|
kakleen mesti minat lagu camni kan? Sebab Bruno mars pun ada sikit2 style camni
kiriani Post at 2-5-2011 17:34 ![](http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Lagu ni ok jer bagi kakleen.... Erul is a fighter, Insya Allah dia boleh deliver ngan baik! ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Terence Trent D'Arby
From: Introducing The Hardline According to...
Dance Little Sister
Get up 'outta' your rockin' chair grandma!
Or rather would you care to dance grandmother?
Hey you! Give up to the ghost
That's haunting you now
Shout it out
Don't let it stay inside
And eat you alive
Make up your mind
Don't you want to stay
This side of the line
I can assure you
When you're my age
You'll learn
From all you've left behind
(You've got to)
Dance little sister
Don't give up today
Hang on till tomorrow
I don't wanna hear you're late
Dance little sister
Don't give up today
Hang on till tomorrow
Don't give up your stay
Say now share the weight
And lay your cross down
And let the long reaching arm
Of hope bring you around
It ain't easy but giving up
Is the easy thing to do
Time is on your side
Would you just watch the clock
And let it tick for you
(You've got to)
Dance little sister
Don't give up today
Hang on till tomorrow
I don't wanna hear you're late
Dance little sister
Don't give up today
Hang on till tomorrow
Don't give up your stay
harap erul boleh bawa lagu rhythm and blues ni dgn sebaik mungkin..klu dpt jgn byk sgt pergerakan ![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
3 Tweet Talk dari ERUL smlm
Tweet Talk 1: ERUL baru je habis main game. Dia tak tahu game tu kerana dari kecik pun dia tk pernah main game tu. Game tu adalah jenis permainan kampung. Pastu dia kata jgn lupa afundi dia
Tweet Talk 2: ERUL baru je habis dgn kelas Cikgu Ning. So hari ni memang teruk kena balun, semuanya tk menjadi, memang teruk. Kena banyakkan groovy. Pastu jgn lupa afundi dia
Tweet Talk 3: ERUL baru je makan org. Tadi dia kata best giler sebab tgk semua family dtg. |
|
|
|
|
|
|
|
2 hari ERUL kena dgn Cikgu Adlin.Lepas tu kena teruk dgn Ning plak. Mmg minggu ni minggu paling mencabar buat ERUL untuk menyanyikan lagu yg tk sedap itew Aku sendiri sampai sekarang tkleh nk dpt melodi lagu ni |
|
|
|
|
|
|
|
Terence Trent D'Arby
From: Introducing The Hardline According to...
Dance Little Sister
Get up ...
essence Post at 3-5-2011 00:12 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Essence, mmg berpeluh dpt lagu camni![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
wow...lagu yg sgt mencabar..but trust me..kalau erul leh bawak..saham dia akan bertambah mencanak naikkk![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
wow...lagu yg sgt mencabar..but trust me..kalau erul leh bawak..saham dia akan bertambah mencanak na ...
kakJAHku Post at 3-5-2011 19:18 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Tu lah kakjahku, kalau dia boleh buat. Kalau tk , teruklah. |
|
|
|
|
|
|
|
Tweet Talk dari ERUL smlm:
Tweet Talk 1: ERUL baru je habis kelas dgn Cikgu Aris. Banyak pertukaran transformasi kerana Raqib dah tk ada. Apapun jgn lupa afundi dia
Tweet Talk 2: ERUL baru habis kelas dgn Cikgu Fati. Tadi belajar bahasa Inggeris, semua kena speaking. Teruk! Apapun jgn lupa afundi ERUL
Tweet Talk 3: ERUL baru je habis kelas dgn Cikgu Syafi sebab minggu ni saya kena membawakan lagu yg agak berat. So dia kena banyak memainkan watak. So ERUL pun duduk sini dari tadi sebab tgh training bagaimana nak menghayati lagu tu |
|
|
|
|
|
|
|
lagu susah ke???adoiiiii...
yg last week lagu x sdp dia dpt..nsb dia bwk ok jgk la..haihhhhhhhhhhhhh...
minggu ni mesti aku berdebar lg bila time dia nyanyi...
