CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mr.kulop

MotoGP

 Close [Copy link]
Post time 6-5-2008 02:07 PM | Show all posts
aisey...stoner no 3 ler plak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2008 11:34 PM | Show all posts
Aku tlg timbulkan aka up kan thread ni. Td tgk gp monaco. Perghhh berdarah hidung tgk masa awal2 lap. Mmg ngeri habissss. Rossi mmg the doctor... Skill habis. Lorenzo mmg berbakat laaa. Sian stoner n pedrosa, lu xde nasib today. Yamaha rulessss
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2008 06:14 PM | Show all posts
Monday May 19, 2008
Italian Rossi reaches landmark with French GP victory
LE MANS: Valentino Rossi won the French Grand Prix yesterday to celebrate a record-equalling 90th victory and take the lead in the MotoGP world championship.

The Italian, who started from the second row on a rainy day, finished comfortably ahead of Spanish team-mate Jorge Lorenzo, cleared to race despite injuring both ankles in a crash in China two weeks ago.

American Colin Edwards completed a Yamaha sweep of the podium places with third.

Clowning around: Valentino Rossi jubilates on the podium after winning the French Grand Prix Sunday.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 08:18 PM | Show all posts
Decha masih tidak cergas



BERTENAGA...aksi hebat Decha di litar setiap kali
perlumbaan Supersports 600CC.





KETIADAAN juara bertahan, Decha Kraisart mungkin sedikit melegakan pencabarnya apabila disahkan masih tidak cergas untuk beraksi di perlumbaan pusingan kedua kategori Supersports 600cc pada Kejuaraan Grand Prix Motosikal Asia FIM Petronas Sprinta 2008 di Sirkit Antarabangsa Sentul, Jakarta, hujung minggu ini.

Pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha Thailand itu mengalami kecederaan tangan selepas terjatuh dari motosikal sewaktu menjalani sesi ujian bebas Sabtu menjelang perlumbaan pusingan pertama di litar sama, bulan lalu.

Kemalangan itu menyebabkan dia terpaksa menerima lima jahitan pada tangan kanannya, sekali gus menyebabkan Decha terlepas beraksi pada pusingan pertama dan kedua.

Pengurus pasukannya, Theerapong Sangthong, berkata Decha berada dalam keadaan stabil dan dia sedang proses pulih semula daripada kecederaan itu.

揇echa menjalani satu pembedahan pada 29 April lalu. Doktor mengatakan dia memerlukan tempoh antara dua hingga tiga bulan untuk sembuh sepenuhnya.

揇ia berharap dapat pulih lebih cepat untuk membolehkannya kembali beraksi bagi mempertahankan kejuaraan musim ini pada perlumbaan pusingan ketiga kejuaraan itu yang akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 27-29 Jun depan,
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2008 04:50 PM | Show all posts
Zamri cipta rekod baru




MOHD Zamri Baba memecahkan rekod pusingan kelayakan ketika sesi ujian masa acara SuperSports 600cc Kejuaraan Grand Prix Asia FIM Petronas Sprinta 2008 apabila mencatat masa terpantas terbaru, 1 minit 32.998 saat, di Sirkit Antarabangsa Sentul, Jakarta, semalam.

Catatan itu mengatasi rekod yang dicipta Toshiyuki Hamaguchi, 1:33.188s, tahun lalu.

Rakan sepasukan Zamri, Ahmad Fuad Baharudin yang turut memecahkan rekod Hamaguchi, melakukan 1:33.016s untuk menjadi pelumba kedua terpantas. Chalermpol Polamai dari Petronas Sprinta Yamaha Thailand, ketiga, 1:33.578s.

Zamri, 25, yang berhempas pulas untuk menyesuaikan diri dengan Yamaha R6 mengambil langkah berani apabila memaksimumkan gaya tunggangan dan menukar sproket bagi membolehkannya beraksi dengan menggunakan gear keenam.

揝elama ini saya berlumba dengan lima gear, tapi kali ini, saya menggunakan enam. Saya gembira kerana membuat tindakan yang betul kerana hasilnya begitu berbaloi,
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2008 09:35 AM | Show all posts
Championship leader Valentino Rossi won his seventh successive Italian grand prix

Valentino Rossi, seven time world champion, consolidated his MotoGP lead by cruising to his seventh consecutive Italian Grand Prix win at the Mugello circuit.





















