|
Tiz Zaqyah Fan Club. (utk member: sila dftr di website rasmi k)
[Copy link]
|
|
TQ hijau..takyah den susah payah tgk seme part melodi kat web tv3 tu..ehehhe.. gigih ko |
|
|
|
|
|
|
|
363# missgirl
aku pun sket lgi miss nak tgk Melodi Raya ni. nasib bek sempt, lepas je Tiz ni, bru la jln pg braya. then, aku gigih lgi cr vid ni kat web tv3.
wakakakkaka. ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
364# hijau88
hijau...... vid NK guna lgu ketika cinta bertasbih tu..... ko yg buat ke...... best sgt![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
365# missgirl
ha'ah. ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Berita Harian HIP hari ni ade cite pasl TIZZ dan Remy |
|
|
|
|
|
|
|
369# atie_leo
ye ke? thanks. ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by hijau88 at 25-9-2009 10:08
Hikmah kontroversi
Oleh Zaidi Mohamad
Remy Ishak dan Tizz Zaqyah tidak mahu melatah dengan musibah dan gosip yang melanda diri
HIDUP ini kadang kala menjadi ruang terbaik untuk bermuhasabah diri. Orang kata kehidupan menjadi teman dan cermin terbaik untuk mengukur pengalaman sendiri. Lalu, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.
Sisi hidup ini juga ada kebarangkalian sama ada kita akan disukai atau sebaliknya. Itu lumrah yang harus ditelan, biar mungkin sedikit pahit untuk dilalui. Demikian juga dengan apa yang pernah dan sedang dilalui dua bakat pelapis, Remy Ishak dan Tizz Zaqyah.
Drama lakonan mereka, Nur Kasih yang disiarkan setiap Jumaat masih lagi bersiaran di TV3 jam 9 malam. Seiring dengan tempias populariti yang diterima mereka kini, ada saja dugaan dan cabaran yang datang tanpa diduga. Kontroversi yang tak disangka bertukar menjadi pengajaran terbaik.
Lihat saja dengan apa yang terjadi kepada Tizz apabila gambarnya berpakaian seksi mula tersebar. Malah ada pula yang mempersoal inikah realitinya watak gadis bertudung bernama Nuramina yang dipegangnya di dalam drama arahan Kabir Bhatia itu.
Perihal ini sering terjadi di kalangan artis apabila gambar lama yang disimpan di dalam laman sembang sosial tiba-tiba dikorek kembali dan terus memberi natijah negatif. Ia seperti menjerat diri kerana kelalaian sendiri atau mereka yang berkaitan.
Kata Tizz, apa yang sudah terjadi tidak mampu dielak lagi. Namun di sebalik kepahitan, pasti ada hikmah terselindung. Ia lebih membuatkan dirinya berhati-hati dalam setiap hayunan langkah yang disusun. Menjadi figura awam semestinya setiap gerak-geri akan diperhatikan.
“Saya sendiri tidak menjangka ia akan berlaku kerana itu gambar lama. Sewaktu mula-mula kecoh hal itu, saya tidak nafikan memang tertekan. Ia memberi kesan seperti berlaku kejutan budaya. Namun, saya tidak boleh terus statik begitu.
“Saya bergerak ke fasa lain yang lebih baik. Ambil yang jernih dan buang yang keruh. Saya tidak terlalu memikirkan sangat dan ini baru permulaan yang menjadi dinding mematangkan diri. Jauh lagi perjalanan saya,” kata Tizz yang akan beraya di Kuala Lumpur dan Seremban, Negeri Sembilan.
Menurut Tizz, dia tidak melihat watak bertudung yang dilakonnya seperti memakan diri. Sebaliknya, setiap tuntutan watak hanya interpretasi lakonan semata-mata cuma ada kalanya masyarakat mula tersalah tafsir menyangkakan imej itu adalah paparan realiti hidupnya.
“Di alam realiti, saya hanya menjadi diri sendiri. Bergaya mengikut keselesaan. Saya tidak menafikan gambar yang tersebar itu adalah saya. Dengan apa yang terjadi ini, saya akan cuba untuk berhati-hati terutamanya dalam soal berpakaian supaya tidak keterlaluan dan menjolok mata.
