CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

KOLEKSI CERPEN - (6) Misteri Thriller- TAMAT) -page #7

[Copy link]
Post time 10-8-2015 12:54 PM | Show all posts
Ipo replied at 10-8-2015 12:38 PM
ya la!!!!
weh..camna ko buat magic?????

ada momod kat bod momod ngajor..
aku mmg la dah lama tahu tekan F5 utk refresh browser..
tapi taktau pulak itu obatnye utk cari yg giler ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-8-2015 09:54 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 12-8-2015 08:55 PM

ok sambung...


DANNY menanggalkan songkok di kepala lalu diletakkan di atas meja solek. Matanya melirik pada Rina yang cantik berbusana berona mutiara. Selendang yang menutupi rambut yang disanggul siput cukup menarik dan anggun di matanya. Perlahan dia menghampiri isterinya yang dinikahi tidak sampai lima jam tadi. Jemari Rina disentuh lembut.

"Rina..terima kasih sudi terima abang." Kata Danny bernada lembut.

Rina perlahan mengangkat muka dan menoleh ke arah Danny. Lelaki yang baharu sahaja dinikahi tadi. Wajah Danny diamati sejenak. Raut wajah lelaki itu sudah jauh berubah. Seolah ada kedamaian dan ketenangan. Ada kejernihan pada seraut wajah itu.

"Saya pun nak ucapkan terima kasih kerana sudi terima saya jadi isteri abang." Balas Rina, mata masih melekat pada sepasang mata milik Danny. Jauh di lubuk hatinya kini berperang rasa benci, sayang dan dendam.

"Oh ya, minggu depan kita honeymoon kat UK. Mama dan papa dah sediakan semua untuk kita kat sana. Lagipun, abang dah biasa di sana. Kita tinggal di sana seminggu. Macam mana?" Teruja Danny memberitahu tentang hal itu. Sebenarnya sebelum majlis nikah lagi, dia sudah beritahu mama dan papa tentanh hal itu dan mereka hanya mengikut sahaja.

Rina tersenyum lebar. Mendengar bulan madu mereka di UK, dia merasa itu satu peluang untuknya menunaikan segala apa yang tersimpan dalam hati. Ya, di sana nanti dia akan bongkarkan satu persatu kepada Danny.

"Ya..saya setuju bang. Tak sabar saya nak pergi." Sebuah senyuman dilemparkan kepada Danny.

"Kalau macam tu..baguslah." Danny turut senyum sambil mengelus lembut pipi Rina. Perlahan selendang di atas kepala Rina dibuka dan ikatan sanggul dileraikan.

"Err...bang. Saya belum bersedia. Boleh tak kalau kat sana saja." Rina menolak lembut tangan Danny. Dia faham apa tindakan lelaki itu.

"Kenapa? Takut?"

Rina menggeleng.

"Habis tu?"

"Kan lebih baik kat sana..lagi selesa." Rina cuba memujuk Danny.

"Baiklah. Kalau itu kehendak Rina. Dah solat?" Danny bingkas bangun, dia belum menunaikan solat Isyak lagi.

Rina diam.

"Atau..Rina uzur?" Teka Danny.

"Abang solatlah dulu.." Rina tunduk. Sebetulnya dia juga sudah lama tidak menunaikan tanggungjawab itu. Selepas apa yang berlaku, dia seolah menyalahkan takdir dan nafsu dalam diri seperti menyuruhnya untuk membalas dendam saja. Sejak itu, dia sudah lupa siapa dirinya yang sebenar sehinggalah dia ingin mengambil nyawanya sendiri. Teringat semua itu, nama Joe terbayang di ruang mata. Maafkan aku Joe.......

Danny dilihat sudah menapak ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Lima minit kemudian, Danny ke satu sudut di dalam bilik itu dan membentang sejadah. Rina hanya memerhati dari birai katil. Saat melihat perlakuan Danny, hatinya mula ditujah rasa keliru. Keliru dengan sikap dan tingkahlaku Danny. Apakah Danny sedang berlakon atau sememangnya lelaki itu sudah bertaubat??



SEMINGGU berlalu. Danny bersama Rina sudah bersiap untuk berangkat ke London. Beg pakaian semuanya sudah dikemaskan. Darwis menghantar mereka berdua ke KLIA. Setengah jam lagi mereka akan masuk ke balai pelepasan.

"Danny..jaga diri baik-baik. Jaga Rina.." Darwis peluk Danny erat. Entah kenapa sejak adiknya bernikah dengan Rina, perasaannya tidak pernah tenang. Danny masih tidak mahu percaya yang Rina adalah Irene.

"InsyaAllah bang."

"Rina...abang harap Rina ikhlas terima Danny. Benar..apa yang lepas biarlah lepas. Biarlah Allah yang membalasnya.." Darwis cuba berkias. Rina dipandang tajam. Dia cuba mencari riak Rina, kata-kata Aisya masih terngiang-ngiang di telinga. Apakah Rina akan membalas dendam pada Danny?

"Rina!! Tunggu akak!!"

Mereka bertiga menoleh ke satu arah. Kelihatan Aisya berlari anak ke arah mereka. Darwis senyum melihat gadis yang pernah bertakhta di hatinya. Namun, tidak mungkin dia bersama Aisya melihatkan keadaan sekarang ini. Dia harus berhati-hati. Walau berat mana pun dosa Danny, kesalahan Danny, Danny tetap adik kandungnya. Danny berhak mendapat keampunan dariNya.

"Sya.." Tegur Darwis sebaik Aisya tiba.

"Err..Darwis. Apa khabar?" Aisya senyum sekilas sebelum mengalih pandang pada Rina.


"Baik.." Sepatah jawab Darwis.

Darwis dan Danny hanya melihat Aisya menarik tangan Rina dan berjalan ke satu sudut agak jauh dari mereka. Tampak serius bicara Aisya ketika ini.

