CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: friedfishsoup

[Pelbagai] Ucapan Aidilfitri 2019

[Copy link]
Post time 27-5-2019 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Pantun Raya

Hari raya hari yang berkat,
Bermaaf-maafan sesama saudara,
Hai maknusia bulatkan tekad,
Perintah Allah laksanakan segera.

Buah pauh di tengah bendang,
Jadi dagangan di tengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita

Jambangan indah lagi berseri,
Menjadi hiasan di aidil fitri,
Sms ku kirimkan pengganti diri,
Tanda ingatan tak lupa dihati…

Bulan ramadhan bulan yang mulia,
Di sambut dengan hati yang gembira,
Kini syawal semakin menjelma,
Tangan ku hulurkan maaf dipinta…

Main mercun dimalam hari
Main bersama anak pak ali
Hari raya meriah sekali
Disambut sanak saudari

Masak udang dan gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keris,
Berbunyi mercun berdentum-dentam,
Riang gembira di Hari Raya.

Kad ucapan penganti diri,
Semoga berbahagia di Aidilfitri,
Pulangan perantau di pagi raya,
menyambut Syawal bersama keluarga.

Disisir diandam dengan cekap,
Potong rambut pelbagai gaya,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Mari kita menyambut Hari Raya.

Menyeberang lautan melintas negeri,
Terbang jauh dari Itali,
Datuk nenek muka berseri,
Anak cucu telah kembali.

Memukul gendang pelbagai gaya,
Amat meriah riang gembira,
Ramai bertandang di hari raya,
Tersenyum riang sanak saudara.

Dingin di perigi waktu pagi,
Berkokok ayam ditengah laman,
Aidil fitri menjelma lagi,
Tamatlah ujian bagi yang beriman.

Lemah lembut tuan puteri,
Berhias pandai cantik dipandang,
Meriah menyambut Aidilfitri,
Sahabat handai datang bertandang.

Udara dingin hening pagi,
Tabuh bising mulakan hari,
Aidilfitri menjelma lagi,
Masing-masing pakai berseri.

Aidilfitri hari kemenangan,
Kejayaan menempuh halangan,
Mengenali erti kesenangan,
Bagi mereka yang kekurangan.

Aidilfitri hari kemaafan,
Menghapus kesalahan sesama insan,
Memupuk perpaduan sesama ehsan,
Mengikat tali keakrapan.

Tanpa mengira miskin kaya,
Pangkat kedudukan hamba bernyawa,
Sama-sama menyambut raya,
Maaf-maafan dihari bahagia.

Sebulan genap kita berpuasa,
Semoga digolongkan pada orang berjaya,
Diperintah sudah oleh Yang Berkuasa,
Sesudah berpuasa kita beraya.

Sehari sudah lesu berpuasa,
Hidangan berbuka sudah tersedia,
Jangan kamu membazir masa,
Mulai beribadat semasa belia.

Puasa itu satu perintah,
Oleh Allah yang maha perkasa,
Perintah itu jangan dibantah,
Wajibnya itu pada yang berkuasa.

Gua Niah pintunya lebar,
Orang dusun jadi penjaga,
Datuk nenek tidak tersabar,
Kuih tersusun di atas meja.

Adik tersayang segak bergaya,
Mengait kuih di atas para,
Suasana riang di hari raya,
Bermaaf-maafan riang gembira.

Negara kita aman sentosa,
Pelancung hadir ramai menerpa,
Makan sudah baju bergaya,
Orang fakir jangan dilupa.

Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.

Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
wasap di hantar bolih kiranya

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan kita menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia

lampu putih sakit mata,
silau memancar terus bercahaya,
hari raya semakin tiba,
wajah berseri senyum saja..

bawak kereta macam pelesit,
ke kiri kanan menyelit nyelit,
makan ketupat beringat sikit,
jangan sampai tercirit cirit..

siren polis telah berbunyi,
semua kereta terus ketepi,
ketika memandu harus teliti,
sentiasa berwaspada dah berhati-hati..

lampu merah lampu biru,
berkelip kelip bagi amaran,
bawak kereta jangan melulu,
moga dapat sambut lebaran..

lampu oren berpusing-pusing,
diletak pula di atas bumbung,
pagi raya sungguh hening,
jangan lupa utuk kunjung mengunjung..

selamat hari raya aidilfitri,
minta maaf dari zahir dan batin,
tulus ikhlas dari sanubari,
kat korg semua yang sentiasa dihati..

Duduk depan cermin terasa kacak,
Minyak rambut minyak kelapa,
Walaupun mood raya dah memuncak,
Puasa Ramadan jangan di lupa.

Dah perasan kacak terus bergaya,
Segala yang ada semua nak diperaga,
Poket semakin kempis shopping raya,
Jangan lupa lepas raya nak pakai duit Juga.

