|
[Tempatan]
COVID-19. Kos Pusat Kuarantin di hotel. RM150 per room per day. Pesakit tanggung
[Copy link]
|
|
stuju je..nak2 yg degil nak travel gak |
|
|
|
|
|
|
|
ohhh kalau mcm tu baguslah...asalkan govmt caj diorang kaki travel tu |
|
|
|
|
|
|
|
Tak puas hati then dont pay tax.
Some people only tahu complain without giving any suggestions.
|
|
|
|
|
|
|
|
RM150/day tu dah kira tinggi. Itu belum campur lagi kos bawa balik diorang Manja nye rakyat Malaysia. Kenapa tak kurang kan bawah RM100, duit byk lagi nak guna. |
|
|
|
|
|
|
|
mampu travel sana sini mesti mampu bayar kan |
|
|
|
|
|
|
|
Bodohnya travel sana sini xkomplen mcm2....ko balik malaysia kerajaan tanggunglah. Balik kena kuarantine 150 sehari kerajaan bg utk ko masuk makan minum lagi |
|
|
|
|
|
|
|
nuryakmal replied at 7-4-2020 04:30 PM
Tak puas hati then dont pay tax.
Some people only tahu complain without giving any suggestions.
...
anjing je suka menyakak tp takde solution
mmg kite paham depa nak hotel2 ade bisnes.., bila ade bisnes ade keje, bila hotel jln, dapur2 hotel berasap, pembekal makan still dpt job..,
cycle tu penting skrg.. buat macai yg tak mengaku perasan cerdik tu baik diam je |
|
|
|
|
|
|
|
Ye. Hotel tak kisahla mahal ke murah need to have business cycle. F&b ada business the sme hntr sheets or pillows ada business, cleaning sectors ada business.
All yang sibuk kata mahal mahal mahal ni , tau tak business planning and how to generate income?
Dont look pada jenama hotel la. Kalau setakat hilton kecik je. Harga kalau takde covid its just 300-400 per night. Agoda pun ada banyak buat discount.
Sekarang ni nak generate income/ business. Nak bagi malaysia ni tak lungkup
|
|
|
|
|
|
|
|
Forfoxache replied at 7-4-2020 04:23 PM
Apa yg kalah bodo? Aku above politics. Bukan macam ko kena jadi machai jilat up-line yg bayar ko m ...
Gang mat sabu yg keciwa |
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan tidak pilih kasih soal penempatan pusat kuarantin
BERNAMA
3-4 minutes
PUTRAJAYA - Kerajaan tidak pilih kasih dalam soal penempatan pusat kuarantin untuk rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara seperti yang tular dalam media sosial semalam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, kerajaan hanya menanggung kos penempatan termasuk makan dan minum setiap individu terhad kepada RM150 sehari manakala mereka yang memilih untuk dikuarantin di hotel yang melebihi kadar itu perlu menanggung kos selebihnya.
Menteri Pertahanan itu berkata, bagaimanapun mereka hanya diberi pilihan untuk ditempatkan di 45 hotel yang telah ditetapkan kerajaan bagi memudahkan pemantauan.
"Yang kerajaan (pilih) adalah hotel bertaraf tiga atau empat bintang, terserah kepada pengusaha hotel kalau nak beri diskaun.
"Tetapi yang lain dipilih oleh individu yang berminat untuk membayar sendiri, sebab itulah ada hotel-hotel yang kita tentukan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini hari ini.
Ismail Sabri menjelaskan, pada peringkat awal, hotel dipilih sebagai pusat kuarantin berikutan terdapat permohonan daripada kedutaan asing untuk menempatkan perwakilan mereka yang tiba di negara ini.
"Ini kerana tiada pengecualian kepada mereka yang pulang dari luar negara untuk dikuarantin, termasuk diplomat asing. Kalau mereka balik ke negara kita, mereka juga mesti dikuarantin.
"Jadi mereka minta supaya mereka tinggal di hotel yang akan dibayar oleh kedutaan masing-masing," katanya.
Menurut Ismail Sabri, terdapat juga rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara memilih dikuarantin di hotel dan sanggup membayar kos mereka sendiri.
Walaupun mereka ditempatkan di hotel, prosedur operasi standard (SOP) adalah sama seperti di pusat kuarantin lain termasuk tidak dibenarkan sama sekali keluar dari bilik atau menerima pelawat.
"Jadi kalau mereka memilih hotel sesuka hati tidak mengikut hotel yang disenaraikan, tentu sahaja kami akan menghadapi kesukaran untuk membuat pemantauan. Bayangkan hotel di Petaling Jaya ada lima orang, di Putrajaya ada lima orang, susah untuk kerajaan memantau," katanya.
Mengenai rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara, Ismail Sabri berkata, kerajaan sememangnya memberi perhatian kepada mereka dan Kementerian Luar (Wisma Putra) akan berbincang sama ada mereka akan dibawa balik atau sebaliknya.