sbb lagu2 cm ni la...
ape2 pn, erul aku nmpk seorg yg rajin...cth ms dia kena nyanyi tang bahse jepon tuh..
good try la tuh..sbb dia ngaku yg dia pn bru jeh lagi masuk dunia JKPop nehhh..
hrp2 dia blh bg yg terbaik...yg penting jgn nebes sgt on stage..
nnt mcm2 spoil yg jd..
insyaAllah...![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
erul ni personaliti dia ceria jer kan...dpt lgu ssh pun nmpk cool jer...
tgk diary streaming tadi...sedap jugak lgu ni erul nynyi tadi...tak ada byk masalah pun...
aura juara tu ada dlm diri dia.....![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
erul!!!![](static/image/smiley/default/pompom.gif) ![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
looking forward for erul........![](static/image/smiley/default/loveliness.gif)
oke je mamat nih....compare masa mentor dulu..
lama jah x berforum...![](static/image/smiley/default/3sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
aku paling tak tahan bile tengok muka erul kena kritik...muka sangat kesian![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Lagu Jazz, aku panggil lagu giler Tak sedap langsung. Appeal utk sesetengah org aje.
kiriani Post at 2-5-2011 17:25 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
lg ni ke
tgk kt diari erul cam suka dpt lg niiii.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by auni2011 at 4-5-2011 18:14
Selipar Dibaling
4 Mei, 2011
![](http://www.astro.com.my/images/4975.jpg)
Duduk seharian di dalam Akademi Fantasia tanpa sebarang aktiviti fizikal sudah tentu sangat membosankan. Sekali-sekala 8 pelajar Akademi Fantasia 9 ini perlukan aktiviti yang mengeluarkan peluh untuk memastikan badan mereka sentiasa cergas dan sihat.
Kali ini, 8 pelajar Akademi Fantasia diajak ke sekitar kawasan AEON AU2 untuk bermain "Baling Selipar". Permainan "Baling Selipar" merupakan sejenis permainan tradisional kanak-kanak. Ia sama seperti permainan "Baling Tin" cuma dalam permainan ini hanya selipar sahaja digunakan. 3 selipar disusun dalam bentuk piramid dan beberapa selipar lagi akan dibaling supaya selipar berbentuk piramid tadi jatuh. Apabila dijatuhkan, pihak lawan perlu membaling selipar ke arah pihak lawan untuk menjatuhkan mereka. Dua kumpulan diperlukan untuk pertempuran "Baling Selipar" ini.
8 pelajar Akademi Fantasia ini dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama terdiri daripada Azri, Nera, Kay dan Erul dan kumpulan kedua terdiri daripada Hazama, Fina, Lena dan Afif. Bagi Nera, Fina dan Erul ini merupakan pengalaman pertama mereka bermain "Baling Selipar". Bagaimanakah corak permainan mereka setelah diterangkan cara-cara permainan? Siapa pula yang memenangi permainan tradisional yang "tak luput dek zaman" ini? Jangan lupa saksikan Diari Akademi Fantasia 9, malam ini, 9 malam, eksklusif di Astro Ria. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by auni2011 at 4-5-2011 18:14
Sorry Sorry Untuk Erul
4 Mei, 2011
![](http://www.astro.com.my/images/4978.jpg)
Teletah dan kerenah peminat-peminat setia pelajar Akademi Fantasia selalulanya dilakukan di luar jangkaan pelajar mahupun krew-krew Akademi Fantasia. Kali ini, untuk pertama kali di dalam sejarah Akademi Fantasi, peminat setia Erul telah melakukan aksi "Flash Mob" khas buat Erul.
"Flash Mob" adalah sekumpulan orang yang berkumpul di tempat awam, melakukan suatu tindakan yang tidak biasa ataupun pelik pada waktu yang sigkat dengan bertujuan untuk hiburan ataupun menyindir. "Flash Mob" dianjurkan melalui telekomunikasi, media sosial, atau email virus. Istilah ini dicipta pada tahun 2003, secara umumnya "Flash Mob" tidak diterapkan ke acara dan persembahan yang diadakan untuk tujuan politik, iklan komersil, stunts publisiti, yang melibatkan syarikat hubungan masyarakat, atau profesional dibayar. Tetapi ia dilakukan secara suka-suka.