Masam-masam rasanya cuka,
Lagi best kalau curahkan kat luka,
Balik kampung semua suka,
Pandu cermat elak duka.

Bulan puasa jangan asyik mengata,
Jangan buat cerita untuk di jaja,
Kunjung mengunjung amalan kita,
Jangan duk rumah tonton TV sahaja

Pandai memilih intan dan kaca,
jangan hanya rambang mata,
Terima kasih buat pembaca,
Salah silap kemaafan di pinta.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2019 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
KILL_NANCY replied at 27-5-2019 05:41 AM
asyik berpantun orang dah azan.

hampeh.(-_-)!

Tak sahur ke nak?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Assalamualaikum...Selamat Menyambut Perayaan Aidilfitri yang bakal kunjung tiba. Semoga amal ibadah kita dalam bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah swt dan segala dosa kita diampuniNya. Aammiinn... Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.
Salam tulus ikhlas drpd MawarKelabuAsap

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 09:19 AM | Show all posts
dam dam dummmm bunyi mercun

selamat hari raya kawan2,maaf kalau terkasar bahasa/tulisan yang mengguris hati,kalau makan ketupat tu ingat2 lah saya di sini

ketupat pulut letak kacang ya..ketupat nasik sis tak nak hehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts


Selamat hari raya buat semua. Minta maaf andai ada tersalah bahasa terkasar bahasa semua jenis terrrrr di forum. Semoga bergembira dengan sanak saudara dan be moderate!

Eat moderately, kang ada yang menangis timbang berat lepas ni kikikiki

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Selamat Hari Raya semuaaaaa!
Berhati2 di jalan raya


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2019 09:55 AM | Show all posts
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin, yg balik jauh tu drive elok2, ngantuk tido dulu, pastikan rehat yang cukup...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
selamat hari raya kepada semua forumers cari .... semoga raya kali ini memberi makna yang terindah dalam kehidupan anda....


Berkahwin 4 memanglah hebat,
Silap langkah boleh kena lipat,
Nak hantar kad raya dah tak sempat,
pakai forum cari pon ok what?

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2019 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Selamat hari raya aidilfitri to all my fellow forummers. Mzz nak minta maaf andai ada terkasar bahasa, tersmackdown tanpa sengaja, terkutuk tercaci dan terhina.

Dengan pesanan raya ni jaga makan. Jumpa sedara mara tu jangan banyak membawang sangat. Duit raya jangan lupa hulur.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam aidilfitri semua
Hati hati dijalan Raya
Ingat org yg tersayang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Kata Al-Ghazali...

yang jauh itu WAKTU,
yang dekat itu MATI,
yang besar itu NAFSU,
yang berat itu AMANAH,
yang mudah itu BERBUAT DOSA,
yang panjang itu AMAL SOLEH,
yang indah itu SALING MEMAAFKAN.....

Salam aidilfitri maaf zahir dan batin untuk semua forummers!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 11:35 AM | Show all posts
Salam Aidilfitri buat semua mod, admin, dan forumers...

Walaupun tak pernah bersua muka, ampun maaf dipinta andai ada terkasar bahasa dalam thread2 yg pernah kita bersua...
Semoga Ramadhan tahun ini memberi impak positif pada kita semua.
Pada yang telah pergi jangan kita lupakan.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam lebaran  lah porumerr sume. Lps lebaran kite begasak lg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat hari raya aidilfitri warga forum. Maaf zahir dan batin to all.  For those yang balik kampung, hati hati x kirala apa mode of transportation korang.
Selamat memanfaatkan jua hari hari terakhir ramadhan tahun ni dan semog tahun depan masih ada rezeki untuk berjumpa ramadhan lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kecil2 terima duit raya
Dah tua2 memberi pula
Yang ada kampung berkumpul bersama
Yang tiada kampung carilah jiran tetangga

Ramadhan ditempuh dengan kesabaran
Syawal disambut penuh kesyukuran
Yang jauh tidak kita lupakan
Yang dekat mari kita eratkan

Ibu di dapur masak kari
Ayah di luar membakar lemang
Kepada semua warga forum cari
Maaf kupohon jika ada yang tersinggung

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat Hari Raya. Saya memohon seribu keampunan jika pernah mengguris hati sesiapa, terkasar bahasa, terlajak bicara, tertampar muka.

Sayang, i minta maaf sayangggggggg. Nak wit ya @Foxey

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2019 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua rakan2 cari forum...*salam*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat hari raya aidilfitri in advance pada warga cari forum.. Semoga berbahagia myambut raya bsama keluarga tcinta.. Bagi yg pulang ke kampung berhati2 di spanjang perjalanan..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 02:04 PM | Show all posts
Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan,
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah dan silap sudilah maafkan.

Buah pauh ditengah bendang,
Jadi dagangan ditengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 02:07 PM | Show all posts
Selamat Hari Raya.

Tahun ni beraya di mana?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.554984 second(s), 52 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list