|
RIANZ PARADISE VOL. 58- VOTE ABPBH & LAGU2 BARU RIZ & NADIA DI RADIO2
[Copy link]
|
|
sambungan ni yg biasa2lah.....blm gaduh2 lagi
Seminggu kemudian setelah segala organ dalaman ku diperiksa secara teliti aku disahkan sihat cuma aku belum pandai mengimbang diri utk berdiri apa lagi berjln. Azam menghulurkan beberapa cenderamata utk para petugas yg tak pernah henti2 menjagaku beberapa bulan lamanya. Ada sebuah gubahan bunga besar diletakan di ats meja ward itu.
Ramai yg berpelukan dgnku dgn gembira sehingga ada yg mengalirkan air mata. Azam pula seolah begitu rapat dgn para doktor yg bertugas di situ mengucapkan terima kasih di atas khidmat yg amat cemerlang sehingga membawa ku pulang kembali ke pangkuannya.
Di rumah aku ditemani mertuaku yg rajin benar membantu aku utk berdiri dan berjln perlahan2 sambil memegang dinding. Leganya dpt makan spt biasa walaupun cuma makanan lembut utk menyenangkan system penghadaman. Suamiku pula sentiasa bersama. Kdg2 Azam membawa aku makan angin sekadar memandu kemana-mana selepas pulang dari kerja.
Sepanjang berada di rumah hampir dua minggu itu tak pernahpun sekali Azam bercakap dgnku ttg anak kami mahupun perempuan itu. Aku juga tdk mahu menyebutnya sekadar ingin menjaga hati kami berdua. Bila tiba masanya yg sesuai pasti akan ku leraikan semuanya.
Aku dapat merasakan hatinya kuat untukku, bukan kekasih pertamanya yg dicintai selama lima tahun itu. Aku akan pastikan Azam tahu yg juga mencintainya lebih banyak dari wanita itu walaupun kami hanya melaluinya tak sampaipun dua tahun.
"Aabang, nanti tolong bawa Ijah jumpa dentist, berbulan gigi Ijah tak bergosok" kataku pd nya.
"Eh, ada, pagi2 ada abg tgk nurse tu gosok" katanya
"Tp mcm tak bersih" kataku
"Nanti kita pegi sama-sama" katanya akhirnya.
"Boleh tak hujung minggu ni abg buat kenduri kesyukuran kat dewan tu, utk Ijah yg makin sihat, kenduri arwah utk anak kita yg dah pergi" ada sedikit sebak tp aku cuba mengawal perasaan. Azam memandang wajahku tanpa kata cuma mengangguk tanda faham.
Gembira bila ramai rakan taulan yg hadir di majlis kami. Melihat anak-anak kecil berlari teringat kpd anakku, perasaan sebak itu ku telan cepat2. Kesian suamiku tentu dia lebih bersedih dariku, dia tak berpeluang menatap wajah anaknya pun.
Mujurlah mak mertuaku bermurah hati meminjamkan Mak Chom untuk tinggal dgn kami buat sementara menjaga ku sehingga aku boleh berdikari semula. Apa sahaja yg dpt ku lakukan dgn tgn ku akan aku buat sendiri melainkan yg memerlukan aku berdiri dan berjalan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by blingblings at 21-1-2009 11:42 PM
sweet jumpa gmbar tu?
Tak tau camner nak cari; takder pun kat main page |
|
|
|
|
|
|
|
sambung sikit lg.....
Menemankan suamiku makan bersama-sama sudah memadai bagi ku. Sebulan berlalu kakiku sudah semakin betah berjalan di serata kawasan rumah. Makan minum suami, aku yg sediakan, pakaiannya terpaksa dihantar ke dobi agar siap diseterika. Letih kakiku kalau berdiri terlalu lama. Mak Chom hanya membuat kerja2 berat sedikit.
Mrs Fernandez kerap juga menjengukku berbincang2 berkenaan activiti2 persatuan yg telah lama tertinggal di samping bertanya khabar dan berbual-bual.
Di suatu malam selepas masuk tidur Azam menghulurkan aku sebuah kotak cantik berupa hadiah utk ku. Isinya sehelai baju tidur baru berwarna hitam. Dia mmg suka warna itu bukan sahaja untuk diriku tp juga untuknya. Aku tersenyum melihat gaun seksi itu, seakan memberiku signal atau menyatakan hasrat hatinya pula.
"Suka?" tanya Azam.
"Utk apa?" tanyaku pura2 hairan.
"Tak kan sayang tak rindukan abg?" begitu berterus terang pula Azam.
"La, ingatkan hadiah utk result SPM" kataku memandang terus ke matanya.
"Hadiah utk result SPM abg dah kasi" katanya
"Bila?"tanyaku
"Kan abg dah janji nak izinkan Ijah further study" katanya
"Tak tahupun" kataku pura2 tak mengerti.
"Betul juga, masa tu Ijah belum sedar lagi, sorry, abg lupa" dia teringatkan sesuatu.
"Thank you abang" kataku gembira.
"Sebelum Ijah sambung belajar, Ijah kena ambil lesen kereta dulu, dah cukup umur kan? Nanti senang nak berulang' katanya yg membuatkan aku makin terharu, cepatnya dia merancang utkku.
"Selama ni abg kahwin dgn budak tak cukup umurkah" Tanyaku tergelak mendengar kata2nya tadi. Cepat2 dia menafikan.
"Tak rasapun mcm tu" katanya sambil menjeling tajam
"Oh patutlah sampai tak menyempat-nyempat?" sengaja aku mengusiknya lagi.
"Itu semua salah mak abang, dia cakap Ijah dah habis sekolah, masa jumpa kat rumah Ijah tak nampak mcm budak2 sgt. Pasal Ijah tinggi kut, cantik lagi. Lepas kahwin baru terkejut alamak tak sampai tujuh belas tahun. Abg dok fikir mcm manalah nak ambil hati budak ni. Yg peliknya mcm mana abg boleh sayang kat Ijah secepat tu abg pun tak tahu. Abg bukannya jenis cepat suka kat org. Itu yg tak sabar-sabar tu. Sampai sekarang abg rasa menyesal dan bersalah sgt, kesian Ijah" ada ciuman lembut di dahiku.
"Lepas ni kita jgn fikir pasal anak lagi, abg nak Ijah sihat macam dulu, lepas Ijah dah betul2 bersedia nak jadi mama then kita plan" Kalau dulu aku mmg tak mahu anak dan terfikir psl anak tp hari ini aku seakan bersedia. Kesian pd Azam umurnya bukan muda lagi, tahun ni dia dah masuk tiga puluh satu tahun, tentu dia sudah tak sabar2 nak aku mengandung mcm dulu. Tp betul juga, tubuh badanku mungkin masih belum sihat benar, biarlah dulu, mungkin di tahun-tahun depan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sweetmm at 22-1-2009 12:01 AM
Tak tau camner nak cari; takder pun kat main page
hang ni manja lah...takpa nanti aku cari bg....anyway aku tak suka minahtu |
|
|
|
|
|
|
| |
|