Siapa yang berhak mendapat Nafkah Iddah?Seorang isteri yang diceraikan berhak mendapat nafkah dengan syarat:- Isteri diceraikan secara talak rajie (talak yang boleh dirujuk).
- Ister yang hamil ditalak dengan talak bain (tidak boleh dirujuk) berhak mendapat nafkah sehingga anak lahir.
- Perempuan tidak hamil yang diceraikan secara talak bain, tidak berhak mendapat nafkah, pakaian dan tempat kediaman. Namun mereka berhak mendapat kemudahan tempat tinggal.
- Isteri yang tidak nusyuz.
Mut’ah ialah saguhati yang wajib diberikan dari suami kepada bekas isteri sebagai tanda penghargaan kepada wanita tersebut untuk mereka memulakan hidup baru dan perceraian tersebut bukan berpunca dari isteri.
Siapa yang untuk berhak menerima Mut’ah?Terdapat beberapa syarat seorang isteri memohon Mut’ah iaitu: - Wujud perkahwinan yang sah.
- Berlaku perceraian bukan berpunca dari isteri.
- Berlaku perceraian hidup.
- Berlaku persetubuhan.
- Perceraian bukan disebabkan oleh suami papa.
Klu menurut sumber ini dua2 MJ tak boleh dapat.
|