Tetapi bagi peminat Erul, "Flash Mob" dilakukan bertujuan memberi semangat kepada Erul. Persembahan "Flash Mob" yang diketuai oleh abang Erul bersama peminat kecil Erul dilakukan di luar rumah kaca Akademi Fantasia. Lautan biru di sekitar rumah kaca bersama-sama dengan lagu Super Junior, Sorry-Sorry mengemparkan penghuni didalam rumah kaca terutama sekali Erul. Hadiah dari peminat ini amat menggembirakan dan memberi semangat kepada Erul untuk lebih berusaha di dalam perjuangan menuju puncak di Akademi Fantasia.
Bagaimana aksi tarian "Sorry-Sorry" yang dilakukan oleh peminat-peminat Erul ini? Jangan lupa saksikan Diari Akademi Fantasia 9, malam ini, 9 malam, eksklusif di Astro Ria. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by auni2011 at 4-5-2011 18:24
af9 | blog kudsia
KK: Nera AF9 Lebih Sesuai Jadi Pelakon!
![](http://photo.murai.com.my/522011_kkbolgwe4(a).jpg)
Kembali kita untuk minggu keempat yang membawa pembaharuan dalam bentuk dua pelajar baru yang diserap masuk Akademi pada penghujung konsert lepas. Fina dan Hazama mengambil tempat Amir dan Aida yang digugurkan dari Akademi telah membuat persembahan pertama sebagai pelajar-pelajar Akademi.
Yang kekal mungkin jauh lebih banyak mendapat tunjuk ajar dibandingkan dengan dua muka baru ini, tapi dapatkah mereka membuat persembahan yang membanggakan peminat?
Kata Pak Nil, awal konsert minggu ini, hari Jumaat masa raptai, Kak Ogy datang beri tips dan nasihat kepada semua. I thought that's what the teachers are for, but maybe the teachers aren't giving the students what Kak Ogy wants.
Erul membuka tirai persembahan dengan Wanita Seluruh Dunia. I like his confidence level this week. Kadang-kadang tahap vokal Erul menonjolkan status pelajarnya, tapi yang jelas beliau makin meningkat. I wonder how he will compare to Hazama.
Kedua - Nera. Fizz Fairuz membuat "guest appearance" di atas pentas sebagai jurugambar kepada watak Nera yang kononnya model. I don't like Nera's voice this week. Maaf kepada supporter Nera. Nera lebih tumpu kepada lakonannya, bukan vokalnya. VERY mediocre. I got bored. Standard Nera macam konsert sekolah menengah. I don't understand why she's still there. Saya rasa Nera lebih sesuai sebagai pelakon tapi terus terang bukannya terbaik antara pelajar wanita di AF.
Seterusnya kita punyai Raqib dengan lagu hit Kris Dayanti, Menghitung Hari. However I have to fast forward banyak-banyak before I can hear him sing! Saya suka dengan dendangan akustik yang diberikan. Vokal Raqib juga bertambah baik dan emosi yang dipaparkan amat tepat dan berkesan! So far, persembahan yang terbaik setakat ini. Walaupun Hattan kata terlalu "safe" tetapi bagi saya Raqib memang mencatatkan peningkatan.
Lena pulak menyampaikan lagu Bahasa Inggeris dendangan asal Roxette dari Sweden - It Must've Been Love. Lagu dari filem Pretty Woman yang dibintangi Julia Roberts memang lama menduduki carta-carta pop seluruh dunia. Imej Lena minggu ni memang "hot". Too bad I can't say the same about her vocals. Tak ada emosi langsung - flat habih. Lepas tu, pegang mic terlalu dekat mulut masa tarik suara, big mistake. Buang masa je letak kipas besar depan Lena sebab Lena macam lagi sibuk buat iklan Pantene pada penghujung lagu. What a disappointment with the girls so far...
