KUALA LUMPUR: Pelakon Nora Danish, 35, selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital swasta di sini, pagi ini.
Detik manis itu dikongsi teman baik Nora, Betty Rahmad yang memuat naik video aktres jelita itu dan suami, Nedim Nazri yang kelihatan sedang mengendong bayi mereka, melalui aplikasi Insta Stories pada Instagram.
Video itu dikongsi kira-kira 20 minit lalu. Betty turut mengucapkan tahniah kepada pasangan itu sambil menyatakan bayi dilahirkan adalah lelaki.
BH Online sedang mendapatkan butiran lanjut daripada bintang Makrifat Cinta itu mengenai kelahiran anak keduanya itu.