|
[Tempatan]
Perlanggaran besar di bandar sri jempul: 8 maut termasuk 6 orang rentung + Myvi;
[Copy link]
|
|
Innalillah..
Al fatihah untuk ke semua mangsa... |
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh punya drebar lori ngan moto..ujung2 org lain yg mati kan..korg x mampus plak |
|
|
|
|
|
|
|
Ala moto tu alasan lori nk lari dr kena blame je |
|
|
|
|
|
|
|
saladin780 replied at 12-6-2017 05:45 AM
Bodoh punya drebar lori ngan moto..ujung2 org lain yg mati kan..korg x mampus plak
takleh bygkan dah la accident pastu terbakar hidup2 |
|
|
|
|
|
|
|
Baca kt metro online kerja menyelamat jd lama sebab pemilik & driver trailer taknak bg kerjasama. Siap off hp lg pemilik trailer tu:. Telefon crane pon taknak tolong sebab diaorang takut bos diaorang taknak bayar. Kevavian apakah ini??? Bomba & org awam yg bertungkus lumus keluarkan mangsa sampai 5 jam |
|
|
|
|
|
|
|
Bnyk jumpa moto yg suka bw slow n jln kat tgh2. Kebnykn driver apek tua. Jilake menyusahkn org rmi. |
|
|
|
|
|
|
|
TT terbaca ni tadi
"AYAH beriya-iya mengajak mengikutnya menghantar adik (Wan Nor Athirah) yang akan memulakan semula pengajian di Kolej Vokasional Kuantan selepas bercuti, tetapi saya mempunyai urusan perniagaan tidak dapat ikut serta.
"Saya sangat terkilan. Sekarang semua ahli keluarga saya sudah tiada," kata Wan Muhammad Hazim Wan Mohd Fauzi, 19, ahli keluarga enam mangsa maut nahas di Kilometer 25 Jalan Keratong-Bahau, dekat Ladang Risda Palong, Jempol, petang ini.
Wan Muhammad Hazim ditemui di Hospital Jempol ketika hadir membuat proses pengecaman jenazah ibu bapa dan empat adik-beradiknya yang rentung dalam kemalangan itu.
Menurutnya, enam yang maut ialah bapanya Wan Mohd Fauzi Wan Ibrahim, 51; ibu Masnoraida M Yusoff, 45; Wan Muhammad Muhaimin, 22; Wan Nor Athirah, 18; Wan Mohd Amar Haziq, 13; dan Wan Nor Alisya, 7.
Katanya, dia mengetahui kejadian kira-kira jam 6 petang selepas dimaklumkan anggota polis yang datang ke rumah di Putrajaya.
"Anggota polis beritahu keluarga saya terbabit kemalangan. Saya memaklumkan sanak-saudara sebelum segera datang ke sini (Hospital Jempol) selepas berbuka puasa," katanya sebak.
Wan Muhammad Hazim yang kini yatim piatu berkata, dia dapat mengesahkan yang terkorban itu adalah ahli keluarganya berdasarkan pakaian yang dipakai oleh Wan Nor Athirah.
Katanya, jenazah semua ahli keluarganya itu dijangka dibawa pulang ke kampung di Melor, Kelantan untuk urusan pengebumian sejurus selesai proses bedah siasat yang dijangka dilakukan esok.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang semalam, kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora dinaiki enam beranak bertembung dengan sebuah treler yang memasuki laluannya sebelum kenderaan mereka dihempap treler berkenaan di Kilometer 25 Jalan Bahau-Keratong, dekat Ladang Risda Palong.
Kemalangan itu turut meragut dua nyawa suami isteri yang menaiki Perodua Myvi iaitu Osman Mohamed Taip, 31; dan Rosniza Othman, 32, manakala anak lelaki berusia tiga tahun parah. Pemandu treler dan Toyota Vios tidak cedera.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Jun 2017 @ 2:18 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
wadiunong replied at 12-6-2017 05:52 AM
Baca kt metro online kerja menyelamat jd lama sebab pemilik & driver trailer taknak bg kerjasama. Si ...
Blacklist aje semua towing company yg x nak tlg tu : bongok betul.... |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya baca kisah kemalangan tragik sebegini. Orang lain yang cuai orang lain pula hilang nyawa.
Jln bahau-keratong ni mmg sempit,dengan bumpingnya lagi. Nak memotong mmg kena tunggu line cleae dulu baru boleh. Usah kata treler,kereta pun tak berapa lepas nak motong motor kalau ada kenderaan dari arah bertentangan.
