CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Clover_Hill

[SERAM BEST] MACAM-MACAM ADA...LATEST UPDATE:22/2/16

[Copy link]
Post time 22-12-2015 03:35 PM | Show all posts
puas merempit...........
kipidap TT...sambung lg crita...

tq jugak kpd yg tumpang story mori ...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2015 12:07 PM | Show all posts
sonok baca cite akak..sy pun dak ukm, duk kolej aminuddin baki. Alhamdulillah xde cite ape2 wpon duk bilik sorg. looking fwrd cite akak lagi. keep it up!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2015 09:47 PM | Show all posts
AryaStark replied at 23-12-2015 12:07 PM
sonok baca cite akak..sy pun dak ukm, duk kolej aminuddin baki. Alhamdulillah xde cite ape2 wpon duk ...

Syukurlah tak penah kena apa-apa kat Amin dulu..maybe kolej amin ni aman-aman aja kot..hihi..

Baidewei terima kasih sudi hinggap kat gobok akak ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2015 10:09 PM | Show all posts
Seakan saka malas ku dah mula kembali ke pangkal jalan jah ni...
Sementelah makin banyak cerita-cerita best mula bercambah kat mps ni..maaakiiiiiin syiok aku menjadi pembaca terid-terid orang.

Sementara saki baki rajin masih ada ni..di sini ku share kan cerita yang telah dibook marked sebelum ini.


Masa kat sinun dulu, rajin jugakla pegi jalan sana sini.
Selalunya aku dan hubby akan book travelodge jer sebab lebih murah. Lagi-lagi kalau booking 2-3 bulan lebih awal.
Boleh dapat £19.90 jerk semalam!

Penah satu kali masa cuti easter sajalah nak bawa anak-anak pegi London.
Tapi hotel yang betul-betul tengah London dah banyak yang fully booked.
Kalau ada pun mahai ya rabbi.
No option, pilih saja Travelodge London City ni yang lebih kurang 30 minit nak sampai ibukota.

Travelodge ni betul-betul bersebelahan dengan airport.
Bukan airport besar pun. Ala-ala LCCT gitu. Kecik jer pun.
Tapi cukup membingitkan telinga kalau bukak tingkap. Bunyi enjin kapalterbang kan..

So what happened?

Kitorang sampai pun dah nak senja.
Biasalah, dari rumah mestilah tuju ke destinasi penting dulu.
Hotel ni kira tempat nak mandi, tempat nak rehat dan tidur saja.
Selalu travelodge yang kami pegi jarang sangat bertingkat-tingkat.
Paling tinggi pun 3 tingkat saja.
Tapi yang travelodge ni banyak pulak tingkat dia.
Sampai tak terbilang haku. Yang kompem, lebih dari 3.

Bilik yang kitorang dapat tu pulak nuuuuun yang paling bawah sekali.
Masa heret luggage dah dapat rasa suram dan spookynya.
Anak aku (masa tu umur 4 tahun) dah mula ngomel-ngomel "I'm scared, mum.."
Aku buat dengar tak dengar jerk. Malas nak layan. Tambah dengan penat lagi. Biarkan saja.
Teruskan mengheret beg sampailah ke bilik yang dituju.

Swap pintu dengan kad, maka terbukalah ia.
Tingkap tertutup rapi, maklum saja musim dingin tapi muka dapat rasa seperti disapa angin.
Tak kuat sangat, tapi seakan dihembus. Aku diamkan lagi. Biarlah.
Sambil mulut baca apa yang patut, masuk.
Dalam otak, setkan..ni negara orang putih..takkan ada hantu jugak kot!? Ayat penyedap hati.

Hubby aku relaks saja. Buat muka takde efeks.
Mungkin dia juga keletihan. Yelah drive dari rumah dah 2 jam lebih baru sampai London.
Lepas park kereta kat Walthamstow station, kitorang naik train ke Victoria Station.
Banyak berjalan kaki dari naik kenderaan, maunya tak penat.
Dengan bawak beg sandang berkilo-kilo beratnya, sarat dengan makanan dan persalinan anak.
Mau runtuh jugak bahuku ini. Tapi nak berjalan punya pasal, gigihkan juga.