"Danny..kau harus hati-hati. Abang dapat rasa yang Rina akan lakukan sesuatu nanti. Dengar sini..kau kena percaya yang Rina tu adalah Irene. Abang kenal lenggok jalan dan cara dia bercakap.  Kau harus hati-hati." Banyak kali Darwis berpesan pada adik kembarnya.

"Abang..jangan bimbang. Rina tu perempuan. Apa sangatlah dia boleh buat. Dan apa yang abang cakap pasal Irene tu..saya rasa abang silap. Saya pun kenal Irene dan dia masih hilang. Kalau saya jumpa dia, saya nak minta maaf." Danny tunduk. Sesekali dia jenguk Rina yang serius berbual dengan Aisya.

"Terpulang pada kau. Tapi jangan ingat abang tak beri amaran. Abang sayangkan kau. Apa yang berlaku sekarang ni, abang sungguh gembira. Kau dah berubah baik. Ingat, jangan tinggal solat, zikir banyak-banyak. Semua tu boleh elak dari sihir. Ingat tu!" Pesan Darwis lagi.

"Apa abang ni? Sihir bagai?" Danny ketawa mengekek. Padanya kata-kata Darwis terasa lucu di telingannya.

"Kau kena ingat apa yang terjadi pada Dr. Razif, Jeff dan Zamrul. Hanya orang gila saja yang cuba cederakan diri sendiri." Darwis mengetap bibir. Geram melihat Danny masih tidak mahu percaya semua itu.

"Oklah bang. Apa-apa jelah.Saya pergi dulu. Dah ada annoucement tu." Danny angkat beg. Dia lambai pada Rina.


Danny dan Rina mula melangkah masuk ke balai pelepasan antarabangsa. Darwis dan Aisya masih berdiri di situ memerhati ke arah Danny dan Rina sehingga hilang dari pandangan.


"Sya..dah makan?" Tanya Darwis, dia masih mengharapkan gadis itu menerimanya.

"Kenapa?"

"Kalau belum, saya belanja. Rasanya dah lama kita tak makan bersama. "Darwis berbahasa. Dia faham jika Aisya menolak. Aisya sudah berubah sikap sejak Rina menjadi isteri Danny.

Aisya hanya mengangguk. Langkah diatur menuju ke sebuah restoran.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 12:36 AM | Show all posts

ni je? setelah sehari kau x hapdet?aku expect byk. aku ada speku tpi mls nk taip sini.kang menganggu mood org nk bca...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2015 06:43 AM | Show all posts
Esmiria replied at 12-8-2015 11:36 PM
ni je? setelah sehari kau x hapdet?aku expect byk. aku ada speku tpi mls nk taip sini.kang mengang ...

ya la..
bagi peluang kat penulis macam Es..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2015 07:04 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 13-8-2015 09:13 AM

MASING-MASING senyap menikmati juadah di atas meja. Semangkuk mee rebus di atas meja di hadapan Aisya tidak terusik. Darwis yang menyuap nasi ayam ke mulut terhenti aksinya.

"Sya..kenapa tak makan?"

Aisya mendongak, Darwis sedang merenungnya ketika ini. Wajah lelaki itu ditatap lembut. "Tak ada selera.."

"Sya..jangan macam ni. Nanti perut masuk angin. Makan sikit. Penat saya masak tau?" Gurau Darwis, bibirnya mengukir senyum.

Aisya yang tidak melemparkan senyuman tadi mula mengukir senyum. Masaklah sangat..

"Nah..makan sikit." Mangkuk mee rebus ditolak semakin rapat ke depan. Menyua kepada Aisya yang masih membatu duduk di depannya.

"Awak...saya minta maaf kalau selama ni saya  dingin dengan awak. Ada sebabnya. Saya sayangkan adik saya. Saya harap Danny dapat bahagiakan dia dan saya dah pesan kat Rina yang dia wajib patuh pada suami. " Aisya tunduk. Dalam hatinya masih merasa bimbang dengan Rina. Dari perbualannya tadi sebelum Rina berangkat, ternyata adiknya masih berdegil dan dari riak Rina seperti ada sesuatu yang akan berlaku.

"Baguslah kalau macam tu. Saya faham kalau Rina berdendam dengan Danny. Joe sudah beritahu semuanya pada saya. Saya hanya mampu berdoa pada Allah agar semuanya selamat. Saya juga berdoa agar Danny diberi peluang kedua." Ujar Darwis, menyambung kembali menyuap nasi ayam.

Aisya mula mengacau mee rebus dan disuap ke mulut. Darwis yang memaksanya tadi. Ikutkan perutnya, dia tidak ada selera walau sebutir nasi sekalipun. Apa yang dibualkan dengan Rina tadilah yang membuatkannya hilang selera.

"Oh ya, bagaimana dengan novel? Dah siap?" Teringat Darwis pada manuskrip Aisya dulu.

"Belum..tunggu pengakhirannya." Aisya berkata perlahan.

"Oh...nanti jangan lupa jemput saya masa nak launch nanti. Saya akan jadi tukang jurugambar." Tersenyum Darwis. Nasi dihabiskan. Tersandar kekenyangan.

Aisya turut tersenyum. Senang melihat sikap Darwis. Jauh bezanya dengan Danny. "InsyaAllah.."

