CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hussaini4675

Tun Mahathir Malu Orang Melayu Bersangka Buruk Terhadap DAP

[Copy link]
Post time 13-5-2020 12:15 PM | Show all posts
atok sebenarnya malu boboi tidak diangkat sebagai tpm oleh MY sebenarnya..sudah la atok..tak insaf2 lagi ke? hari tu nyaris dah kan...kena kuarantin 2 weeks..tu allah dah jentik la..takkan tak insaf lagi?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2020 12:17 PM | Show all posts
aku tergelak baca tajuk... mungkin dia lupa masa dia dlm umno dulu perang politik telah sebabkan imej yang teruk kepada dap. dia sendiri yang buat, mcm mana nak repair tu dah bertahun-tahun, memang tak dapatlah.  

Kalau pasal politik sahaja mungkin ada harapan untuk berubah, tetapi dia jadi pm baru2 ini, orang ramai dah tahu cara dap mentadbir yang mana tidak disukai oleh majoriti orang melayu.. gaya mentadbir dap pun hampir serupa spt apa yang diperkatakan selama ini, dah rasa pun mcm mana.. memang tiada harapan atau sangat susah untuk imej dap dapat diperbaiki imej di mata melayu
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2020 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebaikan yg iols nampak DAP dan sekutu mentadbir selama 22 bulan ialah apa yang theyols boleh buat when they're in power tak kiralah dalam bidang kewangan, ekonomi, perundangan, etc

So say no more. Serik.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2020 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Malu sebab boboi kena gulin ka?
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2020 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Edisi tun jilat dap ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2020 12:53 PM | Show all posts
nefnefnef replied at 13-5-2020 12:23 PM
Kebaikan yg iols nampak DAP dan sekutu mentadbir selama 22 bulan ialah apa yang theyols boleh buat w ...

DAP tak mungkin menhancurkan melayu.

DAP menghancurkan negara. 22 bulan polisi kewangan buah pikiran DAP menyaksikan ringgit jadi pariah ASEAN dan penunjuk indeks bursa saham juga jadi bangsat ASEAN.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2020 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Fakiyuuuuuuuu madey!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2020 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah nak ckp politik no. Bila solong dap tlut tanah tergadai tpi bila sokong unmo pon mcm sama jalan nye ntah laa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2020 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
patut la Mahathir bela sangat Waytha Moorthy yg rasis tu.  Pengkhianat bangsa
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2020 01:05 PM | Show all posts
taikor replied at 13-5-2020 11:40 AM
Betul lah ape yg Tun cakap. Kenape nak benci DAP? Alasan2 utk benci DAP terang2 remeh dan tidak juju ...

30 ringgek
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2020 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
siq replied at 13-5-2020 11:18 AM
memang keje dia dari dulu lagi kutuk melayu je la kan

oo ye, dia bukannya melayu pun..........

kann... x habis2 salahkan Melayu.  x habis2 kutuk Melayu
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2020 01:08 PM | Show all posts
Dia mula dah... semua nak kena ikut Atok ke..
Aku dah hilang rasa hormat kat Tun nih... mual
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2020 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
taikor replied at 13-5-2020 11:40 AM
Betul lah ape yg Tun cakap. Kenape nak benci DAP? Alasan2 utk benci DAP terang2 remeh dan tidak juju ...

Wow...wow...wow...teruk betui hang nie...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2020 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka hati hang la tun. Raykat dah hilang respek kat hang
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2020 02:20 PM | Show all posts
Baiknya dap x hancurkan melayu sebab tu sanggup bg 30 ringgek dengan hati yg ikhlas
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2020 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tok ckp nk berehat dah.... Rehat2 la tok....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2020 02:54 PM | Show all posts
Mungkin ada orang melayu yang malu dengan statement2 fossil bernyawa
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2020 03:02 PM | Show all posts
patutlah waktu atok perintah 22 tahun kawasan yang maju banyak kat kawasan DAP. Patutnya majukan kawasan2 melayu sokong atuk.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2020 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa yang MUDAH LUPA...sebenarnya???
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2020 03:07 PM | Show all posts
Orang Melayu cuma cuak dengan DAP sahaja Tun Mahathir!
KOMENTAR
191 2 minutes read

YA, barangkali benar kata Tun Dr. Mahathir Mohamad yang terasa amat malu dengan orang Melayu yang percaya DAP akan menghancurkan mereka jika parti itu berada dalam kerajaan Malaysia.

Cuma Tun, sejarah lepas tidak menipu. Orang Melayu mungkin hanya cuak atau curiga sahaja dengan tindak tanduk DAP.

Tidak perlu pergi sejauh enam dekad lepas. Ambil kisah beberapa tahun lalu saja kerana suatu ketika DAP dalam sejarah moden ini boleh pula secara terbuka menentang usaha menambah baik un­dang-undang Islam.

