|
Malaysia Sudah Dapat Balik RM1.5 Billion Dana 1MDB - Tommy Thomas
[Copy link]
|
|
Najib Razak
Saya merujuk kepada kenyataan Peguam Negara (AGC) hari ini mengenai penerimaan dana dari Amerika Syarikat berhubung dengan 1MDB.
AGC memaklumkan bahawa US$322 juta sudah diterima atau akan diterima dari jumlah aset bernilai US$1.7 bilion yang sedang dituntut oleh DOJ Amerika Syarikat.
Tuntutan US$1.7 bilion ini melalui aset yang dibeli cuma sebahagian dari nilai US$4.5 bilion yang disyaki telah dipindah dari 1MDB dan belum diterima kembali.
Perlu ingat bahawa semua US$4.5 bilion yang disebut oleh peguam negara (dan bukan RM42 bilion dicuri) ini adalah dana yang didakwa hilang selepas dipindah kepada dan dijamin oleh syarikat IPIC milik kerajaan Abu Dhabi.
Ini jelas menunjukkan perbezaan cara penyelesaian kerajaan BN dengan kerajaan PH.
Kerajaan PH hanya mahu menuntut US$1.7 bilion ini melalui DOJ, Amerika Syarikat.
Manakala kerajaan BN mahu menuntut balik SEMUA US$4.5 bilion yang didakwa hilang setelah dipindah kepada IPIC atau dijamin oleh mereka.
Kita tuntut dari pihak yang kita pindah kepada - bukan dari aset yang dibeli oleh pihak-pihak tertentu selepas dana dipindah.
Itulah sebab kerajaan BN dahulu menandatangani perjanjian penyelesaian pada bulan April 2017 di mana syarikat IPIC milik kerajaan Abu Dhabi diberi masa sehingga 31 Disember 2020 (akhir tahun depan) untuk membayar balik semua wang yang didakwa hilang.
Tetapi selepas mengambil alih, kerajaan PH telah membatalkan perjanjian penyelesaian dengan IPIC ini pada bulan Oktober 2017.
Sejak itu, kerajaan PH juga tidak memaklumkan apa status terbaru tentng pembatalan ini.
Kita juga tidak dimaklumkan jika kerajaan PH telah meneruskan sebarang rundingan dengan syarikat IPIC atau kerajaanAbu Dhabi tentang isu ini.
Walaupun saya telah berkali-kali mencabar kerajaan PH sejak bulan Jun 2018 untuk mendedahkan perjanjian penyelesaian itu, mereka masih enggan untuh menyahut.
Cara penyelesaian kita mampu mendapat balik semua wang yang dihilang.
Namun kerajaan PH tidak mahu meneruskan cara itu tetapi memilih untuk mendapat balik nilai dana yang jauh lebih kecil dan dengan cara berperingkat pada masa ke semasa daripada pihak ketiga iaitu keajaan Amerika Syarikat.
Ianya hasrat saya bahawa setiap sen dari dana 1MDB yang didakwa hilang akan dikembalikan.
Oleh itu, saya pilih perjanjian penyelesaian yang menyeluruh dengan pihak penerima dana - bukan melalui aset yang dibeli selepas dana dipindahkan.
Perlu juga ingat bahawa kerajaan PH telah mengaku bahawa projek-projek 1MDB seperti Bandar Malaysia bernilai RM140 bilion dan projek TRX bernilai RM40 bilion adalah sangat menguntungkan dan telah diteruskan.
Saya juga akan ulas tentang wang yang diterima dari syarikat Red Granite dalam posting lain selepas ini. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
rashiman replied at 7-5-2019 10:48 PM
Najib Razak
Agak dah. Klu tanya pakatan hopeless mesti dorg bgtau half story saja. Bila tau full story baru jelas. |
|
|
|
|
|
|
|
harizs replied at 7-5-2019 05:04 PM
Aku tunggu DSN bagi ulasan jer. Mesti AG x cerita yg penuh, fakta yg separuh lagi. Mcm x kenal Pee H ...
Half story supaya rakyat x tau cerita sebenar |
|
|
|
|
|
|
|
Another half story yg sengaja ditutup..
CERTOT wang 1MDB dipulangkan.