Mereka berdua mula beredar dari kafe itu setelah mengisi perut menuju ke tempat letak kereta. Sampai di situ, mereka menaiki kereta masing-masing. Joe hanya memerhati dari dalam keretanya. Dia sebenarnya ingin melihat Rina tetapi hatinya melarang dari berbuat demikian. Rina sudah sah menjadi isteri Danny. Apa pula kata Danny bila melihat dia muncul di KLIA? Dia harus terima ketentuan Allah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2015 07:30 AM | Show all posts
#12



DI LONDON, Rina dan Danny sudah pun sampai di sebuah hotel. Perjalanan selama 13 jam di dalam kapalterbang cukup memenatkan. Namun bagi Rina dan Danny, mereka sudah biasa dengan keadaan itu. Sepanjang perjalanan, hati Rina terusik semula. Jiwanya kembali kacau. Dia akan kembali ke tempat pahit. Tempat yang meninggalkan memori hitam dalam hidupnya. Untuk kali ini, dia terpaksa gagahi juga untuk tidak terlalu mengikut emosi dan perasaan itu harus dikawal supaya tidak disedari oleh Danny.

"Letak dulu beg kat situ. Jom, kita pergi makan. Abang dah lapar ni." Danny mengheret beg ke tepi dinding sebaik tiba di dalam bilik hotel.

"Baiklah.." Rina hanya menurut. Danny dipandang agak lama. Selama seminggu hidup bersama lelaki itu, dia masih mencari-cari sisi gelap lelaki itu. Namun tiada satu pun yang boleh membuatnya merasa curiga. Sekali lagi dia mengeluh.

"Apa kata, kita makan kat Malaysian Hall saja? Makanan kat situ sedap jugak. Masakan melayu." Ajak Danny seraya menarik tangan Rina dan beriringan berjalan menuju ke stesen keretapi bawah tanah.

"Saya pun pernah makan kat situ.." Rina menjawab perlahan.

Danny terhenti langkahnya. Dia mengerutkan kening. "Pernah makan?"


Rina tergamam. Entah kenapa terpacul mulutnya menjawab pertanyaan Danny tadi. Perlahan  dia menguntum senyum.  Dia juga inginkan perkara itu terbongkar sedikit demi sedikit. "Ya..kawan yang ajak makan kat sini."

"Maksud Rina? Datang melancong ke atau belajar kat sini?" Tanya Danny lagi, ingin tahu.

"Belajar.." Selamba Rina menjawab. Dia melihat riak Danny. Ada reaksi terkejut.

"Kat universiti mana?"

Rina tidak menjawab sebaliknya dia menarik lengan Danny menuju ke kafe Malaysia Hall dan mula mengambil makanan  di situ. Kelihatan ramai rakyat Malaysia yang sama-sama menikmati juadah di kafe itu. Ada yang kelihatan seperti pelajar dan ada juga yang sudah bekerja. Yang pasti, mereka semua kelihatan mesra antara satu sama lain. Matanya tertancap pada seseorang yang cukup dikenalinya. Ingin saja dia menegur tetapi bila mengingatkan kembali yang dirinya tidak seperti dulu, niatnya itu dibatalkan. Orang itu hanya diperhatikan dari jauh.

"Tengok siapa?" Danny perasan dari tadi Rina asyik melihat ke arah seseorang. Melilau dia mencari.

"Tak ada apa.." Rina kembali tunduk dan menjamah nasi berlaukkan ayam masak sos tiram bersama sayur sawi goreng.

Danny masih memandang ke sekitar kafe itu. Kebanyakannya pelajar dan juga yang sudah berusia, mungkin mereka bekerja di London. Matanya beralih pada Rina semula. Isterinya tidak lagi menoleh. Ralit mengunyah nasi. Dari tadi dia cuba mencari jawapan atas apa yang dijawab oleh Rina tadi. Bermakna Rina bukan pertama kali datang ke London. Saat ini terbayang pesanan Darwis tentang Rina. Wajah Rina diamati seketika. Dia perlu berhati-hati. Biarpun gadis itu sudah sah menjadi isterinya, dia juga tidak boleh meletakkan seratus peratus kepercayaan pada Rina. Raut wajah isterinya seperti sembunyikan sesuatu.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2015 09:49 AM | Show all posts

Ipo... Adakah rina akn jtuh cinta pda danny?.....



danny tu klo x dpt hidyh,dia akn terus rosakkn gdis..pk cmtulah rina
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2015 10:07 AM | Show all posts
SUDAH empat hari Danny dan Rina berada di bumi London. Selama empat hari itu, Rina yang mengikut kehendak Danny dan apa jua mereka lakukan dan ke mana jua mereka pergi, semuanya Danny yang tentukan. Sengaja Rina tidak mahu tunjuk sikap memberontak. Biarlah lelaki itu gembira dan puas bersamanya sebelum rancangannya dilaksanakan.

Rina menolak selimut dan berjalan ke beranda suite hotel sambil menikmati pemandangan kota London. Danny masih tidur lena. Otaknya ligat berfikir. Semakin hari hidup bersama Danny, semakin tidak keruan hati dan perasaannya. Antara dendam dan rasa sayang yang mula tumbuh dalam hati untuk lelaki itu. Muka diraup lama. Teringat zaman belajar dulu di kampus. Cintanya yang tumbuh pada Razif tiada bandingan. Itulah cinta yang paling suci hadir dalam diri untuk lelaki itu tapi sayang, cinta itu dikhianati dan rupanya Razif hanya berpura-pura melayannya sehinggalah satu hari dia diperangkap oleh Razif. Kononnya Razif ketika itu ingin membalas cintanya dan ingin bertemu di sebuah lobi hotel.

Siapa sangka, lelaki bijak, bakal bergelar doktor itu bertindak di luar jangkaannya. Dia dipaksa masuk ke dalam bilik hotel dan disuntik dengan sejenis dadah. Mata berpinar, badan terhoyong hayang akhirnya pengsan. Bila sedar, dia sudah berada di satu tempat di sekilingnya penuh dengan pokok besar dan yang paling terkejut, bajunya sudah koyak rabak. Kepala masih pening dan untuk kali kedua dia tidak sedarkan diri. Saat buka mata, dia sudah berada di tempat lain pula. Rupanya seorang lelaki telah menyelamatkannya dari hutan itu dan dibawa ke rumah itu. Lelaki bermana Jazlan itulah yang telah banyak berjasa padanya sehingga sanggup menahan maki hamun yang dihamburkan sepanjang dia meracau di dalam bilik dan lelaki itu jugalah yang telah berusaha mendapatkan tempat untuk di UM setelah dia tidak mahu lagi meneruskan pengajian di bumi UK.

