Tak pasti youuu... depa tgh check lagi.
Kuala Lumpur: Operasi pencarian mangsa tanah jerlus di Masjid India di sini, hari ini, yang menggunakan 'jetter' (pembersih saluran paip bertekanan tinggi) masih diteruskan sehingga kini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, teknik penyemburan air bertekanan tinggi itu dilakukan selepas mendapati terdapat objek atau serpihan yang menghalang laluan air di dalam lurang kumbahan. Beliau berkata, operasi dijalankan sejak awal pagi tadi secara berperingkat yang kini sudah memasuki operasi keempat dan dijangka berterusan sehingga objek berkenaan dapat dipecahkan. "Pihak Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) menggunakan jetter iaitu penyemburan tekanan air tinggi dalam usaha pemecahan objek keras yang berada di dalam paip pembetungan di lokasi kejadian. "Setakat ini kita tertumpu di lurang kumbahan berhampiran Wisma Yakin kerana awal pagi tadi, kita menggunakan kamera bergerak di dalam pembetungan di sini dalam jarak empat meter ada serpihan objek batu keras.
"Pagi tadi kita guna teknik jetting untuk pecahkan serpihan objek. Apabila pecah, air akan turun ke bawah dan kita harap apa saja objek termasuk badan manusia akan melepasi laluan pembetungan itu. "Jetter itu mampu menghasilkan tekanan sehingga 200 bar yang membolehkan batu-bata tersangkut akan pecah," katanya dalam sidang media di lokasi kejadian di Masjid India di sini, hari ini. Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Rozihan Anwar Mamat dan Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendran Maniam. Mengulas lanjut, Sulizmie Affendy berkata, penggunaan teknologi kamera melalui dua teknik iaitu 'push rod' dan 'crawler' yang dimasukkan ke dalam setiap lurang kumbahan dapat membantu pengesanan objek. Menurutnya, kamera itu mampu bergerak pada jarak antara 80 sehingga 100 meter yang dapat merekodkan setiap objek yang berada di dalam lurang kumbahan berkenaan. Sementara itu, Narendran berkata, pihaknya masih meneruskan 'flushing' secara berperingkat di setiap lurang kumbahan dan pencarian di Loji IWK Pantai Dalam.
Beliau berkata, teknik yang dilakukan bermula kelmarin dipantau pegawai di Stesen Pam Pantai Dalam bagi memastikan tiada objek atau serpihan yang tersangkut. "Kita akan lakukannya sehingga yakin tiada lagi debris (serpihan objek)," katanya. Harian Metro terdahulu melaporkan, IWK melakukan pemecahan serpihan menggunakan 'jetter' dalam usaha mencari seorang wanita warga India yang hilang dalam kejadian mendapan tanah berhampiran Masjid India sejak Jumaat lalu. Operasi pemecahan serpihan itu dilakukan bermula dari lokasi tanah jerlus sehingga ke lurang kumbahan hilir yang jaraknya 69 meter. Ia selepas usaha pihak IWK menggunakan teknik 'flushing' yang dijalankan sehingga awal pagi tadi tidak menemui sebarang petunjuk.
Vijayalakshmi, 48, berasal dari Andhra Pradesh, India, terjatuh dalam lubang tanah jerlus ketika sedang berjalan dari arah Selangor Mansion menuju ke Wisma Yakin, 8.25 pagi pada 23 Ogos lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/08/1127314/tanah-jerlus-kaedah-jetting-diteruskan-cari-mangsa-mungkin-sangkut-dalam
|