Macam biasa, lepas panaskan makanan yang dah siap dimasak dari rumah guna rice cooker, kami makan anak-beranak. Plan nak pegi ronda-ronda kawasan sekitar terpaksa dibatalkan. Cuaca agak sejuk beku di luar. Baik tidur saja, lagi syorga.

Lepas makan, borak-borak kejap. Sambil tu, aku ada berbisik pada cik hubby perasaan tak sedapku terhadap suasana bilik kami tu. Entah kenapa, rasa seram sejuk tak hilang dari awal masuk sampailah ke saat nak tidur.

"Alaa..perasaan saja tu. Kan sejuk di luar tu..Lepas selimut dengan duvet tebal ni, okla tu.." Cik hubby berbahasa bahasi tak nak aku terus terbuai dengan perasaan. Aku cuba pujuk hati, pejam mata nanti semuanya akan ok. Tapi rasa seram dan terasa seakan ada sesuatu memandang tu dapat aku rasa dengan kuat!

Jam 12 masing-masing  dah berkeroh. Aku jer yang belum lena. Entah kenapa susah betul mata ni nak lelap. Padahal kalau dikira dengan badan yang maha penat ni sepatutnya lama dah lena diulit intan.

Puas dipujuk tak mahu juga, aku bingkas bangun. Ke tandas ku tuju. Nak basuh muka dan buat apa yang patut. Selimut ku tolak, dan dalam samar lampu toilet aku bangun. Bila saja aku bangun, seakan nampak sekilas bayangan hitam bergerak dari kerusi di hujung dinding kiri seakan bangun juga. Terkebil-kebil aku seketika. Apakah itu? Arghh..bayangan aku sendiri barangkali. Tapi..kenapa jauh benar bayang ku sendiri? Di hujung sisi sana pulak?

Abaikan.

Masuk toilet dan selesaikan apa yang dihajati. Dalam kepala terfikir juga apa benda yang aku nampak tadi. Terus meremang bulu roma. Cepat-cepat basuh muka dan keluar. Laju jerk aku jalan menuju ke katil. Tapi rasa macam lambatnya nak sampai ke katil padahal hanya tiga empat langkah saja!

Terus tarik selimut dan cuba lelapkan kembali mata. Haisshh..payahnya nak lena!

Dalam pada dok berperang dengan diri sendiri sekali lagi bayangan itu kembali ada. Kali ini dengan lebih jelas lagi. Aku terperasan bayangan itu seperti seorang wanita tua pertengahan 60-an, berambut pendek ala kerinting sedikit. Tapi muka tak nampak.Hanya bayang, memandang tepat ke arah aku. Dari sudut yang sama, hujung dinding kiri, dekat dengan kerusi.

Aku makin tak keruan. Betul ke ni..or aku sekadar berilusi? Tapi sekali lagi aku berperang dengan diri sendiri, mimpi apanya aku baru balik dari toilet. Lainlah kalau aku baru tersedar dari mimpi.


Agak lama benda tu berdiri di situ seakan terus memerhati. Mulut aku tak henti-henti kumat kamit baca ayat kursi, 3 qul. Mana ayat lain yang aku ingat, aku baca. Tunggang langgang, gasak. Janji baca. Dalam hati berdoa, janganlah dia mai sapa "hellooooo" kat aku. Mana mau lari? Nak kejutkan hubby, dia ni jenis kalau tengah berkeroh tu makan minit jugak baru nak bangkit. Mujur juga anak-anak terus lena. Buatnya 'dia' cuit anak aku yang kecik tu, mau melalak jugak budak tu tengah-tengah malam buta.