:pompom: :pompom: :pompom:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2008 11:14 AM | Show all posts
beshnya rossi menang lg
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2008 11:41 AM | Show all posts

Reply #366 toaster's post

aku suker helmet dia   tee hee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2008 11:41 AM | Show all posts
Rossi terus hebat

ROSSI meraih kejuaraan ketujuh berturut-turut di GP
Itali semalam.

MUGELLO - Pelumba Fiat Yamaha, Valentino Rossi mengukuhkan kedudukannya sebagai pendahulu keseluruhan perlumbaan MotoGP apabila muncul juara pada Grand Prix (GP) Itali buat kali ketujuh berturut-turut semalam.

Juara dunia sebanyak lima kali itu bermula di petak pertama tetapi ketinggalan selepas pusingan pertama.
Begitupun, pelumba yang beraksi di hadapan penyokong sendiri itu kembali menguasai perlumbaan di Litar Mugello selepas pusingan keempat untuk menamatkan saingan dengan catatan masa 42 minit dan 31.153 saat.

Juara dunia, Casey Stoner yang menunggang motosikal Ducati pula di tempat kedua dengan catatan masa 42:33.354s sementara pelumba Sepanyol, Dani Pedrosa di tempat ketiga (42:36.02s).

Pelumba Honda, Alex de Angelis dari San Marino pula menamatkan perlumbaan di tempat keempat selepas turut memulakan aksi pada kedudukan yang sama.

"Seperti biasa, kemenangan ini memberikan satu kepuasan yang tidak terhingga kerana saya beraksi di hadapan penyokong sendiri," kata Rossi.

"Ramai penyokong saya yang turut hadir selain daripada keluarga dan rakan-rakan.
"Litar Mugello merupakan litar kegemaran saya dan saya gembira kerana berjaya menewaskan Casey dan Dani."

Rossi yang kini mencatat kemenangan ketiga berturut-turut selepas menjuarai GP Perancis dan China, terus kukuh di tangga teratas kejuaraan dengan mengumpul 122 mata, 12 mata di hadapan Pedrosa.

Rakan sepasukan Rossi, Jorge Lorenzo dari Sepanyol pula kekal di tempat ketiga dengan memperoleh 94 mata manakala Stoner di tempat keempat (76).

Dalam pada itu, pelumba Itali, Marco Simoncelli menjuarai kategori 250cc apabila mencatat masa 40:19.910s menewaskan dua pelumba Aprilia, Alex Debon serta Thomas Luthi.

Pelumba Itali, Simone Corsi yang menunggang motosikal Aprilia pula mengungguli kategori 125cc diikuti rakan sepasukannya, Gabor Talmacsi dari Hungary serta Pol Espargaro dari Sepanyol. - Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2008 09:37 AM | Show all posts
ulasan gp catalunya tadek ker?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 08:11 AM | Show all posts
MotoGP: Stoner tawan GP British

LONDON: Juara dunia dari Australia, Casey Stoner memenangi perlumbaan Grand Prix British, malam tadi, kemenangan pertamanya sejak Mac.

Stoner, yang memulakan perlumbaan di petak hadapan hanya kali kedua musim ini, melintas garisan penamat di depan pendahulu keseluruhan Valentino Rossi.

Pencabar terdekat penunggang Itali itu, Dani Pedrosa dari Sepanyol mara dari kedudukan kesembilan untuk menamatkan perlumbaan di tangga ketiga.


Pelumba Australia itu yang menunggang Ducati, tidak menunjukkan dia akan mengurangkan kelebihan miliknya dan menamatkan saingan 5.789 saat di depan Rossi untuk meraih bendera kemenangan pertama sejak perlumbaan pembuka tirai di Qatar.

