CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: juliez

[Jenayah] #KimJongNam - Kim Chol Sah Jong Nam #1290

[Copy link]
Post time 22-2-2017 01:05 PM | Show all posts
dauswq replied at 22-2-2017 12:00 PM
IGP: Pegawai kedutaan Korea Utara antara suspek


OMG!!!

Katakanlah, kesemua suspek linked to Pemimpin Agung NK... whats next..??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2017 01:07 PM | Show all posts
aurora273 replied at 22-2-2017 01:05 PM
OMG!!!

Katakanlah, kesemua suspek linked to Pemimpin Agung NK... whats next..??

banned ummah NK masuk sni le...

hahah
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai sekarang ni aku tertanya-tanya, mcm mana perisik luar ni begitu berani buat jenayah terbuka kat airport?

Kenapa tak culik je saudara tiri Presiden NK tu pegi tpt sembunyi dan bunuh je?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 01:07 PM | Show all posts
mat_arof replied at 22-2-2017 12:31 PM
pertelagahan ni bahaya juga ye..

diplomat kedutaan Korea Utara pun di syaki terbabit..

rasenye dh abis evacuate
kecuali yg nak duduk sane..

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 01:09 PM | Show all posts
Lista replied at 22-2-2017 01:07 PM
Sampai sekarang ni aku tertanya-tanya, mcm mana perisik luar ni begitu berani buat jenayah terbuka k ...

kak rujuk benang  krisis diplomatik pyong yang  kuala lumpur tu
ade penjelasannye

kang kena marah dgn @Changa sbb asyik kena suap jek
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 01:11 PM | Show all posts
kiranya embassy kita kt north korea tu dh tutup la kan..

tp mengingatkan krisis kena kuar dr embassy cepat2 ni, tak thrill mcm filem Argo tu lak hehe

kan best diplomat kita tu bersembunyi kt embassy UK atau indonesia

fo sure, tindakan pantas kerajaan malaysia bawa balik duta tu sgt2 dihargai sblm north korea buat ugutan mcm revolusi iran dahulu kala, tak fikir apa2 terus cr duta2 amerika utk diorg execute
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2017 01:16 PM | Show all posts
Kuala Lumpur : Dua suspek wanita dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam sudah dilatih untuk melakukan jenayah berkenaan dan bukannya watak 'prank' seperti didakwa sebelum ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, dua wanita yang masing-masing berasal dari Vietnam dan Indonesia itu menerima arahan daripada empat lelaki Korea Utara yang kini sudah melarikan diri ke negara asal mereka.

Menurutnya, Siti Aisyah, 25 dan Doan Thi Huong, 29 tahu cecair berkenaan adalah beracun berikutan kedua - duanya pergi mencuci tangan selepas menekup muka si mati.

"Mereka pernah berlatih melakukan aksi yang sama di Pavilion, KLCC sebelum hari kejadian di KLIA2.

"Kita tidak percaya kedua-duanya diperangkap atau sedang berlakon seperti yang didakwa, semua orang sudah lihat CCTV yang tersebar dan mustahil ia sekadar lakonan, " katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 01:16 PM | Show all posts
aku rase next jd mangsa abg kim jong un yg duduk north korea skrg..
kakak dia dan adik pompuan dia sume ade jwtn tertinggi dlm military kecuali abg yg ni saje..



tak dinafikan, kim jong un lebih kejam dan sadis berbanding abahnye dulu, si kim jong il..
maybe on par dgn atuknya, kim il sung..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2017 01:17 PM | Show all posts
mel18 replied at 22-2-2017 01:07 PM
banned ummah NK masuk sni le...

hahah

choyyy!!! hahahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2017 01:17 PM | Show all posts
Changa replied at 22-2-2017 12:58 PM
http://www.thesundaily.my/news/2171036

sister.. kan akak dah syak cikki itu tahu jah apa yang m ...



So adakah sis kuat menyatakan 2 cikki tersebut spy NK?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru teringat kes skandal NK tengah tunggu pembayaran kat sebuah bank negara kita berkenaan transaksi pembelian senjata.

Baca kat blog chegubard dulu.

Rasa2nya takkan tutup embassy NK ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 01:20 PM | Show all posts
honeybee1802 replied at 22-2-2017 01:04 PM
Akak risau org yg suggest n psychiatrist gol kene tembak jua



Confirm kena tembak!
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 01:21 PM | Show all posts
Changa replied at 22-2-2017 04:58 AM
http://www.thesundaily.my/news/2171036

sister.. kan akak dah syak cikki itu tahu jah apa yang m ...

bukan di suruh la changga...mmg tu dah strategy asal diorg kalau busted that is their got away answer.
mcm dlm pilem2 spy. these 2 women pun fasih korean and english plus mother tounge..mmg direkruit utk jd spy pon.


Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 01:21 PM | Show all posts
Sepang: Duta Malaysia ke Korea Utara, Mohamad Nizan Mohamad tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 9.45 pagi tadi dengan pesawat Malaysia Airlines MH361 dari Beijing, China.

Mohamad Nizan dipanggil pulang oleh Wisma Putra berhubung kontroversi kes kematian abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam.

Bagaimanapun, usaha wartawan untuk menemubual Mohamad Nizan gagal kerana beliau dipercayai keluar dari KLIA menerusi laluan lain.

Lebih 20 wartawan dan jurugambar menanti Mohamad Nizan di beberapa laluan termasuk Balai Ketibaan Antarabangsa dan Balai Ketibaan Dalam Negeri masing-masing di tingkat tiga dan Bilik Khas Orang Kenamaan di tingkat lima, namun beliau tidak kelihatan keluar menerusi laluan berkenaan.

