Kerana chinta remaja berusia 17 tahun pinjam Along berjumlah RM12K
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 921x518.
MANGSA menceritakan masalahnya kepada Azman. FOTO Yusmizal Dolah Aling
HANYA kerana cinta, remaja berusia 17 tahun terjebak pinjaman along berjumlah RM12,000, menjadi peminjam termuda yang direkodkan Unit Banteras Ceti Haram, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) setakat ini.
Meminjam dengan tujuh along, semua wang itu dibelanjakan untuk teman lelakinya termasuk ansuran bulanan motosikal serta duit poket menyebabkan dia menghadapi masalah untuk melunaskan pinjaman yang dibuat sejak lima bulan lalu.
Mangsa berkata, dia bekerja sebagai pembantu di kedai serbaneka di ibu negara dan mengenali lelaki terbabit tahun lalu sebelum menjalin hubungan cinta tidak lama selepas itu.
Katanya, sebaik tamat persekolahan, dia mengenali lelaki itu yang tidak bekerja dan sering memberikannya wang setiap kali diminta kerana sayang.
“Selepas itu, dia minta untuk memberikannya wang lebih kerana ingin membeli motosikal. Tanpa berfikir panjang, saya kemudiannya membuat pinjaman along berjumlah RM2,000 dan bantu bayarkan ansuran bulanan.
“Saya memang tidak fikirkan apa kesannya kerana sayangkan dia dan ingin menjalani hidup bersama. Tidak lama kemudian, saya pinjam lagi kerana nak gunakan wang. Gaji saya sebagai pembantu di kedai tidak seberapa,” katanya yang membuat aduan kepada Pengarah Unit Banteras Ceti Haram PPIM Azman Kang.
Dalam tempoh beberapa bulan, dia membuat tambahan pinjaman daripada tiga lagi along antara RM2,000 hingga RM4,000 dengan tuntutan keseluruhan berjumlah RM12,000 menyebabkan dia buntu memikirkan masalah itu.
“Atas nasihat keluarga, saya rujuk masalah ini kepada PPIM dan cuba berunding dengan teman lelaki. Malangnya dia seperti ingin mengelak dan tidak menjawab pertanyaan yang dibuat,” katanya.
Sementara itu, Azman berkata, pihaknya cuba berbincang dengan lelaki terbabit untuk mencari jalan penyelesaian, namun setakat ini masih belum berhasil.
Katanya, ia menjadi agak rumit kerana pinjaman dibuat atas nama mangsa menyebabkan dia perlu bertanggungjawab untuk membayar balik pinjaman itu seperti mana dipersetujui sebelum ini.
“Setakat ini, berdasarkan rekod kita, dia adalah peminjam termuda kerana sebelum ini kita terima aduan daripada mangsa berusia 20 tahun. Apa yang berlaku, pada usia semuda ini, dia tidak dapat mempertimbangkan baik buruk tindakannya itu.
“Bukan mudah untuk berurusan dengan ramai along, apatah lagi dia baru saja tamat sekolah tahun lalu. Unit ini akan cuba membantu dan kita akan jadualkan semula pembayaran yang dipersetujui bersama antara keluarga dan along.
“Nasihat saya supaya dia tidak mengulangi kesilapan sama pada masa depan dan jangan mudah percaya kepada janji manis orang baru dikenali. Kita terima banyak kes penipuan dalam urusan pinjaman along ini dan ia memberi kesan seperti ancaman serta ugutan kepada peminjam dan ahli keluarga,” katanya.
Post time 27-3-2019 06:00 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Last year iols dapat surat ugutan along... Bekas jiran sblh pinjam ceti.. pastu tak bayar gamaknya.. habis diletaknya surat berjemaah kat jiran.. ngan mencarut bahasa chinese dia..
Dapat surat ugutan bukan kita yang pinjam pun iols seram sampai report polis..
Post time 27-3-2019 09:39 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Teringat I masa tunggu spm dulu ada member ada pakwe minta nak pinjam rantai emas dia..
Pakwe dia janji nanti pulang balik yang lagi besar lagi..
I masa tu duduk semeja dengan dia kat fast-food..
Terus I cakap kat pakwe member tu... Ko kerja pun tak nak menipu lagi..
Terkejut member I bila I cakap macam tu kat pakwe dia..
Konon dia merajuk tapi lepas tu dia tersedar juga dari lamunan.
Sampah aje pakwe dia tu.. Siap nak tumbuk I lagi masa tu..tapi I ada abang kawasan yang sadoo sentiasa jaga I..
bodoh karena chenta.
ni nama nya asal kan ber boyfriend,
lepas tu kawin asal kan berlaki.
masuk channel Dave Ramsey, kasi hadam semua video dia.
kasi celik financial sikit.
don't waste your life with stupid debt.
simpan 500 sebulan start umor 23, with dividen 7% per annum,
kita boleh retire sebagai jotawan di usia emas 60 tahun.
belum ada ikatan apa apa lagi dik
kalau dia takde duit tak payah la beli motor
ko pun tak payah la nak pegi meminjam bagai
naik bas sudah
tak pun nak basikal
pikiran cetek sangat ni
sekarang ada BF yang ko cintai tu bantu ko selesaikan masalah along ni?
ade?
aduhhh
kalau takde duit menyimpan
kerja ot
bukan dengan cara meminjam
kalau dah tak mampu buat cara tak mampu
kumpul duit sehingga mampu
camtu
paham?