Rossi meneruskan kedudukan di carta teratas mengatasi Pedrosa 11 mata di depan manakala Stoner naik mengatasi pelumba Sepanyol, Jorge Lorenzo di tempat ketiga, 45 mata di belakang juara empat itu selepas lapan perlumbaan. - Reuters
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 08:13 AM | Show all posts
Cabaran sengit di Sepang

SELEPAS dua pusingan hebat di Litar Antarabangsa Sentul, Jakarta, pusingan ketiga Grand Prix Asia FIM Petronas 2008 kini beralih ke Litar Antarabangsa Sepang (Litar Utara) hujung minggu ini.

Sebagai tambahan kepada dua kelas perlumbaan iaitu kategori SuperSports 600cc dan Underbone 115c, acara kali ini akan disokong dengan dua perlumbaan sokongan iaitu Cabaran Yamaha RXZ 135cc dan Piala Kawasaki.

Dalam kejohanan kelas perdana, SuperSports 600cc kesemua pencabar sekali lagi akan hadir ke Sepang bertarung untuk penghormatan sebagai juara.

Pengarah Promosi Two Wheels Motor Racing Sdn Bhd (TWMR) yang juga penganjur kejohanan, Ron Hogg menjangkakan pusingan ketiga Kejohanan akan menjadi medan pertempuran sengit.

揝aya pasti perlumbaan minggu ini akan menampilkan saingan lebih menarik dengan kehadiran pelumba-pelumba handalan seperti Decha Kraisart, Toshiyuki Hamaguchi dan Makoto Inagaki yang kembali beraksi.

揟anpa sebarang mata kejuaraan, saya percaya ketiga-tiga mereka akan berusaha lebih gigih bagi menebus kehampaan sebelumnya,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2008 08:51 AM | Show all posts
Zamri merendah diri

KUALA LUMPUR - Mohd. Zamri Baba mahu menggunakan kelebihan sebagai pendahulu kategori SuperSports 600cc untuk mengungguli pusingan ketiga perlumbaan motosikal FIM Asia Grand Prix 2008 di Litar Antarabangsa Sepang, hujung minggu ini.


Pelumba Petronas Sprinta Yamaha Malaysia itu berkata, kedudukan pendahulu memberi kelebihan untuknya memberikan cabaran positif kepada pelumba lain.

Bagaimanapun, pelumba berusia 25 tahun itu tidak mahu terlalu gah dengan status pendahulu sebaliknya berazam memberi sepenuh tumpuan kepada prestasi dan skil tunggangan.

"Memang ada kelebihan apabila mendahului pelumba lain dari segi kutipan mata.

''Tetapi saya tidak boleh leka kerana kedudukan tersebut boleh berubah apabila pelumba pilihan seperti juara lima kali, Toshiyuki Hamaguchi dan Makoto Inagaki kembali beraksi hujung minggu ini.

"Jika saya mampu mengatasi mereka di Sepang kelak, saya masih berpeluang mengekalkan kedudukan pendahulu keseluruhan,'' katanya.

Mohd. Zamri di tangga teratas dalam kategori SuperSports 600c dengan 57 mata, diikuti pelumba Suzuki IRC Umild AHRS, Ahmad Fadli (53) dan rakan sepasuka Zamri, Ahmad Fuad Baharudin (50).

Tambah Zamri, dia kini di landasan yang terbaik untuk menawan perlumbaan di Sepang.

''Saya berharap dapat menamatkan saingan di kelompok tiga teratas dan untuk itu saya perlu mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan untuk memberikan kelebihan kepada saya bagi mengatasi pencabar lain,'' katanya.

Sementara itu, para peminat boleh memperoleh tiket untuk menyaksikan perlumbaan pada harga RM20 di ejen-ejen tiket di Lembah Klang atau di Litar Sepang pada hari perlumbaan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2008 07:25 AM | Show all posts
Hamaguchi sambar petak pertama
Oleh Azidan Nahar

Ahmad Fuad pula memulakan perlumbaan di belakang pelumba Babie's Sports Racing itu

PELUMBA Jepun, Toshiyuki Hamaguchi akan memulakan perlumbaan kategori SuperSports 600cc di petak pendahulu di Pusingan 3 Kejuaraan Grand Prix Asia Petronas di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.