Sementara itu, jurucakap Wisma Putra mengesahkan Mohamad Nizan sudah dibawa keluar dari KLIA.

Menurutnya, pihaknya belum mendapat kepastian bila duta berkenaan akan dipanggil ke Wisma Putra untuk proses rundingan itu.

"Kami akan memaklumkan kepada media mengenai sebarang perkembangan terutama proses rundingan itu," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 01:24 PM | Show all posts
Nghia Bing (Vietnam): Keluarga wanita Vietnam yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam mengesahkan identitinya tetapi tidak percaya dia sengaja mengambil bahagian dalam pembunuhan itu.

Bercakap dari rumahnya di wilayah Nam Dinh, Doan Van Thanh, 63, mengesahkan Doan Thi Huong, 28, adalah anaknya namun tidak percaya dia mampu melakukan jenayah seperti itu.

"Bagaimana dia berani membuat sesuatu yang sangat mengejutkan itu?

"Dia takut dengan tikus dan kodok. Dia takkan berani melakukannya (pembunuhan)," katanya.

Van Thanh, seorang veteran Perang Vietnam yang terputus pergelangan kaki kanan akibat letupan periuk api berkata, polis melawatnya selepas Thi Juong ditahan bagi mengesahkan identiti selain menawar bantuan menjaga hak asasi.

Van Thanh berkata, anaknya meninggalkan kampung itu kira-kira 10 tahun lalu untuk menyambung pelajaran di sekolah farmasi di Hanoi dan kandang-kala pulang.

Thi Huong kali terakhir menemui keluarga ketika sambutan Tahun Baru Cina hujung Januari lalu apabila pulang selama lima hari.

Sementara itu, anak saudaranya, Dinh Thi Quyen, 18, mempercayai Thi Juong diperdaya mengambil bahagian dalam pembunuhan itu.

"Emak saudara saya seorang yang bagus dan baik tetapi senang percaya kepada orang lain.

"Saya percaya dia ditipu," katanya.

Thi Quyen berkata, Thi Huong memanggilnya pada 14 Februari lalu iaitu sehari selepas kejadian itu dan memintanya membeli kad prabayar telefon supaya dapat memindahkan nilai kad itu kepada kedai di Hanoi sebagai deposit bagi baju yang disukanya.

Thi Quyen berkata, dia membeli kad prabayar itu dan menghantar nombor ke Thi Huong namun tidak pasti jika kedai itu menerimanya.

Katanya, selepas mendapat tahu Thi Huong ditahan di Malaysia, ahli keluarga cuba menghubunginya tetapi gagal.

Thi Huong, seorang lagi suspek wanita Indonesia dan dua lelaki Korea Utara dan Malaysia ditahan Polis Diraja Malaysia berhubung kes pembunuhan Jong-nam.

Dalam kejadian 13 Februari lalu, Jong-nam yang juga abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un maut selepas dikatakan disembur dan ditekup dengan kain mengandungi cecair racun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

Media nasional Vietnam membuat laporan menyeluruh mengenai pembunuhan Jong-nam namun hanya melaporkan penahanan seorang warga Vietnam, kelmarin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2017 01:30 PM | Show all posts
dauswq replied at 22-2-2017 01:11 PM
kiranya embassy kita kt north korea tu dh tutup la kan..

tp mengingatkan krisis kena kuar dr emba ...



Kedubes indon & uk pun confirm tak berani nak sorok dorang. Kang tak pasal2 dgn dorang2 sekali kena tembak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-2-2017 01:31 PM | Show all posts
dauswq replied at 22-2-2017 01:07 PM
rasenye dh abis evacuate
kecuali yg nak duduk sane..



Habis satu kedubes ker balik? I thought duta je
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 01:31 PM | Show all posts
mel18 replied at 22-2-2017 01:04 PM
duta malaysia kat NK dh balikkan..kne panggil balik

okla tu..NK x leh nk ugut2 duta kita..heheh

duta dah balik..

staff di kedutaan pun dah balik ke semua?

rakyat kita yang ada di sana pun baik panggil balik

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2017 01:36 PM | Show all posts

Malaysian ambassador to North Korea arrives at KLIA




SEPANG: The Malaysian Ambassador to North Korea Mohamad Nizan Mohamad (pic), who was recalled to Kuala Lumpur last Monday for "consultations," arrived at the KL International Airport (KLIA) here Wedneday.

He arrived on Malaysia Airlines flight MH0361 from Beijing which touched down at 9.37am, but managed to avoid the press which had been waiting at the exit at the arrival hall and the VIP room.

Media representatives, who had been waiting since 6am, were later informed by the airport staff that Mohamad Nizan had left KLIA.

Last Monday, Wisma Putra recalled the ambassador in Pyongyang and ordered North Korea's ambassador to Malaysia, Kang Chol, to explain his remarks on the death of Kim Jong-nam, the half-brother of North Korean leader Kim Jong-un.

Kang Chol had claimed that the Malaysian Government had a hidden agenda and colluded with external powers in handling Jong-nam's death.

On Feb 13, Jong-nam was at the KL International Airport 2 (KLIA2) at about 8am, waiting for his flight to Macau, when two women attacked him, covering his face with a cloth laced with what is believed to be poison.

Jong-nam, who arrived in Malaysia from Macau on Feb 6, sought help at a customer service counter and was rushed to the Putrajaya Hospital, but died on the way. - Bernama


Read more at http://www.thestar.com.my/news/n ... lhV4dk6Q40RMqvBU.99
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 01:38 PM | Show all posts
mat_arof replied at 22-2-2017 01:31 PM
duta dah balik..

staff di kedutaan pun dah balik ke semua?

duta je balik

staff x balik2 lagi..uhuk2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.069909 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list