CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: cari-khair

"Sebab Dia Tak Nak Kawan Saya" - Ibu Terkejut Punca 'Pembuli' Cekik An

[Copy link]
Post time 8-2-2018 01:40 AM | Show all posts

Btw, mak bapak sometimes kenalah ajar diri untuk berfikiran rasional. Jangan fikir anak kita tu baik sangat. Entah2 dia pun ada nakal juga? Macam anak buah Munah masa tadika pernah mengadu dia kena tumbuk. Tapi Munah memang nampak perangai anak buah Munah ni memang jenis yang tak nak kalah dan suka ambil barang orang lain. Mungkin dia kena tumbuk sebab perangai dia tu. Tapi kakak ipar Munah tetap rasa anak dia baik dan anak dia tu mangsa. Munah, as mak cik je tak ada hak la nak cakap apa2 walaupun Munah memang nampak anak buah Munah tu pun suka buat perangai.

Munah bukan nak kata mak bapak jangan percaya kata2 anak. But, cuba jadi rasional sikit. Entah2 anak akak fb tu ada je buat nakal? Budak kalau kena interrogate dengan mak orang kecut kot tak kan la nak buruk2 kan anak dia. Walaupun mak budak tu cakap baik2 tapi still, itu adalah serangan halus juga oleh dia.

Mak budak tu patut bagitahu je lagi kat pihak sekolah anak dia kena buli lagi walaupun tindakan asing kelas dah dilakukan and request kat pihak sekolah untuk jemput parents pembuli tu datang sekolah untuk bincang. At least, budak tu tak defenseless. Bagi peluang lah untuk budak tu tell her side of story.

Tapi tak dinafikan, budak2 sekarang memang nakal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2018 07:22 AM | Show all posts
Sebenarnya aku pun pernah jumpa budak pembuli anak aku sama macam penulis tu.  Anak aku tu memang selalu jadi mangsa buli sejak sekolah rendah, malah di rumah baby sitter pun, dia dibuli anak baby sitter yang sebaya dengannya.  Kalau aku pandai menulis, memang boleh buat novel lah.

Anak  aku jenis pendiam dan mengalah walau dengan adik-beradik sendiri.   Dan dia  takkan cerita apa2 pada aku melainkan  benda tu aku nampak secara fizikal  seperti tudung sekolahnya  penuh selut selepas dicampak ke dalam air longkang.

Kisah yang kat sekolah ni,  mula2 aku minta dia bersabar je sebab tahap buli yang tak teruk sangat dan ku rasa cikgu sendiri boleh selesaikan dalam kelas. Tapi bila satu hari dia balik  ke rumah dengan mulut berdarah, aku kena ambil tindakan.

Pagi tu aku sekolah sebab nak berjumpa cikgu.  kebetulan masa rehat, semua cikgu ada di bilik khas di kantin.    Masa aku tunggu  di kantin, anak aku tunjukkan budak yang selalu buli dia.   Aku minta anak  panggil budak tu datang jumpa aku.  Mood aku masa tu memang nak meletup nak bahan dia cukup2.   

Tapi bila aku pandang aje muka dia, terus jatuh kasihan dan simpati yang amat.  Aku bayangkan muka bengis muka pembuli macam selalu  tunjuk kat movie.   Tapi budak ni, muka dia penuh garisan2  parut luka.  Gigi dia rosak sepenuhnya,  patah2 dan hitam.  Baju  lusuh.  Muka nampak lost,  macam dahagakan kasih sayang.   

Tak jadi marah, aku cuma tanya je elok2  betulkah dia  tolak  anak aku hingga mukanya  terkena bucu meja dan mulutnya berdarah.  Mula2 memang dia nafikan sambil pandang dan minta support dari anak aku.  Saya tak tolak awak kan?  Anak aku diam dan tunduk je.  Akhirnya baru dia nak mengaku pernah tolak, dan buli2 yang lain di masa lalu.  Aku minta dia minta maaf dan berjanji tak akan buat perkara2 tu lagi,  serta apa yang akan aku buat kalau berlaku lagi kes buli  ni.    Budak tu  ingat aku cikgu sebab sepanjang masa dia panggil aku cikgu.

Aku  tak tanya direct pada budak tu, tapi aku dapat tau dia memang kekurangan perhatian di rumah.  Ibunya  bekerja dan tinggal di tempat lain,  cuma  ayah dan abang2 yang ada.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2018 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu2 sekolah dan KPM kena pantau.. lebihkan kelas interaksi dan adab sopan... semua kena main peranan..mak bapak utk pelajar bermasalah ni perlu dipanggil dan diberi amaran oleh pihak sekolah..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2018 08:56 AM | Show all posts
sama kes dengan satu budak kat kelas anak i...mak kepada kawan satu klass tu tanya i...anak i pernah kena buli tak dengan sorang budak nama putri...i tanya anak i..katanya tak tapi sorang budak ni memang slalu kena buli (anak kepada mak yang bertanya)...bila bagitahu teacher..mmg dah kena tegur budak tu tapi masih sama..budak lain pulak dia buli...bila panggil mak dia dtg..upanya...keluarga ada masalah....jadi budak tu nak kan perhatian...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.147131 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list