Hamaguchi hanya melakukan satu pusingan sewaktu pusingan kelayakan semalam tetapi catatannya pada sesi kelmarin - 1 minit 01.016 saat sudah cukup memberikannya kelebihan walaupun pasukannya, Babie's Sports Racing mengalami masalah enjin semalam.

Pelumba Petronas Sprinta Yamaha, Ahmad Fuad Baharudin mendominasi sesi kelayakan kedua semalam dengan masa 1:07.057s dan akan memulakan saingan sebenar hari ini di belakang Hamaguchi manakala Chalermpol Polamai (Petronas Sprinta Yamaha Thailand) ketiga dengan catatan 01:07.214s.

Bagi Fuad pula, walaupun dia gagal menyaingi masa yang dicatat pelumba Jepun itu, dia tetap gembira apabila berjaya mengurangkan 0.02s daripada catatannya sebelum ini.

"Jika saya menggunakan satu set tayar baru untuk sesi hari ini, saya yakin boleh melakukan lebih baik daripada Hamaguchi tetapi fokus utama saya ialah beraksi baik pada final.

"Sasaran saya ialah bermula dengan baik dan boleh mendahului secepat mungkin. Saya akan cuba untuk konsisten sepanjang perlumbaan," katanya.

Dalam kelas Underbone 115cc, Owie Nurhuda meneruskan dominasi pada sesi kelayakan kedua apabila mencatat rekod sepusingan terpantas kelayakan dengan masa 01:25.999s.

Dia akan bermula di petak depan sementara Mohd Iskandar Raduan dari pasukan Petronas Sprinta Raceline kedua dengan masa 01:26.089s.

Juara bertahan, Wahyu Widodo di tempat ketiga dengan catatan 01:26.098s.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2008 06:59 AM | Show all posts

GP Moto

SUKAN

Iskandar tebus kekecewaan

MOHD. Iskandar Raduan berjaya menebus kekecewaannya di Kota Bharu sebelum ini apabila muncul juara kategori Expert pada pusingan kelima Kejuaraan Cub Prix PETRONAS Sprinta AAM Malaysia yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Terengganu semalam.

Pelumba PETRONAS Sprinta Raceline itu menamatkan 15 pusingan dengan penuh bergaya apabila melepasi garisan penamat dengan catatan masa 10:53.846s, 6.529s mengatasi Ahmad Fazli Sham.

Fazli yang bermula di petak keenam pula tetap berpuas hati untuk muncul naib juara dengan masa 11:00.375s manakala Mohd. Zamri Baba (PETRONAS Sprinta Ah Hong) menduduki tempat ketiga dengan masa 11:02.450s.

Iskandar yang tewas kepada Fazli dengan 0.046s di Kota Bharu, jelas sekali gembira kerana berjaya menebus kehampaannya di Terengganu.

"Saya amat gembira dengan kemenangan ini kerana berjaya meraih kejayaan pertama dalam kategori expert selepas setahun mencubanya," katanya.

Dengan kemenangan ini, Iskandar melonjak ke tempat ketiga dalam kedudukan keseluruhan pelumba dengan 60 mata.

Manakala juara bertahan, Fazli masih mengekalkan penguasaannya dengan 102 mata, sementara Ahmad Fazrul Sham yang menduduki tempat keenam pada perlumbaan semalam, berada di tangga kedua dengan 71 mata.

Kedudukan pasukan Shell Advance Maju Motor Racing dalam kategori pasukan pula tidak tergugat dengan mengumpul 173 mata.

Tempat kedua pula masih menjadi milik pasukan PETRONAS Sprinta Raceline dengan 89 mata.Bagi kategori Novis pula, Abdul Muhaimin Roslan mencipta kejayaan keduanya musim ini apabila pelumba Shell Advance Maju Motor Racing itu menamatkan 12 pusingan dengan masa 9:41.912s.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2008 12:16 AM | Show all posts
Stoner rangkul kejuaraan hatrik
13/07/2008

SACHSENRING, Jerman 13 Julai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2008 06:47 AM | Show all posts
Fuad enggan toleh belakang



AKSI Fuad (depan) pada Kejuaraan Motosikal Grand Prix
Asia FIM Petronas 2008 baru-baru ini.




