|
[Tempatan]
Bekas pemain bola negara tidur di kaki lima tunggu rawatan jantung
[Copy link]
|
|
kat IJN kan ada ruang menunggu...
ramai je aku tengok tido kat situ...
|
|
|
|
|
|
|
|
dia bukan gelandangan... cuma bila turun kl x de tempat nak tidor..
nak sewa hotel duit x de dah... so, dia lepak la tepi jalan seminggu dua sementara tunggu appointment dia kat IJN ...
dah selesai dia balik kg balik...
|
|
|
|
|
|
|
|
budget hotel ada..tune hotel pun murah2 belaka.. tapi tatau la kan kot memang terdesak sgt langsung tak berduit.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah sedihnya. Hidup gelandangan. Bukan dia mintak pon jadi macam ni. Orang yang tak pernah rasa susah I mean bebetul rasa ssh duit takde langsung even Rm10 dalam poket akan tau perasaannya camne. Jangan cite la takkan takde langsung. Klu mmg takde langsung? Aku cakap aku pernah rase..
Dosa lampau die biarla die yang tanggung tapi kita jangan judge die. Klu boleh bantula sesama kita. |
|
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR 1 Dis. - Siapa sangka seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan dalam era 90-an yang dahulunya lincah beraksi di padang dan popular di hati ribuan peminat bola sepak tanah air kini terpaksa menjalani kehidupan sebagai gelandangan.
Itulah nasib duka lelaki ber-usia lewat 40-an itu ketika ditemukan Mingguan Malaysia di kaki lima di Jalan Hang Lekiu, dekat sini baru-baru ini.
Lebih memilukan, hanya berbekalkan sebuah beg berisi pa-ka-i---an, bekas pemain pertahanan yang turut pernah mewakili beberapa pasukan negeri itu ditemukan sedang menyusun kotak untuk dijadikan alas sebelum melelapkan mata di kawasan berkenaan yang turut menjadi lokasi penginapan gelandangan di ibu kota ini.
Sungguhpun begitu, walaupun kelihatan agak lesu dan keletihan, lelaki tersebut masih mampu mengukir senyuman dan terus berkongsi tentang kisah hidupnya.
Kata bekas pemain posisi pertahanan itu, kisah duka kehidupannya bermula selepas dia disahkan menghidap penyakit jantung sekitar 2009 sebelum dimaklumkan penyakitnya bertambah kronik sejak tiga tahun lalu.
Jelas anak kelahiran Pulau Pinang itu, penyakit tersebut menjadi kekangan kepadanya untuk mencari rezeki, malah mengakui pernah menjadi buruh selama setahun namun tidak dapat bertahan atas faktor kesihatan.
“Simpanan semakin ber-kurangan, sebab itu lebih lapan bulan saya menjalani hidup sebegini setiap kali datang ke Kuala Lumpur untuk menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), saya tidak mampu menyewa hotel maka terpaksa tidur di kaki lima ini.
“Saya bukanlah penghuni tetap di kaki lima memandangkan saya cuma berehat dan tidur dalam tempoh tertentu sahaja (beberapa minggu dalam sebulan). Sejurus selesai sesi rawatan, saya akan pulang ke kampung, apapun inilah nasib saya sekarang,” katanya.
Ujarnya, dia akan meneruskan kehidupan sebagai ‘gelanda-ngan sementara’ di kawasan itu hingga tiba tarikh pembedahan memasukkan pe-rentak jantung (pacemaker) di dadanya hujung tahun ini.
“Alhamdulillah, sepanjang saya di sini, saya masih mampu menguruskan diri dengan baik termasuk menggunakan kemudahan awam seperti surau dan masjid untuk membersihkan diri (mandi) serta bersolat.
“Setiap hari, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta orang perseorangan akan datang menyumbangkan makanan, minuman, pakaian serta wang tunai kepada setiap gelandangan,” ujarnya yang turut memaklumkan menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri.
Lebih hiba, ketika ditanya soal keluarga, lelaki itu mengakui sudah bercerai dan memiliki tiga anak yang sedang belajar, terma-suk seorang daripadanya sedang menuntut di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
“Buat masa ini saya tinggal di rumah kakak di kampung, ketiga-tiga anak saya tidak tahu saya hidup begini, saya tidak mahu mereka tahu kesusahan saya, takut mereka susah hati pula,” katanya sebak.
