Edited by EJALTI at 9-1-2017 03:33 AM
Iklan pil kuat seks guna foto Siti
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0109&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
Oleh HARYATI KARIM
SITI NURHALIZA dan Khalid memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya iklan yang mengaibkan mereka tidak ditarik peniaga yang tidak bertanggungjawab.
KUALA LUMPUR – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin akan mengambil tindakan undang-undang kepada peniaga ubat perangsang seks yang sanggup mengaibkan beliau dan suaminya menerusi sebuah iklan di laman Instagram yang mendakwa pasangan itu menggunakan produk berkenaan.
Promosi tersebut yang muncul dalam bentuk iklan di laman Instagram pengguna kemudiannya dipautkan dengan satu artikel yang memfitnah dan memalukan pasangan tersebut apabila dikaitkan dengan masalah mati pucuk.
Siti Nurhaliza, 38, yang turut terkejut dengan penyebaran iklan itu menegaskan tindakan peniaga yang menggunakan nama dan gambar mereka berdua tanpa kebenaran demi melariskan produk adalah satu kesalahan besar.
|