“Saya harap masyarakat di luar sana tidak menghakimi saya terhadap publisiti murahan atau sesuatu benda yang tidak elok, sebaliknya, nilailah bakat yang saya ingin kongsi dalam bidang seni,” katanya yang sambil berseloroh tidak pernah memikirkan akan timbul bibit-bibit cinta lokasi dengan Remy Ishak.
Sementara itu, Remy yang lebih dulu ‘makan garam’ daripada Tizz, juga tidak pernah ketinggalan berdepan dengan kontroversi. Bermula dengan dikatakan kononnya bersikap acuh tak acuh dengan pihak wartawan dan sukar memberikan kerjasama.
Malah, sisi peribadinya mula diselongkar. Hubungannya dengan Ummi Nazeera yang kononnya baru saja menguntum ketika sama-sama terbabit dengan drama Awan Dania musim pertama dikatakan sudah berakhir. Pada masa yang sama, timbul cerita kononnya kekasih Remy bukan di kalangan artis mula berendam air mata. Macam-macam, tapi ini bayaran yang harus diterima selepas membabitkan diri dalam liga seni.
“Saya sendiri tak duga dan sangka kontroversi datang dalam hidup saya. Kontroversi bukan sesuatu yang diminta dan jauh sekali dirancang. Bukan kuasa saya untuk menghalang perkara ini daripada berterusan. Kontroversi saya sifatkan sebagai kurang enak dan ia bukan perkara yang tidak bagus.
“Biasalah apabila perkara remeh mula diperbesar-besarkan hingga wujud persepsi yang kurang elok di kalangan masyarakat. Menjadi selebriti memang elemen itu sukar dijauhi. Tapi pada akhirnya, ia menjadi azimat berguna yang lebih mematangkan kita. Kalau boleh saya nak kurangkan kontroversi dan tingkatkan prestasi sebagai pelakon,” katanya yang beraya di Melaka (Masjid Tanah dan Paya Rumput).
Tahun ini tahun keempat Remy menyambut Syawal sebagai artis. Sedari awal lagi, Remy sudah menempah dua pasang baju Melayu dan seperti kelazimannya sebagai pangkat anak dia membuat persiapan untuk ibu dan keluarganya.
“Biarpun ibu bapa sudah tidak bersama, saya masih beraya di rumah masing-masing. Itu sudah menjadi kebiasaan saya dan adik beradik pada musim raya. Selepas bercuti raya, saya kembali ke ibu kota untuk meneruskan projek teater Natrah arahan Erma Fatima,” katanya yang muncul dengan telefilem raya arahan Rashid Sibir bagi siaran Astro berjudul Pulangkan.
Menerusi teater Natrah, Remy sekali lagi digandingkan dengan Diana Danielle. Nampaknya ‘jodoh’ mereka begitu kuat melekat. Telefilem Gondoruwo yang akan disiarkan di TV3 menjadi saksi pertama yang menyatukan mereka.
“Kemudian rezeki kami bersama datang lagi apabila dilantik menjadi duta jenama kasut Bata untuk tempoh dua bulan. Alih-alih selepas telefilem Gondoruwo, kami disatukan lagi dalam teater Natrah yang akan dipentaskan di Istana Budaya.
“Saya senang bekerjasama dengan D (panggilan untuk Diana Danielle). Dia jenis yang selamba dan ringkas. Kami senang bertukar pendapat dan berkongsi perbincangan. Kami boleh cepat serasi,” katanya yang memberitahu filem pertama, Akuarium Cinta arahan Osman Ali yang tergendala pembikinannya akan disambung juga akhirnya. Malah, Remy turut akan terbabit dengan filem Jula Juli arahan pengarah yang sama.
kredit to: Bharian online. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
thanks hijau..sbb tepek.. |
|
|
|
|
|
|
|
wah... cantek la... thank u vry much. ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
herm... apsl Tizz ek? pttnya Tiz je... 1 je Z tu.
huhu. |
|
|
|
|
|
|
|
hahaa.. tetiba tukar ejaan kan..
salah si repots kot..
tp..tiz tak approve pon fb lama dah....hurm...![](static/image/smiley/default/3sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
thanks hijau gan caca atas tempekan....... depa berdua nie mmg nampak padn biler bergambar berdua dua2 sweet |
|
|
|
|
|
|
| |
|