Dalam dok lintang pukang ayat yang ku baca, at last benda tu hilang...Fuuushh..alhamdulillah..syukur. Aku yang jenis payah berpeluh ni kemain sakan berpeluh di dahi dan di muka. Walhal suhu sejuk ya amat, tapi boleh berpeluh. Heater yang kami pasang pun light saja, tak terlalu panas. Jadi potensi untuk berpeluh itu amatlah sedikit.

Rasa macam selamat, terus aku goyangkan badan cik hubby. "Bang..bangun bang..bangun..wake up pleaseeeeeee" Dan seperti yang aku jangka, dia tidur mati. Letih aku kejut, sampai ke sudah tak bangun-bangun. Kena pukau ke hapa dia ni??

Malas nak buang masa, aku terus tarik selimut. Bungkus kepala sekali kali ni. Tak tahu pukul berapa aku terlena. Sedar-sedar jam dah pukul 5.

Esok siang lepas check out, baru aku berani buka cerita. Dari A sampai Z aku cerita. Laki aku diam khusyuk mendengar. Takder respond betul dia nih. Sakit hati aku. Letih cerita tapi orang tak percaya.

Dalam kereta lepas dah berlalu meninggalkan kawasan tu, baru cik hubby bersuara.

"Abang tahu bilik tu macam ada benda. Mula-mula masuk tu abang dah rasa. Tapi takdela abang cerita. Kang awak bising nak balik rumah terus karang, abang tak larat dah nak drive!"

owh dia tahu rupanya. Cishhhhh sungguh.


Tu jela satu-satunya hotel yang sedikit spooky. Yang lain-lain ok saja..Saja kot nak tunjuk, kasik sangkalkan dakwaan aku yang kata "mana ada hantu negara orang putih ni.."

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Weiiiiii tatut aku baca citer kau CH kejammmmmmmmmmmm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2015 10:57 PM | Show all posts
zira_blackjack replied at 23-12-2015 10:54 PM
Weiiiiii tatut aku baca citer kau CH kejammmmmmmmmmmm

Uikssssssssssssss...dah baca tu kenapa?
Kang tak siap story ko kang..
jangan sia-siakan langukanku  menunggu next story ko ni zira...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2015 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Clover_Hill replied at 23-12-2015 10:57 PM
Uikssssssssssssss...dah baca tu kenapa?
Kang tak siap story ko kang..
jangan sia-siakan languk ...

Story gua sudah taip maa tapi tangan sudah manyak lenguh huhuhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2015 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
zira_blackjack replied at 23-12-2015 11:20 PM
Story gua sudah taip maa tapi tangan sudah manyak lenguh huhuhuhu

Kiv jap lenguh tu..kasik publish dulu bahhh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2015 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Alaaaaaa... bila mau hapdet ni hakak ku semua....
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2015 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Sementara nak menunggu next story sy nk cter story sy plk... xtau ler ape sy rase ni benda tu atau bukan..

Sy ni staff nurse.. tp bukan kerja kt spital.. kerja private nurse je.. sblm ni shift siang.. tp since patient sy jatuh 2x (bukan dlm jagaan sy) ank dia yg dok obesea mntak jga bapak dia mlm shja.. maka every week la den ni mnghadap keje malam.. naseb la bujang.. huuuu.. dan gigih jugak la bce story mory korang sumer malam.. takot best gitu..

Mase mula kerja ade la 2,3 kali mimpi aneh.. mimpi benda alah 2.. tapi buat bodo jela.. yg peliknya ada lebam kdg kt kaki.. nak sedapkan ht punya psal kita abaikan jela.. lupa nk ckp patient yg sy jga ni bangsa cina.. dduk sorg.. ank yg len ada.. tp ade la msalah sket.. so xde sape nk tgkkn..

Nak d jadikan cerita.. uncle a.k.a patient ni sruh sy tidur dlm bilik ank dia yg dduk kt obersea 2.. xde la nmpak huduh sgt sy melepek kt sofa smpai pagi..