Biar saya bagi contoh paling mudah untuk korang faham.
Seorang member bernama Wan Mi ada simpanan RM500,000 juta untuk melabur.
Dia pun bawaklah RM500,000 ini pada sebuah syarikat pelaburan dan berjumpa pengerusi syarikat itu yang bernama Encik Ahmad.
Dan diserahkan RM500,000 itu kepada Encik Ahmad untuk dilabur. Siap resit semua bukti duit dah diserah.
Malangnya, Encik Ahmad tak masukkan duit itu ke dalam syarikat pelaburan itu tetapi dia kongsi dengan kawan Cina dia bernama Low.
Ahmad ambil RM250,000 dan Low ambil RM250,000.
Kemudian, Low pun gunakan duit ini untuk membeli sebuah jet ski (RM10,000), beli sebuah kedai (RM130,000) dan melabur di dalam satu bisness kecil (RM100,000).
Pada satu hari, Encik Wan Mi nak keluarkan duit RM500,000 dia.
Tetapi syarikat pelaburan itu kata mereka tak pernah terima wang itu walaupun pengerusi mereka ialah orang yang menerima duit Encik Wan, siap resit semua.
Encik Wan pun siasatlah apa sudah terjadi.
Check punya check, dia dapat tahu macam mana Ahmad dah bahagikan wang itu dengan Low dan apa yang telah dibeli oleh Low.
Kalau saudara adalah Encik Wan, apa yang saudara patut buat?
A) Tuntut wang dari syarikat pelaburan itu kerana ianya pengerusi mereka yang sah dan telah terima wang.
atau
Rampas aset-aset Low dan menjualnya supaya dapat balik wang itu walaupun aset seperti sampan itu akan susut nilai apabila dijual?
Tentu pilihan A adalah pilihan yang betul kerana syarikat pelaburan itu amat besar dan kita boleh dapatkan kesemua wang yang telah hilang.
Jika pilih B, masa yang diambil agak lama dan tiada jaminan kita boleh dapatkan nilai penuh yang kita hilang. Lagi pulak nak menanggung kos menjaga aset yang susut nilai tu.
Seperti cerita di atas, kerajaan BN memilih pilihan A dan telah menandatangani satu perjanjian penyelesaian dengan syarikat IPIC milik kerajaan Abu Dhabi.
Siapa yang ikut kronologi 1MDB ini pasti tahu dan faham bahawa semua wang yang telah hilang adalah SELEPAS dipindahkan atau dijamin oleh IPIC.
Justeru itu, IPIC telah berjanji untuk memulangkan semua wang ini sebelum 30 Disember 2020.
Tetapi apabila mereka menang PRU14, kerajaan PH membatalkan perjanjian penyelesaian ini pula.
PH memilih cara B walaupun masa diambil adalah lama dan wang yang boleh kita dapat balik tidak akan dapat 100% dari jumlah yang telah hilang.
Kenapa?
Kerana PH tahu bahawa cara ini boleh memanjangkan cerita 1MDB dan tidak mahu rakyat tahu bahawa BN telah selesaikan wang yang dikatakan hilang.
Bolehlah teruskan permainan mereka kerana setiap kali ada aset atau wang yang dirampas atau dibayar balik, cerita 1MDB boleh keluar lagi. Dan ia akan diulang ulang seperti televisyen buruk.
PH membuat keputusan demi kepentingan politik sahaja dan bukan untuk menuntut balik 100% wang yang hilang atau menegakkan keadilan.
Itulah sebab mereka membatalkan perjanjian penyelesaian itu dan tidak menuntut balik dari IPIC.
Itu juga sebab Kerajaan PH tidak mahu tangkap, siasat atau soal-siasat pengurus besar IPIC walaupun sangat jelas Ahmad telah bersalah. Bukan sukar untuk mereka dapatkan bantuan Interpol.
Hakikatnya, dengan ambil langkah merugikan ini, ia menguntungkan PH untuk berterusan menuduh Najib dan mengabaikan tanggungjawab serta peranan IPIC, pengerusi serta pengurus besar IPIC.
