|
Reply 261# Gabot
lagu da banyak di upload kat utube....
cari sajork....ehehehh |
|
|
|
|
|
|
|
best best... dari 5 bintang boleh la bagi 4 setengah.. lagipun cerita melayu guna cgi nie memang leh kira ngan jari.. seronok tgk berpuluh puluh maya karin (puteri bunian ke?).. cayalah adik beradik kru... hidup cgi |
|
|
|
|
|
|
|
Saya dah nonton minggu lepas. Best gak movie ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 279# codenamekidz
bro ni versi rakam rompak punyer...
|
|
|
|
|
|
|
|
watak mahsuri tu rase nyr mcm tak perlu pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak cari mp3 lagu m.nasir tu..ada sapa2 ada tak??aku suka la lagu tu....... |
|
|
|
|
|
|
|
cerita ni niat atau idea dia sangat bagus..cuma dr segi direalisasikan tak brapa nk URMMPHHH!! skit..watak nenek kebayan(ziana zain)mcm wat2 jahat..x brapa nk menjadi..maybe filem ni target for kids n humor movies..two thumbs up utk ideal sahaja..suka KRU PRODUCTION nye filem..sbb diorang ni ideal kreatif..cuma diorang dr segi CGI not really good..maybe staff animation xbyk org kot yg power2 |
|
|
|
|
|
|
|
wah bestnya... tapi kat sini takder panggung wayang.. waaaaaaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
dh tgok sabtu lpas...
ok la film ni...lain dari yg lain..
ala film muzikal kan dh lama ade...
filem melayu dulu2 pon ade gak nyanyi2.
sama la tu.
scene paling lawak masa bendahara sabri yunos komen pasal puteri gunung ledang tu...
filem yg wat aku x tertido dalam panggung. walaupn hari tu aku penat giler.
masa raya aku gi tgok senario asam garam, mmg tertido. tau2 cite dh nk abes |
|
|
|
|
|
|
|
tanda
nak komen lepas tgk kang |
|
|
|
|
|
|
|
filem Pancha Delima lakonan Saadiah & Jins Shamsudin tu x kira filem muzikal ke??
sebab dialog ngan lagu mmg link dalam filem tu |
|
|
|
|
|
|
|
filem Pancha Delima lakonan Saadiah & Jins Shamsudin tu x kira filem muzikal ke??
sebab dialog ...
tebuanharimau Post at 6-10-2010 11:28
rasanya tu bukan filem muzikal..sebabnya filem tu lebih kurg sama jer dgn filem hitam putih lain yg banyak selit lagu dek kerana pengaruh filem hindi... |
|
|
|
|
|
|
|
sapa tau dh brapa kutipan filem magika nie? |
|
|
|
|
|
|
|
sapa tau dh brapa kutipan filem magika nie?
asher Post at 8-10-2010 14:52
Latest from Berita Harian
Raih RM3 juta
Filem muzikal Magika hampir capai sasaran kutipan kasar RM4 juta
FILEMmuzikal yang kali pertama diketengahkan oleh trio adik-beradik daripadaKRU Studios, Magika menunjukkan angka kutipan kasar memberangsangkansekalipun temanya mungkin masih baru di dalam industri filem tempatan.
Magika menggabungkan cerita fantasi dan nyanyian mula ditayangkan pada23 September lalu. Ia dijangka mencatatkan kutipan kasar sebanyak RM3juta hari ini selepas dua minggu ditayangkan.
Angka itu pastinya sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada produserfilem ini yang juga Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studio, Norman AbdulHalim, tetapi paling utama ia berita menggembirakan kepada adiknya,Edry.
Edryyang kali pertama menjadi pengarah, mengakui betapa dia bersyukurkerana percubaan pertamanya untuk memperkenalkan genre baru dalambentuk muzikal dapat diterima ramai.
“Ini menunjukkan peminatfilem sentiasa inginkan sesuatu yang baru. Lebih membanggakan sayaialah ulasan dan pujian yang menghargai usaha KRU Studios untukmengembangkan filem tempatan.
“Saya harap kejayaan Magika dapatmembuka pintu kepada karyawan lain untuk menghasilkan seni muzikal.Malahan kami juga sudah ada perancangan untuk menerbitkan filem muzikalkedua pada awal tahun depan,” kata Edry menerusi kiriman pesananringkas (SMS) kepada HiP.