Tambah memeritkan lagi apabila ada pemimpin Melayu dari PKR, Parti Amanah dan BERSATU ikut pula menyertai Penasihat DAP Lim Kit Siang menghalang pelaksanaan hukuman lebih berat di bawah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, pindaan Rang Undang-Undang (RUU 355).

Ia sehingga disifatkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai melakukan kejahatan yang tidak boleh diizinkan oleh umat Islam.

“Maka, begitulah RUU 355 terus menghadapi gangguan syaitan besar dan kecil, sekurang-kurangnya mewas-waskan hati manusia,” kata Abdul Hadi menerusi tulisan di Facebook.

Yang menghairankan, RUU 355 ini tidak menjentik sedikit pun orang bukan Islam. Tujuannya murni untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.

Kalau hendak dikatakan gelisah kerana takut RUU 355 ini tem­piasnya terkena kepada orang bukan Islam, boleh diterima juga alasannya. Padahal ini tidak sama sekali akan berlaku.

Ia hanya tertakluk kepada orang Islam sahaja. Ahli-ahli Parlimen DAP ini tidak akan masuk pun mahkamah syariah pun. Kenapa takut sangat?

Tapi menyedihkan, ada kalangan ketua pemimpin Mela­yu dalam Pakatan Harapan menikus tanpa memperjuangkan RUU 355.

Orang Melayu cukup cuak bila mana Dr. Mahathir ketika beliau berucap di Permatang Pauh pada 4 Mei 2013 menggelar Kit Siang sebagai ‘number one racist’.

“DAP adalah rasis dan parti cauvinis. Kit Siang adalah orang nombor satu paling rasis” kata Dr. Mahathir.

Orang Melayu tidak lupa itu. Kit Siang dan Dr. Mahathir – dua tokoh politik veteran yang digelar ‘pencatur politik Machiaveli’.

Dr. Mahathir maklum kekuatan politik pemimpin supremo DAP itu. Demikian jugalah Kit Siang turut mengenali kekuatan politik bekas Perdana Menteri dua kali itu – selama 22 tahun itu PM ke-4 dan setahun sembilan (PM ke-7).

Pakatan DAP-Mahathir dikatakan salah satu punca keretakan orang Melayu sehingga mendorong Tan Sri Muhyiddin Yassin Februari lepas berlaga dengan Dr Mahathir, lantas membentuk gabungan baharu Perikatan Nasional.

Kemunculan DAP sebagai kuasa politik terkuat dalam kalangan parti pembangkang pada PRU-12 dan PRU-13 dikatakan cerminan keupayaan parti itu dalam PRU 1969.

Sebagai kesinambungan perjuangan PAP (People Action Parti) yang kalah teruk dalam PRU 1964, DAP lebih lantang memperjuangkan isu-isu satu kaum.

Melalui organ DAP, The Rocket, Kit Siang mengecam sekeras-kerasnya MCA yang didakwanya mengikut telunjuk UMNO. Kit Siang juga menjadi penyambung lidah PAP apabila melaungkan dengan lantang konsep ‘Malaysian Malaysia’ – satu konsep mengamalkan politik sama rata tanpa mengira kaum dan agama.

Kritikan terhadap Perkara 152 (kedudukan bahasa Melayu) dan 153 berkaitan hak istimewa orang Melayu-Bumiputera dipelopori Setiausaha Agung PAP, mendiang Lee Kuan Yew ketika Singapura berada dalam Malaysia.

Kata seorang veteran politik kepada SUARA MERDEKA:

“Ka­lau DAP dikatakan akan memusnahkan hak Melayu, realitinya saya tak fikir DAP ada kekuatan seperti itu yang difikirkan banyak pihak.

“Saya tak fikir DAP kuat tapi kalau ditolong oleh orang Me­layu, berkemungkinan besar politik Melayu akan ke hilir, kekuatan bangsa kita akan lemah.

“Namun kalau setakat DAP berkokok, berkotak-katik, saya tak yakin (Melayu akan musnah).

“Cuma kalau Dr. Mahathir di pihak sana (Pakatan Harapan) bawa fikiran DAP, Melayu tidak akan ke mana…puncanya Melayu itu sendiri.”

Yang pasti, perjuangan Malaysian Ma­laysia atau dikenali Middle Malaysia, berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan mengenai Hak Keistimewaan Orang Melayu dalam Fasal 153.

Bahkan dalam Perlembagaan DAP cukup jelas mereka memperjuangkan penubuhan sebuah negara sekular. Ini juga bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan iaitu Islam sebagai agama Persekutuan.

Ia tidak sesuai dengan jati diri nasional Malaysia yang majmuk

Tun Mahathir! sejarah tidak menipu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.062207 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list