Bilik ni nak kate seram boleh la.. mata ni kekadang suka sangat perati bilik ni.. xtau la nape.. so nk d jadikan crita mse mula masok kje sy ade dgr bunyi ank kucing ats bumbung umah uncle ni.. gigih la p panjat tgk.. mmg ade ank kucing.. iktkn da lame dgr dia mnngis.. dari arah dapur smpai la ke bumbung depan.. sy pn nekad ler panjat amek.. pnjam susu lembu uncle ni bg susu.. kesian kelaparan barangkali.. lpas 2 sy letak dlm kotak dlm blik yg bakal sy tido kejap lg.. (mlas nk pnjat blik sbnrnya.. hehehe)

bila da makesure uncle da tidur nyenyak sy pn pergilah masok blik nk lelap menunggu subuh.. sbb uncle ni bangun pagi.. kol 6 da bngn tuk bekpes.. so sblm nk ralit mata 2 belek la fb.. godek sgla godek smpai la trlelap.. xbrape lame lpas 2 dgr mcm bunyi org bce surat khabar.. makin lame makin kuat pulak dia selak surat khabar 2.. mula mlas la nk hiraukan.. (lupa dri seketika yg kita ni tgh bkerja) tp makin biar lg dia bnyi kuat.. pastunya berdialog sndrian la dlm kpla.. uncle ni da bngn ke.. (uncle ni bole je bjlan.. sht je.. cme ank dia mntak pmantauan je..)
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2015 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Maka dengan itu bangun la jugak nk p jenguk.. dlm kpla xfkir pape pn selain dri uncle ni.. bila bngn tgk ruang tamu ksong je.. so fikir mngkin dia dlm bilik dia la kot.. lpas 2 jenguk la dlm bilik.. heran.. tgk uncle kemain nyenyak lagi tido dengan bilik yg aman sejuk.. mau idaknya.. kipas on, a/c on.. lpas 2 sy abaikn jela..

teringat plk psal ank kucing ni td.. mngkin dia la kot dok main surat khbar.. kali ni pelik kali kedua.. kucing 2 molep je tido sperti mana letakkn dia dlm kotak awl td..

So mlas nk kerah otak ape yg d dgr makanya masok jela blik td bukak surah yassin.. kebil mata lame ketiduran smpai la subuh..

2nd day...

Still bilik yg sme.. slesai je uncle ni nyenyak tido, sy pn melepak la dlm blik.. men hp.. bkk fb.. bkk ig.. pastu xnk bana fruit two times pnya pasal psng la surah yassin siap.. dok setting repeat je surah 2.. lme trlena.. (kbiasaanya sy ni mmg jenis musang sket.. bole xtido mlm smpai keesokkan harinya.. tapi da bkk surah yassin ni skjap je ley lena)

Bila da trlelap 2 tbe trkejut dgr mcm org mnjerit.. tp bila amati dgr mcm kucing tgh gado.. tp bnyi dia nyaring.. bkk tingkap tgk xde pape pn.. pastu abaikn jela.. bila baring blik dgr pulak ats siling dkt ruang tamu 2 mcm bnda berlari.. dentam dentum.. klu nk kte kucing 2 mstahil.. sbb baby lg kot.. ade la dlm 1bulan/2bulan cmtu.. nk kte mak dia.. lg pelik.. sbb dri start kje mlm kucing 2 slalu melalak je.. bila feed dgn susu mmg gelojoh abes la.. dri cikeding smpai bulat perut dia sy feed.. huuuu.. gitu la extra job yg sy buat..

Ape pn jd mlas nk fkir sgt.. buat donno je.. smpai la trtido blik.. esok dan hari seterusnya xde dah tido dlm blik 2.. melepek kt sofa jela.. bila uncle tnya knp xtido dlm blik, y just ckp bnyak nyamok.. baik tido lua.. (xmasok akal sggh alasan.. mcm kt hall xde nyamuk..)