Rina berpaling sebentar ke arah Danny yang masih nyenyak tidur di atas tilam empuk. Danny, kawan rapat Razif yang hanya menjadi pak turut. Sama juga seperti Jeff, Zamrul dan Kyle. Mereka berlima sering bertemu dan menghabiskan masa di kelab-kelab. Soal halal haram tiada dalam kamus hidup mereka. Silapnya juga kerana terlalu mengikut kata hati. Degil sendiri. Mengejar cinta Razif sedangkan dia sudah tahu sikap dan tingkahlaku Razif yang kasanova dan tidak pernah serius dengan mana-mana perempuan.

"Irene..kenapa kau nak balas dendam pada Danny? Dia tidak pernah rosakkan kau.."

Rina tersentak. Satu suara halus menerjah telinganya. Dia segera melihat Danny. Mana tahu kalau lelaki itu sudah terjaga dari tidurnya.

"Siapa yang bersuara? Danny elok je tidur kat situ?" Berkerut dahi Rina.

Rina merapati katil dan baring sebelah Danny. Wajah suaminya diperhatikan sejenak. Ada kejernihan. Memang benar, dia hanya rosak di tangan Razif tetapi perbuatan Razif disokong oleh Danny dan kawan-kawannya yang lain. Bermakna Danny juga bersekongkol dalam hal itu. Jeff, Kyle dan Zamrul pula hanya ketawa mengejek bila dengan bangga Razif mengaku telah merosakkannya dulu. Sakit hati dan marah, semua bercampur. Dia rosak bukan kerana kerelaannya tetapi dipaksa Razif dengan cara halus. Razif merosakkannya ketika dia pengsan dan foto tanpa seurat benang diambil untuk tujuan mengugutnya. Itu semua tidak dibantah oleh Danny dan yang lain. Dia dapat tahu semua itu bila Jazlan menghantarnya ke klinik.

Wajah Rina sudah berubah merah. Rasa geram dan sakit hati pada Danny sudah meluap-luap. Dia hanya menunggu masa saja untuk bertindak. Razif, Jeff dan Kyle sudah mati dan dia tidak mahu ambil tahu siapa dalang di sebalik kematian ngeri dan misteri mereka itu. Dalam benaknya, hanya tiga nama saja. Jazlan, Joe dan kakak Aisya sendiri. Selama ini dia hanya melayan perasaan sendiri, perasaan berkecamuk, kacau, buntu dan pernah menjadi sasau. Kali ini tiba gilirannya untuk bertindak. Mungkin apa yang dilakukan oleh Danny sekarang ini adalah satu kebohongan untuk mengaburi matanya. Lelaki seperti Danny memang pandai berlakon dan berpura-pura.

'Kau kena ingat Irene. Danny tidak bersalah. Dia sudah bertaubat'

Tersentak sekali lagi saat suara halus menerjah gegendang telinganya. Suara itu hilang begitu saja. Apakah dia berhalusinasi? Delusi? Atau hanya imaginasinya saja?? Rina tarik selimut dan selimut lingkup tubuhnya di sebelah Danny. Apa pun, dia perlu laksanakan rancangannya. Esok, dia bersama Danny akan ke tempat itu. Sengaja dia beritahu Danny itu adalah tempat rahsia, untuk beri kejutan pada Danny.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-8-2015 12:40 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 16-8-2015 11:10 AM

MENYUSURI jalan yang kiri kanan penuh dengan pemandangan menghijau cukup mendamaikan. Danny senyum melihat Rina seperti teruja melihat pemandangan sepanjang perjalanan ke tempat yang kononnya rahsia itu. Bila ditanya, dia hanya tahu melalui internet. Nasiblah dia tahu arah jalan ke situ. Namun sepanjang perjalanan hatinya tidak sedap. Jalan yang pernah dibawa oleh Razif dulu semasa mereka semua membuang Irene ke dalam hutan. Dia jeling Rina di sebelah yang sibuk melihat peta.

"Er....Rina, jauh lagi ke?" Soal Danny yang masih memandu. Kereta yang disewa itu dipandu mengikut arah jalan yang disebut oleh Rina.

"Dekat je.Kawasan tu cantik sangat." Rina tersenyum lebar walau dalam hati berperang dengan rasa benci pada lelaki itu yang kini sudah bergelar suami. Malan tadi, dia terjaga dari tidur dan tergamam melihat Danny berteleku di sejadah menangis tersedu-sedu. Terkesima melihat lelaki itu yang menangis sayu memohon keampunan. Sukar untuknya menilai sikap sebenar Danny. Kalau benar dia bertaubat, apakah rancangannya akan diteruskan? Kalau Danny hanya sekadar berlakon?

Kereta dipandu semakin laju dan membelok ke satu jalan kecil. Hati Danny sudah berdebar-debar. Dia masih ingat lagi jalan kecil itu walaupun ketika itu waktu malam. Razif dan Jeff berada di hadapan dan dia pula duduk di tempat duduk belakang dengan Irene yang masih pengsan. Zamrul dan Kyle pula menaiki kereta lain, mengikut mereka dari belakang.

"Ok, stop kat sini." Rani mengarahkan Danny berhenti.