Sementara itu, Norman sendiri meletakkan sasaran yang realistikiaitu RM4 juta, satu jumlah yang dianggap tidak terlalu tinggi. Memangtidak dinafikan sukar untuk mencapai jumlah itu kerana penonton Melayumasih dalam mood hari raya. Tambahan pula selain sudah banyakberbelanja untuk persiapan Hari Raya, filem Magika juga ditayangkanpada hujung bulan iaitu ketika kebanyakan orang belum mendapat gaji.
Olehitu, kejayaan mencapai angka RM3 juta melapangkan sedikit dada Norman.Dia masih menaruh keyakinan orang ramai akan terus memberi sokonganterhadap filem Magika.
Ketika dihubungi Hip, Norman berkata,lazimnya kutipan kasar setiap filem pada minggu kedua sering kali lebihrendah berbanding minggu pertama, tetapi Magika nampaknya tersimpangdari kebiasaan itu, malahan mencatatkan kutipan yang cukup membanggakanbuat KRU Studio.
“Berdasarkan kutipan minggu kedua iaitu padaJumaat, Sabtu, Ahad dan Isnin, Magika mengumpul kutipan lebih tinggidaripada minggu pertama. Keadaan ini adalah sesuatu yang luar biasa danberbeza dengan trend filem terbitan KRU sebelum ini atau mungkin jugauntuk filem terbitan syarikat lain.
“Selalunya jumlah kutipanminggu kedua lebih rendah berbanding dari minggu pertama tetapi perkarasebaliknya pula berlaku kepada Magika. Jika mendapat slot tayanganmencukupi, tidak mustahil jumlah kutipan Magika boleh mencecah RM3.5juta. Angka yang dicatat setakat ini hanyalah tayangan menerusi 61panggung di Malaysia dan tiga lagi di Brunei.
“Magika akanditayangkan di Singapura pada November nanti. “Jadi kami menganggarkansehingga Magika habis ditayangkan kelak, termasuk kutipan di Singapura,filem itu mampu berada dalam landasan RM4 juta yang kami sasarkan,”katanya.
Walaupun Magika hanya memungut sebanyak RM50,000 diBrunei, Norman menyasarkan angka itu juga akan bertambah sekali gandaapabila ia habis ditayangkan kelak.
Biarpun tidak begitu besar, dia tetap berpuas hati kerana negara itu sendiri mempunyai jumlah penduduk yang kecil.
Katanya,Magika mendapat maklum balas yang cukup baik daripada penonton danmedia massa, sesuatu yang dianggap jarang diterimanya kepada mana-manafilem terdahulu yang pernah dihasilkan oleh KRU Studios.
Ulasan positif itu menjadi pencetus semangat kepada KRU Studio untuk terus menghasilkan filem pada tema yang sama.
“Saya meluangkan masa beberapa kali ke pawagam untuk melihat maklumbalas penonton. Ramai yang menggemari filem ini tetapi ada juga merekayang tidak memahami konsep muzikal yang mengetengahkan 50 peratus lagidan sebahagian lagi dialog.
Sama seperti filem Mamma Mia! TheMovie dan High School Musical, filem Magika sebenarnya ditonton lebihdaripada sekali oleh kebanyakan penonton dan keluarga.
“Filemini nampaknya lebih menarik golongan keluarga berbanding remaja.Mungkin remaja lebih gemarkan filem berunsur seram, percintaan dankegiatan sosial. Kami akan memperbaiki lagi hasil kerja kami selepasini untuk menarik golongan remaja ke pawagam.
“Namun saya harusberterima kasih kepada teater muzikal yang pernah dipentaskan di IstanaBudaya seperti Puteri Gunung Ledang, P Ramlee dan banyak lagi keranadisebabkan mereka, masyarakat di negara kita memahami apakah muzikal,”kata Norman.
Selain skrip, lagu serta jalan cerita kata Normanlagi, barisan pelakon yang diketengahkan dalam filem ini yang membantumemantapkan filem ini. Kebanyakan pelakon yang diketengahkan memilikikemasyhuran. Justeru, mereka menjadi salah satu tarikan kepada penontonuntuk ke panggung. |
|
|
|
|
|
|
|
sekurang-kurangnya KRU ni realistik sket target 4jota...
tak mcm yg sorang tu target 40jota.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 294# mijot
org tu target utk penonton alam lain juga jojot chan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 287# myralupilato
wahh ai ingatkan dd td...
mcm kembar jer |
|
|
|
|
|
|
| |
|