CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lee_sakura

[Tempatan] Hujan Batu di Shah Alam & Beberpa Orang telah dipanah petir

[Copy link]
Post time 10-3-2019 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 10-3-2019 07:12 PM
Bukan seksyen 8 saja. ..sekitar pusat bandar Shah Alam..sek 2...3...4...9..10..11 pun. ...mmg hujan  ...

Bumbung kereta kemik ke, Kak Noor?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2019 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 10-3-2019 08:10 PM
Bumbung kereta kemik ke, Kak Noor?

Dah check. .tak...alhamdulillah. .tapi mmg kuat bunyi hujan batu tu....memang menggeletar dlm kereta. ..asalnya pokok depan tumbang. ..semua kereta melencong ke kawasan perumahan. ..untuk cari jalan keluar tapi masa tu angin ribut terlalu kuat...jadi semua kereta berhenti tepi jalan ...takut nak teruskan sebab semua benda melayang termasuk dahan pokok. ...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Penonton bola sepak maut dipanah petir

AHAD, 10 MARCH 2019 @ 7:46 PM

SEORANG warga Myanmar maut dipanah petir selepas menyaksikan perlawanan persahabatan bola sepak di padang Akademi Badminton Setia Alam, petang tadi.
SHAH ALAM: Seorang warga Myanmar maut dipanah petir selepas menyaksikan perlawanan persahabatan bola sepak di padang Akademi Badminton Setia Alam, di sini, pada kira-kira jam 5.05 petang tadi.

Mangsa dikenali sebagai Rohimullah, 30, yang juga penyokong pasukan Rohingya Klang FC (RKFC) disahkan maut di tempat kejadian.

Selain mangsa, seorang lagi penyokong masih berada dalam keadaan kritikal akibat terkena petir.

Penganjur yang juga pengadil perlawanan, Zainizam Zambri, berkata ketika kejadian, mangsa dipercayai sedang menggunakan telefon bimbit.

Katanya, ketika kejadian, perlawanan membabitkan RKFC dengan Super Nova FC sudah ditamatkan kira-kira 30 minit sebelum kejadian berkenaan.

“Saya sudah tamatkan perlawanan selepas mendengar bunyi guruh dan memanggil semua yang ada di padang untuk segera keluar bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

“Bagaimanapun, secara tiba-tiba petir menyambar ke arah mangsa dan saya lihat empat individu yang berada berhampiran mangsa turut terpelanting.

“Ketika itu, kami tidak mampu menolong kerana petir sedang sabung menyabung serta risau keselamatan diri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini.

Zainizam berkata, dia bersama beberapa orang awam pergi ke arah mangsa kira-kira lima minit selepas kejadian dan mendapati mangsa sudah tidak bernyawa.

"Mangsa yang kritikal pula diberi bantuan pernafasan sebelum dibawa ke hospital bersama tiga lagi mangsa yang terpelanting akibat panahan petir itu.

“Mangsa yang meninggal melecur di bahagian kaki manakala baju dan seluar dipakainya terbakar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh, ketika dihubungi BH mengesahkan kejadian berkenaan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 08:20 PM | Show all posts
Marina madey kena tak??
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
sepiITUindah replied at 10-3-2019 08:20 PM
Marina madey kena tak??

Tak sis...hm..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni pulak dari sumber lain. Tak tahu sahih yang mana. Wallahu'alam


MAUT DISAMBAR PETIR!

Dikhabarkan 3 orang meninggal dunia di kawasan padang bola Setia Alam sebentar tadi apabila disambar petir. Ada game bola.
.
.
Reff sudah tamatkan game sebelum kilat datang. Namun masih ada pemain berada di tengah padang bermain handphone. Dikatakan 10 orang disambar petir. 3 daripada mereka dikatakan meninggal dunia, manakala 7 lagi sudah sedarkan diri. Salam takziah dari pihak kami.
.
.
Diberitakan juga hujan & kilat guruh sabung menyabung tak henti di Setia Alam sekarang.
.
.
AMARAN : Jangan bermain di kawasan terbuka ketika cuaca buruk seperti kilat. Malang tidak berbau.
.
.
credit : @arzams

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2019 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 10-3-2019 08:18 PM
Penonton bola sepak maut dipanah petir

AHAD, 10 MARCH 2019 @ 7:46 PM

Wanita jadi Ketua Polis Daerah
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru hujan batu/hujan ais

Blum hujan batu berapi lg. Nauzubillah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2019 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
takutnya...kalo blh biarla kena pd geng2 lgbt yg berarak semlm..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 09:04 PM | Show all posts
langit gelap gelita cmtu

bahaya wei..

napela pemain tu degil tk bhnti, referer dh suh behenti
pstu main tepon lak tu..

tepon kan menarik kilat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2019 09:24 PM | Show all posts
Remyda replied at 10-3-2019 08:27 PM
Ni pulak dari sumber lain. Tak tahu sahih yang mana. Wallahu'alam

ni sumber dari Astro Awani plak




SHAH ALAM: Seorang lelaki warganegara Myanmar maut manakala tiga lagi cedera selepas di panah petir ketika bermain bola sepak di Setia Alam di sini, pada petang Ahad.

Kejadian dipercayai berlaku kira kira jam 5.13 petang ketika mangsa bersama rakan-rakannya yang lain bermain bola sepak di sebuah padang di Seksyen U13.

Bagaimanapun ketika bermain, kesemua mangsa telah terkena renjatan susulan panahan petir di padang terbabit, lalu rebah.


Kesemua mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurutnya, salah seorang daripada mangsa yang dikenali sebagai Rohimullah, 19 tahun, maut di tempat kejadian.

Dua lagi mangsa Kamaluddin Abu Tahir, 30, dan Huessein Ahmad Asod Ali, 20, belum diketahui keadaannya.

Sementara seorang lagi mangsa, Abdul Rahman Abul Hussin, 30, kini berada dalam keadaan koma di hospital yang sama.



Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah pada mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 09:38 PM | Show all posts
dah nampak langit gelap pakai hp.. jalan lenggang kangkung xcari bangunan....  cash la
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahaya betul..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 09:49 PM | Show all posts
Ikutkan, cuaca panas sampai hujung bln March.....

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ptg smlm putrajaya & cyberjaya
Hari ni s.alam...meteorologi dah kluarkan amaran

Reminder jugak utk kita semua esp yg berarak smlm. Mujur bukan zaman dulu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2019 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang teruk hujan kat setia alam tadi. Iols otw back from kompleks pkns to setia alam masa hujan tu. pokok banyak gila kena patah petir n tumbang. Memang dalam kereta dok doa n istighfar je. Iols dengan anak kecik lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat ig bbnu sibuk bala kiamat x habis2. Sikit2 bala lgbt. Wtf
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainalillahirojiun al fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm2 versi ..
Ada yg kata pemain
ada yg kata penyokong
Ada yg kata 10 org kena petir 3 mati
Ada yg kata 4 mati
Tgk berita kata 1 je mati .. mcm2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.068943 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list