Brek kereta ditarik dan Danny melihat sekitar. Dia menelan liur berkali-kali. Pucat mukanya ketika ini. Perlahan dia berpaling ke arah Rina yang sudah mula menapak keluar dari perut kereta. Dia membuang pandang pada sekitar semula. Hanya daun-daun kering berwarna merah dan kuning bertaburan atas rumput. Suasana kawasan itu agak suram ketika ini. Ya, kini dia pasti, tempat itulah Irene dibuang tanpa belas kasihan.

Perlahan Danny buka pintu kereta. Dia berdiri di tepi kereta sambil melihat Rina yang sudah berdiri di tepi sebatang pokok. Ada lorong kecil menuju ke hutan kecil itu. Rina diperhatikan lama. Isterinya jauh merenung ke tengah hutan melalui lorong kecil itu. Adakah Rina benar-benar Irene seperti yang Darwis beritahu padanya? Timbul teka teki dalam hati. Melihat gelagat isterinya ketika ini, terdetik persoalan itu. Danny meraup muka. Mungkin benar kata-kata Darwis. Rina adalah Irene. Dua wajah berbeza dalam jasad yang sama.

"Rina..ada apa kat sini?" Danny beranikan diri bertanya.

Rina pusingkan badannya dan memandang Danny yang masih berdiri di tepi kereta. Dia melemparkan senyuman hambar. Sekali lagi dia merasakan Danny hanya berpura-pura. Jadi, apa yang dilihat malam tadi adalah lakonan semata-mata. Bibir diketap kuat.

"Cantik tak tempat ni?" Rina bertanya soalan lain.

Danny melihat sekitar. Waktu siang memang cantik suasana di sini. Dengan daun berwarna merah dan kuning berguguran ke bumi, memenuhi setiap sudut ruang bumi dengan warna indah. Walau cuaca agak sejuk, keindahan tempat itu memang tidak dinafikan. Mungkin dia tidak perasan pada waktu malam.

"Inilah tempat yang paling cantik dan juga tempat yang paling hodoh!" Tinggi kali ini nada Rina.

Danny tersentak. Luas matanya melihat Rina yang sudah berubah tona dan nada. Dia hanya diam membisu di situ. Menunggu apa kata seterusnya dari mulut Rina. Tentu isterinya ingin meluahkan apa yang terbuku di hati, apa yang terpendam selama ini. Jika benar Rina adalah Irene, maka tidak mustahil semua itu akan keluar dari mulut Rina.

"Kau masih ingat tempat ni?" Tanya Rina lagi. Danny dilihat hanya membatu di tepi kereta.

Danny diam. Sinis nada Rina kali ini. Dia berzikir laju. Jantungnya berdegup kencang. Jika benar Rina yang menjadi dalang dalam hal kematian misteri kawan-kawannya, maka dia perlu bersedia. Ingat pada pesan Darwis supaya sentiasa berhati-hati.

"Di sinilah aku dihumban dan dibuang oleh manusia yang tak ada hati perut!!" jerit Rina dengan kuat.

Kini Danny pasti dan yakin kata-kata abangnya. Rina adalah Irene! Dia mula menapak ke arah Rina yang sudah menekup muka di perdu pokok. Daun yang gugur menyentuh lembut rambut ikal milik Rina.

"Irene.."Akhirnya Danny memanggil nama sebenar Rina.

"Baguslah kau dah tahu siapa aku!" Sinis Rina berkata. Danny dijeling tajam.

"Maafkan aku..maafkan aku.." Tubuh Rina dipeluk erat. Menitik air mata Danny saat mendengar pengakuan Rina. Sudah lama dia iingin bertemu dengan Irene. Ternyata Irene adalah isterinya sendiri yang sebelum ini dinafikan mati-matian.

"Lepaskan aku!" Tubuh Danny ditolak kasar. "Kau tak layak untuk hidup!"

Danny tunduk. Dia menyesal atas apa yang berlaku. Walaupun dia tak pernah sentuh Rina aka Irene dulu, dia juga bersubahat dengan Razif mengkhianati gadis itu sehingga tega membuang tubuh lemah dan tak bermaya itu di dalam hutan. Selepas itu ditinggalkan begitu sahaja tanpa ada rasa belas. Entah hidup entah mati. Mereka langsung tidak peduli. Malah tega juga mereka berlima menjalani kehidupan biasa seolah tiada apa yang berlaku.

"Irene...memang aku patut dihukum tapi percayalah aku menyesal. Aku kesal kerana mengikut kata Razif dulu." Danny mula mengaku. "Merata aku cari kau..aku nak minta maaf. Aku pergi ke kampung Senduduk tapi mereka cakap kau dah pindah.  Aku cari pula di KL, tak jumpa. Tak sangka, kau dah berubah macam ni." Danny meraup muka sekali lagi.

Rina diam. Tangannya digenggam kuat. Bibir diketap.

"Aku cari kau dengan Darwis. Aku hampir tidak boleh tidur memikirkan hal ni.Irene...please...forgive me." Rayu Danny

Panngg!! Satu penampar singgah ke pipi Danny.

"Mudah kau bercakap! Kau tahu kenapa wajah aku berubah??" Sekali lagi Rina meninggikan suara. Wajah Danny ditenung lama.

Danny menggosok pipinya yang terasa pedih dan melihat ke anak mata Rina yang sudah berkaca. Merona merah wajah Rina menahan marah.

"Aku hampir jadi gila lepas tu. Aku jadi sasau. Aku drop study kat UK dan sambung kat UM tapi jiwa aku kacau. Aku jadi sasau. Darwis...dia dekati aku kerana simpati dengan aku. Kisah aku dipaparkan dalam majalah UNIK tapi aku dihina lepas tu. Aku makin stress. Aku cuba bunuh diri!" Rina berhenti seketika dari berkata-kata. Terasa nafasnya turun naik ketika ini.

Danny terdiam mendengar luahan Rina. Sudah terbukti kini yang Rina adalah Irene. Terngiang kata-kata Darwis mengenai kisah Irene dalam majalah UNIK itu dulu.