Al-fatihah buat semua arwah yang terkorban |
|
|
|
|
|
|
|
Brapala speed trailer tu.:
|
|
|
|
|
|
|
|
Allah, siannya,takziah,alfatihah..
harap dia tabah..jadi yatimpiatu sekaligus..
salah orang, orang lain yang jadi mangsa, jahanam pemandu lori
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa laa Pemandu lori memang x ada hati perut
Teringat kes lori langgar kereta kat rawang tu.
Org tak bersalah dia gi rempuh sampai mati
Kesiannya dik Hazim
Semoga bertabah...banyakkan berdoa..kejadian ni bukan suatu yg mudah utk ditanggung |
|
|
|
|
|
|
|
FC jumpa kat bharian
BANDAR SERI JEMPOL: Anggota bomba dan penyelamat mengambil masa sehingga lima jam untuk mengeluarkan enam mangsa yang rentung daripada remukan kenderaan yang terbabit dalam nahas di Kilometer 25, Jalan Bahau-Keratong, petang tadi.
Difahamkan, selain pemilik treler dari Kemayan yang enggan bekerjasama, beberapa pengendali kren juga keberatan memberi pertolongan kerana tidak tahu pihak yang akan membayar perkhidmatan mereka.
Keadaan itu menyebabkan pasukan penyelamat terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk mengalihkan treler yang menghempap Proton Exora, termasuk cuba menggunakan khidmat kenderaan berat lain seperti lori tangki dan lori ikan, namun tidak berhasil.
Situasi itu menyebabkan operasi menyelamat yang bermula jam 2.45 petang itu hanya berakhir pada jam 8 malam tadi, selepas pasukan itu mendapat bantuan trak tunda dari Bahau.
Ketua Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Hazren Mohd Zahar, menyifatkan operasi itu mencabar kerana tidak mendapat kerjasama pemilik lori.
Beliau berkata, pihak bomba dan polis cuba menghubungi mereka, namun talian telefon dimatikan.
"Beberapa syarikat kren yang dihubungi oleh individu lain (towing) bagi meminta bantuan pula tidak mahu bekerjasama kerana mementingkan bayaran semata-mata.
"Sebaliknya, orang ramailah yang banyak membantu kami, termasuk meminta pertolongan rakan pemandu lain untuk menarik kepala treler yang menindih Proton Exora berkenaan," katanya.
Beliau turut melahirkan penghargaan kepada orang ramai yang membantu menyediakan minuman, kurma dan roti sebagai juadah berbuka puasa kepada anggota pasukan itu.
http://www.bharian.com.my/node/292015
|
|
|
|
|
|
|
|
AHLI keluarga, Wan Mohd Hazim Wan Mohd Fauzi, 19 (dua dari kiri) ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Jempol susulan enam ahli keluarga termasuk kedua ibu bapanya meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di KM 25 Jalan Bahau-Keratong berhampiran Ladang Risda, Palong, Negeri Sembilan. - Foto Iqmal Haqim Rosman
Takziah ..
|
|
|
|
|
|
|
|
Pink_Purple replied at 12-6-2017 06:04 AM
Allah, siannya,takziah,alfatihah..
harap dia tabah..jadi yatimpiatu sekaligus..
Unexpected..baru je terserempak dgn arwah encik fauzi baru2 ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih saya tengok hazim mcm tu...saya ngan kawan nak otw melawat jenazah sebelum bergerak ke kelantan |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah pada semua keluarga mangsa
Lg 2 mingggu nak raya
Yg paling celaka, driver trailer tu xmati pulak
Dan dia ada seumur hidup utk menyesal |
|
|
|
|
|
|
|
azrain98 replied at 12-6-2017 06:22 AM
Sedih saya tengok hazim mcm tu...saya ngan kawan nak otw melawat jenazah sebelum bergerak ke kelanta ...
Sampaikan ucapan takziah dr kami untuk beliau |
|
|
|
|
|
|
|
nasib hazim dah ada bisness sendiri walaupun muda lagi..
tak boleh fikir la, hilang keluarga sekelip mata,atuk kita yang meninggal dah 15tahun pun masih teringat2 lagi..
ni dengan bulan puasa, nak raya.. cuai pemandu lori tu menyebabkan orang lain jadi mangsa, dia tak cedera sikit pun.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|