Tambahnya, sebelum ini, beliau pernah mengunjungi Pusat Transit Gelandangan di Jalan Pahang semata-mata untuk tidur dan berlindung namun selepas berlaku kecurian melibatkan beg dan pakaiannya, beliau memilih jalan untuk hidup bergelanda-ngan di kaki lima.
Tahun lalu, bekas penyanyi, Ben Nathan yang popular de-ngan lagu Stanza Sekeping Hati juga ditemukan hidup sebagai gelandangan oleh orang awam di kaki lima sekitar Pasar Seni, Brickfields, Masjid Jamek dan Ampang.
|
|
|
|
|
|
|
|
apsal tak gi tidor kt rumah gelandangan depan GH tu.. bukn jauh pun dr IJN, adoii |
|
|
|
|
|
|
|
main bola pun kena ada pendidikan jugak, budak2 bolasepak yang tak amik SPM tu, aku ucap good luck, 10 tahun akan datang kisah macam ni berulang semula |
|
|
|
|
|
|
|
kita2 ni pon sama
cuba2 la cari pape bisnes sementara ada kudrat ni
cuba simpan sikit2 utk modal
silap haribulan kene sakit itu ini org dah xnk amik kita kerja
duduk rumah sembang politik 24 jam pon bukannya bole bagi kita makan
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by najib888 at 4-12-2018 12:40 PM
VespaSilbe replied at 4-12-2018 02:09 AM
Sakit jantung kronik tu nak kena buat apa?
Bypass? Stern? Valve?
Kalau kronik mesti doktor dah se ...
Kan dlm artikel tu tulis.. dia kena pasang perentak jantung (pacemaker). rhythm jantung tak steady. Arrhythmia or maybe lemah jantung.
Lagi satu, istilah chronic tu rasanya ramai missunderstood. Chronic tu bukannya sakit yg teruk. Tapi lebih kepada masa; penyakit yg lama dideritai pesakit(lebih kurang camtu la). Lawan istilah chronic ialah acute (sudden- secara tiba2).
Kalau sakit yg teruk tu, severe... |
|
|
|
|
|
|
|
pyropura replied at 4-12-2018 03:15 AM
Sportsman pun kena sakit jantung? Kat situ aje kita dah tau ini semua salah individu tu sendiri
Bg huraian...... |
|
|
|
|
|
|
|
bukan setakat ahli sukan ja sisthur, yang jadi retis pun ramai takde SPM. Time muda, cantik, hensem, memang la laku.. jejak 30'an nanti tengok la sejauh mana mampu bertahan..
|
|
|
|
|
|
|
|
Actually kita hidup di dunia ni memang kena bantu sesama bila2 time macam ni. |
|
|
|
|
|
|
|
pengajaran jugak ni utk player yg tgh aktif skrg..belajarla menyimpan untuk masa tua or sakit ke...penyakit ni xleh nak jangka bila nak dtg..jangan sibuk beli kete mahal,brg branded or tabur duit kat awek cun je.. |
|
|
|
|
|
|
|
malang sekali TMJ bukan lagi Presiden FAM
jika tidak, masalah ni dengan sekelip mata diatasi |
|
|
|
|
|
|
|
ifanonline replied at 4-12-2018 12:16 AM
malas kerja ni...bangla takde tangan pun boleh angkat batu
tak baik kot ckp mcm tu.. kan dia pernah jadi buruh.. lepas sakit tu yg dia tak boleh kerja dah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnye lahai..tu nasib dia dh mcm tu akan dtg nasib kita pun belum tau lg mcm mana..moga dipermudahkan urusan brader ni ramai yg nk bantu tu hrp lpas ni hidup dia akan lebih baik |
|
|
|
|
|
|
|
ifanonline replied at 4-12-2018 08:16 AM
malas kerja ni...bangla takde tangan pun boleh angkat batu
Kannn.. kat mesia nii semua preelaa.. nak buat rumah ibadat je punn hang pacak jer tanah.. hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
otai_g replied at 4-12-2018 03:20 AM
penyakit x kenal siapa bang. dr pun ada yg obesiti dan ada penyakit darah tinggi, kencing manis.
Penyakit hanya kenal mulayu jahh.. lee cong wei.sakit kanser tuu sbb genetik.. kalo mulayu betul.. |
|
|
|
|
|
|
|
Biasaklaa kl.. sedara aku dtg kl dulu nak cari keje.. pi tido kat masjid surau.. merata.. masjid / surau ijn tuu berlambak org tido.. bile tanye takde duit . Kita nak nolong pun seratus dua bolehla.. lebih tak dapekk |
|
|
|
|
|
|
| |
|