Satu video berdurasi 21 saat memaparkan seorang lelaki diberkas dua anggota polis yang berpakaian preman kini tersebar di luas di Facebook.
Menurut sumber, lelaki yang ditahan itu merupakan seorang guru dikatakan baru pulang dari mengajar tuisyen di sekolah untuk murid-murid (UPSR).
Ketika ditahan polis, lelaki itu cuba menerangkan bahawa dia adalah seorang guru yang baru pulang dari tuisyen namun polis tidak mempercayainya dan menyangka lelaki itu adalah penangih dadah. Akibatnya, guru tersebut diberkas dengan kasar dan dibawa ke balai untuk siasatan.
Lihat video dan reaksi netizen mengenai kejadian yang menimpa guru ini :
Guru tersebut dilaporkan telah mengalami kecederaan teruk di bahagian tangan dan mendapat cuti sakit selama 3 minggu. Tindakan kasar anggota polis itu telah mengundang kemarahan dan persoalan antara netizen mengenai prosedur (SOP) pihak polis ketika melakukan tangkapan dan siasatan.
Setakat ini, pihak polis belum mengeluarkan sebarang kenyataan sebenar mengenai video ini. - CARI
Sumber video : Surur Ghazali |