Lepas 2 xde lagi da dgr bkn.. ank kucing 2 pn anta ke kg.. sbb uncle ni xbrape bkenan sbnrnya.. cuma baru ni xtau la klu 'benda' tu cuba mnonjolkn dri dia pd sy scara xsngaja..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2015 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Haniesarian replied at 25-12-2015 10:51 PM
Sementara nak menunggu next story sy nk cter story sy plk... xtau ler ape sy rase ni benda tu atau b ...

Dah baca kisah tt yg terbaru.. baca sekali kisah awk ni.. baru publish je... smbung yee.. hihi
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2015 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
bunga_lestari replied at 25-12-2015 11:06 PM
Dah baca kisah tt yg terbaru.. baca sekali kisah awk ni.. baru publish je... smbung yee.. hihi

Nanti sy cerita yer.. seram sejuk pulak bila cerita kisah td 2.. huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2015 04:57 AM From the mobile phone | Show all posts
sabar menanti tt update..nasib baik ade selingan
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2015 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Smbng lgi ea
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2015 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
M@@_wee replied at 26-12-2015 11:35 PM
Smbng lgi ea

Amboiii..segenap terid awok ade ye...

Yela yela..lps masak kang den sambong yo..

Smntara tu pi la rewang2 dulu naaa..hihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-12-2015 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
niqryanryanna replied at 26-12-2015 04:57 AM
sabar menanti tt update..nasib baik ade selingan

Fasobrul jamiilll...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2015 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Haniesarian replied at 26-12-2015 01:16 AM
Nanti sy cerita yer.. seram sejuk pulak bila cerita kisah td 2.. huhuhu

Thanks hanie for sharing marbeles story here.. keep it up
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2015 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Hehehe besh baca cerita soram2 uols2 no.

Kakak clober pun bz haaa. Kita lagi lahhh. Lama betul tak bukak porem. Ni dah buka baru dan nak bc semua story. Hikhikhik
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2015 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Peristiwa Kedua di Chamang, Pahang

Biasalah kalau pi camping, tak buat malam burung antu bukan camping namanya. Saya sbg urusetia kenalah incharge budak2 ni. Malam tu pengetua briefing dak2 ni dan program diteruskan mcm biasa.
Saya dan cikgu ikut trip pertama. So kena lah duk dalam hutan perhatikan dak2ni. Depa kena duduk dalam 2jam camtu bagi muhasabah sikit perangai masing2. Yelah kat sekolah dah terlwbih otai. Masuk hutan, kasik tarbiah sikit lah. Hehehe
Nak dijadikan cerita, baru je 1 jam masuk hutan. Ada sorang budak perempuan menjerit. Tak lama tu, sambung budak lain plak. Then jerit2 tu dah jadi mcm bersambung2 plak. Saya tak pi tgk sebab jaga budak trip pertama dan difahamkan yang menjerit tu trip kedua. Pengetua terus bagi arahan untuk tamatkan lagi awal.
Bila saya sampai kat tapak kem, tgk ada 4 5 orang budak perempuan kena histeria. Budak2 lain semua dah diasingkan. Cikgu HEM kitorang ni ada ilmu bab2 ni. So dia yg ubatkan budak2 ni dengan sorang lagi cikgu. Tak lama yg kena histeria tu . Dah dijsmpi2 budak2 ni okay. Cuma sorang ni je mcm keras sikit. Lama cikgu ni ubatkan. Lepas sejam stgh baru dia okay. Bagi dak ni rileks jap. Tanya cikgu tu nape dia payah benor nak baik, rupanya budak ni dah terpijak tanah ketua 'benda' tu. Tu yang dia hangin bebenor dengan budak tu. Budak ni asalnya sorang yang cot cet sokit mulutnya. Tapi lepas kejadian dia kena sampuk tu, dia jadi pendiam langsung. Kawan2 dia semua cakap dia bukan budak tu tapi orang lain. Haaaa nasiblah sapa yang tidur satu khemah dengan dia. Hehehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.162463 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list