"Drama Melayu masih belum keluar dari kepompong."
Itu antara rungutan ramai rakyat Malaysia terutamanya generasi baharu. Tema cinta korporat membabitkan bisnes jutaan ringgit serta perbezaan status sering menjadi inti pati karya hingga memualkan penonton.
Ianya berterusan dari drama bersiri PJ Holding hinggalah drama bersiri di kaca televisyen TV3 dan Astro.
Lantaran itu, ada warganet meminta satu pembaharuan dilakukan bagi mengelakkan klise drama Melayu. Antaranya termasuklah mencadangkan watak yang dimainkan oleh pelakon adalah orang biasa berbanding anak Pengarah Urusan yang sudah diketahui kaya raya.
Pastinya ini lebih menarik perhatian kerana ianya dekat dengan masyarakat itu sendiri.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto : Azhan.co
Idea untuk menghasilkan karektor watak pekerja pasar raya memang nampak ringkas, namun kesederhanaan itulah yang memikat lebih ramai untuk menontonnya kerana ia lebih logik untuk dihadam.
Maka, timbullah idea lain daripada warganet di Twitter seperti mengandingkan abang penjual nasi lemak dengan pembelinya, peniaga online dengan penunggang Food Panda dan sebagainya. Ianya lebih berpijak di bumi nyata berbanding bisnes jutaan ringgit yang tidak mampu untuk dicapai oleh rakyat marhein.
Kredit foto : Twitter
Bagaimanapun, ada pula sumber mengatakan yang mereka pernah menghantar skrip yang realiti sebegini, tetapi ditolak mentah-mentah oleh pihak stesen televisyen kerana sebab-sebab tertentu.
Kredit foto : Twitter
Kredit foto : Mypanduan.net
Tetapi, itu tidak bermakna semua drama yang ditayangkan berunsurkan cinta korporat. Masih ada drama yang wataknya sederhana dan memikat. Antaranya seperti Nasi Kerabu Untuk Abe yang sedang ditayangkan sekarang.
Kredit foto : Twitter
Kredit foto : Tiara Sapphire
Memang ada drama yang sederhana pembinaan wataknya, tetapi melekat di hati penonton, cuma ia mungkin boleh dihitung dengan jari.
Jadi, mungkin ada bagusnya pihak stesen televisyen mempertimbangkan kembali slot mereka bagi memberi peluang untuk drama genre berbeza bagi menghiburkan penonton.
Anda pula suka yang mana? - CARI
|