Author|Post time 3-8-2019 02:20 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ritual seperti alunan muzik, nyanyian, jampi serapah dan bacaan zikir tertentu akan dimain serta dibaca bagi mengiringi upacara tersebut. Kemudian keorang ustaz akan tampil mengetuai upacara Mandi Safar dengan membaca ayat Al-Quran dan zikir serta merendam kertas yang dilukis rajah atau lebih dikenali sebagai wafak kedalam sungai sebagai pembuka acara sebelum orang ramai mula bermandi-manda.
Author|Post time 3-8-2019 03:11 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dalam upacara Mandi Safar, peserta akan mandi dengan membaca jampi tertentu sambil menghanyutkan cebisan ayat-ayat Al-Qur’an dan kertas yang ditulis dengan doa. Ada juga segelintir peserta yang mandi dengan air dari dalam botol yang telah dimasukkan kertas bertulis ayat Al-Quran dan diiringi dengan jampi
siapa rajin mandi sungai ke laut kalau jumpa sampan kecil tiada tuan dan ada makanan (pulut kuning, ayam hitam, popia carbonara cheese) jangan ambil, orang dulu kuat buang ancak.
zaman sekarang pun masih ada orang buang ancak atau jamu penunggu laut. kaka pernah tahan sampan kecil tanpa tuan, dalam sampan tulis jamu sebab menang jackpot
malam tu kaka mimpi dan demam.. mimpi dapat nombor.. kaka beli.. lepas tu no yang anda dail tiada dalam perkhidmatan
kalau siapa pernah pergi indonesia ada satu upacara agak tahyul bagi kaka selain buang ancak.
kaka pernah hadir satu majlis kahwin di indonesia di pendalaman, kepala desa dan ustaz akan minta kain cadar pengantin yang baru kahwin. kalau nampak kesan darah maksudnya mak ayah gadis ni jaga baik.
kalau tiada kesan darah dara kemungkinan besar akan heboh di tetangga gossip acik2 bawang rangers. kain darah ni akan di bawa ke sungai dan di hanyutkan.
kat tempat dodolgemuk dulu pernah di amalkan adat ni. tapi mungkin sebab ramai semburit jadi tiada darah dara keluar .
bagi kaka adat ni xbagus sebab ada je pasangan nervous nak sex, jadi mereka make love kat hotel rather than rumah keluarga. ada pula mangsa rogol. ada pula zina dan dah bertaubat. ada pula betul2 syaitan suka berzina.
kalau yang malu tu pasangan tersebut ok je, ni sampai mak ayah malu sekali seolah olah tak pandai jaga anak. moga adat2 yang khurafat ni diberhentikan. buang masa tiada faedah.
banyak adat dihasilkan dengan unsur mistik macam malaysiadoom sikit2 bakar keris asap keris otak malaysiadoom sendiri tumpul, BM dapat b minus ada hati nak tajamkan keris guna asap.
Post time 3-8-2019 04:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Sib baik lah ulama tegas dlm hal ni. Kalau x halang, dgn kemampuan org skang ni, i rs mungkin jd mcm kt palu tu. Dorang bwk mknn utk roh kt laut. Nenek i citer, dulu2 lepas org settle musim tanam padi, dorang pg pantai utk ritual puja pantai. Bwk mknn n tido kt sana. Buat khemah. Bertitik tolak dr situ jugak ramai anak2 muda bermaksiat n berzina.
Author|Post time 3-8-2019 05:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by noraidil_06 at 3-8-2019 05:47 PM
Sambungan dr orangperak.com
Cebisan ayat Al-Quran yang dihanyutkan akan dibawa arus tetapi ada juga yang tersangkut di tebing sungai dan tidak mustahil ada orang yang akan terpijak cebisan tersebut. Kunci Air 12, Head work yang suatu ketika dahulu pernah menjadi tumpuan orang ramai untuk melakukan Mandi Safar kini dikenali sebagai
Jambatan Mc. Donald oleh penduduk sekitar kerana jambatannya berbentuk seperti huruf “M” dan menjadi tempat pilihan pemancing ikan sungai.
Di tepi jambatan juga ada disediakan pondok untuk pemancing berteduh dan berlindung dari cuaca panas atau hujan.
kaka dulu buang ancak ikat sis vokuru atas mini sampan, sekali sampai tengah laut, penunggu laut mengamuk pulangkan balik alasan kuat bebel cm hantu kopek
Author|Post time 3-8-2019 09:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Amalan upacara Mandi Safar ini pernah menjadi pesta tahunan yang besar di Pantai Tanjung Keling, Melaka pada suatu ketika dahulu.
Berdasarkan kepada kepercayaan dengan mengamalkan mandi Safar, berpuasa Safar dan membuat kenduri tolak bala khas di bulan Safar yang kononnya untuk mengelakkan perkara buruk ini dari berlaku adalah khurafat kerana tiada asas ataupun sumber rujukan dari mana asalnya kepercayaan itu.
Post time 3-8-2019 10:08 PMFrom the mobile phone|Show all posts
noraidil_06 replied at 3-8-2019 05:41 PM
Tell us more pls
sedekah laut biasanya diadakan ritual melarung kepala kerbau di letakan di atas perahu kecil trus di larung ketengah laut para nelayan berebut larungan kepala kerbau lalu mencuci kapal mereka,
biasanya diadakan setelah bulan idul fitri
larungan di adakan untuk mengungkapkan rasa sukur dari nelayan kepada tuhan atas hasil laut yg melimpah selama setahun,larungan biasanya di adakan setahun sekali.
Post time 3-8-2019 10:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kat kedah ni, lokasi popular upacara mandi safar ni, kat Pantai Merdeka..
dengar ceritanya, untuk buang sial.. siap dengan buat ancak bagai.. pulut kuning..
Rasanya, budaya ni lebih kepada Hindu..kat Indonesia ada lagi.. pernah terbaca few years back