BUAT pertama kali dalam kariernya, Ahmad Fuad Baharudin memimpin kedudukan teratas dalam kategori SuperSports 600cc menjelang Kejuaraan Motosikal Grand Prix Asia FIM Petronas 2008 di Litar Johor hujung minggu ini.


Pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha Malaysia itu yang ketika ini mengumpul 90 mata, berazam melebarkan jurang dengan pencabar terdekatnya yang juga juara sebanyak lima kali, Toshiyuki Hamaguchi dari pasukan Babie's Sport Racing.

Fuad yang mula berlumba dalam kategori SuperSports 600cc pada tahun 2001, memiliki kelebihan lapan mata di hadapan rakan sepasukannya, Mohd. Zamri Baba yang menduduki tempat kedua, 18 mata meninggalkan pelumba Indonesia, M. Fadli dari pasukan Suzuki IRC Umild AHRS di tempat ketiga.

Begitupun Fuad tetap menganggap Hamaguchi sebagai pelumba yang perlu ditewaskan meskipun pelumba Jepun itu hanya mengumpul 50 mata dan menduduki tangga kelapan keseluruhan.

"Saya perlu mengelak daripada melakukan kesilapan yang sama pada perlumbaan sebelum ini di Sepang.

"Saya yakin Hamaguchi dan Makoto Inagaki akan menggunakan strategi yang sama di mana Inagaki akan memainkan peranan yang lebih besar untuk membantu Hamaguchi mengutip mata maksimum," kata pelumba berusia 29 tahun itu.

Tambah Fuad, dia tidak menolak kemungkinan mengenai peluangnya bergelar juara musim ini.

"Selepas beberapa tahun berlumba dalam kategori ini, tahun ini adalah peluang terbaik saya untuk memenangi gelaran juara.

"Saya perlu bekerja lebih keras untuk mencapai impian memenangi gelaran keseluruhan tahun ini.

"Dengan baki enam pusingan, saya akui bahawa perebutan gelaran masih terbuka dan saya tidak meletakkan situasi ketika ini sebagai jaminan," kata Fuad.

Bagi peminat tempatan yang tidak mahu ketinggalan menyaksikan aksi hebat pada Pusingan 4 ini, mereka boleh mendapatkan tiket pada harga RM20 di Litar Pasir Gudang, Johor dan 2,000 pengunjung pertama akan diberikan topi kejuaraan dan pelbagai cenderahati daripada penganjur.

Bagi yang berhasrat menyertai perlumbaan sokongan iaitu Piala Kawasaki, yuran penyertaan ialah RM100 sementara yuran bagi Underbone 115cc ialah RM165.

Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi Two Wheels Motor Racing Sdn. Bhd. di talian 03.8733 8787 atau layari laman www.fimasiangp.com.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2008 08:17 AM | Show all posts
Hamaguchi tepati ramalan di Johor


Oleh NASRI JAMALUDIN



HAMAGUCHI (depan)
akan bermula di petak
hadapan pada
perlumbaan hari ini.



PELUMBA pasukan Babie's Sport Racing, Toshiyuki Hamaguchi menepati ramalan awal apabila menduduki petak pertama pada saingan pusingan keempat Kejuaraan Grand Prix Asia FIM Petronas 2008 di Litar Johor semalam.

Hamaguchi mencatat masa terpantas 1 minit 34.48 saat pada sesi kelayakan kedua kategori SuperSports 600cc, lambat 18 saat berbanding catatannya pada sesi kelayakan pertama kelmarin.

Rakan sepasukan Hamaguchi, Makoto Inagaki turut cemelrang apabila meraih petak kedua dengan catatan terbaik 1 minit 34.79 saat.

Pelumba tempatan yang juga pendahulu keseluruhan, Ahmad Fuad Baharudin dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha Malaysia gagal menyaingi kehebatan kedua-dua pelumba dari negara matahari terbit itu setelah mengalami kekejangan apabila terjatuh pada selekoh kelima ketika sesi latihan bebas pada sebelah pagi.

Ahmad Fuad yang mengalami kesakitan pada bahagian tapak kaki hingga menyukarkan untuk menukar gear sekadar menduduki tempat ketiga dengan catatan 1 minit 36.18 saat, gagal memperbaiki masa sesi kelayakan pertama iaitu 1 minit 34.7 saat.

