk bertanya namun awal awal lagi suaminya sudah memberi amaran supaya tidak bertanyakan apa apa melainkan gadis itu sendiri membuka mulut untuk bercerita. Faridah hanya menurut kehendak suaminya.

"Jie ... Faridah mendapatkan anak tirinya. Mak Mah cakap dengan ibu Jie tak makan apa apa dari pagi. Jie tak sihat ke?" Walau hanya berstatus ibu tiri namun dia sayangkan Jie seperti anak sendiri. Sementelah dia sendiri tidak memiliki zuriat sendiri. Maka Jie dan Vianalah tempat dia menumpang kasih. Mujur Maznah, madu dan juga merupakan isteri pertama suaminya tidak menghalang.

Jie senyum untuk mengurangkan keresahan hati wanita anggun dihadapannya. "Jie nak diet lah ibu. Nanti gemuk saham jatuh." Sengaja memberi alasan begitu.

Faridah hanya tersenyum. Bukan dia tak tahu gadis itu berbohong.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2015 07:07 PM | Show all posts
elia201 replied at 12-1-2015 10:17 AM
Gara gara tak tahan tekanan di pejabat, Rayyan mengambil keputusan untuk keluar menenangkan fikiran. ...

Mana Shera TT?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2015 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 12-1-2015 07:07 PM
Mana Shera TT?

Watak sheera akan muncul in the middle.. skung ni banyak watak zack n jie shj
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2015 07:36 PM | Show all posts
elia201 replied at 12-1-2015 11:03 AM
Faridah merenung wajah anak tirinya yang muram. Sejak dari hari pertama gadis itu menjejakkan kaki k ...

dihati<< bkn ptut dijarakkn ke hat ’di’?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2015 07:48 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 12-1-2015 09:11 PM

cont

" Diet diet juga Jie. Jangan sampai sakit pula."  Faridah sekadar memberi nasihat. " Ibu nak pergi beli barang dapur dengan Pak Ali, Jie ada barang nak kirim tak?"

Jie hanya menggeleng.

"Kalau macam itu Ibu pergi dulu. Take care darling !" Selesai pamit, Faridah terus berlalu meninggalkan Jie bersendirian.

Tak semena mena ingatan Jie melayang kepada tunangnya. Rindu mula terasa namun cepat cepat diusir jauh. Walau hati berdetik untuk menjawab panggilan atau membalas SMS yang dihantar Rayyan tetapi egonya menghalang dari berbuat begitu. Tak mahu kalah dengan perasaaan sendiri.

Satu pesanan ringkas diterima. Jie baru teringat dia sudah berjanji untuk bertemu Zack. Buru buru masuk ke dalam rumah sebelum keluar semula menuju ke kereta.

Enjin kereta dihidupkan.  Lantas Golf GTI M7 meluncur laju menghala ke arah pusat bandar.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2015 08:27 PM | Show all posts
elia201 replied at 12-1-2015 11:48 AM
cont

" Diet diet juga Jie. Jangan sampai sakit pula."  Faridah sekadar memberi nasihat. " Ibu nak ...

tulis tak hbis.haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2015 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 12-1-2015 08:27 PM
tulis tak hbis.haha

Haha.. saja jer.. boss tetiba panggil trus tekan publish
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-1-2015 11:27 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 13-1-2015 12:47 AM

Ada benda penting yang perlu Zack sampaikan kepada Jie. Penting sehingga melibatkan keselamatan gadis itu sendiri. Walaupun pada mulanya agak sukar untuk Zack mengakses fail yang terdapat dalam pen drive yang diberi oleh Jie, namun berkat kesabaran usaha membuahkan hasil. Lagipun hati Zack sendiri tak tenang selagi misteri 'fail' yang disimpan dalam pen drive itu tidak terurai. Pasti maklumat yang disimpan sangat penting sehingga kata kunci digunakan untuk mengelakkan data dari di akses orang luar.

"Sorry Zack. I lambat." Jie terus mengambil tempat berhadapan Zack. " So apa isi fail dalam pen drive itu ?" Tanpa berlengah Jie  bertanyakan soalan yang menjadi punca utama pertemuan mereka hari ini.

"Cuba you tengok maklumat dalam ni. Semua menjurus ke arah you." Laptop dipusing menghala ke arah Jie. Jie membaca maklumat yang tertera. Latar belakangnya, salasilah keluarga dan gambar gambar dirinya sewaktu di Ohio bersama Zack, gambar sewaktu Khalid menemuinya sehinggalah kepada gambar gambar  dirinya bersama Rayyan. Bermakna sesiapa pun pemilik pen drive ini sangat arif dengan rutin hariannya. Mungkin saja seseorang yang diupah untuk memerhatikan segala perlakuannya.

" I rasa owner pen drive ni macam obses dengan you. Boleh dikatakan kesemua fail ada gambar you." Zack menyuarakan pendapatnya.

Jie bingung. Mata tertancap pada satu gambar. Lakaran sebuah bangunan. Cantik ! Terserlah kesenian disebalik gambar.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 01:30 AM | Show all posts
elia201 replied at 12-1-2015 03:27 PM
Ada benda penting yang perlu Zack sampaikan kepada Jie. Penting sehingga melibatkan keselamatan gadi ...

Paineli. A saikopat! love it. This the odd from a pychopath..err tormeted creatured..la.la..

Saiko guys everywhere baby!
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 10:16 AM | Show all posts
ops! sapa pulak yg obsess kat JIE nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2015 01:04 PM | Show all posts
"Zack you nampak tak ayat disebalik lakaran ini?" Jari runcing menunjuk ke arah tulisan yang tersembunyi di dinding sketch bangunan.

Zack  beralih mengambil tempat duduk disebelah Jie. Pantas tetikus dicapai. Imej yang ditunjuk Jie di zoom supaya menjadi lebih jelas.

Four doors of the mind? Zack dan Jie saling berpandangan. Serius tak paham ! Walaupun tulisan agak 'blur' namun mereka masih dapat menangkap ayat itu.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.210428 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list