View: 10794|Reply: 41
|
Lelaki Ini Buat 'Gold Digger Test' Ke Atas Bakal Tunang Dan Hasilnya Sangat Meng
[Copy link]
|
|
Jika anda gemar melayari video-video Youtuber Barat, pasti anda biasa dengan video prank yang dilakukan mereka.
Mereka boleh dikatakan agak ekstrem dalam melakukan prank sehingga kadangkala dilihat melampaui batas apabila mengakibatkan kesan buruk kepada si mangsa.
Buat anda yang tidak tahu apa itu Gold Digger Test, ia adalah ujian yang kebiasaannya dilakukan ke atas teman wanita seseorang. Si prankster akan mengupah pelakon kacak dan kelihatan kaya untuk menggoda gadis yang mereka mahu uji.
Jika si mangsa termakan pujukan pelakon kacak tadi, bermakna si mangsa telah gagal ujian ini kerana tidak setia kepada teman lelaki.
Terbaru, Bros Gang TV ada melakukan Gold Digger Test versi Malaysia! Mereka bersetuju dengan seorang rakan untuk menguji teman wanitanya dalam ujian ini.
Meskipun gusar dengan hasilnya, rakan mereka tetap nekad mahu menguji teman wanitanya sebelum mereka bertunang tidak lama lagi.
Segala persiapan telah dibuat, kamera rahsia diletakkan di ruang kecil, mikrofon dihidupkan untuk mendengar perbualan mangsa dan pelakon upahan kacak juga telah bersiap sedia untuk menggoda teman wanita rakan mereka tadi.
Lakonan dimulakan dengan teman lelaki tersebut membawa teman wanitanya ke taman untuk jogging bersama. Beberapa ketika kemudian, lelaki itu meminta diri untuk membeli sesuatu, seklai gus memberi ruang kepada pelakon upahan menyapa si mangsa.
Selepas pelakon upahan menegur mangsa, mereka berjaya bertukar nombor telefon dan berborak mesra ketika ketiadaan teman lelakinya. Lebih sedih, si teman lelaki terpaksa berpura-pura tidak mengetahui apa-apa untuk ke ujian seterusnya.
Untuk ujian kedua, pelakon upahan akan mengajak si mangsa untuk keluar berdua. Dalam masa sama, si teman lelaki juga mengajak teman wanitanya untuk keluar bersama, namun pelawaannya ditolak kerana teman wanitanya dikatakan ada makan malam bersama keluarga besar dan tidak manis jika dia turut serta.
Anda ingin tahu apa hasil Gold Digger Test ini? Tonton video penuh mereka di channel Youtube Bros Gang TV. Hasilnya sangatlah mengejutkan! Jika anda mahu uji teman wanita di sisi, boleh buat ujian ini! Berani ke? - CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Zaman sekarang ni ramai yang suka jadi pelakun tak kira muda atau tua jadi pandai2lah menilai |
|
|
|
|
|
|
|
Betul2 ke ni..senang btul ppuan skrg ikut jantan xkenal..
Ye la agaknya bf sndri xhnsem,xkaya dh alang2 org nk ada rupa..kete mahal..
Ada pluang ubah hidup kn..apa lg..
Kesian bf dia bengang je..awek tu plak bodo2 je jawab.. |
|
|
|
|
|
|
|
cash lah! (kalau betullah benda ni bukan lakonan) |
|
|
|
|
|
|
|
Ntahlah klau dorg betul2 kwn. 4 tahun bercinta xkn gf x kenal kwn2 bf dia? |
|
|
|
|
|
|
|
suara pmpuan tu mcm suara dalam bidio capik belakang sikit |
|
|
|
|
|
|
|
meols pn dh tgk. giler arh pmpn tu. birah btol. elok la x jd bertunang. kesian plak tgk bf dia. klu meols mmg takde la aku nk curang terang2 gitu. ni kau gi jogging, bf kau tgal kau kejap je pn dah berani tukar no dgn laki lain. klu tiba2 bf kau muncul masa kau tukar no hp tu tak ke naya. so cash laaa |
|
|
|
|
|
|
|
Bodohnya team ni.
Manusia boleh berubah. Kalau dia tak buat test ni, tah2 bahagia pasangan ni. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau awek aku buat camni, aku main je pastu blah... |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 19-2-2020 11:00 AM
hensemmmmm
Yg baju merah tu kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Xpyh la buat test2 mcm ni sb klau kene dkt iols mcm fail jah hensem laki tu. smentara boleh pilih (sblm kahwin) op coz nk kenal2
Same goes prempuan bodoh yg suka test pakwe guna number lain lps tu mrah bila bf menggatal. Jenis2 test ni namanya xde penyakit tp cari penyakit |
|
|
|
|
|
|
|
susah nak cakaplah...
sebelum akad nikah macam2 boleh jadi. kena pulak yang datang tu good looking, kaya etc....
|
|
|
|
|
|
|
|
Berlakon...demi sesuap viewer |
|
|
|
|
|
|
|
ni bukan gold digger test memandangkan cubaan mengorat wek orang itu dilakukan oleh lekaki yang sendurina. lain la pelakon upahan muncul dengan sebijik maserati or helicopter
ini semua poyo! |
|
|
|
|
|
|
|
Tak dak pasai cari pasai..dok elok pi test2.. saja cari penyakit. |
|
|
|
|
|
|
|
Maaf.. Tapi nampak try hard and too fake... Hmm |
|
|
|
|
|
|
|
eh bencinye aku org nak test2 ni. mendapatla ko. esok2 awek baru plak yg test ko |
|
|
|
|
|
|
| |
|