Jadi, tidak hairan bahawa Najib telah berkali-kali meminta kerajaan PH untuk mendedahkan perjanjian penyelesaian 1MDB dengan IPIC tetapi kerajaan PH tidak membalas.
Nampak permainan PH? Sampai bila anda semua nak ditipu? Atau mereka mahu berterusan kata anda semua uneducated dan mudah ditipu? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
munchkin replied at 7-5-2019 04:51 PM
Apa pun effort kecik besar. Syabaslah. Dari 0 kan? Syabas
Effort utk hidang half story kpd rakyat.
Majoriti drpd US$1.7 billion yg dituntut oleh Peguam Negara, Tommy Thomas melalui US DOJ ialah berkenaan $4.5 billion yg dicuri drpd syrkt Abu Dhabi melalui syrkt fake Aabar
Kita sedia maklum yg pencurinya ialah bekas top executive Abu Dhabi sendiri iaitu Qubaisi dan Al-Husseiny dan keduanya telah ditangkap oleh krjaan Abu Dhabi
Sequence of eventsnya ialah, pada mulanya IPIC menuduh 1MDB masih terhutang $4.5 billion tetapi 1MDB berkeras bhwa pembayaran dah dibuat dan perselisihan ini dibawa ke London Court of Arbitration pd 2017
Rupa-rupanya, kedua-dua syrkt iaitu 1MDB dan Aabar, telah ditipu oleh kedua CEO & MD Aabar dan IPIC tersebut utk menyeleweng US$4.5 billion ke syrkt fake Aabar palsu
It was a surprise even to us kerana arahan utk pembayaran dibuat ke fake Aabar dibuat oleh Qubaisi melalui pejabat rasmi dan email rasmi syrkat
Apa yg berlaku selepas itu ialah, Aabar dan 1MDB bersetuju utk 'enter good faith discussion' selepas sesi aribritrasi 2017 dan kemudian pihak Abu Dhabi bersetuju bahawa 1MDB tidak terhutang apa-apa kepada Mubadala, IPIC mahupun Aabar termasuklah US$4.5 billion tersebut
US$4.5 billion tersebut dikira lansgai dan akan dibayar oleh IPIC sebelum 31 Disember 2020 utk digunakan utk membayar prinsipal bond 1MDB yg matang pada 2022 & 2023
Namun, pelik apabila AG Tommy Thomas mahu membatalkan persetujuan perjanjian tersebut dan mahu meneruskan dgn pertuduhan USDOJ yg hanya akan mendapat sekitar US$1.7 billion
Berkali-kali Datuk Seri Najib Razak mencabar MOF supaya mendedahkan perjanjian 1MDB-IPIC tersebut, namun apabila Lim Guan Eng mengelak, ianya hanya menguatkan lg dakwaan Datuk Seri Najib
https://m.malaysiakini.com/news/449784
https://m.malaysiakini.com/news/449278 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tobby: Khennn....ni mesti cerita x abis ni. Cerita separuh2 nak memperbodohkan penyokong ph yg sedia bodoh
Tp dh cukup untuk buat penyokong "jijik nk sebut" utk percaya. The fact is more than 4 billion. But nk buat wayang punya pasal, jd gini pon ok.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lollipop111 replied at 8-5-2019 10:46 AM
Tp dh cukup untuk buat penyokong "jijik nk sebut" utk percaya. The fact is more than 4 billion. Bu ...
Menteri2 bangang sanggup negara hilang USD4.5 biliun semata2 nak main wayang. |
|
|
|
|
|
|
|
Yeay.. lps ni shopping RM50 penuh 1 troli.. |
|
|
|
|
|
|
|
tu pasal aku pelik nape gov sibuk cari barangan instead dptkan full amount daripada company pelabur tue??? mcm bodow menjaja cerita... better sue the company instead individu.. belajar law x habis ker ?? term vicarious liability kan ada guna la pakai.. penat ajee jadi peguam negara tapi x nak practice term itu... haaisshhh |
|
|
|
|
|
|
|
oooo wwwhhh PH ingat zaman ni macam katak bawah tempurung
semua information free flow la beb
|
|
|
|
|
|
|
|
betul kah bohong kamu tu...boleh percaya kah ni???
|
|
|
|
|
|
|
| |
|