"Aku hampir bunuh diri..." Kali ini Rina menyambung bicara dengan linangan air mata. Banyak kali dia mengesat titis jernih yang laju menitis ke pipi. "Aku ambil gunting dan rodok perut aku sendiri. Itu cubaan pertama aku..tapi sempat diselamatkan oleh  Joe. Kali kedua aku cuba bunuh diri, aku ingin tamatkan riwayat hidup aku dengan terjun dari balkoni. Jazlan pula datang selamatkan aku. Aku sempat ditarik. Kali ketiga, aku toreh muka aku sendiri. Joe juga yang datang selamatkan aku." Esakan Rina semakin kuat.

Danny meraup muka. Kini dia faham mengapa Rina berubah wajah dan apa yang berlaku pada Razif, Jeff dan Zamrul itulah juga yang berlaku pada Rina. Ternyata orang yang dendam itu menggunakan cara itu untuk membalas dendam.

"Aku tak heran kalau Razif, Jeff dan Zamrul mengalami benda yang sama macam yang aku pernah alami. Memang patut mereka terima padah macam tu. Hanya Zamrul saja yang liat nyawanya." Rina melepaskan nafas berat. Sisa air mata diseka perlahan. Nafas ditarik dalam-dalam.

"Jadi..kau bawa aku ke sini..kerana nak balas dendam?" Danny akhirnya membuka mulut.

Rina pandang Danny yang kini sudah bergelar suami kepadanya. Mata bersinar lelaki itu kini sudah redup. "Kau rasa?"

Danny melepaskan keluhan berat. Dia pasti Rina akan lunaskan rasa dendamnya selama ini. "Aku tak halang kau tapi kalau itu boleh buat kau rasa lega, boleh buat kau rasa gembira. Silakan.."

Rina ketawa terbahak-bahak. Tidak sangka begitu mudah Danny menyerah kalah. "Untuk pengetahuan kau, aku tak sekejam itu tapi aku bimbang...ada orang lain yang balas dendam bagi pihak aku.."

"Maksud kau?" Berkerut dahi Danny. Rina dipandang tidak berkelip.

"Aku masih ada rasa belas. Aku tahu..kita bukan sekadar hidup di dunia. Akhirat sana, kita akan lebih terseksa."Rina tunduk. Hatinya tersentuh melihat kejujuran Danny dan kini dia pasti semua yang dilakukan Danny, menangis di tikar sejadah adalah bukan lakonan. Padanya biar tuhan yang membalas segala kejahatan Danny dulu.

"Irene..." Danny peluk tubuh isterinya. Titis jernih menitik ke pipi.

Rina turut menangis dalam pelukan Danny. Segala rasa bercampur aduk dalam hatinya ketika ini. Saat bersedih begitu, matanya tertancap pada satu susuk tubuh di sebalik sebatang pokok. Susuk tubuh itu diamati. Dia menelan liur. Jazlan???

"Abang..jom kita balik." Rina segera menarik tangan Danny meninggalkan kawasan itu. Entah kenapa hatinya tidak sedap saat terpandang lelaki itu yang merenung tajam ke arah Danny. Kini dia pasti siapa dalang sebenar. Namun dia tidak salahkan lelaki itu. Joe adalah adik Jazlan dan dia sudah menolak cinta Joe kerana Danny. Itu punca Jazlan bertindak begitu barangkali.


JAZLAN tersenyum sinis. Nampaknya Rina sudah dikaburi oleh kebaikan yang ditonjolkan oleh Danny. Boleh saja dia melepaskan tembakan ke arah Danny tadi tetapi bukan itu caranya. Langkahnya diatur meninggalkan kawasan itu.





Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 01:12 PM | Show all posts
@Ipo sila sambung laju2 mcm ETS...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 01:20 PM | Show all posts
Ipo replied at 13-8-2015 12:40 PM
MENYUSURI jalan yang kiri kanan penuh dengan pemandangan menghijau cukup mendamaikan. Danny senyum m ...

i knew it!rina tkkn bunuh danny.untunglah danny.kau rosk2 kn org pahtu org maafkn.huhuhu.syoknya jdi laki.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2015 01:28 PM | Show all posts
#13



AISYA menatap skrin komputer. Bab akhir manuskrip itu dibaca dengan teliti. Sesekali dia meraup muka. Tidak sangka, pengakhirannya begitu. Manuskrip itu sudahpun siap dan sudah dibukukan. Sebelum dia menutup komputer, bab akhir itu dibaca sekali lagi.

Iris terjaga dari tidur. Terasa bilik itu dipenuhi asap putih. Bau kemenyan menyucuk hidung. Pantas Iris melihat ke sisi. Suaminya tidak ada di situ. Selimut ditolak kasar dan dia segera ke bilik air, mencari suaminya. Tiada. Langkahnya diatur ke beranda bilik hotel itu. Juga suaminya tiada di situ. Mata tertancap pada bulan mengambang di dada langit. Hatinya berdebar kuat.

"Darren!! Darren!!" laung Iris memanggil nama suaminya.

Tiada sahutan dari Darren. Berlari Iris keluar dari bilik hotel setelah dia menukar pakaian dan mencapai kunci kereta. Dia perlu cari suaminya yang sudah hilang. Dia tahu sesuatu sudah berlaku pada Darren. Di kaunter penyambut tetamu hotel itu, dia cuba bertanya pada pekerja di situ jika ternampak Darren. Salah seorang memberitahu yang dia ternampak Darren keluar seolah dipukau dan menahan sebuah teksi.

"Oh my god!" Berlari Iris ke tempat letak kereta dan dia juga tidak pasti ke mana dia harus pergi.