"Saya sukar untuk berjalan dan ketika sesi kelayakan kedua saya hanya ikut rentak pelumba lain.

"Bagaimanapun saya yakin dapat melontarkan saingan esok (hari ini) dan jentera juga berada dalam keadaan baik cuma memerlukan sedikit pelarasan pada supensi," kata Ahmad Fuad.

Sementara itu hasrat penonton untuk menyaksikan saingan sengit bagi kategori Underbone 115cc tidak kesampaian.

Ia berikutan sikap pelumba yang menunggang secara berhati-hati gara-gara hujan ketika sesi kelayakan kedua berlangsung.

Justeru, keputusan yang dicatat dalam pusingan kelayakan pertama kelmarin sudah cukup untuk Md. Edzuan Ab. Gani dari Motul YY Pang Racing Team menduduki tempat pertama dengan catatan masa terpantas 1 minit dan 58.26 saat berbanding catatan semalam 2 minit 08.35 saat.

Tempat kedua dan ketiga juga masih dihuni Ahmad Fazli Sham dari Shell Advance Maju Motor Racing (1 minit 58.40 saat) dan Sigit PD dari Umild Ubikers Yamaha (1 minit 58.08 saat).

Owie Nurhuda dari Indonesia yang dijangka memberikan saingan sengit kepada Md. Edzuan cuma menduduki tangga ke-28 daripada 29 pelumba yang akan bersaing hari ini.

Menurut Md. Edzuan, dalam sesi kelayakan kedua semalam dia lebih kepada menguji kemampuan jenteranya selain melihat skil pelumba lain.

"Bahagian injap motosikal saya telah dipertingkatkan bagi memberikan lebih kuasa ketika berada di gear tinggi.

"Saya akan memberikan yang terbaik, bagaimanapun saya perlu mengawasi pelumba lain terutamanya pelumba dari Indonesia," ujarnya.

Perlumbaan bagi kategori Underbone 115cc Perlumbaan Satu (10 pusingan) akan bermula pada 10.40 pagi ini dan Perlumbaan Dua akan berlangsung pada pukul 3 petang.

Manakala SuperSport 600cc Perlumbaan 1 (18 pusingan) bermula pada pukul 11.35 pagi dan Perlumbaan Dua pada pukul 3.55 petang

Litar Johor merupakan pusingan keempat sebelum dua lagi pusingan di Litar Antarabangsa Zhuhai, China pada 24 hingga 26 Oktober dan 28 hingga 30 November menentukan siapakah juara keseluruhan yang bagi kategori Supersport dan Underbone.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 12:03 PM | Show all posts
best la bang rossi menang tadi
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 12:10 PM | Show all posts
Rossi edges Stoner for first US win

Valentino Rossi extended his Moto GP championship lead after a fascinating duel with Casey Stoner saw him claim his maiden victory at the United States MotoGP at Laguna Seca.

There had been nothing to choose between the pair until Stoner rode into the gravel with eight laps remaining and although he managed to get back into the race, the Australian could not claw back the gap.

However, the duo had built up such a lead that the Ducati of Stoner was still able to finish ahead of Chris Vermeulen in third with Britain's James Toseland finishing ninth.

Yamaha's Rossi finished in 44minutes 04.01seconds ahead of Stoner in 44mins 17.31secs with last year's runner-up Vermeulen clocking 44:30.92.

The result sees Rossi take a 25-point lead over Stoner in the championship standings as the riders go into their four-week summer break before the next race in Brno.

With Dani Pedrosa injured, Stoner had been expected to narrow the gap on Rossi after dominating practice and qualifying.

However, Rossi overtook Stoner on the first lap and the pair were involved in a battle of their own.

It was impossible to call with one rider overtaking the other on a number of occasions and at times were even within touching distance.

However, it was Rossi who was dominant but on lap 24 Stoner got too close to his rival and was forced to slow down and go into the gravel.

His front wheel became stuck in a hole and the bike toppled over to rob the race of a dramatic finale and seal victory for Rossi who went on to take his first win at Laguna Seca.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.062055 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list