OK kita tengoklah pulak persembahan seterusnya. Iaitu dari Afif. Lagu Hossam Habib - Shoft B'einaya. Kalau anda minat nak tonton videonya di YouTube nah ambik link ni http://www.youtube.com/watch?v=_FIfnpQzlgM
OK back to Afif's version of this song. Tak tahulah saya apa punya pakaian yang dikenakan penari latar but IT IS ATROCIOUS! Anyway, suara Afif ok sahaja dan gerak tarinya saya rasa tak sesuai sangat, sebab lagu deklarasi cinta seorang jejaka kepada teman wanitanya yang mencari arah kehidupan yang jujur. Lagu cintalah tu. I agree with Kak Ogy - gerak tari tu tak kemas - looks unrehearsed.
Next - Hazama - adakah beliau akan menjadi "biggest threat" bagi pelajar lelaki yang masih kekal? Lagu Srikandi Cintaku - aduh! Lagu Bloodshed! Peminat Rock Klasik Malaya mesti tak sabar nak dengar! BTW kalau belum dengar kat Sinar FM, nah klik kat sini http://www.youtube.com/watch?v=dP7gAZhGnxU.
Hazama almost pitch perfect cuma terkehel selama satu saat di pertengahan lagu, totally forgivable. Memang bakat seperti Hazama layak berada di AF9. Watch out, boys!
Azri muncul dengan lagu Sampai Syurga, lagu popular nyanyian asal FaizalTahir. Azri benar-benar mencuba tapi mungkin itulah masalahnya. He was trying too hard to sound like Faizal. Vokalnya minggu ini tak begitu "sharp" tapishowmanship memang power. Antara yang terbaik malam ini!
Seterusnya kita punyai Kay yang mendendangkan lagu Kata. Nampaknya Kay yang demam mencuba seboleh-bolehnya. Pengkritik semuanya mengatakan persembahan Kay amat baik malam ini but I think there's even more potential for him to shine and be the best.
Fina yang mengkagumkan saya dulu membawa lagu All By Myself. Guys, bukannya Celine Dion yang merupakan penyanyi asal - it's Eric Carmen! Celine did a cover version of the song tapi lagu tu memang dah lama popular sebelum Celine merakamkannya. AF Producers please get your facts right...
Fina disappointed me a bit tonight, ada kala menjerit, tarik suara tak control -ketara sangat baru minggu pertama di AF9. Penonton dan pengkritik di studio tak dapat "clean sound" tapi di rumah jelas kedengaran. But she has great potential. Harapannya para guru memberi tunjuk ajar kawalan vokal.
Selepas lagu Menuju Puncak kita dapat lihat hanya tiga pelajar wanita yang kekal sementara enam pelajar lelaki pula yang bertahan. This year it was very clear from week one that the boys are better!
Hmmm...Pak Nil nampaknya berat betul nak mengumumkan nama pelajar yang harus meninggalkan AF9...dan nampaknya Raqib yang tidak berjaya menawan hati pengundi untuk terus kekal ke minggu-minggu seterusnya...Aduh sayang sekali! Bagi KK, persembahan Nera tidak menyerlah berminggu- minggu, sumbang three weeks out of four, dan Raqib JAUH lebih berhak bertahan...WTH!!!
KK teringat dengan situasi bertahun-tahun dulu di mana seorang pelajar wanita yang selalu sumbang asyik bertahan minggu demi minggu sebab banyak dapat undi kesian. She totally did not deserve to stay as long as she did. Setiap minggu ada penonton yang akan boo...Akhirnya bila tersingkir ramai yang teruja...I hope that doesn't happen again.
Eh! Beg kedua muncul pula dan diumumkan seorang lagi pelajar akan mengikuti Raqib keluar dari Akademi...Ler lepas drama minggu ini yang ditonjolkan Aznil, rupa-rupanya kita semua tertipu...tak ada yang keluar lagi. Cis. Bak kata BH -drama yang tak diperlukan!!!
Anyway, kini tinggal lapan pelajar, minggu depan kita lihat samada Fina, Hazama, Afif, Kay, Nera, Lena dan Erul akan membuat persembahan yang boleh menonjolkan ciri-ciri juara. Sesiapa yang masih berlagak macam pelajar dan bukannya penghibur tak patut kekal lagi dah selepas minggu hadapan...kita jumpa lagi ye!