Malam itu Iris meredah ke mana saja mencari Darren yang tiba-tiba saja hilang. Pencariannya menemui jalan buntu. Hampir subuh dia kembali ke hotel dengan perasaan sedih. Darren sudah hilang tanpa jejak. Teresak-esak Iris menangis di bilik. Pagi itu dia mula mengemas pakaian. Dia perlu membuat laporan polis tentang kehilangan Darren. Jam sembilan pagi, Iris menuju ke balai polis. Usai membuat laporan, Iris kembali ke hotel semula. Dia perlu menunggu maklumbalas dari pihak polis. Penginapannya di hotel itu masih berbaki sehari lagi. Malam itu tidurnya tidak lena. Teringat asap putih dan bulan mengambang malam tadi. Mungkinkah itu semua ada kena mengena dengan kehilangan Darren??

SEPANJANGhari itu, Iris hanya ditemani air mata. Sudah buntu untuk dia mencari Darren. Telefon bimbitnya berdering kuat. Panggilan dari balai polis. Segera dia menjawab panggilan itu. Lega bila pihak polis sudah berjaya mengesan di mana Darren berada. Dia segera bersiap dan capai kunci kereta. Dia perlu ke tempat yang diberitahu oleh pihak polis untuk proses pengecaman.

Terkejut melihat tempat yang sama dia dan Darren bertemu dulu. Daun kering yang gugur memenuhi kawasan itu. Seorang pegawai polis mengajaknya ke satu sudut melalui lorong kecil. Dia mula menggeletar. Di situlah dia dicampak dan dibuang tanpa belas kasihan dulu. Sampai saja di satu perdu pokok, matanya tertancap pada satu susuk tubuh. Dia sangat kenal dengan pakaian yang membaluti tubuh lelaki itu.Lantas lelaki yang terbaring kaku dengan baju koyak rabak itu didekati. Terketar-ketar tangannya menyelak daun kering yang menutupi muka.

"Darren!!" Jeritan Iris bergema di seluruh hutan kecil itu. Meraung di sisi suaminya yang sudah terbaring kaku di situ.

Hujan gerimis mula membasahi bumi.


AISYA meraup muka. Tidak sanggup dia meneruskan bacaannya pada bab akhir itu. Komputer ditutup dan dia capai kunci kereta menuju ke satu tempat. Hari ini adalah hari pelancaran novel itu. Tepat jam tiga petang dia perlu sampai ke sana. Selepas itu dia akan ke satu tempat. Sudah dua bulan dia berulang alik ke situ. Itulah rutin hariannya sekarang ini.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 02:05 PM | Show all posts
teringat cerita, kat tv pon ada, penulisan pon ada..
kisah seorang penulis yg apa yg ditulisnya menjadi realiti..
seolah2 die menghidupkan jalan hidup sesorang..

soalan.. kenapa aisya menulis cerita berdasarkan apa yg benar2 terjadi kalau dia sendiri pon tak suka/ tak senang dgn apa yg terjadi? konsep 'sanggup buat apa saja utk dijadikan modal penulisan' kah?

joe, jazlan dan aisya sudah nampak lebih psiko dari irene yg trauma lalu psiko itu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2015 02:46 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 13-8-2015 01:05 PM
teringat cerita, kat tv pon ada, penulisan pon ada..
kisah seorang penulis yg apa yg ditulisnya men ...

hahaha soalan yang baik.

Aisya dah lama buat manuskrip tu..dan msa kejadian kawan danny mati tu..dia masih tidak tahu siapa dalang. Jadi dia teruskan..
hasil siasatan darwis dan pengakuan Joe dan Irene, dia tulis manuskrip tu..

pengakhirannya, dia masih tidak tahu..dia hanya menunggu masa untuk tamatkan citer tu..sehinggalah..babak bab akhir tu..
walau pahit dan tak suka sekalipun, hanya cara itu saja yang boleh dedahkan kepada umum siapa dalang sebenar dan siapa penjahat..dan macam mana Irene dikhianati..
bukan mencari publisiti atau bahan modal penulisan.....
cewah..macam aku pulak yang jadi Aisya..tolong jawab bagi pihak dia




cerita belum habis la..

ni aku skip jalan cerita..apa nak fikir seterusnya... satu post lagi tamat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2015 03:04 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 13-8-2015 02:24 PM

MAJLIS pelancaran novel bertajuk 'BONGKAR' itu berjalan dengan lancar. Ramai peminat Aisya datang untuk beri sokongan dan mendapatkan tandatangan penulis kesayangan mereka. Usai sesi autograf dan bergambar, Aisya mula mengemas meja dan bersiap untuk beredar dari situ. Dia perasan, Darwis turut hadir di majlis itu tadi. Sengaja dia tidak beritahu lelaki itu tentang majlis pelancaran novelnya.

"Sya..tahniah!" Darwis menghampiri Aisya yang sudah bersiap untuk meninggalkan kedai buku itu.

"Terima kasih. Awak belum baca lagi ke?" Soal Aisya pula.

"Belum. Awak juga yang kata 'suprise'kan?"

"Ya..kalau awak belum baca. Nah, saya hadiahkan satu untuk awak. Saya pergi dulu. Err..sebelum tu, maaf di atas kejadian yang menimpa Danny. Saya harap keluarga awak terima dengan hati terbuka. Polis sudah sahkan yang Rina tak bersalah. Saya turut bersimpati." Aisya mula mengatur langkah meninggalkan Darwis yang kaku berdiri di tepi rak buku.

Darwis masih diam memerhati Aisya berlalu pergi. Sebuah novel di tangannya dibuka perlahan. Mukasurat pertama dibaca. Ada tandatangan Aisya. Buku itu dibelek sekilas sebelum dimasukkan ke dalam beg sandang. Segera dia mengejar Aisya yang masih berjalan keluar dari kedai buku itu.

"Aisya!! Tunggu!!"

Aisya berpaling. Darwis berlari ke arahnya.