"Bagaimanapun, katanya, ada antara rakyat kita di luar negara yang jumlahnya tidak besar. Contohnya, semalam saya dapat mesej daripada mereka yang berada di Chad iaitu negara Afrika ada tujuh orang.
"Yang itu sedang dilihat dengan teliti oleh Kementerian Luar. Ada juga di Bahamas tiga orang... tak kan kita nak hantar satu pesawat untuk bawa pulang," katanya.
Ismail Sabri berkata, Wisma Putra bagaimanapun akan mencari kaedah terbaik bagi menyelesaikan masalah itu. - Bernama
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
abis takkan nak bayar rm1.5k satu mlm.. kemain.. bersyukurlaa sikit kerajaan nk tanggung . haihhh macai ni mmg cam sial kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
hotel OYO pon dah cantik uolssss...
|
|
|
|
|
|
|
|
honam replied at 7-4-2020 05:10 PM
Gang mat sabu yg keciwa
Suka ati hang la labu |
|
|
|
|
|
|
|
bgslah cmtu, sbnrnye gomen dh tlg byk team dlm situation ni, win2 situation lah kan.. dr takde hasil lgsg.. bgs mana2 hotel yg take part ni..
kalau norm satu bilik dlm 250.. xde la rugi sgt, dr takde org lgsg.. actually with a month coordination utk new arrangement gomen, PN did a good job..
maybe next PRU, some of the good minister, kita dpt kekalkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
citernya ini adalah win win situation, dapat memulihkan ekonomi hotel.
memang la bagi mereka rm150 semalam tu banyak, tapi sebenarnya hotel tu lagi banyak nak di tanggung, kemungkinan bungkus tu tinggi sebab hotel yang semalam rm60 pun boleh bungkus dik... |
|
|
|
|
|
|
|
yup betul, hotel murah2 rm60 semalam pun boleh bungkus, jadi rm150 tu pun kira cukup bersyukur dah untuk pulihkan ekonomi hotel. |
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 replied at 7-4-2020 05:34 PM
eh mana bleh bangga sbb bkn dap haha
pastu mengaku takde parti.. haha |
|
|
|
|
|
|
|
Kos hotel terhad RM150 sehari seorang: Ismail Sabri
PUTRAJAYA - Kerajaan hanya menanggung kos sebanyak RM150 sehari bagi individu yang memilih untuk menjalani kuarantin wajib di 45 hotel yang telah diwartakan sebagai pusat kuarantin.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi individu yang ingin menginap di hotel yang melebihi peruntukan yang ditetapkan, perbelanjaan perlu ditanggung sendiri oleh mereka.
Beliau memberi penjelasan itu berikutan terdapat tohmahan bahawa wujud layanan tidak sama rata selepas tular senarai hotel bertaraf lima bintang yang turut diwartakan sebagai pusat kuarantin.
“Peringkat awalnya, kita wujudkan hotel seperti ini kerana mendapat permohonan daripada pihak kedutaan luar di mana diplomat asing mahu tinggal di hotel yang akan dibayar oleh kedutaan masing-masing.
“Sebab itu ada hotel yang bertaraf tiga bintang dalam senarai yang diwartakan ini. Bagaimanapun saya ingin tegaskan bahawa mana-mana individu termasuk rakyat Malaysia yang memilih untuk kuarantin di hotel, kos yang ditanggung terhad kepada RM150 sehari sama seperti di pusat-pusat kuarantin lain,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Pejabat Perdana Menteri di sini semalam.
Ismail Sabri berkata, walaupun individu yang memasuki negara ini boleh memilih untuk tinggal di hotel, namun kerajaan menetapkan hanya hotel yang telah diwartakan.
“Mereka tidak boleh memilih untuk tinggal di hotel selain yang diwartakan itu kerana perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan seperti di pusat kuarantin lain.
“Mereka akan tetap dipantau oleh kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan sepanjang tempoh itu tidak dibenarkan keluar dari bilik dan ahli keluarga juga tidak boleh bertemu mereka,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 replied at 7-4-2020 05:34 PM
aku mmg dh awal2 tabik spring toing2 dgn kerajaan malaysia menangani covid ni ..
dr semua aspek, cekap dan pantas...xde la terkial2 bila dh jadi baru nk hegeh2 buat tu buat ni...semoga kerajaan trus bijak dlm mmbuat kputusan brdasarkan situasi terkini...aminnnnnnnnnn....
yg jd mslh ialah rakyat yg berbunyi, buat gini salah,buat gitu x kena, so kerahaan jenuh jgk la nk bt kptusan naknjaga hati semua pihak umpama tarik rambut dlm tepung rambut x putus tepung x berselerak... |
|
|
|
|
|
|
| |
|