Soalan minggu ini - Apa yang anda suka pada Nera yang mungkin peminat pelajar lain tak nampak? |
|
|
|
|
|
|
|
af9 | blog badrul
BH: Konsert Minggu 4 AF9, Ini Baru Dinamakan Konsert!
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Seawalnya saya ingin memberitahu bahawa saya tidak sempat untuk menonton ulangan konsert di kaca tv. Kalau untuk tiga minggu sebelumnya, penulisan saya adalah rangkuman apa yang saya tonton secara langsung di dalam studio 1 Astro, dan juga ulangan di kaca tv, kali ini saya hanya nmelihat dari satu sudut sahaja.
Perubahan di buat apabila mereka meletakkan Kak Ogy sebagai pengkritik terakhir. Sudah berminggu-minggu saya bercakap tentang perkara ini dengan teman-teman, hanya di minggu keempat perubahan dibuat. Kini Hattan menjadi pengkritik pertama, manakala Rudy Imran daripada Harian Metro menjadi pengkritik jemputan untuk minggu ini.
Apabila kesemua sembilan pelajar dibawa masuk ke pentas, dalam hati saya berkata 'wow!' Mereka kelihatan seperti bintang! Ada seorang yang meninggalkan kritikan di blog ini mengatakan ini bukan rancangan fesyen dan kenapa saya beriya-iya sangat memberikan kritikan terhadap pakaian pelajar.
Saya tak mahu ulas panjang. Kalau anda ingin tahu, pakaian juga merupakan 'props' kepada pelajar ini. Ia memberi impak pada persembahan pelajar dan memberikan kesan pada penonton. Ia juga membezakan antara pelajar yang bakal bergelar bintang dengan penyanyi jalanan! Ia juga memberikan gambaran tentang kehebatan rancangan realiti nyanyian nombor satu negara! The list is on and on! So kudos! Tahniah pada pihak wardrobe!
Minggu ini juga, Kak Ogy turun padang ketika sessi raptai penuh untuk memberikan tips dan yang paling penting, menghuraikan makna 'rasa' dalam setiap persembahan pelajar. Jom, move on kepada persembahan pelajar.
Erul (Wanita Seluruh Dunia) - 8/10 bintang
Kawalan vokal Erul semakin baik. Erul memang sejak dari awal lagi menunjukkan tahap keyakinan yang tinggi. Dia tak nampak gugup di pentas. Saya cuma berharap untuk minggu-minggu seterusnya, Erul dapat membuat persembahan yang lebih bersahaja, dan tidak kelihatan terlalu dirancang. Itu saja sedikit kelemahan Erul setakat ini. Namun, lagu yang tidak familiar di telinga saya menjadikan lagu itu sedap dibawakan Erul.
Nera (Diam Diam ) - 7.5/10 bintang
Jauh berbeza persembahan Nera kini, dengan dua konsert pertamanya. Tahap keyakinan Nera kini kembali dan dia seolah-olah mendapat suntikan baru. Kehadiran Fizz Fairuz juga memberikan sedikit nilai 'glamour' pada persembahan tersebut. Cuma, harus ada sedikit rehearsal untuk Fizz agar dia tak nampak terlalu bertanya di pentas kerana tumpuan penonton tetap ada pada dia. Nera perlu keluar segera dari zon selesa supaya dia tidak kelihatan ketinggalan dengan pelajar-pelajar lain.
Raqib (Menghitung Hari) - 8.5/10 bintang
Juga persembahan yang amat berbeza daripada tiga konsert sebelumnya. Mungkin lagu ini juga mencorakkan persembahan Raqib menjadikan ianya lebih original. 'Rasa' yang Raqib berikan untuk lagu ini amat baik dan mencerminkan bahawa dia berada di landasan yang betul. Saya tak rasakan persembahan ini 'safe' kerana Raqib memberikan warna yang berbeza. Good for you, Raqib!
