View: 5553|Reply: 30
|
Orang Ke, Kambing Sewa Rumah Ni? Macam Hidup Dalam Sangkar Tikus!
[Copy link]
|
|
Menjaga kebersihan adalah tanggungjawab umum walau di mana sahaja kita berada sama ada di rumah sendiri ataupun rumah yang disewa.
Namun, berlainan dengan penyewa rumah kepada seorang wanita di Seri Iskandar ini. Keadaan rumahnya kelihatan seperti terabai tidak terjaga sehingga merosakkan rumah tersebut. Nampak macam rumah tinggal pun ada, sedangkan ianya berpenghuni.
Situasi ini dihadapi seorang pemilik rumah sewa di Seri Iskandar, Perak iaitu Fariha Yusof. Dia berkongsi beberapa keping gambar menunjukkan keadaan rumahnya yang ditinggalkan penyewa selepas meminta mereka keluar kerana sudah beberapa bulan tidak membayar sewa rumah.
Rumah tersebut bukan sahaja ditinggalkan dalam keadaan bersepah malah berbau busuk kerana najis kucing yang banyak.
"Anak aku pun tak lalu nak masuk rumah ni. Rumah berbau busuk dengan najis kucing dan lubang tandas yang tersumbat. Berketul-ketul kot... Sedih wei," tulisnya.
Menurut Fariha, sebelum ini dia pernah menyewakan rumah tersebut kepada sekumpulan pelajar dan tidak berlaku keadaan seperti itu. Jadi, dia mengharapkan perkara sama ketika memilih keluarga tersebut untuk menyewa rumahnya, namun sebaliknya pula yang berlaku.
"Saya ingatkan, bila ambil orang berkeluarga menyewa rumah ini okey. Rupa-rupanya, jauh lebih teruk dari pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT)," ujarnya.
Tambahnya lagi, sebelum ini rumah tersebut dilengkapi dengan mesin basuh, almari, katil, dapur, pinggan mangkuk, meja dan perabot yang lain. Namun, setelah penyewa itu keluar segala peralatan tersebut dirosakkan termasuk pintu dan juga tingkap.
Fariha turut memberitahu, keluarga tersebut ada mengusahakan dua buah kedai makan di SIDEC, Seri Iskandar. Tapi, melihatkan keadaan rumah yang ditinggalkan itu, tak tahulah bagaimana keadaan kedai tersebut sama ada bersih atau tidak.
Dahlah sewa tiga bulan tertunggak, rumah pula macam apa je!
Buat masa ini, dia bukan sahaja geram dan marah dengan keluarga tersebut kerana sewa yang tidak dibayar untuk tiga bulan dan Fariha turut kecewa apabila rumah miliknya diperlakukan sebegini.
Hisy, teruk betul perangai keluarga ini lah! Macam mana dia boleh 'berkubang' satu keluarga macam tu?
"Aku rasa mereka ni spesis yang lari dari zoo ni.
"Gila!! Ni ada penyakit mental semua ni," komen netizen.
Semenjak dua manejak ni, macam makin menjadi pula perangani penyewa rumah yang tak semenggah mana ni. Berhati-hati okey, bagi anda yang nak mencari penyewa ni. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Rumah my parents dulu pun pernah disewakan pada pengusaha kedai makan. Memang kotor sikit keadaan rumah bila weols suruh kosongkan rumah. Tapi tak la seteruk ni.
Jijik sungguh. |
|
|
|
|
|
|
|
Rumah sewa keluarga aku....hanya disewakan pada kalangan saudara atau kitaorang kenal dengan mak ayah atau keluarga dorang.... |
|
|
|
|
|
|
|
jijik aku tgk thread2 cani.....
please laaa jd la penyewa yg pembersih |
|
|
|
|
|
|
|
jijik weyyy. kedai mkn theyol pun harus jijik gak |
|
|
|
|
|
|
|
Masha Allah...ada lg kes gini {:freak |
|
|
|
|
|
|
|
yarabbi...apa jenis la manusia macam ni..
jahanam rumah orang... |
|
|
|
|
|
|
|
Camnela mereka bleh tinggal dlm keadaan camtu?
Hatta menyewa pon keselesaan tu penting, lebih2 lg lepas penat bkerja |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tuh skg landlord ramai bersyukur klu dpt tenant yg pembersih. x naekkan sewa xperlah, janji rumah dijaga dgn baik... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau rumah pun tak dijaga, kedai makannya pasti lagi kotor. Moga2 aku tak singgah ke kedai keluarga pengotor sebegini |
|
|
|
|
|
|
|
Student sewa bersih ok.. sumpah aku tak faham kenapa orang cakap student sewa rumah jadi rosak..nak nak student pomp.. student laki aku tak tau la...tpi student time aku dulu la.. tak tau la student skang ramai dah diva.. pinggan pun soh orang basuhkan |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kat oz ada rules kat sana..kat sana pakai agent..agent akan dtg check rumah secara berkala (tak silap every 3 months kot)...utk protect rumah dari penyewa yg mcm ni la... |
|
|
|
|
|
|
|
maaf cakap la
banyak sangat dah aku tengok
kalo pemilik gerai, kedai, restoran blablabla ni
rumah mesti macam tongkang pecah
lagi2 rumah yg disewa
jahanam!
sibuk sangat ke kejar dunia ni sampai tahap kandang babi jadinya rumah? |
|
|
|
|
|
|
|
yang air bertakung tengah rumah tu air dari mana?
serius tinggal dalam rumah dengan air bertakung kat lantai camtu? |
|
|
|
|
|
|
|
xfaham dengan manusia spesis mcm ni.. ni baru umah sewa..kalau umah sndiri mcm mna lah..
dah sewa tu jagalah elok2.. jaga mcm umah sndiri.. |
|
|
|
|
|
|
|
Geli tengok lantai simen mcm tu. Sorry. |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya owner rumah dpt penyewa mcmni. dah la x jaga barang kita abis hancur di buatnya |
|
|
|
|
|
|
|
Macamana keluarga ni boleh hidup dengan keadaan rumah macamni? Tak geli ker? |
|
|
|
|
|
|
| |
|