"Maaf..saya bukan nak ganggu awak. Saya hanya nak kepastian dari awak." Ujar Darwis termengah-mengah.

"Kepastian? Kepastian apa?"

"Lamaran saya minggu lepas.."

"Maaf Darwis. Anggaplah jodoh kita tak ada. Saya tak akan terpalit lagi dengan keluarga awak. Cukuplah dengan apa yang terjadi pada Irene. Dia dituduh bukan-bukan setelah kematian Danny sehingga dia tidak sanggup keluar rumah. Syukurlah pihak polis sudah buktikan yang Irene tak bersalah. Tiada bukti kukuh yang mensabitkan Irene sebagai pembunuh. Maaf..saya tak boleh teruskan hubungan ni. "Aisya berkata tegas.

"Saya faham. Kami sekeluarga terima dengan hati terbuka. Danny juga bersalah dalam hal ni. Kalau itu keputusan awak, saya tak boleh buat apa. Saya hanya mampu berdoa agar pintu hati awak terbuka untuk saya satu hari nanti. Cuma...saya nak tahu, sebelum Irene menjadi gila, dia ada beritahu siapa dalang kejadian kematian misteri tu?" Soal Darwis semula. Dia kecewa sebenarnya dengan sikap degil Aisya tapi bila difikirkan semula, kalau dia berada di tempat gadis itu pun, dia akan berbuat begitu.

"Segalanya ada dalam novel tu." Aisya segera meninggalkan Darwis.


MALAM yang sunyi ditemani bunyi cengkerik itu cukup membuatkan hati Darwis gelisah. Kata-kata Aisya tadi cukup membuat jantungnya tersentak. Sungguh keras hati gadis itu selama ini. Sejak dulu dia begitu mengharap cintanya berbalas. Novel pemberian Aisya tadi dibuka dan dibelek sekilas.

"Dia kata ada jawapan dalam ni.."

Halaman pertama dibuka. Dari bab satu dia beralih ke bab dua dan seterusnya. Setakat ini, hanya berkisar kisah hidup Irene di kampus dan ternyata Irene adalah gadis yang dimaksudkan oleh Danny. Sampai ke bab 20, Darwis tergamam.

'Iris mengambil gunting dari dalam laci lalu dirodok ke perut bertubi-tubi. Dalam keadaan berdarah parah itu, Iris menahan kesakitan sendiri. Matanya berpinar. Dalam keadaan begitu dia melihat satu susuk tubuh menerpa ke arahnya.
"Iris!! Apa kau buat ni??" John segera merampas gunting dari tangan Iris dan mencampak ke lantai.
Tubuh gadis itu didukung keluar dari bilik.'


"John??Jadi..selama ni..memang Joe kenal Irene??" Darwis meraup muka.

Dia meneruskan bacaannya. Dia pasti watak Iris adalah Irene dan John adalah Joe sebenarnya. Dari satu bab ke satu bab sebelum sekali lagi berhenti di satu perenggan.

'Jeremy memujuk John yang masih sugul. Dia harap John dapat terima ketentuan tuhan. Iris sudah bergelar isteri kepada Darren. Bukan salah mereka dalam hal ini. Iris yang tidak mengenang budi. Gadis itu seperti kacang lupakan kulit. Namun, dia merasa lega kerana dapat membalas dendam dengan cara yang sama pada kawan Darren. Seorang tukang sihir yang terkenal di daerah itu sudah melunaskan dendam Iris dan dia melakukan itu tanpa Iris sendiri ketahui.'

Darwis sekali lagi meraup muka. Dia pasti, watak Jeremy adalah Jazlan, abang kepada Joe. Patutlah kematian penuh Dr. Razif dan Jeff penuh misteri dan seperti dirasuk. Ternyata Jazlan menggunakan khidmat bomoh untuk melaksanakan semua itu. Dari pembacaannya tadi, semuanya dilakukan tatkala bulan mengambang.

Halaman terakhir dibelek. Dia tidak perlu lagi membaca semua bab dalam novel itu. Segalanya sudah jelas ditulis termasuk watak wartawan, Dannes. Wataknya sendiri yang digambarkan dalam novel itu cukup teliti orangnya dan sering mempunyai syak wasangka. Tak sangka juga, segala maklumat yang pernah diberi kepada Aisya dulu, dimasukkan dalam novel itu.


Bab akhir dibaca. Jantungnya berdegup kencang. Diulang baca sekali lagi sebelum novel itu ditutup. Darwis bingkas dari duduknya dan mundar mandir di dalam bilik. Kini dia tahu siapa dalang sebenar di sebalik kejadian itu. Ternyata bukan Jazlan yang diberi watak Jeremy.










TAMAT





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 03:23 PM | Show all posts
Ipo replied at 13-8-2015 03:04 PM
MAJLIS pelancaran novel bertajuk 'BONGKAR' itu berjalan dengan lancar. Ramai peminat Aisya datang un ...

yes..danny dh mati.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2015 03:51 PM | Show all posts
SAPA dalangnye?? tak koso den nak pk2 neh..
takkan aisya kot???
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 04:05 PM | Show all posts
Ipo replied at 13-8-2015 03:04 PM
MAJLIS pelancaran novel bertajuk 'BONGKAR' itu berjalan dengan lancar. Ramai peminat Aisya datang un ...

aisyala..sapa lagi
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 04:06 PM | Show all posts
Ipo replied at 13-8-2015 03:04 PM
MAJLIS pelancaran novel bertajuk 'BONGKAR' itu berjalan dengan lancar. Ramai peminat Aisya datang un ...

Napa ending camniiiiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 04:09 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 13-8-2015 03:51 PM
SAPA dalangnye?? tak koso den nak pk2 neh..
takkan aisya kot???

aisya.............ke joe?hmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.091035 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list