Lena (It Must Have Been Love) - 5.5/10 bintang
Menghampakan! Sangat-sangat menghampakan! Bermula dengan lirik yang berterabur, gerak gaya yang sangat karaoke dan persembahan yang ketinggalan zaman, tidak ada satu pun yang menarik minat saya. Kalau lah ini persembahan pertama Lena, saya pasti dia tak akan lama di akademi! Apa sudah jadi? Terlalu over-confident mungkin? Sekian lama melihat dirinya sentiasa mendapat undian tertinggi membuatkan Lena terlena! Wake up!
Afif (Shoft B'einaya) - 7/10 bintang
Dengan sedikit elemen tarian yang tidak terlalu 'Arab' menampakkan kelainan pada persembahan Afif. Tetapi persembahan beliau masih kehilangan 'rasa'! Sedikit hambar. Saya cuba mencari kembali Afif yang membuat persembahan di konsert pertama dulu. Tidak diketahui ke mana hilangnya! Persembahan Afif seolah-olah tidak sepenuh hati, berhati-hati dan tidak mahu menyahut cabaran.
Hazama (Srikandi Cintaku) - 8/10 bintang
Lagu makanan beliau disampaikan dengan cara yang berbeza! Sebagai pelajar, kini dia perlu menerapkan rasa dan corak persembahan. I'm okay with his performance. Tapi seperti kata yang lainnya, saya pernah menonton persembahan dia yang lebih baik. Dia ada kelebihan yang tinggi berbanding dengan pelajar-pelajar lain dari segi pengalamannya. Can someone please cut his hair? Masa untuk Hazama menjadi bintang sudah tiba!
Azri (Sampai Syurga) - 8.5/10 bintang
Lagu ini sudah ada 'cop mohor' Faizal Tahir. Kalau diberikan kepada pelajar wanita, mungkin akan ada kelainan, tetapi bila diberikan kepada Azri yang juga mempunyai range suara hampir sama, dia tidak dapat lari! Boleh nampak kesungguhan Azri untuk lari daripada 'persamaan' tapi sayangnya lagu ini tidak membantu. Apa-apa pun, saya sangat sukakan persembahan Azri. Dia ada karisma di pentas yang membuatkan orang menonton persembahan beliau.
Kay (Kata) - 7.5/10 bintang
Hanya dua tiga orang sahaja yang mempunyai semangat juang yang tinggi, and Kay is one of them! Semangat juang ini yang memberikan makna bahawa ini adalah pertandingan dan bukan nyanyian suka-suka. Ada yang berasa selesa berada di kedudukan yang tinggi dan 'over-confident'. Suaranya yang masih sakit dan saya tidak mahu komen tentang itu. Tetapi pergerakan tarian Kay akan nampak lebih menarik jika ada penari pengiring. Mungkin tiada sempat untuk Kay membuat latihan bersama penari.
Fina (All By Myself) - 8.5/10 bintang
Lagu asal Eric Carmen ini dipersembahkan oleh Fina mengikuti persembahan Celine Dion. A huge step to follow, tetapi saya rasa Fina dapat melakukannya dengan baik. Cuma dia perlu untuk mengawal suaranya supaya lebih 'cantik'. Now, kalaulah pakaian yang dikenakan oleh Fina ini terlalu bersahaja, pastinya persembahan beliau tidak akan nampak 'grand'! Itu yang saya maksudkan kenapa pakaian memainkan peranan yang penting untuk membuat persembahan!
Nasihat Kak Ogy supaya pelajar-pelajar ini membayangkan bahawa mereka membuat persembahan di pentas yang jauh lebih besar dengan kehadiran ribuan penonton, perlu diterapkan kepada semua pelajar! Kasihan pada mereka! Sudahlah diberi tekanan bahawa ini adalah AF yang terakhir, tetapi pentas yang diberikan kepada mereka seolah-olah ini adalah musim pertama AF! Kecil dengan jumlah penonton yang sangat terhad!
Namun, saya sangat berpuas hati dengan persembahan hampir kesemua pelajar pada malam konsert yang keempat! Rasa puas bila keluar dari studio 1 Astro! Harapnya, lagu yang diberikan kepada pelajar-pelajar minggu ini lebih kepada lagu pertandingan!
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
| |
|